27 December 2012

Kuburan Batu Gadung: Sampai bila boleh bertahan?

Tahun 60-an, Tapak Perkuburan Islam Batu Gadung, hampir menjadi milik orang-orang tertentu; kerana masa itu, ada cubaan mengerannya.

Haji Mohktar Haji Ibrahim adalah salah seorang pemimpin kampung yang bangkit membantah usaha mengeran tapak dan kawasan itu. Apabila bangkitya bantahan, akhirnya penduduk kampung bersatu menyokong bantahan itu. Akhirnya hingga kini tapak dan kawasan itu masih milik umum tanpa dimiliki atas nama perseorangan.

Namun, akibat fenonima alam, Perkuburan Islam Batu Gadung yang gagal dimiliki orang perorangan, akhirnya kini hampir dimiliki oleh alam.

Kebijaksanaan manusia yang mengusik kawasan ulu sungai, di mana sungai itu menjadi pemisah antara tapak perkuburan itu dengan laut China Selatan; seolah-olah membenarkan alam meneruskan aksinya.

Adalah hukum alam terutama air, di mana keseimbangan jika diganggu, maka alam dengan sendirinya  akan mencari keseimbangan baru. 

Akibat air sungai yang semakin cetek, maka lautan berusaha untuk mendekatinya bagi mengwujudkan keseimbangan. Secara kebetulan, rempuhan alam itu terpaksa merempuh Perkuburan Batu Gadung.

Disebabkan pembangunan di ulu sungai, maka tidak mungkin lagi mengembalikan keadaan semulajadi sungai itu. Apabila demikian, maka Perkuburan Islam Batu Gadung hanya menunggu masa untuk hilang di peta dunia.

Apabila Perkuburan Islam Batu Gadung sirna di peta dunia, maka akan turut juga hilangnya tamadun masyarakat iranun.

Dalam menelusuri, asal muasal seseorang itu, yang pasti seseorang itu dinilai kemampuannya menunjukkan perkuburan nenek moyangnya.

Satu masalah utama yang akan dihadapi generasi kaum iranun di masa akan datang; bahawa suku itu tidak mampu lagi menunjukkan tapak perkuburan asal usulnya.

Perkuburan Islam Batu Gadung merupakan satu bentuk institusi kepada penduduk iranun, kerana perkuburan itu banyak menggambarkan kehidupan suku itu.

Di masa silam, keadaan perhubungan yang begitu sukar; menjadi hambatan penduduk untuk selalu bersua. Kewujudan Perkuburan Islam Batu Gadung merupakan perantara untuk bertemu, bertanya khabar, samada melalui kedukaan  apabila ada kematian mahupun waktu riang ria seperti Hari Raya.

Di masa kedukaan, penduduk kampung berkumpul, untuk menunjukkan simpati kepada keluarga yang kehilangan saudara yang disayangi; di masa itu juga, penduduk kampung menunjukkan bagaimana sifat kerjasama mereka secara spontan; umpamanya menggali liang lahad, membina sulap, mencari daun nipah, menganyam nipah untuk dijadikan atap, mencari tiang sulap, mencari bamban  dan tiak sebagai tali pengikat.

Di masa riang ria seperti Hari Raya, di situ juga berlakunya tukar menukar juadah yang dipersiapkan sebelum menjelang hari raya. (Kini aktiviti itu berganti dengan majlis rumah terbuka). Pada masa itu, asalkan mereka berkunjung ke perkuburan itu, pasti merasakan juadah seperi amik, didiwalan, pirikambing, wadit, barbed dan piusu.

Sungguh riang suasana di perkuburan. Di situ juga berlakunya ketemu jodoh, kerana muda dan mudi berpeluang berjumpa dan menatap wajah masing-masing.

Di situ juga tempat berjumpa antara saudara yang tinggal berjauhan, di situ juga tempat saling bermaaf-maafan. Malah di situ juga berlakunya "ampunan" kerana melarikan anak gadis orang untuk diperisterikan.

Perkuburan Islam Batu Gadung, kalau boleh berbicara, pasti akan menceritakan ketamdunan suku iranun yang mendiami kampung Tamau, Bubong, Lilud dan Magotang.

Malang sungguh, mercu tanda ketamadunan iranun bagi perkampungan itu, sukar sudah untuk diselamatkan, meskipun ada usaha-usaha untuk menyelamatkannya.

Perkuburan Islam Batu Gadung banyak menyimpan kisah silam. Di perkuburan itu juga bersemayamnya seorang auliah yang tidak dikenal. Kubur auliah itu, beberapa kali diusik oleh tangan-tangan gatal dengan membuang nisannya yang berikat tali kuning ke laut atau sungai. Namun, usaha itu berhenti begitu sahaja, kerana semakin kerap dibuang, batu nisan itu akan kembali tertanam di tempat asalnya.

Perkuburan Islam Batu Gadung, sebenarnya banyak menyimpan kisah-kisah silam, tempat pertemuan penduduk di zaman lalu, tempat bersukaria dan tempat menyimpan kenang-kenangan.

Malangnya, Perkuburan itu hanya menunggu masa dan saatnya untuk hilang.

22 comments:

Sanih Alias said...

Jika itu tanah perkubuhran kenapa perlu mahu digerankan.

Sanih Alias said...

Itu seharusnya milik umum jika dilihat daripada status asalnya sebagai tanah perkuburan.

Sanih Alias said...

Perlu ada pebincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan masalah ini terus menghantui penduduk kampung.

Sanih Alias said...

Pada masa yang sama juga kita tidak mahu ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam hal ini.

Sanih Alias said...

Semoga ada pihak yang tampil dan cuba menjelaskan mengenai Kuburan Batu Gadung ini. Uruskan perkuburan ini sebaiknya.

Maggot Eye said...

Kononnya salah UMNO dan Barisan Nasional…

Bagaimana pula dengan kewujudan dua buah kubur di Memorial Park berkenaan, walaupun mahkamah belum membenarkan Memorial Park tersebut beroperasi?

Maggot Eye said...

Bukankah kewujudan kedua-dua kubur berkenaan berlaku pada zaman penghujung pentadbiran PAS Kedah?

Maggot Eye said...

Idea siapakah yang membolehkan kewujudan kedua-dua buah kubur berkenaan dalam usaha untuk mempertahankan memorial park itu di tengah-tengah perkampungan Melayu dan di atas Tanah Rezab Melayu?

Maggot Eye said...

Kata ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee, projek tersebut diluluskan pada 2007 walhal bantahan Tanah Rezab Melayu Sungai Kob untuk dijadikan Memorial Park telah dibuat pada 28 Januari 2008 dan ianya dibincangkan semula oleh Ahli Majlis MPK.

Maggot Eye said...

Yang jadi masalah sekarang, walaupun diluluskan tetapi ianya masih dalam perbicaraan.

Laporan telah dibuat mengikut saluran undang-undang. Projek tersebut 'dihentikan' oleh Kerajaan UMNO-BN pada penghujung pentadbiran mereka tetapi apabila Pakatan mengambilalih Kerajaan Negeri, mereka terus memberikan kebenaran tanpa mengambilkira keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri sebelumnya.

Maggot Eye said...

Dua kubur baru di Memorial Park Sungai Kob adalah bukti tentang betapa terdesaknya Lim Soo Nee, ADUN Kulim untuk menjalankan perampasan dengan cara yang lebih terhormat. Alasannya mudah, masakan orang Melayu-Islam di Sungai Kob, Karangan, sanggup mengorek kedua-dua kubur itu dan memindahkan kedua-dua jasad manusia yang telah reput ke tempat lain?

Maggot Eye said...

Nampaknya ustaz PAS semakin lama semakin mengarut dalam mengeluarkan nas-nas agama.

Maggot Eye said...

Dahulu Ustaz Budak ini jugalah yang mengiktiraf Nik Aziz sebaris dengan nabi. Terbaharu Ustaz Budak menyatakan dalam satu ceramahnya bagaimana Nabi Muhammad saw menyesal kerana tidak dapar bertemu dengan Imam Ghazali!

Maggot Eye said...

Permasalahannya timbul apabila belum ada mana-mana hadis yang riwayatkan menceritakan bagaimana Nabi Muhammad menyesal kerana tidak bertemu Imam Ghazali. Tidak langsung dapat dipastikan dari mana hadis seperti ini diceduk.

Maggot Eye said...

Selepas menggelarkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu sebagai MONYET, kemudian yang terbaru menggelarkan kakitangan awam berbangsa Melayu sebagai PENGAMAL RASUAH, DAP yang seringkali mendabik dada, mereka telah berjaya memajukan Melayu khususnya di Pulau Pinang mengambil satu tindakan yang sangat drastik tetapi cukup menyayat hati.

Teruterubozu said...

Kawasan ni kelihatan sangat bermakna buat penduduk kampung. harap mereka akan dapat pertahankannya.

mantera said...

kawasan tersebut harus dijaga dan pastikan ia terpelihara.

Scarlett said...

Anggota UMNO hari ini diingat bahawa mereka adalah kelompok yang terpilih untuk memikul amanah dalam mempertahankan konsep kesederhanaan yang dipraktikkan Barisan Nasional (BN) untuk membawa kejayaan dan kemakmuran berterusan kepada negara.

Scarlett said...

Oleh itu, Ketua UMNO bahagian Ayer Hitam Datuk Samsol Bari Jamali berkata setiap anggota UMNO perlu menghayati betapa pentingnya tanggungjawab bersama itu untuk memenangkan parti pada pilihan raya umum akan datang

Scarlett said...

Beliau berkata konsep kesederhanaan yang dipraktikkan BN yang ditunjangi UMNO dalam memimpin negara adalah resepi kejayaan dalam mentadbir dan membawa kemakmuran berterusan kepada negara.

Scarlett said...

Konsep itu diterjemah dalam ideologi, dasar serta amalannya yang berpaksi kepada toleransi, muafakat dan konsep musyawarah, dengan mengambil kira pandangan semua pihak, katanya.

Scarlett said...

Beliau berkata keadaan ini amat berbeza dangan amalan parti pembangkang yang menampakkan perbezaan ketara dalam ideologi masing-masing, dengan Pas lebih bersifat ekstremis, PKR yang terlalu liberal, dan DAP dengan kesamarataan mengikut acuan sendiri.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

countries

   

Labels

Labels