21 November 2012

RM40 Juta untuk Umno Sabah:Sudah jadi Hantu pada Rafizi

Rafizi Ramli- "Pengarah Strategik" PKR tidak puas hati, apabila ICAC Hong Kong dan SPRM memberi jawapan, bahawa tiada sebarang unsur rasuah berhubung sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah.

Melalui jawapan itu, Rafizi mendakwa ada unsur ketidak telusan daripada pihak SPRM sendiri dan juga pihak Peguam Negara.

Rafizi juga mempersoal jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di dewan rakyat, dan mendakwa Nazri mengelirukan ahli dewan, apabila mengatakan bahawa ICAC Hong Kong telah membuat kesimpulan bahawa sumbangan RM40 juta bukan berunsur rasuah, dan ianya hanya melibatkan sumbangan, kerana penyumbang tiada keterkaitan dengan sebarang urusan dengan Umno.

Sebelum kenyataan Nazri itu, Setiuasaha BN Sabah Datuk Rahman Dahalan pernah membuat kenyataan bahawa pihak ICAC Hong Kong berpuas hati berhubung siasatan terhadap wang RM 40 juta melalui siasatan badan itu di Sabah yang mengambil masa lebih sebulan.

Pihak ICAC Hong Kong telah menjalankan siasatan terperinci mengenai perjalanan wang tersebut, bermula daripada bagaimana wang itu dihantar ke akaun Umno, sehinggalah kepada penggunaan wang tersebut.

Berasaskan kepada siasatan ICAC dan kerjasama dengan SPRM, kedua-dua pihak bersetuju, bahawa wang RM40 juta itu tiada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, melainkan wang itu semata-mata untuk kegunaan Umno Sabah dalam membiayai aktiviti parti.

Disebabkan wang RM40 juta telahpun menjadi HANTU kepada Rafizi Ramli, maka dia mengelirukan pengertian kenyataan Pengarah Pendakwaan Hong Kong Kevin Zervos, yang menyatakan melalui temubual dengan portal Malaysia yang Pro pembangkang, bahawa badan Hong Kong itu, bersedia membuka semula siasatan jika ada bukti-bukti baru.

Satu persoalan, bagaimana kah bukti-bukti baru boleh ditimbulkan? sedangkan kejadian itu berlaku pada tahun 2008, dan siasatan berhubung kes tersebut telahpun dijalankan secara terpeinci dan telahpun diketahui jawapannya.

Bukti-bukti baru bolehlah diwujudkan semula, jika ada lagi sumbangan daripada Hong Kong dan terus dimasukan ke akaun peribadi Musa Aman atau akaun Umno Sabah, dan kemudian wang itu diberikan langsung kepada Musa Aman.

Dikhabarkan Rafizi dan kawan-kawannya akan ke Hong Kong untuk mendesak ICAC membuka semula siasatan. Jika badan pencegah rasuah Hong Kong itu sanggup membuka semula kes itu, ini bererti, pihak Rafizi akan mengemukakan bukti-bukti baru, bukti rekayasa atau bukti-bukti palsu.

Yakinlah, kerana Rafizi telah menganggap wang RM40 juta itu sebagai Hantu yang mengejar-ngejarnya, maka dia dan kawan-kawannya berusaha agar boleh menterjemahkan khyalan mereka itu menjadi kenyataan sebagai gimik politik dalam menghadapi PRU-13.

Pihak Pembangkang, telah menjadikan FAKTOR PERSEPSI  terhadap BN dan para pemimpinya, bahawa kerajaan yang memerdekakan negara ini, merupakan kerajaan Rasuah.

Bukan persoalan kepada Pembangkang untuk mengwujudkan fitnah kerana mereka telah memutuskan mengambil pendekatan, menghalalkan sebarang cara untuk mendapat sokongan rakyat.

93 comments:

Teruterubozu said...

Kenapa pertikaikan ketelusan ICAC sedangkan selama ni tiada pula perasaan xpuas hati. sebab keputusan tidak berpihak pada pembangkang??

Teruterubozu said...

ICAC Hong Kong merupakan antara agensi pencegahan rasuah paling cekap di dunia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencedok model organisasi badan itu semasa ia ditubuhkan pada 2007.

Teruterubozu said...

ICAC telah menyelesaikan lebih daripada 12 ribu kes berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan ahli politik, kenamaan negara asing dan kini bertindak sebagai agensi tunggal memburu pesalah rasuah terutama kes berprofil tinggi.

Teruterubozu said...

Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Teruterubozu said...

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa tindakan mencari pengaruh luar bukanlah kali pertama dilakukan oleh penasihat PKR dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.

Teruterubozu said...

“Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya,” katanya.

Teruterubozu said...

Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya.

Teruterubozu said...

Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan

Teruterubozu said...

Awal tahun ini, media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.

Teruterubozu said...

“Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.

“Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang dibeberapa buah negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu,” katanya lagi.

Teruterubozu said...

Jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan manipulasi dan persepsi sebagai satu taktik bagi memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun menjadi wakil rakyat dan pemimpin.

Teruterubozu said...

Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya UMNO sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat.

Teruterubozu said...

Mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan termasuklah PRU kononnya tidak telus sedangkan jika ia benar-benar berlaku adakah pakatan pembangkang akan mendapat peluang untuk beroleh kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 2008 lalu?

Teruterubozu said...

Apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN/UMNO.

Teruterubozu said...

Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan.

Anonymous said...

Boleh menang ke PRU13 dok pasang undi nak jadi PM..kes cina dol belum selesai, kes jubor Saiful belum selesai, kes RM3 bilion belum selesai, boleh menang ke??..silent majority sama sekali tidak akan undi Fuckatan, hanya ahli Fuckatan saja akan un di PAS/PKR/DAP. jangan nak harap lah tsunami macam PRU12. masa PRU12 rakyat marah kepada pentadbiran masa itu terlalu banyak buat salah termasuklah kerana membebaskan Aljuburin secara premature. tambahan lagi selama 4 tahun lebih kerajaan Fuckatan di empat negeri telah menunjukan bermacam -macam kerenah dan penyelewengan. Jadi tempoh percubaan Fuckatan gagal.

Teruterubozu said...

Sebelum itu, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izza juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai.

Teruterubozu said...

Telah terbukti bahawa pakatan pembangkang bukan saja sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik tetapi juga gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing.

Anonymous said...

Dah masuk jerat...sebenarnya sapa jadi PM adalah satu skrip retorik terancang supaya media arus perdana berminat buat liputan ttg muktamar tu..dlm bahasa mudah secara x langsung keluar dlm paper, radio n tv news n gambar2 ttg muktamar (AGM PAS) tu termasuk wajah2 pemimpin n perwakilan. Secara x langsung Pas dpt promosi percuma secara berterusan berhari2 n berminggu2 lamanya...hehe.

Anonymous said...

Pakatan menipu rakyat ini dah naik syok gila, mungkin kalu dapat jadi Menteri dapat tambah bini lagi. Rakyat yang nak sokong mereka pula tak tahu bahawa bila PR menang itulah punca kamatian dan kemusnahan mereka.

Anonymous said...

4 anak saya menuntut sampai ke puncak menara gading (termasuk luar negara) dibiaya penuh oleh Kerajaan UMNO/BN. Kenapa pula saya hendak menukar pemerintah yang sedia ada? Dah hilang akal ke atau memang tak tahu bersyukur?

Anonymous said...

UMNO komited melaksanakan setiap program transformasi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan UMNO serta BN merupakan satu-satunya pilihan tepat bagi pengundi pada pilihan raya akan datang.

mantera said...

Nampaknya Rafizi begitu obses dengan kerja buatnya sehinggakan saban hari tidak ada perkara lain yang difikirkannya selain dari berusaha untuk mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional

mantera said...

Rafizi mahu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hari ini adalah kerajaan yang tidak baik dan merupakan kerajaan yang di penuhi dengan gejala rasuah yang harus rakyat tolak dalam pilihan raya yang akan datang.

mantera said...

Tetapi Rafizi sebenarnya terlupa rakyat juga sedang melihat kepada perkembangan Pakatan Haprak yang kononnya merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

mantera said...


Tahukah Rafizi rakyat juga mahu mengetahui dari mana datangnya dana bagi pembelian sebuah bas mewah yang didaftarkan dibawah nama Khalid Ibrahim ? Malah kos operasi bas mewah tersebut turut menjadi persoalan dana dari pihak mana agaknya ?

mantera said...

Tahukah Rafizi bahawa pembelian lori sampah yang menjadi pertikaian di Selangor kini masih gagal dijawab oleh Pakatan Haprak dan hubungan pembelian tersebut dengan kewujudan bas mewah khalid Ibrahim ?

mantera said...

Lupakah Rafizi bagaimana rakyat mahu tahu berkenaan isu KCB ladang ternakan lembu di Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Kedah di bawah PAS ?

mantera said...

Bagaimana pula agaknya dengan status tanah Taman Manggis yang kini diberitakan sudah dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat lain sedangkan proses pembelian tanah tersebut sedang berjalan diantara Pemuda BN dan kerajaan negeri ?

mantera said...

Nampak sangat tindakan terdesak juak-juak Pakatan Haprak dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada hanyalah melalui jalan belakang.

mantera said...

mengapa agaknya Rafizi langsung tidak berusaha untuk mencari serta mendedahkan isu-isu yang melanda Pakatan sendiri.

mantera said...

Ada ketelusankah disini ? Double Standard ? atau ianya untuk kepentingan diri dan Pakatan dalam menghadapi pilihan raya semata-mata ?

Hamdan Hadillah said...

Rafizi sudah membawa RM40 juta ini sebagai mimpi ngeri dalam diri Rafizi.

Hamdan Hadillah said...

Kalau kita lihat pun hanya pihak Rafizi PKR saja yang bising akan perkara ini sampai sanggup mengabiskan duit rakyat untuk ke Hong Kong.

Hamdan Hadillah said...

Sedangkan kes ini telah pun di siasat selama 4 tahun oleh pihak Berkuasa. Tapi Rafizi senang-senang saja cakap tidak berpuas hati.

Hamdan Hadillah said...

Rafizi ingat dia siapa mahu menafikan usaha yang dibuat oleh pihak berkuasa ini.

Hamdan Hadillah said...

Datang ke Hong Kong lepas itu mahu serahkan bukti baru. tapi bukti yang diberikan itu bukan bukti pun.

Hamdan Hadillah said...

Adakah kenyataan Lajim dan Bumburing ini dijadikan sebagai bukti. Rafizi ini ada sekolah jugakah? Setahu saya dia ini accountant. tapi tidakkan se'tidak pandai begini sampai tidak tahu membezakan kenyataan dan bukti.

Hamdan Hadillah said...

Nampak bukan yang mana Rafizi cuma mendesak untuk membuka kes ini untuk kepentingan sendiri.

Hamdan Hadillah said...

Beginilah bila orang tidak dapat terima kenyataan. Mulalah memutar belitkan cerita dan cuba reka-reka cerita yang bukan-bukan.

Hamdan Hadillah said...

Sebaiknya terimalah kenyataan Encik Rafizi. Tidak perlulah cakap yang bukan-bukan. ICAC dan MACC lagi tahu apa tugasan mereka.

Hamdan Hadillah said...

Rafizi sudah terdesak itu. Tambah lagi dengan kes BAFIA dia. Jadi isu RM40m itu rakyat sendiri tahu akan kebenaran dan penilaian mereka. Siapa perlu dipercayai Rafizi atau pun pihak ICAC dan MACC.

Hamdan Hadillah said...

Pihak pendakwa Hong Kong ada mengatakan kepada Rafizi dan teman-teman kalau ada bukti baru datang balik dan akan membuka kes ini.

Hamdan Hadillah said...

Habiskan duit rakyat saja Rafizi ke Hong Kong ini. Berapa duit yang digunakan untuk perbelanjaan Rafizi di sana? siapa orang kaya yang memberikan sumbangan kepada Rafizi. Rafizi perlu tahu, mendapat sumbangan itu satu kesalahan. Ini tercatat dalam undang-undang Pakatan Rakyat.

sabaheco said...

Rafizi is chasing an illusion of their own making. He is presenting more 'allegations' with no actual proof to back up his claims.

sabaheco said...

What is even more pathetic during a media conference, he claimed to have proof that he has proof linking Nazri and the hummmer. As it turn out, all footage have neither Nazri nor Nedim.

sabaheco said...

The only thing that RAfizi live up to is his other tittle - MR. Shot in the Foot.

samm said...

mana yang boleh dipercayai, laporan SPRM atau si rafizi?

samm said...

isu ini hanya akan menjadikan rafizi lebih tidak dipercayai kerana setiap yang diperkatakannya tidak berasas.

samm said...

rafizi ke HK, jadi persoalan juga dari mana dia dapat duit untuk ke sana.

samm said...

lebih baik rafizi pergi selesaikan pelbagai isu yang berlaku di negeri2 yang ditadbir oleh PR.

samm said...

apa pun yang rafizi katakan selagi tiada bukti, maka dia tidak perlu dipercaya.

unknown said...

Rafizi wants to make himself famous.

unknown said...

I think this is too much la.

unknown said...

They have exaggerated about it.

unknown said...

Biar la orang nak cakap apa yang penting kita tahu kedudukan kita.

unknown said...

We have achieved most of the time.

Mumbai said...

RAFII NI MANA BOLEH PERCAYA SANGAT.. SUDAH BANYAK KALI KANTOI.. DENGAN SIDANG MEDIA SENDIRI PUN KANTOI.. BILA DIA TIDAK DAPAT JAWAB SOALAN WARTAWAN, DIA HENTIKAN PULA SIDANG MEDIA..

Mumbai said...

BILA BUKTI2 DIA TIDAK LAKU DI MALAYSIA, MALAH WARTAWAN SENDIRI TIDAK PUAS HATI DENGAN PENDEDAHAN RAFIZI YANG DISIFATKAN MEREKA SEBAGAI MEMBUANG MASA, MAKA TERPAKSALAH RAFIZI KE HONG KONG UNTUK MENDAPAT LAYANAN DARI ICAC..

Mumbai said...

DI HONG KONG JUGA, BUKTI2 YANG DIBAWA OLEH RAFIZI TIDAK CUKUP UNTUK MEYAKINKAN ICAC UNTUK MENJALANKAN SEMULA SIASATAN.. SEBAB ITU RAFIZI DIARAHKAN UNTUK BALIK SEMULA KE MALAYSIA DAN MENCARI BAHAN2 BUKTI YANG LEBIH KUKUH, FRESH DAN BERKREDIBILITI..

Mumbai said...

JIKA BEGINILAH PENDEDAHAN RAFIZI, NAMPAK SANGAT KESUNGGUHAN BELIAU HANYA DIDORONG OLEH SIFAT DENDAM DAN KEGAIRAHAN MAHU MERAMPAS KERAJAAN..

Mumbai said...

JIKA BENAR RAFIZI MAHU MEMBANTERAS RASUAH, SKANDAL RASUAH PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT JAUH LEBIH JELAS BERBANDING DENGAN RM40 JUTA YANG SUDAH SELESAI.. JET ANWAR, BAS KHALID DAN RM3 BILLION ANWAR, KENAPA TIDAK DISENTUH OLEH RAFIZI?

Anonymous said...

Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin membuat saman balas terhadap Shahrizat Jalil dengan alasan, bimbang Shahrizat Jalil akan melengah-lengahkan masa perbicaraan bagi mengelakkan pemimpin penting BN dan dokumen penting didedahkan di mahkamah.

Anonymous said...

Sekali dengar bunyinya macam orang hebat sangat. Macam berani sangat si Rafizi Ramli nih... macam yang orang kata, API LAWANNYA API...

Anonymous said...

Salah atau benar, bukannya perkara penting bagi manusia seperti Rafizi Ramli. Sebaliknya yang dipentingkan adalah promosi dan publisiti. Bila dah buat saman balas, Rafizi Ramli dengan sokongan para pecacai Pakatan Rakyat akan mempropagandakan tentang keberanian dan kehebatan PKR.

Anonymous said...

Anehnya, Rafizi Ramli terlupa, dia sebenarnya disaman oleh Shahrizat Jalil kerana menfitnah. Dan dia perlu mempertahankan dirinya dengan memberikan keterangan yang berjaya membuktikan keterkaitan Shahrizat Jalil dengan NFCorp.

Anonymous said...

Yang dibicarakan nanti adalah Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin, bukannya NFCorps!

Anonymous said...

Semakin ketara yang kita boleh lihat bagaimana Rafizi Ramli sedang ketar-ketar ketakutan. Dan tidak setakat Shahrizat Jalil sahaja yang membuatkan Rafizi Ramli seperti orang yang dikejar lembaga hitam, kini muncul pula masalah yang dicetuskannya dengan Pejabat Perdana Menteri.

Anonymous said...

Pejabat Perdana Menteri menuntut maaf daripada Rafizi Ramli dan pembuktian kononnya Perdana Menteri telah menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan anak perempuannya pada 17 Jun tahun lalu. Penjelasan berhubung perkara ini telah disiarkan oleh portal mynewshub.my.

Anonymous said...

Jenuh ketar ler si Rafizi yang terpaksa mencari pelbagai idea dan alasan lain untuk menunjukkan yang dia jenis bertelur dan tak takut apa-apa pun. Tetapi semakin dia berbuat macam tu, semakin banyak pula kekantoiannya!!!

Anonymous said...

Pembangkang menghalalkan salahlaku mereka tetapi berlagak dewa yang menghukum bila pihak lain lakukan kesalahan (walaupun sebenarnya tidak bersalah).

Anonymous said...

Rafizi bila kantoi dengan kes NFC, mula mengalihkan perhatian kepada kes RM40 juta ni pula. Poodah

Anak Sabah said...

Adakah Rafizi sedang mempersoalkan kemampuan ICAC untuk membuat penyiasatan tentang kes ini?

Anak Sabah said...

Tidak tahulah kenapa ICAC mahu layan dengan si Rafizi Ramli ini.

Anak Sabah said...

Bukan juga bukti yang Rafizi dapat itu releven.

Anak Sabah said...

Bukti yang memerlukan 3 minggu untuk mencari hanya khabar angin saja.

Anak Sabah said...

Mereka mahu ICAC membuka kes ini berasakan khabar angin daripada dua katak politik sahaja?

Anak Sabah said...

Mereka ingatkan ICAC sangat senang kah? Suka-suka boleh buka kes tanpa bukti kukuh.

Anak Sabah said...

Jika bukti yang dibawa oleh Rafizi Ramli ke Hong Kong itu tidak cukup baik, jangan harap ICAC akan buka kes itu semula.

Anak Sabah said...

Rahman Dahlan bagitau bahawa ICAC pernah menghantar surat kepada Musa Aman Disember lalu.

Anak Sabah said...

Surat tersebut menceritakan bahawa ICAC sudahpun membuat penyiasatan sendiri terhadap kes itu dan kes itu ditutup.

Anak Sabah said...

Surat tersebut dihantar kepada pejabat Musa Aman dan ia merupakan satu-satu salinan yang ada.

Anak Sabah said...

Ini menunjukkan bahawa ICAC adalah telus dan tidak terpengaruh oleh mana-mana pihak.

Anak Sabah said...

Pada asalnya Rahman Dahlan ingin nak dedahkan surat tersebut kepada orang ramai tapi penguam mereka menasihati supaya rahsiahkan dulu.

Anak Sabah said...

Surat tersebut boleh dijadikan satu senjata untuk mengambil tindakan terhadap Rafizi Ramli.

Anak Sabah said...

Jika UMNO Sabah mahu, mereka sebenarnya boleh mendakwa Rafizi Ramli.

Anak Sabah said...

Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang terjadi nanti setelah Rafizi membawa 3 bukti itu ke Hong Kong nanti.

Anonymous said...

The PKR has decided to bring 3 new evidence to Hong Kong soon, we will see what the ICAC think of it.

Anonymous said...

If the ICAC does not think the evidence are adequate, they don't have to reopen the case.

Anonymous said...

The ICAC are very busy with the corruption cases in Hong Kong, they don't want to waste time if the evidence are not enough.

Anonymous said...

The opposition are not happy because the results from MACC and ICAC are not in their favor.

Anonymous said...

But there is nothing they can do about it if the evidence provided are not convincing enough to the ICAC.

jackie said...

Siasatan telah di laukan oleh ICAC, dan keputusan telah ada, terima sahajalah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels