30 October 2012

Tanah Sorob bakal dimilik rakyat semula

DARD 4 dari kanan, Musbah 3 dari kanan, Timbon 2 kanan.
Inisiatif Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Datuk Dahalan bertemu Panglima Angkatan Tentera Malaysia di MINDEF dua hari lalu membuka laluan penyerahan semula 1020 ekar tanah Sorob kepada penduduk Tempasuk/Kedamaian.

Semasa pertemuan itu, Rahman disertai dua ADUN- ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli dan ADUN Kedamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan.

Pertemuan antara wakil rakyat yang mewakili penduduk Tempasuk dan Kedamaian itu adalah julung-julung kalinya dibuat antara Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Tanah Sorob pada tahun 70-an menjadi suatu isu setempat yang luarbiasa, kerana berlakunya penentangan penduduk terhadap pemilikan tanah itu oleh tentara. Malah dalam penentangan itu berlaku kematian rakyat tempatan yang bernama Nasip, kerana mendiang tidak berganjak dan tidak mahu berpindah daripada kawasan yang ditakriifkan sebagai wilayah tentera.

Sorob adalah sebuah perkampungan di kawasan Tempasuk dan didiami oleh kaum-kaum yang ada di Kota Belud dan di kampung ini lah terletak Kem Sorob atau kemudian dikenali sebagai Kem Paradise.

Selepas pertemuan itu- Datuk Rahman menulis di Facebook beliau "Syukur. Perjumpaan saya, Datuk Musbah dan Datuk Herbert bersama Panglima Angkatan Tentera mengenai permohonan tanah tentera di kota belud berjalan dengan baik pagi ini. Pihak tentera bersetuju secara dasarnya untuk keluarkan 1020 ekar daripada gazet tanah tentera. Kg Bangkahak dan kg Rosok akan mendapat sebahagian dari kawasan itu. Ada beberapa kg lagi sekitar Tambulion yang perlu disiasat dan dilapor semula. Apa pun saya berterima kasih kepada tentera kerana memahami kehendak rakyat. Satu jawatankuasa khas mengenai isu ini peringkat daerah kota belud juga akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Wakil-wakil rakyat akan turut serta. Wakil tentera juga akan hadir. Saya lihat ada jalan penyelesaian dalam isu-isu kampung yang melibatkan tanah tentera ini. Bukan semua permohonan dapat dipertimbangkan tetapi sebahagian besar akan dapat diseleaikan. Saya akan maklumkan butiran terperinci dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah.

3 comments:

Anonymous said...

Syukurlah ada tanah untuk bakal dimiliki oleh rakyat semula.

Anonymous said...

Wakil rakyat macam DARD la yang kita mahu.

mantera said...

berita gembira untuk rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels