8 November 2012

Kenapa Perlu Ubah Kerajaan?

JANGAN jadi seperti tikus membaiki labu. Keinginan pembangkang untuk mengubah kerajaan yang ada, boleh membawa malapetaka. 

Rakyat Sabah sudah cukup sengsara dengan perubahan kerajaan. Sejak 49 tahun lalu, rakyat Sabah mengalami tiga perubahan kerajaan. Pertama tahun 1976, daripada Usno kepada Berjaya. Kedua tahun 1985, daripada Berjaya kepada PBS, dan Ketiga tahun 1994 daripada PBS kepada BN yang ditunjangi Umno.

Akibat kerapnya perubahan kerajaan itu, maka berakibat Sabah terkategori sebagai negeri termiskin dalam negara.

Hanya selepas tahun 1994, pembasmian kemiskinan agak ketara. Bermula tahun 2003, pembangunan Sabah mula rancak, dan puncaknya pada tahun 2011 dan kemudian tahun ini, apabila Sabah mencatat bajet yang melepasi RM4bilion. Demikian juga untuk pertama kalinya, pendapatan Sabah melepasi RM3 bilion pada tahun yang sama.

Seperkara lagi, simpanan tetap negeri, dimana pada satu ketika hanya RM100 juta, kini telah melepasi RM3bilion.

Kemajuan sesebuah negara atau negeri dilihat daripada segi sektor perekonomiannya. Apabila sektor perekonomian mampu menjana pendapatan yang tinggi, secara selari juga bajet negara/negeri itu boleh ditingkatkan.

Pengaruh berganda daripada bajet yang besar kepada perekonomian, maka pendapatan sektor perekonomian akan berlipat ganda, akibatnya pendapatan rakyat yang terlibat dalam perekonomian itu akan juga meningkat.

Pendekatan bajet besar yang dilakukan kerajaan negeri, merupakan satu tindakan mempercepat kemajuan negeri daripada semua sektor. Apabila semua sektor telah maju, dengan sendirinya, sektor itu akan menjana peluang-peluang perekonomian.

Sebagai contoh, projek Jelapang Padi, Projek Baja, projek minyak dan gas, projek pelancongan, perojek Hub pendidikan, semuanya mempunyai impak yang besar dalam penyediaan peluang perkerajaan dan peluang perniagaan.

Yang terbaru, projek yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah Integreted Lobster Aquaculture Park di Sempora yang bernilai RM2bilion. Projek mega ini akan membuka peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat, dan membuka peluang bagi mereka yang terlibat untuk mendapat pendapatan tinggi.

Membangun negeri, perlu perancangan, bukan boleh dibuat dengan mengumumkan sana-sini projek, tanpa perancangan yang jelas, seperti mana yang dilakukan pihak pembangkang.

Berasaskan kepada perancangan kerajaan BN bertahun-tahun lamanya, maka pada gilirannya kini, sebahagian besarnya sudah dinikmati rakyat, dan kenikmatan yang besar sedang menanti.  Berasaskan kepada keadaan ini, kenapa perlu UBAH, sesuatu yang sudah nyata kepada khyalan atau retorik?

Jangan mengubah sesuatu yang baik, kerana mengubahnya boleh membawa bencana, seperti kata pepatah.. labu yang dibaiki tikus, akan busuk jadinya. Fikir-fikirkanlah.

12 comments:

Batresiah said...

Jadi kata orang jangan terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh Pembangkang ini.

Batresiah said...

Kenapa perlu menukar kerajaan sedangkan kerajaan yang ada sekarang ini masih mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Batresiah said...

Pelbagai isu negatif dikaitkan kepada Kerajaan BN sekarang ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi bukan.

Batresiah said...

Tapi yang menjadi masalah sekarang ini semua yang dikatakan itu tidak ada kebenaran sehingga sekarang. Kebanyakkan cumalah cakap kosong yang direka-reka.

Batresiah said...

Tidak perlulah ubah kerajaan. Kerajaan masih relevant lagi untuk kita.

Batresiah said...

Pembangkang menabur janji sebenarnya ada makna itu. Itu untuk kepentingan peribadi mereka sebenarnya. Bukannya berjuang untuk rakyat.

Batresiah said...

Keinginan pembangkang untuk mengubah kerajaan yang ada, boleh membawa malapetaka.

Betul apa yang dikatakan itu. Ini seperti menempah diri kearah kehancuran jika kita memilih PR.

Batresiah said...

Betul.. Itu adalah benar. disebabkan perubahan yang kerap bertukar di Sabah ini menyebabkan pelbagai masalah timbul. Projek terbangkalai dan masalah rakyat pun turut terjejas.

Batresiah said...

Kalau kita lihat juga ekonomi Negeri Sabah ini semakin hari semakin membangun. Ini membuktikan yang mana kerajaan BN yang ada ini masih mampu memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah ini.

Batresiah said...

Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab beliau untuk memastikan penduduk Sabah ini mendapat manfaat daripada apa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan. yang ketara sekarang ini kerajaan cuba untuk membantu penduduk untuk meningkatkan pendapatan mereka untuk memastikan masalah kemiskinan dapat ditangani.

mantera said...

penbangkang byk membeiri janji palsu. jgn mudah percaya pada pembangkang.

mantera said...

kerajaan sekarng byk bawa pembangunan kepada rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels