23 December 2012

Perkuburan Islam Batu Gadung: Mendapat perhatian Wakil Rakyat Tempasuk

KIAMAT  bagi seorang manusia, apabila berpulang kepada penciptaNya. Manusia yang pulang dipanggil oleh Maha PenciptaNya itu, hanya boleh dikenang melalui nisan diperkuburan.

Perkuburan orang islam kampung Tamau sejak dahulu kala di tempatkan di Batu Gadung, sebuah tempat yang agak jauh daripada perkampungan.

Dahulu, untuk sampai ke perkuburan itu, hanya menggunakan sampan bagi mereka yang mempunyai sampan, kalau tiada, maka terpaksa berjalan kaki, merentasi belukar Sawonsuk atau berkeliling melalui pantai menerusi pintasan.

Selepas terdapatnya kenderaan, ada penduduk kampung yang mampu membeli kenderaan, perjalanan ke kuburan bertukar. Tradisi menunggu di pampang berdekatan dengan masjid Kampung Tamau, tidak kelihatan lagi baik semasa menghantar jenazah mahupun semasa musim Hariraya.

Semasa kecil, penulis, senantiasa menyaksikan penduduk yang berbaju berwarna warni, majotitinya berwarna merah dan sedikit hijau, berkumpul di tepi tebing sungai, yang dipanggil pampang, menunggu "shuttle" sampan yang bermotorkan injin sangkut seagul untuk ke Perkuburan Islam Batu Gadung.

Perjalanan ke perkuburan itu melalui sungai yang berair jernih. Sungai itu juga merupakan sumber pendapatan penduduk, kerana dalam sungai itu terdapatnya hidupan air, seperti bibi, udang, ikan, malah kasili, sumbilang, ikan kegemaran penulis.

Di sungai itu juga, semasa penulis masih di sekolah rendah, sungai itu adalah kolam renang semulajadi dimana latihan terjun, bernang, menyelam  dan juga sungai itu sebagai tempat menembak udang, ikan dan ketam.

Teman-teman seperti Ruzkan, Adkol, Matiu, Mukaris dan ramai lagi, adalah antara mereka yang gemar memanfaatkan sungai yang berair jernih itu, mendapatkan tangkapan, selain untuk santapan, juga kalau banyak yang lebih, akan dijual untuk mengisi saku.

Perkuburan Batu Gadung sangat sinonim dengan Sungai itu, kerana apabila ada penduduk yang baru meninggal dan acara "menunggu" kubur, sungai itu adalah tempat melepaskan rasa bosan. Menunggu kubur, ada yang hanya tujuh hari, akan tetapi boleh berlarutan sehingga empat puluh hari.

Pada masa itu, tidak mudah berulang alik antara rumah si mati, kerana keterbatasan perhubungan. Keadaan masa itu, samalah pada masa ini, kalau melawat Sandakan atau Tawau; kejauhan antara Sandakan dan Tawau dengan Kota Belud, adalah kejauhan yang terasa pada ketika itu, antara perkuburan Batu Gadung dan rumah-rumah penduduk di Bubong, Magotang dan Lilud.

Berada di Perkuburan Batu Gadung pada masa itu, seolah-olah satu percutian di Kepuluan Carribean. Memerhatikan ombak yang memecah pantai, deruan ombak, tiupan angin utara, bersamaan dengan warna pasir di pantai yang memutih berkiluan, diselingi warna air sungai di sebelah yang jernih, seolah-olah dengan adanya acara menunggu kubur, merupakan satu percutian kepada penduduk kampung, terutama yang muda-muda.

Acara menunggu kubur, bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara pemuda atau penduduk kampung, juga sebagai acara untuk mengenal budi masing-masing, kerana melalui acara itu, para penduduk sempat bersama-sama dalam satu komunti yang agak lama.

Tidur di dalam kemah yang dibina, yang beratapkan daun nipah antara aktiviti gotong royong penduduk. Berminggu-minggu tidur beralaskan pasir, bukan menjadi masalah, kerana pasir yang bersih dan tidak menggatalkan badan.

Penulis kalau merasa sejuk di awaktu malam, akan menggali pasir, membenamkan seluruh badan termasuk kepala, kecuali hidung dan mata. Sungguh seronok tidur dalam himpitan pasir yang hangat.

Perkuburan Batu Gadung, suatu masa nanti, mungkin tidak wujud lagi. Akibat fenomina alam, menaiknya paras air laut kerana pemanasan global, menceteknya air sungai kerana akisan di hulu, akibat kerakusan manusia, menyebabkan Perkuburan Batu Gadung menjadi mangsa.

Baru-baru ini, Wakil Rakyat Tempasuk- Datuk Musbah Jamli, membuat lawatan mengejut untuk melihat perkuburan itu. Wakil rakyat itu, melihat bagaimana Perkuburan itu diselamatkan agar tidak dibaham fenomina alam.

Dalam seni pembinaan, hanya membangun gabian yang boleh memperlambat hilangnya perkuburan itu, entah sampai bila boleh bertahan, hanya alam yang menentukan.

Disebabkan fenomina alam ditambah dengan kerakusan manusia, tempat seperti Perkuburan Islam Batu Gadung, di mana suatu masa merupakan tempat pertemuan penduduk, selain tempat untuk melepaskan rindu antara saudara yang lama tidak berjumpa, juga sebagai tempat untuk meningat insan yang disayangi yang telah meninggalkan keluarga, akan hilang di permukaan bumi.

Pihak kerajaan hanya boleh membantu memasang gabian, tetapi gabian yang macam mana? apakah gabian itu cukup kuat menahan hempasan ombak angin utara yang tidak pernah kenal belas kesihan, kerana menerca pantai merupakan salah satu rutinnya dan tidak akan berhenti selagi dunia masih ada.

Perkuburan Islam Batu Gadung, akan menjadi lagenda suatu hari kelak. 

28 comments:

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Perlu dipulihkan perkuburan Islam batu gadung ini. Dari turun temurun nenek moyang dan kerabat masyarakat Iranun telah disemadikan di batu gadung. Pihak berkewajiabn mesti buat sesuatu agar hakisan terkawal.

Marimar Pascual said...

Masalah yang berlaku ni perlu penyelesaian segera. kalau tidak, seluruh tanah perkuburan akan terhakis nanti.

Santarosa said...

Bertindak sebelum terlambat.

Santarosa said...

Tidak perlu tunggu satu2 masalah menjadi teruk baru mahu ambil tindakan. Pihak bertanggungjawab harus proaktif.

Bujang Senang said...

Betul juga..Perlu dijaga sebaiknya kuburan yang ada. Bukan apa ini bagi kita memperingati mereka yang telah pergi.

Bujang Senang said...

Semoga wakil rakyat akan cuba membantu penduduk dalam hal ini.

Bujang Senang said...

Jangan biarkan hakisan akan merosakkan perkubuhran tersebut.

Bujang Senang said...

Dengan kehadiran wakil rakyat tempasuk ini dapat membuka wajah baru untuk perkuburan tersebut.

Bujang Senang said...

Siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan wakil rakyat yang telah dipilih oleh penduduk Kampung.

Teruterubozu said...

fenomena alam semulajadi memang kita tidak dapat lawan tapi mungkin tanah perkuburan tu boleh difikirkan untuk dipindahkan kalau sudah tiada cara lain.

Teruterubozu said...

Sekurang-kurangnya masalah yan g dialami ni mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dari wakil rakyat. jangan dibiarkan begitu saja.

Teruterubozu said...

Isu macam ni pun kalau tiada penyelesaian pasti ada pihak yang ambil kesempatan untuk pergunakannya untuk kepentingan politik.

Teruterubozu said...

Rasanya tempat lain pun ada yang hadapi masalah seperti ni. mungkin boleh mendapat pandangan daripada mereka untuk penyelesaian.

jackie said...

Segera ambil tindakan, agar masalah ini cepat selesai.

jackie said...

Wakil rakyat kawasan berkenaan perlu ambil perhatian dalam hal ini.

mantera said...

lakukan sesuatu bagi memastikan kawasan perkuburan tersebut terjaga.

mantera said...

pastikan perkuburan tersebut tidak rosak.

Kris Jr said...

Selepas menggelarkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu sebagai MONYET, kemudian yang terbaru menggelarkan kakitangan awam berbangsa Melayu sebagai PENGAMAL RASUAH, DAP yang seringkali mendabik dada, mereka telah berjaya memajukan Melayu khususnya di Pulau Pinang mengambil satu tindakan yang sangat drastik tetapi cukup menyayat hati.

Kris Jr said...

Kubur-kubur Melayu-Islam telah dibongkar, dipecahkan, sisa-sisa jenazah 'dihilangkan', dan pentadbiran DAP enggan peduli dengan bantahan daripada waris-waris si mati kerana pada anggapan mereka, MELAYU tidak berhak bersuara dan tiada hak untuk sebarang bantahan

Kris Jr said...

Itu yang dibuktikan oleh pentadbiran Lim Guan Eng di Tanah Perkuburan Boundry. Pentadbiran Guan Eng sengaja menghina umat Islam, khususnya orang Melayu dengan alasan 10 sehingga 15 kubur tersebut perlu dihancurkan, dibungkas dan dihilangkan bagi membolehkan pembinaan sebuah tembok sepertimana kehendak pemaju perumahan, Syarikat Marvellous Land Sdn. Bhd yang akan membina rumah-rumah berharga lebih setengah juta ringgit bersebelahan dengan tanah perkuburan tersebut.

Kris Jr said...

Sebelum ini, Guan Eng bercakap besar tentang tuntutan di mahkamah membabitkan dua lot tanah wakaf yang akan dijadikan tanah perkuburan Islam tetapi dirampas olehnya.

Kris Jr said...

Konon katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan demokratik. Para penuntut boleh membuat tuntutan di mahkamah tanpa Guan Eng mahu memberitahu bahawa kedua-dua lot tanah berkenaan adalah tanah wakaf, bukannya tanah milik persendirian individu bukan Islam.

Kris Jr said...

Sudahlah rumah-rumah murah dan mampu milik tidak disediakan oleh pentadbiran Guan Eng bagi menunjukkan kononnya Pulau Pinang telah maju dan tidak ada lagi orang miskin, sekalipun sebenarnya itu adalah helahnya untuk menghalau saki-baki Melayu yang masih bertahan di pulau tersebut, sekarang Guan Eng sudah pun memulakan fasa baru serangan dan ethnic cleansing terhadap orang Melayu dengan gangguan serta kerosakan ke atas mana-mana perkuburan orang Melayu pula.

Kris Jr said...

Tidak mustahil seandainya Pulau Pinang terus berada di tangan DAP dan Lim Guan Eng, orang Melayu tidak sahaja kehilangan rumah dan perkampungan serta tanah mereka atas alasan pembangunan, tetapi Lim Guan Eng akan mengarahkan pembongkaran kubur-kubur Melayu dengan alasan tanah perkuburan bagi orang Islam adalah satu pembaziran dan tanah tersebut lebih sesuai untuk didirikan perumahan.

Kris Jr said...

Jangan juga terkejut sekiranya, tidak lama lagi Guan Eng akan mencadangkan agar orang-orang Islam di Pulau Pinang apabila meninggal dunia, jenazah mereka hendaklah dibakar dan abu jenazah perlu dicampakkan ke dalam laut kerana ia lebih 'mesra alam'

Kris Jr said...

adanya tolak ansur maka 13 komponen BN ini hidup dalam keadaan aman damai. Inilah kelebihan BN berbanding pembangkang

Kris Jr said...

PM mengajak rakyat Sandakan memberi sokongan padu kepada BN, sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan pada pilihan raya umum akan datang.

Kris Jr said...

BN merupakan pilihan terbaik untuk rakyat negara ini terutama di Sabah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels