14 December 2012

Lajim hina Jawatan Speaker

Kenyataan Datuk Lajim Ukin sepertimana disiarkan oleh Daily Express 13 Disember 2012 yang berbunyi "Salleh a nobody in Sabah politics today" sebab itu beliau dilantik sebagai Speaker DUN Sabah. 

Lajim terlupa bahawa Salleh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud adalah jawatan politik. Apa kah Lajim tidak tahu bahawa jawatan Speaker  juga adalah jawatan politik?

Sejak Lajim keluar dariapada Umno pada Julai lalu, kebanyakan kenyataannya bercelaru dan tidak menggambarkan bahawa MP Beaufort itu seorang ahli politik veteran.

Kenyataan Lajim yang disiarkan DE pada 13/12, menunjukkan bahawa MP itu menghina jawatan Speaker, kerana menurut apa yang dinyatakannya, bahawa Salleh a nobody in Sabah politics today, sebab itu dilantik sebagai speaker, seolah-olah jawatan speaker itu adalah jawatan reject dimana seorang ahli politik yang masih diiktiraf, maka tidak akan dilantik pada jawatan itu.

Suara Rakyat tidak ingin memberi komen, jika ada persengkitaan peribadi antara Lajim dan Salleh, yang ingin Suara Rakyat komen adalah kenyataan mengenai jawatan speaker.

Jawatan Speaker mempunyai kedudukan yang tinggi daripada segi protokol berbanding kedudukan Yang berhormat samada ADUN ataupun MP ataupun menteri kabinet. Kedudukan Speaker adalah yang ketiga selepas TYT dan Ketua Menteri. Apa kah Lajim tidak mengetahui kedudukan ini? 

Kalaupun ingin menghentam Salleh, janganlah menghentam jawatan yang disandangnya, kerana jawatan itu merupakan salah satu undang-undang tubuh kerajaan negeri. Bagaimana kah Lajim memperjuang kepentingan rakyat, jika undang-undang tubuh kerajaanpun, beliau tidak mengetahui dan menghinanya pula.

Rakyat Sabah perlu membuka mata, bahawa Lajim bukan seorang pemimpin yang boleh membela rakyat, kerana kalau diberi peluang, maka bukan sahaja negeri menjadi kelamkabut, malah rakyat akan semakin kusut.

56 comments:

Anonymous said...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional Beaufort.

Anonymous said...

Lajim tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'

Anonymous said...

Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

Anonymous said...

Inilah sebenarnya apa yang Lajim mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Lajim mahu bertindak sebagai seorang wira dan Lajim dapat memberitahu rakyat yang dia dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

Anonymous said...

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Anonymous said...

Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Anonymous said...

Anehnya, Lajim tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya

Anonymous said...

Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah

Anonymous said...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta Lajim bersikap 'gentleman' dengan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga sebagai anggota Umno.

Anonymous said...

Khairy turut menolak tindakan Lajim itu akan menjejaskan pengaruh Umno di Sabah dan menegaskan bahawa Umno Sabah dan Pemuda Umno Sabah akan tetap kuat.

Unknown said...

Kenapa pula Datuk Salleh jadi mangsa keadaan oleh Lajim ini.

Unknown said...

Dia lupa mungkin yang mana Datuk Salleh ada jawatan yang hebat selain Speaker. Kenapa dengan Lajim sekarang ini?

Unknown said...

Semenjak Lajim ini keluar daripada UMNO macam-macam perkara sengaja di bangkitkan oleh Lajim.

Unknown said...

Betul kata penulis Blog ini, Lajim ini seperti bukannya seorang politik veteran dengan kenyataan yang dibuatnya itu.

Unknown said...

Kalau pun marah dengan Salleh kerana meminta Lajim letak jawatan tapi itu memang sudah tugas sebagai ahli dalam BN untuk bersuara.

Unknown said...

Tidak salah pun bersuara untuk kebaikan parti BN itu sendiri.

Unknown said...

Lajim sendiri pun yang mencari masalah dengan tindakan seperti ini. Dari mula lagi rancangan Lajim telah diketahui oleh parti UMNO.

Unknown said...

Rasanya bukan senang untuk mendapat jawatan speaker ini. Kalau lihat pun Lajim sendiri pun belum layak untuk mendapatkan ini.

Unknown said...

Jadi Lajim sedarlah diri sendiri itu yang langsung tidak ada apa-apa sudah. Tidak pasti juga kalau PR mahu ambil nanti jadi ahli.

Unknown said...

Jika tidak mengemis parti tempatan Sabah ceritanya Lajim selepas ini.

Unknown said...

Lajim semakin ditolak di Negeri Sabah ini sebenarnya. Tidak ada yang suka dengan beliau lagi.

Unknown said...

Lajim cuma melepaskan dendam saja itu memberikan kenyataan sedemikian.

Unknown said...

Menyedihkan juga bila seseorang itu tidak dapat menerima kenyataan yang sudah tidak diterima lagi oleh penduduk Sabah.

Unknown said...

Tidak perlulah lagi kita menyokong pemimpin seperti Lajim ini. Memang patut sangat dia digugurkan sebagai wakil rakyat untuk UMNO.

Unknown said...

Tindakannya keluar parti itu lagi disokong kerana ahli parasit seperti Lajim perlu ditangani secepat mungkin sebelum menjadi beban kepada ahli yang lain.

Unknown said...

Terukan menyokong Kerajaan BN untuk terus menjadi pemerintah untuk masa akan datang. Tolak Lajim maka tolak PR.

Unknown said...

Lompatan kijang bertanduk oleh Dtk Lajim, sudah dijangka di awal-awal pagi sebelum kedengaran ayam berkokok lagi. Rakyat beaufort yang rasa muak terhadap tanduk tumpul Dtk Lajim ini, di lihat tidak mengenang budi rakyat di situ, sekaligus menghina rakyat beaufort.

Unknown said...

Sokongan rakyat sehingga beliau mendapat jawatan ke tahap jawatan Timbalan Menteri, sudah dilupakan, seperti pepatah " kacang lupakan kulit " Terkini rakyat juga yang terhimpit.

Unknown said...

Yang patah akan tumbuh, Yang hilang akan berganti " Saat ini Yb Dtk Azizah seorang ahli akademik yang berprofesi peguam wajar dijulang oleh masyarakat disitu. Rakyat beaufort sudah dianugerahkan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat sebagai pengganti atas pengosongan Dtk Lajim.

Unknown said...

Yb Datuk Azizah lebih popularitinya daripada Dtk Lajim. Beliau ( Yb Dtk Azizah ) sudah lama mengorak langkah untuk mendekati rakyat disitu. Ajk bahagian beaufort lebih gemar berjuang bersama-sama dengan Dtk Azizah. Dan bukan bersama-sama dengan Yb Dtk melenting yang gemar tengking-tengking, tidak semua rakyat di parlimen beaufort mudah dapat dipancing.

Unknown said...

Saat ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Yb Dtk Salleh, wajar keluarkan satu kenyataan, untuk menggesa keluar parti terhadap mana-mana individu yang memperlekehkan perlembagaan parti UMNO.

Unknown said...

Kepasitinya sebagai Timbalan Pengerusi, Yb datuk Salleh mempunyai hak-mutlak atas dasar kebenaran, dan meminta mana-mana ahli yang dianggap pembawa wabak virus kepada parti, boleh memudaratkan ukhuwah talian sokongan, bertepatan untuk diseru tinggalkan parti.

Unknown said...

Memperkatakan soal siapa bakal Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, bukan perkara asas untuk diperhitungkan. Perjuangan sejati dalam parti demi rakyat, adalah menjadi topik utama. Parti barisan nasional tetap berwibawa, kerana bersandarkan janji-janji kepada rakyat, yang tetap direalisasikan.

Unknown said...

Rakyat yang matang perlu mensyukuri nikmat kemakmuran atas kebijaksanaan pemimpin barisan nasional. Pru ke-13 ini, bakal mewarnai transformasi kemajuan, kerana keperolehan majoriti lebih dua pertiga untuk memerintah negara secara efisyen bakal dalam gelanggang kemenangan dengan cemerlangnya.

Unknown said...

22 atau 23 daripada 25 kerusi parlimen di sabah bakal milik barisan nasioal. 50 atau 55 daripada 60 kerusi Dun di Sabah tentu dalam genggaman barisan nasional untuk membentuk kerajaan semula.

Unknown said...

Manakala khabaran dari bumi Semenanjung, diramalkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kedah dan Pulau Pinang akan diperintah semula oleh barisan nasional. Hanya negeri kelantan dalam perkiraan 50-50.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan “politik peribadi” Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat “dendam politik dan agenda peribadi” menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan “political mileage” dan sebagai justifikasi menyertai Pembangkang.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

Jelas beliau lagi dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

“Dalam konteks UMNO, keputusan akhir terserah kepada Presiden Parti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dalam konteks Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman merupakan seorang yang bersikap terbuka untuk perbincangan, baik soal politik mahu pun isu pembangunan.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

“Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”, ujarnya.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Scarlett said...

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi

Justeri beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

mantera said...

tindakan Lajim Ukin yang akan meninggalkan UMNO adalah tindakan paling biadap,jahat,kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair

mantera said...

ekailgus membuktikan bahawa beliaulah pembelot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini.

mantera said...

Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

mantera said...

Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

mantera said...

Lajim juga boleh kita sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut tetapi rupa-rupanya beliau menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO,Timbalan Menteri dan MP Beufort adalah untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala desakannya.

mantera said...

Lajim juga bertindak sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan BN dalam PRU13 nanti

mantera said...

idak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar

mantera said...

besar sungguh cita-cita politik Lajim ini

mantera said...

engan pengkhianatan yang dilakukan oleh Lajim terhadap parti dan kerajaan ketika ini,maka akan pecah berderailah segala kerakusan Lajim dan tidak pelik kalau dilihat sikap rakus dan tamaknya mengejar jawatan Ketua Menteri.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels