13 November 2012

Siapa calon-calon BN Kota Belud?

BERASASKAN kepada senario politik semasa, nampaknya hanya berlaku perubahan sedikit mengenai calon-calon BN Kota Belud.

Ketua Umno Bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Umno negeri-Datuk Salleh Tun Said memasuki semula gelanggang pilihanraya, apabila beliau akan bertanding di N.8 Usukan. 

Datuk Salleh akan mengambil tempat ADUN sekarang Datuk Japlin Haji Akim, kerana penyandang itu telah awal-awal menyatakan hasratnya memberi laluan kepada Speaker DUN Sabah itu.

Kota Belud merupakan anak sulung Umno, atas sebab itu, sesiapa sahaja yang dicalonkan pada pilihanraya pasti menang dan bakal ditabal sebagai wakil rakyat.

Kota Belud mempunyai tiga kawasan DUN, N.6 Tempasuk yang diwakili Datuk Musbah Jamli, N.8 Usukan dan N.9 Kedamaian yang diwakili Datuk Herbert Timbon Lagadan daripada PBS; sementara Parlimen P.169 diwakili Datuk Rahman Dahalan.

Pada PRU-13 akan datang, nampaknya BN Kota Belud tidak akan goyah dengan kehadiran ramai calon-calon pembangkang. Perkara ini disebabkan, untuk sementara, pembangkang belum mampu mengetengahkan calon-calon yang berkelibar menentang calon-calon BN.

Tidak dinafikan pembangkang akan mendapat undi, kerana dalam sistem demokarsi tiada yang boleh mengatakan mendapat undi 100 peratus. Namun undi pembangkang belum lagi mampu mencapai kemenangan. 

Demi kemeriahan demokarsi, kita juga mengalu-alukan kehadiran pembangkang, agar supaya calon-calon BN tidak merasa di zon selesa.

Kehadiran calon-calon pembangkang berperanan sebagai check and balance, demi mengwujudkan suasana demokrasi yang mapan, selain itu, memastikan calon-calon BN yang bakal ditabalkan sebagai wakil rakyat berkerja keras demi rakyat yang diwakilinya.

Melihat kehadiran pembangkang pada setiap daerah mengundi, menjadi katalis kepada akar umbi BN berkerja keras dan mempraktekkan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Demikian juga para pemimpin BN senantiasa mengunapakai pendekatan itu dan ditambah pula dengan Janji Ditepati.

Rakyat pada umumnya diuntungkan dengan pendekatan yang dilakukan semua pemimpin BN termasuk para wakil rakyatnya, terutama sifat terbukanya para pemimpin sekarang ini, senang didampingi, mudah dihubungi, responsif dan mengambil tahu soal-soal permasalahan rakyat.

Namun yang paling penting, para pemimpin Bn sekarang ini, lebih fokus kepada membantu rakyat dalam semua bidang, terutama bidang perekonomian dan pendidikan, selain usaha berterusan membina infrastruktur  demi kemudahan rakyat.

Sejak Najib mengambil alih jawaan Perdana Menteri, nampaknya perubahan besar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial terus berkembang maju. Perkembangan ini sungguh menguntungkan rakyat. Suara Rakyat merasakan, tiada sebab rakyat tidak memilih kerajaan BN pada PRU-13 akan datang.

18 comments:

mantera said...

Rahman ada nyatakan, dia tak kisah jika tak dcalonkan, dia akan memberi sokongan penuh kepada BN.

mantera said...

siapa pun dicalonkan, semua ahli kena memberi sokongan.

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) yakin akan menang di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Unknown said...

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Datuk Japlin Akim berkata, keyakinan itu ekoran BN terbukit berjaya mentadbir Sabah dengan baik selama ini.

Unknown said...

“Kestabilan politik dan ekonomi yang diwujudkan BN akan memastikan parti ini terus mentadbir Sabah selepas PRU akan datang.

“BN Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman telah berjaya memenuhi harapan rakyat Sabah,” KATA JAPLIN AKIM

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah telah membawa negeri berkenaan ke era kecemerlangan dari segi pertumbuhan ekonomi terutama dalam aspek pelaburan dari dalam dan luar negara.

Unknown said...

kedudukan rizab kewangan Sabah juga semakin bertambah kukuh berbanding keadaan sebelum ini dan situasi itu pasti merancakkan program pembangunan di negeri ini.- Japlin Akim

Japlin Akim meminta rakyat Sabah supaya memilih kestabilan politik kerana keadaan itu membolehkan kerajaan negeri menumpukan perhatian kepada agenda pembangunan negeri.

jackie said...

Siapa saja calon-calon yang bakal di di pilih, harap dapat menjalankan tugas yang di beri.

Unknown said...

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli di peringkat bahagian supaya melupakan soal pemilihan jawatan ataupun siapa yang akan dicalonkan pada pilihan raya bagi memastikan tidak wujud perpecahan di dalam parti itu.

Unknown said...

Beliau berkata, dua perkara berkenaan harus dielakkan memandangkan ia langsung tidak membantu dalam usaha mengembalikan kekuatan UMNO termasuklah merampas kembali kerusi daripada pembangkang khususnya di Selangor.

Unknown said...

Malah katanya, amalan lobi-melobi dalam pemilihan jawatan parti ataupun untuk menjadi calon pilihan raya disifatkannya sudah ketinggalan zaman kerana ia tidak boleh dijadikan kayu pengukur terhadap kepimpinan dan kedudukan UMNO pada masa depan.

Unknown said...

"Kita lupakan soal pemilihan parti. Kita ketepikan soal siapa nak jadi calon, ketua bahagian, pengerusi penyelaras dan sebagainya. Jangan ingat kita melobi, kita boleh menang. Zaman lobi-melobi ini sudah berlalu, sekarang kita perlu istiqamah dalam perjuangan.

Unknown said...

"Amalan sebegini sebenarnya tidak baik kerana mungkin akan timbul sabotaj dalam parti kerana ada pihak tidak berpuas hati. Sudah-sudahlah... Perkara seperti itu tidak harus berlaku dan tidak harus ada," katanya.

Unknown said...

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa adalah tidak mustahil UMNO terutamanya di Selangor merampas kembali kerusi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di negeri ini sekiranya semua ahli dan pemimpin parti mengekalkan semangat bersatu padu, kerja kuat dan tidak menimbulkan masalah di dalam parti.

Unknown said...

Katanya, jika dilihat situasi politik dan pentadbiran di Selangor, PKR, DAP dan Pas seolah-olah sudah rapuh berikutan banyak masalah yang yang timbul sama ada dari dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan, ketidakcekapan sehinggalah kepada soal kebajikan rakyat tidak ditunaikan sehingga kini.

Unknown said...

"UMNO dan komponen BN bukanlah tidak kuat, sebaliknya kita hanya berpecah. Oleh itu, kita harus berusaha merapatkan kembali hubungan sesama kita agar kita kembali bersemangat untuk menang kembali dalam pilihan raya nanti di Selangor ini," ujarnya.

Unknown said...

Tunggulah siapa yang akan menjadi pilihan rakyat. tidak perlu guna taktik kotor untuk dicalonkan.

Unknown said...

Apapun, selamat berjuang kepada para pemimpin/calon PRU-13 nanti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels