20 November 2012

Isu-isu Yang Dispin Pembangkang

SERONOK juga apabila bertanya khabar pada penduduk yang bertahun tersenarai dalam daftar pengundi. 

Borak-borak tidaklah mengambil masa yang lama, sekadar bertanya.. Apa isu semasa yang dimainkan di perkampungan oleh ahli-ahli politik, baik peringkat akar umbi atau pemimpin yang datang dan pergi.

Satu ungkapan popular.. sering berulang  NI KALI LER.. namun, apabila disingkap pengertian ungkapan itu, rupanya hanya merupakan expresi bersifat selebriti, bukannya keputusan untuk memilih parti mana yang perlu diundi pada PRU-13 akan datang.

Sebenarnya ISU yang diharungi rakyat terutama di perkampungan adalah isu PERSEPSI yang ditimbulkan oleh pihak Pembangkang. Persepsi itu mampu menelan usaha kerajaan sejak empat tahun lalu. Rakyat lebih update dengan isu-isu persepsi, misalnya isu korupsi, isu gelang Rosmah; isu RM40 juta sumbangan kepada Umno sabah manakala, isu Anwar jalan-jalan naik jet, ramai yang tidak pasti malah ramai yang tidak mendengarnya.

Ramai yang terpukau dengan retorik pembangkang terutama mengenai penurunan harga minyak,  kenaikan royalti minyak, penghapusan PTPTN dan Pendidikan Percuma, berbanding usaha-usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui Jelapang Padi, Agropolitan, PIOC, kilang baja atau program-program yang dijalankan SEDIA melalui Sabah Development Corridor.

Usaha kerajaan melalui berbagai pendekatan seperti GTP, ETP, NKRA masih merupakan perkara baru kepada penduduk, sehingga ramai yang tidak faham apa lagi mengerti mengenai akronim-akronim itu.

Nampaknya pihak pembangkang mampu memunculkan isu-isu yang dekat dengan rakyat; walaupun pembangkang tidak menyebut bagaimana menyelesaikan isu-isu itu, namun setidak-tidak pembangkitan  isu-isu membangkitkan rasa geram mereka.

Rakyat tidak mampu menganalisis, bahawa semakin banyaknya kereta di jalan raya atau sukarnya mendapat letak kereta di kawasan kompleks beli belah, sesaknya kompleks beli belah, menjamurnya pembangunan peumahan atau rumah-rumah kedai, merupakan petanda ekonomi semakin baik; namun atas putar belit pihak pembangkang, menjadikan keadaan itu sebagai beban kepada rakyat, bukannya suatu peluang.

Nampaknya dalam masa empat tahun terakhir, pembangkang mampu meracuni kebanyakan rakyat dengan isu persepsi, sehingga sukar bagi mereka menilai mana program yang berguna kepada mereka. Rakyat terbuai dengan janji manis, sehingga mencairkan komitmen kerajaan melalui Janji Ditepati.

Bayangkan bantuan kerajaan melalui BR1M, bantuan kepada pelajar dari tahun satu hingga tingkatan enam, bantuan baucer buku kepada pelajar perguruan tinggi, dan kini BR1M 2.0 telah meliputi rakyat yang bujang yang berumur antara 21-30 tahun dan rebet RM250 kepada golongan ini yang membeli Handpon 3G, mampu diselewengkan oleh pihak pembangkang sebagai usaha membeli undi.Pembangkang mampu menukar upaya kerajaan itu, bahawa program ini adalah sebahagian daripada menghidupkan kroni, terutama yang terlibat dengan telekomunikasi.

Di mana silapnya? Kerajaan mempunyai semua jentera, ada TV ada Surat Khabar, ada agensi-agnesi seperti JASA, KEMAS dan sebagainya, mengapa  semua ini boleh berlaku?

11 comments:

mantera said...

pembangkang mmg suka memanipulasikan isu, semua isu akan mereka pusing.

mantera said...

isu sekecil kecilnya pun akan pembangkang pusing dan perbesarkan.

mantera said...

mereka akan terus pusing isu2 untuk memberi gambaran buruk tentang kerajaan.

mantera said...

pembangkang sendiri tak lihat kelemahan diri mereka.

mantera said...

sebagai rakyat yang bijak, harus jgn mudah terpedaya dgn putar belit pembangkang.

mantera said...

pembangkang harus hentikan memutarbelit dan keluarkan isu tak benar.

Hinamori said...

ika ‘denial’ menjadi amalan biasa Pakatan Pembangkang di Semenanjung Malaysia, di Sabah amalan itu sudah tidak dapat dibendung. Menafikannya akan hanya membawa kepada perpecahan yang semakin sukar, semakin panas.

Hinamori said...

Penyertaan golongan veteran BN menyokong Pakatan Pembangkang di Sabah menyebabkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar bin Ibrahim, mendabik dada mengatakan bahawa ‘ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Sabah’ ini katanya satu “precedence”.

Hinamori said...

Penyataan Anwar Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar mudah alpa sejarah politik Sabah apabila memuncak “keseronokannya” berhujah. Dia alpa mengenai fakta yang berada di hadapan matanya. Kemungkinan amalan in denial terus mengalir dalam nervenya masa itu!.

Hinamori said...

Datuk Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing merupakan pemimpin yang pernah melompat meninggalkan kerajaan Parti Bersatu Sabah. Lajim meninggalkan PBS menyertai UMNO. Manakala Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO. Kedua-dua Lajim dan Bumburing pernah menjadi pemimpin masyarakat dalam kerajaan Berjaya. Bukankah telah berlaku penghijrahan pemimpin USNO menyertai BERJAYA semasa kerajaan USNO sedang memerintah?

Hinamori said...

Siapa Bumburing dan Maijol dalam Pakatan Rakyat? Bukankah mereka hanya penyokong dan berkemungkinan besar hanya menjadi “alat” Anwar Ibrahim untuk memecahkan sokongan BN?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels