3 October 2012

Salleh sangkal kajian: Sabah tidak membangun

KOTA BELUD: Pembangunan merupakan komitmen yang tiada penghujungnya, manakala projek prasarana pula, terutama bekalan air dan elektrik, dilaksanakan pada kadar yang amat pesat di Sabah, bercanggah dengan dakwaan satu laporan kaji selidik, kata timbalan ketua Umno Sabah Datuk Salleh Said Keruak.

Beliau berkata di samping itu, pembangunan dan prasarana merupakan perkara bersifat setempat dan jarang ditonjolkan media.

Oleh itu, kata beliau, dakwaan bahawa Sabah kekurangan pembangunan dan kemudahan prasarana adalah tidak tepat kerana pelbagai pembangunan dilaksanakan di negeri ini.

Ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, loji ammonia dan urea, stesen janakuasa tenaga, jalan raya dan taman industri," katanya merujuk kepada laporan kaji selidik Merdeka Centre di sini hari ini. Kaji selidik itu, yang dibiayai bersama Merdeka Centre dan sebuah firma perunding serantau, dibuat dari 6 hingga 17 Sept.

Salleh turut menggesa penduduk kampung di daerah itu yang menghadapi masalah supaya menyuarakannya kepada wakil rakyat mereka agar masalah itu dapat diselesaikan dengan baik dan bukan mengharapkan media memaparkan perkara seperti itu.

"Saya yakin Anggota Parlimen atau Adun, atau wakil mereka, boleh dan akan menangani keperluan rakyat dengan memanjangkan aduan atau masalah itu kepada agensi berkaitan," katanya, mengulas laporan akhbar berhubung dakwaan penduduk Kampung Suang Punggor bahawa mereka dipinggirkan meskipun dikategori sebagai miskin.

"Saya sudah membangkitkan perkara ini kepada Adun yang berkenaan dan beliau akan menguruskan perkara ini," kata Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, dan menambah BN tidak bersikap pilih kasih dalam soal pembangunan dan pembasmian kemiskinan.

Salleh turut menggesa parti komponen BN supaya merangka strategi dan meletakkan jentera pilihan raya di negeri ini dalam keadaan siap siaga memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

"Kota Belud adalah kubu kuat BN dan kita mesti bekerja keras untuk memastikannya kekal sebagai benteng BN dan memastikan kemenangan berpihak kepada Anggota Parlimen dan tiga Adun daripada BN," katanya. 

11 comments:

Farah Zehra said...

Tidak masuk akal kalau ada yang cakap Sabah tidak membangun.

Farah Zehra said...

Sabah telah mengalami perubahan positif yang banyak.

Brendan said...

Sabah may not on par with several states in the peninsular, but is on the right track & is catching up.

Brendan said...

One of the most exciting development in Sabah economy is the launching of Sabah Development Corridor or SDC.

Taken from Wikipedia:

"The Sabah Development Corridor or SDC is a is a new development corridor in Sabah, Malaysia. The SDC was launched on 29 January 2008".

Brendan said...

Another info about Sabah Development Corridor:

"The project is expected to take 18 years with total investment of up to RM 105 billion.On average, starts from the year of 2009, RM5.83 billion will be allocated each year for development".

Brendan said...

Info about SDC & job opportunity for Sabahan:

"900,000 jobs are expected to be created with this project along with a waterfront city, tourism sub project and a Sabah Railway terminal".

Saya orang Sabah bah!! said...

Ini semua sebenarnya hanyalah permainan pembangkang semata-mata untuk menjatuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Saya orang Sabah bah!! said...

Jadi jangan mudah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pembangkang ini.

Saya orang Sabah bah!! said...

Kita perlulah berfikirkan positif dan melihat yang positif juga. Bukannya terus-terus menerima akan pandangan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

PSuara Rp Suara Rakyat said...

As at 30th Sept 2012 from 2008, fund allocated to SEDIA RM114 bilion, exceeding target.

mantera said...

byk pembangunan dilaksanakan di Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels