16 December 2012

Kongres LDP: Kehadiran Tun Dr Mahathir mendapat tepukan gemuruh

TERHARU sekali apabila nama Tun Dr Mahathir disebut apakah oleh Perdana Menteri mahupun Presiden LDP, tepukan gemuruh daripada perwakilan mahupun pemerhati pada Persidangan LDP kali ke 23 yang berlangsung di Sandakan pada Ahad, menunjukkan mantan Perdana Menteri itu mempunyai sokongan khasnya daripada kaum cina dan rakyat secara umumnya.

Kehadiran Tun Dr Mahathir semasa pesidangan parti LDP, parti tempatan yang mewakili kaum cina khasnya Sabah mempunyai signifikan kepada kepimpinan parti itu.

Parti LDP yang ditubuhkan pada tahun 1989, dimana pada penubuhannya merupakan parti pembangkang di peringkat negeri Sabah, akan tetapi mesra BN Pusat.

Pada tahun 1991, parti itu diterima dalam keluarga BN, apabila umno mengembangkan sayapnya ke Sabah, dan bersama-sama parti AKAR (kini telah dibubarkan) membentuk komponen BN Sabah dan menjadi parti pembangkang di Sabah.

LDP, walaupun parti kecil, namun kesetiaannya kepada perjuangan BN tidak pernah luntur, malah komitmen parti itu kepada BN terus menebal.

Dikeranakan kesetiaan parti itu, parti itu pernah diberi peluang menerajui kerajaan Sabah, apabila mantan Presidennya Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2001, walaupun parti itu hanya mempunyai satu kerusi DUN, di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Meskipun parti itu telah menyertai beberapa pilihanraya sejak tahun 1990, hanya pada PRU-12, kesemua calon-calon daripada parti itu menang; malah kawasan Parlimen yang dimenangi calon pembangkang pada PRU-2004, berjaya dirampas semula melalui Presiden LDP sekarang ini.

Pada persidangan LDP yang ke-23, julung kalinya perasmiannya dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, dan ironinya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut sama; yang mengingatkan nostalgia parti itu, bahawa pada kongres pertamanya dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir.

Kehadiran Perdana Menteri dan Tun Dr Mahahir pada kongres LDP, membuktikan bahawa dalam BN, tiada diskriminasi terhadap parti-parti kecil; dan selagi parti dan pemimpinnya setia kepada perjuangan BN, maka parti dan pemimpin parti itu dianggap sebagai pemimpin BN.

Sebenarnya ini yang berlaku kepada parti LDP dibawah kepimpinan Datuk Liew Vui Keong. Kepimpinan LDP mendapat penghormatan daripada para pemimpin tunjang BN, yakni Umno; kerana pada kongres parti itu yang berlangsung di dewan Ballroom Hotel Four Point Sandakan, bukan sahaja kehadiran Perdana Menteri bersama isteri, malah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berserta isteri juga turut hadir.

Para pemimpin parti itu mendapat penghormatan daripada segenap lapisan kempimpinan Umno, apabila turut hadir, Speaker DUN Sabah merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Speaker Dewan Rakyat-Datuk Ronald Kiandee, wakil daripada parti komponen termasuk daripada Sarawak yang diwakli oleh Datuk Salang Gandum; malah kongres itu juga dihadiri ramai anggota kabinet Negeri Sabah, antaranya Datuk Yee Moh Chai.

Dalam ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri, membayangkan bahawa Parlimen Sandakan akan tetap berada ditangan BN, mengikat sokongan daripada berbagai pihak yang dibuktikan melalui persiadangan itu.

Sepanjang ucapan Persiden parti itu, tepukan gemuruh daripada perwakilan terus menerus berkumandang, keadaan ini menunjukkan bahawa VK Liew yang merupakan ahli parlimen Sandakan, mendapat sokongan dan dianggap sebagai winnable candidate bagi BN di kawasan P.186 Sandakan.

30 comments:

Blackforest said...

Semua parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang kecil adalah penting bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Blackforest said...

"Dalam tempoh berbaki (yang singkat) ini...tidak ada lagi masa untuk kita
bertelagah. Kita mestilah bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai kemenangan."-Najib

Blackforest said...

Najib menghargai kesetiaan
LDP yang menjadi ahli BN sejak dua dekad lalu.

Blackforest said...

Najib menyambut baik kehadiran Mahathir ke kongres itu yang menurutnya menunjukkan "beliau adalah seorang pemimpin yang sanggup berkorban dan sayang kepada BN yang memperjuangkan kepentingan rakyat".

Blackforest said...

"Sebagai bekas perdana menteri, Tun Mahathir boleh memilih beriadah pada hari minggu namun beliau datang ke Sandakan bersama kita. Mesejnya ialah meskipun tiada jawatan...meskipun tidak terpilih calon kita tetap menyokong BN,"katanya.

Blackforest said...

Sambil menyifatkan 13 ahli parti komponen BN itu sebagai anak, beliau
berkata, bukan mudah untuk mengurus segala-galanya terutama memberi kepuasan kepada semua.

Blackforest said...

"Namun dengan adanya tolak ansur maka 13 orang anak ini hidup dalam keadaan aman damai. Inilah kelebihan BN berbanding pembangkang, kita kuat kerana kita bersatu dan bekerjasama sebagai sebuah keluarga," katanya.

John Winchester said...

Telah terlalu banyak permintaan dan amaran dari para pesimpati kepada perjuangan PKR supaya menjadikan PKR lebih fokus kepada "perjuangan membela rakyat untuk mendapat keadilan" sebagai rakyat dan warganegara Malaysia dari berjuang dengan ganas dan menjadi "self destruct"....namun amaran dan permintaan itu dinafikan.

John Winchester said...

Semakin terserlah bahawa PKR tertubuh sekadar memenuhi impian individu sahaja

John Winchester said...

Bagaimana ianya lahir, begitulah halatujunya... PKR lahir kerana DSAI dipecat

John Winchester said...

Jika DSAI tidak terpecat, sudah pasti tidak wujud PKR

John Winchester said...

Impian sebenar DSAI sudah lama berkecai

John Winchester said...

16 September sudah luluh dan punah

John Winchester said...

Impian sudah bertukar menjadi mimpi ngeri

John Winchester said...

PKR sudah usang sebagai landasan dan perahu pelayaran DSAI ke Puterajaya

John Winchester said...

Pimpinan PKR dahulu menjadi "pejuang dalam Pakatan Rakyat" yang ingin memperalat PKR

John Winchester said...

Kini ianya benar-benar memenuhi keperluan sebagai ALAT dalam Pakatan Rakyat

CarloS said...

Ucapan dasar Perdana Menter, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini turut membakar semangat parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak untuk menghadapi “pertarungan” pilihan raya umum ke-13.

CarloS said...

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ucapan Najib selaku Presiden UMNO bukan sahaja membakar semangat anggota UMNO tetapi juga parti komponen BN dan rakyat mengenai masa depan UMNO.

CarloS said...

“Kami diberikan panduan mengenai arah tuju UMNO dan kepimpinannya dan bagaimana selama ini ia telah memainkan peranan penting dalam membangunkan negara dan menyatukan rakyat.

CarloS said...

“Secara keseluruhan, Perdana Menteri telah memberikan gambaran bahawa peranan UMNO amat relevan dan telah menjadi sebahagian sejarah dan jentera untuk memastikan negara bergerak di landasan yang betul demi kebaikan generasi akan datang,” katanya selepas ucapan dasar Presiden UMNO pada perasmian perhimpunan agung itu.

CarloS said...

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan berkata Najib telah membayangkan yang pilihan raya umum bakal diadakan tidak lama lagi.

CarloS said...

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup pula berkata ucapan Najib memperingatkan bahawa hanya BN yang terdahulunya dinamakan Parti Perikatan, merupakan parti tunggal yang berkeupayaan dan berkebolehan untuk membela nasib rakyat.

CarloS said...

Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Datuk Liew Vui Keong pula berkata penekanan Najib tentang konsep perkongsian kuasa antara komponen parti yang penting untuk dikekalkan antara mesej yang perlu difahami anggota parti.

CarloS said...

“Saya amat gembira dan berharap konsep ini akan dikekalkan dalam BN terutamanya dalam pimpinan negeri-negeri.

CarloS said...

“Saranan saya untuk LDP, yang penting adalah kita menang pilihan raya akan datang dengan majoriti yang besar serta kita menyokong siapa juga calon yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan,” kata Liew yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

CarloS said...

PM Najib mahu rakyat bersatu dan berjuang sebagai satu pasukan

mantera said...

Mahathir byk membawa negara kita ke era pembangunan.

jackie said...

Harus bersatu hati bagi memastikan Bn akan terus menang.

jackie said...

Tun Mahathir membawa banyak perubahan pada era pemerintahan beliau.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels