19 December 2012

Calon Umno tidak semestinya ada jawatan parti

INI yang menarik berhubung pendekatan parti Umno pada masa ini; calon-calon yang mewakili parti itu dalam PRU-13, tidak semestinya mereka yang mempunyai jawatan parti.

Pertimbangan dalam pemilihan calon adalah berasaskan kepada kemampuan seseorang calon dalam berbagai segi, antaranya calon itu dikenal ramai, dan juga calon itu dekat dengan para pengundi.

Melalui pertimbangan itu, maka seseorang calon yang mewakili BN mudah diterima para pengundi. Apabila mudah, maka peluang kemenangan dapat diperkirakan lebih awal.

Di Sabah, umumnya para bakal calon sudah dapat dibaca lebih awal; faktor yang menyebabkan perkara ini, kerana bakal-bakal calon tersebut telah berkerja sejak empat tahun lalu, melalui turun padang, mengurus padang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

Disebabkan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan bakal-bakal calon, maka tidak sukar untuk memilih bakal-bakal calon; namun yang mengalami kesukaran adalah pucuk pimpinan untuk menentukan calon mana yang bakal dicalonkan.

Apabila pucuk pimpinan tersilap pilih calon, maka disinilah timbul, kelakuan merajuk yang boleh menjurus kepada sabotaj.

Memujuk orang yang merajuk, bukan mudah, atas sebab itu, sebaik-baiknya pucuk pimpinan melakukan "brain storming" bagi bakal-bakal calon yang berpotensi, sebelum mengumumkan calon-calon pada PRU-13.

Ada dua masalah utama yang bakal dihadapi pucuk pimpinan-aspirasi bakal-bakal calon dan aspirasi akar umbi. Bagi pendapat Suara Rayat Pucuk pimpinan perlu memilih aspirasi akar umbi berbanding aspirasi bakal-bakal calon, kerana yang menentukan kemenangan adalah akar umbi.

Memang berat untuk menidakkan aspirasi bakal-bakal calon yang terdiri daripada pemimpin parti; misalnya Ketua Bahagian; namun pucuk pimpinan perlu berani bertindak, kerana tidak semestinya Ketua Bahagian sesebuah parti itu diterima akar umbi yang majoriti.

Mendapat jawatan pada sesebuah parti, banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu menang. Tidak perlulah diulas, kerana umumnya akar umbi mengetahuinya.

Berdasaskan kepada asas itu maa pucuk pimpinan parti diminta menimbangkan hasrat peringkat akar umbi dalam meletakkan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tetapi apabila aspirasi bakal-bakal calon itu juga disokong oleh aspirasi akar umbi serta daripada Bahagian atau cawangan sesebuah parti, maka jika terpilih calon yang mempunyai sokongan demikian, maka calon itulah yang dikatakan calon winnable candidate.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak acap kali menegaskan calon BN dalam pilihan raya nanti mestilah yang boleh menang. Ini bererti pucuk pimpinan akan mengambil kira suara dan hasrat di peringkat akar umbi dalam menentukan calon.

21 comments:

John Winchester said...

Peluang Barisan Nasional(BN) untuk memenangi majoriti 2/3 pada PRU ke-13 dilihat cerah berdasarkan beberapa faktor, termasuk dasar transformasi kerajaan yang dilakukan oleh BN semenjak diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira tiga tahun yang lepas.

John Winchester said...

tranformasi di dalam pentadbiran kerajaan, termasuk di dalam UMNO yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib telah menambahkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN untuk terus mentadbir negara.

John Winchester said...

Kita dapat lihat hari ini, dengan kepimpinan Datuk Seri Najib kestabilan politik dan ekonomi bertambah baik

John Winchester said...

Kewibawaan kepimpinan beliau, serta dasar kerajaan yang menepati janji merupakan faktor-faktor utama yang BN mempunyai peluang besar untuk memperolehi majoriti 2/3 pada PRU yang akan datang.

John Winchester said...

Berdasarkan faktor tersebut, termasuk juga dengan beberapa faktor tambahan lagi seperti sistem yang tersusun, pengalaman dalam pentadbiran, mengekalkan kestabilan dan keharmonian merupakan elemen-elemen penting yang memberikan kelebihan kepada BN berbanding dengan pakatan pembangkang

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Unknown said...

Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Unknown said...

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Unknown said...

“Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa,” katanya.

Unknown said...

UMNO sudah menerima semua nama calon yang dipilih oleh setiap Jawatankuasa Khas di peringkat bahagian untuk disenaraikan bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Unknown said...

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, senarai berkenaan diterima pada 2 April lalu iaitu membabitkan tiga nama bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Unknown said...

"Langkah meminta peringkat bahagian menyediakan senarai nama calon adalah berasaskan kepada Fasal 15 (3) Perlembagaan UMNO yang meminta jawatankuasa di bahagian menyediakan tiga nama bagi setiap jawatan,'' katanya

CarloS said...

The recent sackings and suspension of errant Umno members shows the party’s seriousness in combating indiscipline in the party, said Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

CarloS said...

“We must always take heed of the call by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as Umno president to party members to be disciplined, sincere and loyal.

CarloS said...

“Members who are insincere and resort to sabotaging the party will be expelled,” he said when asked to comment on the disciplinary action taken on three party members in Umno’s Semporna division.

CarloS said...

Two of them were expelled and another handed a three-year suspension for sabotaging the party.

CarloS said...

Umno’s disciplinary board chairman Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail in a statement on Thursday had said Ab. Habi Mustapha and Abdul Majid Palah from the division were expelled while Nisfu Palah had been suspended for three years effective Sept 26.

CarloS said...

Musa , who is also Sabah Umno and Sabah Barisan Nasional chief, also reminded the people of Sabah specifically in Beaufort to be wary of leaders who tried to pit them against each other.

CarloS said...

He said these leaders were only after their own interests and would not hesitate to sow discord in trying to achieve their objectives.

mantera said...

pilih calon yang terbaik untuk rakyat.

mantera said...

pastikan calon dipilih disukai rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels