27 December 2012

Persepsi Sokongan Rakyat Terhadap BN Meningkat! Atas Faktor Apa?

ADA yang mengatakan bahawa ketepatan BN yang diterajui Najib memilih slogan "Janji Ditepati" dan memilih tindakan "Menepati Janji" sebagai tindakan utama, menyebabkan rakyat kembali menyokong BN.

Tindakan menepati janji merupakan keperhatinan kerajaan BN yang menyebabkan hati nurani rakyat tersentuh.

Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia merupakan tindakan yang dilakukan melalui slogan :Janji Ditepati".

Tindakan julung-julung dilakukan oleh kerajaan, apabila pada awal tahun ini, Najib menyalurkan bantuan antara RM5,000- RM10,000 bagi kaum nelayan untuk tujuan membaiki rumah kediaman. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada dana khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta sepertimana terkandung dalam bajet 2012.

Selain bantuan kepada nelayan, Najib juga mengambil pendekatan bagi mengurangkan beban rakyat secara keseluruhan melalui berbagai program; antaranya Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

Melalui berbagai program yang diperkenalkan kerajaan BN melalui kepimpinan Najib tanpa mengira latar belakang rakyat, samada penyokong Bn ataupun bukan, hasilnya- keikhlasan BN bagi membela rakyat, menimbulkan angin perubahan mula bertiup di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Di Kelantan misalnya, jarang sekali kita mendengar bahawa penyokong tegar PAS keluar daripada parti itu dan menyertai Umno; malah ada laporan yang mengatakan 3 ribu guru-guru di negeri itu, kini mula kembali menyokong BN.

Di Pulau Pinang pula, akibat cara kerajaan DAP memerintah negeri itu yang bercorak pilih kasih, membuatkan ramai penyokong tegar pembangkang berminat menyokong BN. Perkara ini menjadi kenyataan pada 8 Disember lalu, apabila lebih 350 penyokong tegar PKR daripada Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong menyerahkan permohonan untuk menyertai Umno kepada Perdana Menteri.

Pertanda positif juga berlaku di Kedah dan Selangor, seperti mana kajian para ahli akademik bermula pertengahan tahun ini. Di Kedah misalnya, daripada 10,800 responden; 70 peratus daripadanya tidak yakin dengan kepimpinan Ketua Pembangkang- Anwar Ibrahim.

Selain itu, kerajaan Pas Kedah, sejak akhir-akhir ini telah kehilangan populariti untuk memerintah negeri Jelapang Padi itu; dan keadaan ini adalah peluang terbaik bagi BN memerintah semula pada PRU-13.

Bagi negeri-negeri yang dikuasai kerajaan BN seperti Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Perak; keadaan terkini sungguh terkawal, malah Ketua Penerangan Umno Malaysia- Datuk Ahmad Maslan dengan yakin menyatakan bahawa keseluruhan 140 kerusi dewan rakyat yang dimenangi BN pada tahun 2008 akan mampu dipertahankan, malah 20 kerusi daripada Pakatan Pembankang mampu dimenangi oleh BN.

PRU-13 adalah masa menentukan masa depan negara. Rakyat perlu memberi mandat pada kerajaan yang mempunyai trek rekod mengurus negara. Dan kerajaan itu adalah Kerajaan Barisan Nasional.

83 comments:

Teruterubozu said...

Rakyat percaya kepada janji BN justeru sokongan rakyat kepada gabungan parti itu meningkat.-Najib

Teruterubozu said...

"Saya rasa sehari dua ini penambahan keyakinan rakyat terhadap BN adalah disebabkan apa yang kita (BN) kata, kita kotakan. Sebaliknya pembangkang bila mereka janji, tahap keyakinan janji mereka semakin hari semakin dipersoalkan."

Teruterubozu said...

“Justeru itu, kalau hendak terus mendapat keyakinan rakyat, sebagai pemimpin di semua peringkat kita mesti ‘walk the talk’… janji mesti dikotakan,” katanya.

Teruterubozu said...

Beliau berkata memandangkan Najib adalah ketua kerajaan dan pengerusi BN, imej yang dibawa oleh Perdana Menteri menggambarkan imej BN.

Teruterubozu said...

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat. banyak peruntukan dan bantuan yang telah diberikan.

Teruterubozu said...

Dengan mengambilkira senario-senario sekarang, hasil pilihan raya umum ke-13 mungkin membawa keputusan yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS bagi mengekalkan negeri-negeri yang diperintah terutama Selangor dengan peluang 50-50.

Hosie Masie said...

Dengan memilih slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Hosie Masie said...

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.

Hosie Masie said...

Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini.

Hosie Masie said...

Termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN.

Hosie Masie said...

Pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan.

mantera said...

Sokongan rakyat kepada BN meningkat kerana kerajaan sentiasa mengotakan janjinya berbanding pembangkang hanya pandai berjanji, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hosie Masie said...

Dengan itu PM telah menyalurkan bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.

mantera said...

ini penambahan keyakinan rakyat terhadap BN adalah disebabkan apa yang kita (BN) kata, kita kotakan. Sebaliknya pembangkang bila mereka janji, tahap keyakinan janji mereka semakin hari semakin dipersoalkan.

Hosie Masie said...

Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta.

mantera said...

kalau hendak terus mendapat keyakinan rakyat, sebagai pemimpin di semua peringkat kita mesti ‘walk the talk’… janji mesti dikotakan.

Hosie Masie said...

Ini yang pernah diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.

Hosie Masie said...

Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus menerus membantu rakyat melalui program-program yang telah dirancang.

mantera said...

Merdeka Centre for Opinion Research dilaporkan berkata rating sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 69 peratus daripada 59 peratus pada Ogos 2011.

Hosie Masie said...

Antaranya ialah seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

mantera said...

Pusat tinjauan pendapat itu berkata ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Hosie Masie said...

Hasilnya, keikhlasan BN bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, angin perubahan mula bertiup ke arah BN termasuk di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

mantera said...

Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Febuari, sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.

Hosie Masie said...

Laporan terbaharu menunjukkan kira-kira 400 anggota tegar PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak di Kelantan menyertai Umno.

Hosie Masie said...

Selepas merasai mereka terpedaya dengan “Amanat Haji Hadi”, yang mengkafirkan anggota dan penyokong Umno.

Hosie Masie said...

Majoriti lebih 30,000 guru di negeri itu kini menyokong Umno, satu petanda baik bahawa BN mampu merampas semula Kelantan daripada pembangkang.

Hosie Masie said...

Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka bersedia bekerja keras bagi memastikan BN kembali memegang kuasa selepas pilihan raya.

Hosie Masie said...

Janji ditepati... Itulah janji PM. Memandangkan kerajaan persekutuan pada masa ini memberi perhatian untuk memenuhi janji yang telah dibuat.

Hosie Masie said...

Di Pulau Pinang, ribuan penyokong tegar pembangkang menunjukkan minat mereka menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP.

Hosie Masie said...

Perkara ini telah menjadi kenyataan apabila hampir 350 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong mengemukakan surat permohonan untuk menyertai semula Umno kepada Najib pada 8 Dis.

Hosie Masie said...

Sambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat Gerakan selama 40 tahun sebelum kalah kepada DAP pada pilihan raya umum 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu memutuskan akan melakukan apa yang terbaik bagi rakyat Pulau Pinang.

Hosie Masie said...

meminta pengundi memberikan peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 untuk berkhidmat kepada mereka.

Hosie Masie said...

Begitu dekat di hati dan fikiran mereka, Gerakan dan rakyat Malaysia bersedih dengan kematian bekas Presiden Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, seorang daripada gergasi politik dan menteri berketurunan Cina paling lama berkhidmat di Malaysia, Sabtu lepas.12

Hosie Masie said...

Petanda positif juga kelihatan di Kedah dan Selangor melalui kaji selidik yang dijalankan beberapa ahli akademik pada pertengahan tahun.

Hosie Masie said...

Prof Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kaji selidik baru-baru ini telah memberikan satu petanda yang baik kepada BN.

Hosie Masie said...

70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak yakin dengan kepimpinan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hosie Masie said...

Menurut laporan kaji selidik itu, kerajaan PAS di Kedah pada masa ini nampaknya semakin hilang populariti.

Hosie Masie said...

untuk terus menjadi pemerintah negeri itu dan oleh itu kerajaan BN merupakan pilihan terbaik bagi pembangunan Kedah dan negara pada keseluruhannnya.

Hosie Masie said...

Di Selangor, satu kajian simulasi berdasarkan kepada pilihan raya umum ke- 11 dan ke-12 dan dengan profil pengundi berdaftar terkini menunjukkan bahawa BN boleh memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Hosie Masie said...

Dengan mengambilkira senario-senario ini, hasil pilihan raya umum ke-13 mungkin membawa keputusan yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS bagi mengekalkan negeri-negeri yang diperintah terutama Selangor dengan peluang 50-50.

Hosie Masie said...

Dengan menilai sokongan yang diberikan oleh semua etnik penduduk, masyarakat India adalah golongan paling besar beralih angin pada pilihan raya umum lepas tetapi akhirnya menarik sokongan mereka kepada pembangkang selepas tertipu dengan pelbagai janji kosong.

Hosie Masie said...

Satu trend ketara melanda melalui pilihan raya umum 2008 apabila hampir 85 peratus pengundi India beralih kepada pakatan pembangkang, hasil isu-isu yang dimainkan oleh Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Hosie Masie said...

Selepas itu, sokongan masyarakat India terhadap BN meningkat kepada lebih 70 peratus berikutan bantuan kerajaan berjumlah RM415 juta yang diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Hosie Masie said...

Bantuan itu diagih-agihkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM (RM100 juta), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia atau Tekun (RM65 juta) dan RM250 juta diperuntukkan kepada usahawan.

Scarlett said...

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat Barisan Nasional (BN) telah membuktikan komitmen menjaga kesejahteraan rakyat dengan merentasi batas kaum.

Scarlett said...

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata konsep perkongsian kuasa, BN telah membuktikan ketulusannya dalam memimpin pelbagai bangsa dan agama.

Scarlett said...

BN juga jelas beliau sedar bahawa bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya dan meneruskan kestabilan, keamanan serta kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara dan segala janji harus ditepati.

Scarlett said...

“Persoalannya kini, bagaimanakah BN boleh bertahan walaupun berbagai tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya? Jawapannya, kerana semua rakyat dapat melihat bukti yang nyata, di mana dari dahulu hingga kini, perjuangan BN adalah demi rakyat dan masa depan negara, bukannya demi individu atau kumpulan tertentu.

Scarlett said...

“Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sememangnya memahami nadi dan denyutan Rakyat. Walaupun pihak pembangkang gemar mewujudkan propaganda namun rakyat sudah mula membuka mata untuk menilai mana Janji yang Ditepati atau Sekadar menabur Janji”, katanya lagi

Scarlett said...

Tambah beliau lagi seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, bukti Kerajaan BN telah menepati janji boleh dilihat dengan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan bagi membaiki penyampaian sektor awam.

Scarlett said...

“Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta hala tuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi.

Scarlett said...

“Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi mengimbangi antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu. Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia”, ujarnya.

Scarlett said...

Seterusnya jelas beliau dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pencen minima dinaikkan, insentif pesara kerajaan diberikan, meringankan beban bakal-bakal haji dengan membenarkan akaun 2 caruman KWSP dikeluarkan bagi menampung kos mengerjakan haji, tambahan 10,000 ahli pasukan sukarelawan polis, dana memajukan kaum wanita, bonus kakitangan awam, durian runtuh warga FELDA dan banyak lagi demi meringankan beban rakyat.

Scarlett said...

“Semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik. Kita yakin, masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya yang meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi rakyat dan Demi Masa Depan.

Scarlett said...

“Ibarat pepatah Melayu, ‘Bulat Air kerana Pembetung, Bulat Manusia kerana Muafakat, Kata seia kata sepakat, Setuju sependirian setuju sependapat, Kata dibulati kata bertepati, Janji termeteri, kejayaan dinikmat”, ujarnya lagi.

Kris Jr said...

Menurut KL Chronicle, Pengarah Strategi Rafizi Ramli sekali lagi telah membuat kenyataan yang tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab mengenai Duti Import (AP) untuk kereta-kereta import – Sengaja untuk mengelirukan rakyat dan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Barisan Nasioal.

Kris Jr said...

Dalam satu kes lain September lalu, laporan berita dan blog menyatakan bahawa Rafizi tidak boleh dipercayai. Mengapa? Adakah kerana mengikut Seksyen 114A Akta Keterangan, portal berita dan penulis blog perlu melaporkan fakta yang benar dan tepat, atau adakah para pengarang dan wartawan mendapati bahawa Rafizi adalah seorang ‘pseudologia fantastica’?

Kris Jr said...

Ahli psikiatri berkata terdapat tiga terma untuk menjelaskan tentang penipu tegar, pseudologia, fantastica, mythomania, atau pathological lying. Menurut Wikipedia, ia pertama kali digunakan untuk penulisan-penulisan perubatan pada tahun 1891 oleh Anton Delbrueck. Walaupun ianya bertentangan pada dasaranya, penipuan tegar ini telah ditakrifkan sebagai “penipuan melulu yang jelas dari pandangan mata kasar. Ia boleh melarat, berpanjangan dan merumitkab serta mungkin memakan masa untuk bertahun lamanya, atau seumur hidup untuk mengetahui tentang kewujudannya.”

Kris Jr said...

Akan tetapi, sebelum kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang penyakit ini, kita boleh saksikan dari akar umbi tuduhan yang dilemparkan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) oleh Rafizi selama ini adalah penipuan semata-mata dan telah menimbulkan amarah orang ramai.

Kris Jr said...

Tiada yang lebih benar daripada mendengar daripada sumbernya sendiri. Pada satu rakaman podcast radio BFM 89.9, menunjukkan bagaimana Rafizi memberitahu pendengar radio bahawa NFCorp tidak pernah serius dalam menjalankan perniagaan daging lembu.

Kris Jr said...

Rafizi kemudiannya sambung dengan cubaan membuat tuduhan palsu yang dramatik dengan menyatakan bahawa wang yang digunakan telah diselewengkan.

Kris Jr said...

kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh NFCorp, dimana ia menyatakan bahawa mereka mempunyai seramai lebih 160 pelanggan membeli daging lembu Gemas mereka.

Kris Jr said...

Ini terdiri daripada pasar besar, supermarket, pasar mini, pasar basah, pasar tani, kilang pemprosesan daging, hotel, restoran dan cafe (sektor HORECA). Kemudiannya, mereka ini dianggarkan menjual kepada lebih daripada 100,000 konsumer seminggu. Adakah ini tidak cukup serius dalam menjalankan perniagaan? Mengapakah Rafizi perlu menipu dan terus melemparkan persepsi yang berbeza?

Kris Jr said...

Sebagai seorang akauntan bertauliah, bolehkah Rafizi mengira dengan betul?

Kris Jr said...

Rafizi mendakwa beliau adalah seorang akauntan yang bertauliah. Awal November yang lalu, Rafizi dan ahli Pakatan Rakyat cuba untuk memasuki Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

aku baini said...

PRU-13 adalah masa untuk rakyat menentukan masa depan kerajaan BN di Sabah

aku baini said...

semoga BN kekal mendapat mandat dari rakyat Sabah untuk memimpin negeri ini

aku baini said...

ya, slogan "Janji Ditepati" memang tepat!

aku baini said...

The people know what is best for them.

aku baini said...

It seems more people are satisfied with the current BN government compared to others.

unknown said...

BN has helped them alot.

unknown said...

Means the government is proven good.

unknown said...

And all of us know that this is true.

unknown said...

So what the opposition could say more about this?

unknown said...

Proven true.

unknown said...

Faktor kepercayaan.

unknown said...

Pasal janji ditepati baini.

unknown said...

Jangan perlekehkan kuasa kerajaan.

unknown said...

We should be more careful

unknown said...

Thumbs up.

unknown said...

Never forget those who have been through so much hardships to achieve this.

kamilla said...

Rakyat percaya BN akan sentiasa mengutamakan rakyat.

kamilla said...

Tidak perlu tukar kerajaan, yang ada sekarang sudah cukup bagus.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels