12 November 2012

PRU-13: Kuasa 2/3 atau Kemenangan?

BAGI BN harapan yang dikehendaki adalah kuasa 2/3 dewan rakyat. Bagi PR pula, kemenangan yang dikejar.

Pada PRU-12 daripadaa 222 kerusi dewan rakyat, 140 dimenangi BN, manakala DAP-PKR-PAS 82.

Kuasa 2/3 adalah parti mana mendapat 148 kerusi dewan rakyat.

Pada PRU-13, tiada perubahan jumlah kerusi yang dipertandingkan. Semenanjung tetap dengan 166 kerusi, manakala Sabah, Sarawak dan WP Labuan 57.

Pada PRU-12 Sabah menyumbang 24 kerusi parlimen, Sarawak 30 dan Labuan 1 kepada BN. Sementara di Semenanjung, daripada 166 kerusi yang ditandingi BN, hanya 85 kerusi mampu dimenangi.

Pada PRU-13 yang akan berlangsung bila-bila masa, pertaruhan BN adalah pada kerusi-kerusi kaum melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Sehingga ramai yang mengatakan, hidup matinya BN sangat terletak pada kerusi-kerusi itu.

Sementara itu, PR sangat tergantung kepada kerusi-kerusi kaum cina dan india. DAP sudah menyatakan bahawa semua kerusi yang diperuntukan kepada parti MCA, Gerakan dan MIC akan dimenangi parti itu.

Jika sangkaan DAP benar-benar berlaku, maka untuk pertama kalinya berlaku polarisasi kaum dalam bentuk jumlah kerusi di dewan rakyat. Untuk pertama kali juga akan berlaku, bahawa BN tidak diwakili kaum cina dan india pada kawasan-kawasan majoriti kaum itu.

Berasaskan kepada senario di atas, jika BN masih mempertahankan Putrajaya, maka rakyat yang mempertahankan parti itu hanya kawasan majoriti melayu/bumiputera.

Pihak PR melihat ini, atas sebab itu, Pas dan PKR bersungguh-sungguh mengempur kawasan-kawasan kaum melayu/bumiputera. PR cukup yakin akan mampu meraih sebanyak mungkin kerusi kaum cina dan india. Jika undi kaum melayu/bumiputera swing ke PR setidak-tidaknya 10 peratus, maka ada kemungkinan jumlah kerusi kawasan-kawasan melayu/bumiputera akan PR raih untuk ditambah kepada kerusi kawasan-kawasan majoriti kaum cina dan india. Di atas kertas, PR mampu meraih antara 100-115 kerusi dewan rakyat. Jumlah ini cukup membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Perkiraan ini, jika tiada satu kerusi MCA, Gerakan atau MIC yang mampu menang.

Di lain pihak, jika ada calon-calon MCA, Gerakan atau MIC atau komponen berasaskan kaum cina mampu menang di kawasan majoriti kaum-kaum yang diwakili parti-parti itu, maka BN tetap mempertahankan Putrajaya. Ramai yang beranggapan, pencapaian BN mungkin serupa keputusan PRU-12 atau sekurang-kurangnya mendapat majoriti mudah. 

Sabah kemungkinan akan kehilangan 4 kerusi parlimen dan hanya mampu menyumbang 21 kerusi, semantara Sarawak akan mampu menymbang 24 kerusi kalah 7, sementara Labuan tetap akan dimenangi BN. Daripada  55 kerusi yang disumbang Sabah dan Sarawak serta Labuan pada BN pada PRU-12, pada kali ini hanya mampu menyumbang 46 kerusi. Untuk BN mempertahan Putrajaya, maka BN Semenanjung perlu menang 66 kerusi dewan rakyat.

Berasaskan kepada senario politik tanah air, benarlah PRU-13 adalah IBU kepada semua PRU negara ini, dan pada PRU ini juga menenukan HIDUP MATINYA BN.

Sebagai penyokong BN, kita belum terlalu terlambat, bergeraklah dengan penuh iktizam, mendekati rakyat, agar senario yang dipaparkkan ini TIDAK MENJADI kenyataan, sebaliknya, BN mampu menang besar setidak-tidaknya meraih kuasa 2/3.

19 comments:

Teruterubozu said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini digunapakai bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Teruterubozu said...

Najib yang juga Pengerusi BN berkata pelarasan tersebut perlu untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.
“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu pelarasan.

Teruterubozu said...

Bagi ahli politik yang bercita-cita untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat, ramalan mengenai pilihan raya ini seharusnya mendorong mereka untuk membuat persediaan lebih rapi bukan saja dari segi mental dan fizikal tetapi juga hubungan mereka dengan pengundi.

Teruterubozu said...

Bagi calon baru, pilihan raya umum ini tentunya menjadi titik tolak penting sementara yang sudah lama berkhidmat, kenalah bersedia jika tidak dipilih semula.

Teruterubozu said...

Pengalaman PRU-12 mengajar pemimpin BN bahawa mereka kena lebih berhati-hati dalam pemilihan calon. Apapun, kriteria paling penting ialah pemimpin dan ahli hendaklah mempunyai tahap kesetiaan tinggi kepada parti.

Teruterubozu said...

Barisan Nasional dikatakan tidak teragak-agak untuk menutup pintu kepada pemimpin atau ahli yang tidak mengendahkan soal kesetiaan ini. Ini bermakna bakal calon hendaklah bersedia menjadi wakil rakyat berkesan untuk pengundi di kawasan yang diwakilinya, bukan sekadar menjadi batu loncatan untuk mendapat kemudahan tertentu yang lebih menarik.

Teruterubozu said...

Mesej Perdana Menteri adalah: rakyat mempunyai pilihan sama ada memilih kerajaan BN yang membawa bersamanya program transformasi untuk rakyat atau memilih reformasi jalanan yang didukung pembangkang.

Teruterubozu said...

Sekiranya rakyat memilih transformasi, ia bermakna mereka mahukan supaya kesejahteraan diteruskan. Reformasi dan demonstrasi akan hanya menjejaskan keselamatan dan membangkitkan rasa cemas terutama di kalangan pelabur asing. Ia juga akan membantutkan agenda pembangunan negara.

mantera said...

BN pasti boleh menang. BN kini makin kukuh.

mantera said...

moga Bn akan terus menjadi pilihan rakyat.

Unknown said...

BN yakin menang 22 kerusi di P.Pinang, tawarkan lebih banyak ‘ganjaran’ menjelang PRU 13

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) yakin akan mengambil alih Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dengan memenangi 22 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri (Dun) - lima lagi kerusi berpeluang menang dan bakal menawarkan lebih banyak lagi “ganjaran” menjelang pilihan raya akan datang, kata satu sumber.

Unknown said...

5The Malaysian Insider diberitahu, laporan dari bawah menunjukkan perubahan ini disebabkan oleh kepimpinan setiausaha agung Gerakan, Teng Chang Yeow dalam BN Pulau Pinang dan juga serangan media terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadap pembangunan di cerun bukit serta kelemahan parti komponen utama PR iaitu PKR.

Unknown said...

“BN yakin menang 22 kerusi Dun dan boleh menang lagi lima kerusi dengan sedikit lagi kesungguhan kerana Teng telah berjaya membawa semua parti komponen untuk berkerja bersama-sama,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan menambah kerusi boleh menang adalah yang disandang oleh PKR dan PAS.

Unknown said...

BN Pulau Pinang telah mencadangkan beberapa inisiatif untuk merampas kembali semula negeri tersebut, seperti mencadangkan mengembalikan status pelabuhan bebas yang diambil dari negeri pada tahun 1970-an. BN negeri juga mempersoalkan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kepada jutawan logistik,Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mana Seaport Terminal Sdn Bhd menerima restu bagi pengambilalihan baru-baru ini.

Unknown said...

BN sedang merancang lebih banyak “ganjaran” bagi Pulau Pinang, negeri zon pembuatan elektronik dengan kilang-kilang yang terletak di pulau itu dan tanah besar yang dihubungkan dengan satu jambatan lain yang akan siap tahun depan.

Unknown said...

Najib telah menunjukkan keyakinan untuk merampas semua negeri yang diperintah oleh PR dan akan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga BN di parlimen dalam pilihan raya akan datang. Selain daripada Pulau Pinang, negeri-negeri lain ialah Kelantan, Kedah dan Selangor.

BN telah memulakan kempen pilihan raya dengan Najib mengetuai Jelajah Janji Ditepati dan media arus perdana telah mula menyiarkan kempen “Saya Pilih Malaysia” yang membariskan ketua eksekutif syarikat dan penulis blog pro-kerajaan — dikatakan berhubungkait rapat dengan kempen pilihan raya BN.

jackie said...

Pemilihan wakil rakyat haruslah di jalankan dengan betul agar rakyat akan sentiasa menyokong kerajaan.

jackie said...

Diharapkan BN akan terus menjadi pilihan rakyat. Di bawah pimpinan kerajaan BN, pembangunan semakin banyak.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels