12 December 2012

Akuan Bersumpah RM40 Juta: Rendahnya politik Lajim

LAJIM khayal membaca arus perjalanan politik. Bagi dia, keputusan yang dibuatnya melalui politik, dianggapnya senantiasa menyebelahinya.

Lajim bersandar kepada pengalamannya sendiri apabila pada tahun 1986 bertanding melalui PBS dan menang, walaupun pada ketika itu, nama beliau dalam politik negeri Sabah, tiada yang mengenalpun.

Nama Lajim menghangat kembali apabila beliau meninggalkan PBS pada tahun 1994 membawa sekali kerusi yang dimenanginya pada PRN Sabah yang hanya berlabuh berapa bulan sebelumnya, melalui perbuatan itu, PBS kehilangan kuasa dan membuka peluang kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Melalui peristiwa yang dilalui Lajim itu, beliau melakukannya untuk kali ketiga, yakni pada Julai lalu meninggalkan BN dan menubuhkan PPS yang pro pembangkang. Tindakan beliau itu adalah puncak daripada spekulasi seawal tahun 2004, bahawa beliau akan berpaling tadah.

Dengan bertemakan, kuasa dan jawatan bukan matalamat perjuangannya, beliau memberi alasan penyebab utama meninggalkan BN. Apabila keluar bergemalah suara-suara kecil beliau yang dinyaringkan, kononnya, selama dalam BN, kawasannya tidak di bangun dan kerajaan yang disertainya sejak tahun 1986-1994; 1994-2012, kononnya tidak membangun rakyat. Lajim memerlukan masa 26 tahun untuk mendapatkan ilham dan idea.

Selama 26 tahun, mata beliau kabur terhadab pembangunan yang berlaku, hanya selepas Julai 2012, secara tiba-tiba mata beliau telah menjadi terang benderang. Bukan sahaja matanya, akan tetapi tindakannya juga kononnya menjadi hebat.

Kini, seteru politik beliau lebih tiga dekad menjadi temannya, penasihatnya. Beliau tidak sedar, bahawa beliau sebenarnya telah terjual hidup-hidup tanpa menyadarinya.

Contoh terkini, bagaimana Lajim digambarkan sebagai ahli politik yang tiada apa-apanya dicerminkan melalui pengakuannya sendirinya melalui akuan bersumpad (SD) berhubung wang RM 40 juta sumbangan kepada Umno Sabah. "Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai(nya)," demikian kata beliau dalam akuan bersumpah yang diedarkan kepada media.

Berasaskan kepada pengakuan itu, beliau bukan lagi secara tersirat mengakui, bahawa beliau sebagai ahli politik yang tidak dipercahayai, malah kawan-kawannya pun beranggapan, bahawa beliau tidak mempunyai kredibilti politik yang tinggi, atas sebab itu, beliau tidak dilibatkan mengetahui hal-ehwal parti demi keterjaminan agar strategi parti tidak diketahui oleh pihak lawan.

Benarlah kata-kata Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang disokong oleh Timbalannya, sebaik sahaja  beliau keluar daripada parti; bahawa pemergian beliau daripada Umno atau BN tidak mempunyai impak apa-apa terhadap kekuatan parti.

Sekarang, telah jelas dan terang, bahawa dikalangan para pemimpin rupanya telah lama mengetahui paras politik Lajim; walaupun ahli-ahli perwakilan Umno pernah mengundinya untuk jawatan AMT, kerana faktor yang hanya diketahui oleh perwakilan itu.

54 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik

Anonymous said...

mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

Anonymous said...

Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan

Anonymous said...

Keputusan Lajim itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan Lajim yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

Scarlett said...

Fitnah adalah satu pembohongan yang menunjukkan ketidakjujuran dan sifat tidak bertanggungjawab apatah lagi jika dimanifestasikan dalam masyarakat yang tentunya akan mengundang bahaya kepada negara, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Scarlett said...

Jelasnya, UMNO bersama-sama kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sentiasa sedar dengan natijah yang akan berlaku sekiranya fitnah berleluasa justeru itulah slogan 1Malaysia Tolak Fitnah disambut sepenuh hati.

Scarlett said...

“Kita sedar bahawa fitnah yang ditukar dalam bentuk manipulasi dan persepsi ini berlaku dipersada politik sekarang dan ianya semakin bercelaru apabila pakatan pembangkang menjadikan ia sebagai cara bagi menghancurkan kepercayaan orang ramai kepada kerajaan,” katanya

Scarlett said...

Jelasnya, lantaran kejayaan pakatan pembangkang memenangi empat buah negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang dibuat atas landasan melontarkan kata-kata tidak benar hinggakan rakyat menjadi keliru dan terpengaruh untuk beralih undi kepada mereka maka tentunya ia akan terus dibuat.

Scarlett said...

“Pakatan pembangkang sudah kemaruk mahukan kuasa dan mengidam untuk memerintah negara ini tanpa mereka peduli apa saja yang dilakukan biarpun ternyata ia adalah taktik kotor,” katanya.

Scarlett said...

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan melihat karenah pakatan pembangkang kini bertumpu kepada peribadi mana-mana pemimpin yang dilihat mempunyai karisma dan berkebolehan untuk diserang.

Scarlett said...

“Sebelum ini pembangkang menggunakan isu nasional untuk menjatuhkan pimpinan BN/UMNO dengan pelbagai tuduhan yang tidak benar tetapi banyak isu-isu yang diketengahkan gagal lantaran usaha berterusan kerajaan untuk memberikan penerangan dan turun padang berjumpa dengan rakyat.

Scarlett said...

“Namun demikian, sejak kebelakangan ini fitnah telah ditujukan secara terus kepada mana-mana pemimpin parti malah saya dan keluarga saya sendiri pernah dituduh dengan pelbagai perkara yang tidak benar, tetapi kita tahu bahawa perkara benar akan mengatasi perkara palsu.”

Scarlett said...

Tegas beliau lagi, kepimpinan tertinggi UMNO dan anggota parti tidak pernah gentar berdepan dengan tohmahan pembangkang kerana yakin bahawa ketelusan dan kebertanggungjawaban BN/UMNO akan mengatasi fitnah yang dilemparkan.

Scarlett said...

“Kita tidak akan duduk diam kerana dalam kita bekerja dan berkhidmat untuk rakyat, kita juga sentiasa memberikan penerangan dan percaya bahawa rakyat juga tahu membuat penilaian.”

Scarlett said...

Kemaruk Kuasa Buat Pembangkang Amal Politik Berlandaskan Fitnah. “Pakatan pembangkang sudah kemaruk mahukan kuasa dan mengidam untuk memerintah negara ini tanpa mereka peduli apa saja yang dilakukan biarpun ternyata ia adalah taktik kotor,” katanya.

Unknown said...

Sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah.

Unknown said...

Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Unknown said...

Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort kalau tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.

Unknown said...

Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan.

Unknown said...

Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort. Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri.

Unknown said...

Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF).

Unknown said...

Beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah.

Unknown said...

Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga.

Unknown said...

Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti.

Unknown said...

Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar.

Unknown said...

Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin? Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik.

Unknown said...

Dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.

Unknown said...

Biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN.

Unknown said...

Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%.

Unknown said...

Lajim Ukin dilihat sebagai pembelot parti.

Unknown said...

Tindakan Lajim Ukin mendahulukan kepentingan peribadi berbanding mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.

mantera said...

Lajim adalah tokoh politik Sabah yang tidak punya rasa setia kepada parti politik.

mantera said...

beliau dilihat seorang ahli politik opportunis yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri.

mantera said...

Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985 setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu.

mantera said...

Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan

mantera said...

Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS.

mantera said...

sepanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan.

mantera said...

Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri.

mantera said...

ini menyebabkan Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana.

mantera said...

Lajim memendam rasa sejak sekian lama di dalam PBS, walaupun beliau memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin.

mantera said...

Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam Pilihanraya Negeri 1994, namun, telah mula menunjukkan reaksi untuk mengkhianati PBS dan Pairin.

mantera said...

Lajim sudah menghantar mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN.

mantera said...

Dalam pilihanraya tersebut, PBS menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.

mantera said...

Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan kesampaian.

mantera said...

Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke parti UMNO.

mantera said...

Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita pula untuk menjadi Ketua Menteri

mantera said...

kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003 sehingga sekarang.

mantera said...

Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak. Baik Musa yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum.

mantera said...

Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan karier politiknya. Bagi Lajim, sejak sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik.

mantera said...

Selaku ahli politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh menguntungkannya.

mantera said...

Entah apalah pula perhitungan dan bacaan politik Lajim kali ini sehingga sanggup meninggalkan BN dan mahu bersekongkol pula dengan PR.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels