17 November 2012

Telaga Minyak Baru- Rakyat Sabah dapat manafaat?

Penemuan dua lagi telaga baru minyak yang terletak kira-kira 100 kilometera di timur laut Kota Kinabalu dijangka membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah di samping menyumbang kepada kekayaan negeri dalam perkembangan industri minyak dan gas dan Sabah.

Penemuan ini juga akan membolehkan negeri ini akan dapat menerima pelbagai manfaat yang mampu menarik lebih ramai para pelabur melabur di negeri ini

Penemuan dua lagi telaga baru minyak sebagai mana yang diumumkan Petronas di telaga Wakid-1 dalam Blok 2G-2J baru baru ini, potensi Malaysia khususnya Sabah sebagai kawasan cari galis gas dan minyak petroleum boleh dipertingkatkan yang mampu memberi anjakan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Pembangunan yang diusahakan ini akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping mendorong anak muda termasuk pelajar mencebrui bidang pekerjaan yang disediakan oleh Petronas,” 

Namun, melalui harapan itu, tidak semudah daripada segi pelaksanaannya, kerana pengalaman Suara Rakyat sendiri berhubung dengan Petronas, sungguh sukar dan susah. 

Walaupun telaga minyak ditemukan di perairan Sabah, tidak semestinya rakyat Sabah mendapat manafaat, apa kah dalam bentuk latihan atau kemahiran.

Anugerah Biasiswa Petronas misalnya, meskipun anak-anak Sabah mampu mencapai straight A dalam SPM, belum tentu mendapat tajaan daripada syarikat minyak itu.

Berasaskan kepada keadaan ini, adalah wajar jika kuasa politik digunakan untuk menentukan kuota terhadap penduduk Sabah baik meliputi biasiswa atau program latihan, jika tidak, semuanya ini hanya menjadi cantik pada rupa, namun kenyataannya rakyat Sabah berada dalam kerugian.

15 comments:

mantera said...

Dengan penemuan terbaru oleh PETRONAS itu, ia mencadangkan kemungkinan wujudnya prospek bagi pertumbuhan pengeluaran di telaga minyak barunya yang mana syarikat minyak nasional itu kini turut membuat pelaburan yang besar bagi menyelesaikan masalah penyusutan pengeluaran di telaga minyak lamanya.

mantera said...

Institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negeri ini disaran menawarkan lebih banyak kursus kemahiran dalam bidang minyak dan gas

mantera said...

langkah itu penting memandangkan jumlah tenaga mahir tempatan dalam industri berpotensi itu masih berkurangan.

mantera said...

keperluan tenaga kerja dalam industri minyak dan gas di negara ini termasuk Sabah meningkat dengan mendadak di mana industri berkenaan memerlukan 21,000 pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2020.

mantera said...

Penemuan beberapa buah telaga minyak baru di perairan Sabah dijangka memberi perubahan dan impak yang besar dalam memacu dan meningkatkan perkembangan ekonomi Sabah.

Marimar Pascual said...

Penemuan telaga minyak baru di perairan Kota Belud akan membolehkan daerah itu menjadi pusat industri minyak dan gas di negeri ini.

Marimar Pascual said...

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, justeru itu, kerajaan negeri akan mengeksploitasi potensi industri minyak dan gas di daerah itu sebaik mungkin.

Marimar Pascual said...

"Kita telah membincangkan mengenai pembangunan minyak dan gas dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman secara prinsipnya telah bersetuju mewujudkan satu pusat kejuruteraan minyak dan gas di Kuala Abai.

Marimar Pascual said...

"Kita berharap agensi yang menerajui projek itu adalah agensi yang paling berjaya dalam industri itu," katanya

Marimar Pascual said...

Menurut Abdul Rahman, ketika ini, kerajaan negeri telah merangka pelbagai perancangan bagi membangunkan daerah itu sebagai pusat industri minyak dan gas.

Marimar Pascual said...

Kata beliau, pihaknya menjangkakan sebanyak 1,500 peluang pekerjaan akan disediakan dalam industri tersebut dari semasa ke semasa.

Marimar Pascual said...

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri sentiasa komited dalam membangunkan Kota Belud yang menyaksikan daerah itu menerima peruntukan kira-kira RM700 juta sejak tahun lalu.

Marimar Pascual said...

"Jumlah peruntukan itu kemungkinan akan bertambah sehingga RM1 bilion daripada pelbagai perancangan seperti projek jelapang padi dan agropolitan yang berterusan," ujarnya.

Marimar Pascual said...

Hasil bumi Sabah sebenarnya cukup untuk menampung keperluan penduduknya.

Marimar Pascual said...

Semoga ada lagi telaga minyak baru yang akan ditemui lepas ni. Rakyat pasti akan menjana ekonomi dari penemuan tersebut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels