1 November 2012

N44 Karamunting-kerusi duri dalam daging BN Sabah

KERUSI N.44 Karamunting merupakan kerusi dalam daging BN Sabah. Penyebab kepada keadaan ini, apabila penyandangnya bekas Naib Presiden LDP, Peter Pang En Yin keluar daripada parti komponen BN itu berikutan kenyataan Timbalan Presiden parti itu yang tidak menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Selepas setahun tidak berparti, akan tetapi Pang terus menganggotai kabinet Sabah atas kapasti menang atas tikit BN, beliau akhirnya menyertai Parti Gerakan. Parti Gerakan adalah salah satu komponen BN yang ditolak rakyat pada PRU-12, di mana Presidennya sekali mengalami kekalahan pada PRU itu.

Prinsip BN dalam mengalokasikan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi adalah berasaskan kepada parti, bukan kepada individu. Prinsip ini tidak pernah berubah, kecuali berlaku pertukaran kerusi yang dipersetujui parti-parti yang terlibat.

Memandangkan LDP tidak mahu berganjak terhadap prinsip itu, maka parti itu tidak akan memberi laluan kepada parti lain bertanding yang tradisi miliknya, termasuk DUN Karamunting.

Semalam, Presiden LDP Datuk VK Liew mengulangi pendidiran parti itu semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kapayan dan Moyog. Menurut Liew, LDP tetap mempertahankan kerusi Karamunting pada PRU-13 akan datang, selain mengintai DUN Likas atau Luyang.

Pada PRU-12 lalu, DUN Karamunting dimenangi Peter Pang dengan majoriti 3,362 melawan tiga calon lain daripada bebas, PKR dan DAP. Berasaskan rekod, jika pertembungan satu lawan satu, majoriti kemenangan calon yang menang tidak pernah melebihi 2,000 undi.

DUN Karamunting berjaya dirampas calon BN daripada LDP pada tahun 1999, sebelum ini kawasan tersebut adalah kawasan PBS. PBS kini merupakan komponen BN bermula tahun 2002.

Jika dilihat kedudukan Pang, beliau hingga kini merupakan anggota kabinet negeri Sabah, ertinya, keakraban beliau dengan Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri, sukar dipertikai. Memandangkan situasi itu, sukar bagi Musa tidak mencalonkan Pang dalam PRU-13 akan datang. Jika itulah kejadiannya, di mana kah Pang bertanding? Di kawasan Sandakan belum terdapat kekosongan kerusi, kecuali di Pantai Barat, yakni Luyang dan Likas atau Parlimen Tawau. Atau akan berlaku keputusan menang-menang, di mana Pang dibenarkan bertanding di Karamunting, dan LDP diberikan tambahan satu kerusi selain kerusi pengganti?

Bagi Suara Rakyat, jika option ini berlaku, sebaiknya LDP menerima keputusan itu dalam pengertian keluarga besar BN. Lupakan apa yang berlaku, yang penting BN menang besar dalam PRU-13.

Suara Rakyat yakin, para pemimpin BN akan mengutamakan kemenangan BN secara keseluruhan berbanding terpaut dengan masalah pengagihan kerusi. Suara Rakyat yakin, kerusi manapun yang ditandingi LDP, keputusan sama, BN akan menang di kawasan itu, kerana penerimaan rakyat Sabah terhadap BN masih kukuh.

DUN Karamunting adalah kawasan campuran dimana pengundi cina merupakan 53 peratus, manakala bumiputera 47 peratus. Jika dilihat kepada perolehan BN pada PRU-PRU yang lalu, hampir 60 peratus pengundi kaum cina tidak mengundi BN, manakala kaum bumiputera pula lebih 80 peratus mengundi BN.

Tidak dinafikan DUN Karamunting adalah kerusi selamat bagi calon BN/LDP berbanding DUN Luyang atau Likas. Jika isu selamat diambil kira, maka nampaknya LDP tidak akan berganjak. Pang terpaksa berhijrah.

3 comments:

John Winchester said...

Opposition's plans to remove highway toll collection, increase minimum wage and reduce petrol prices would only lead the country into more debts and cause the economy to be crippled.

John Winchester said...

Barisan Nasional Government helped the people and looked into their needs, the Opposition seemed to be influencing them not to say thank you.

mantera said...

BN pasti akan terus kukuh, segala masalah dpt diselesaikan dgn baik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels