10 December 2012

PRU-13: Antara analisis akademik dan orang politik

BUKAN meremeh analisis atau padangan orang-orang akademik berhubung keputusan sebarang pilihanraya, namun menjadi pelik kepada penulis, setakat ini belum adapun analisis itu mendekati kebenaran apatah lagi memenuhi sasaran.

Adalah berbeza analisis orang politik berbanding akademik, kerana orang politik benar-benar terlibat dengan kancah politik, manakala orang akademik hanya mengunapakai andaian dan estimasi.

Satu lagi pandangan akademik yang dilontarkan oleh seorang Prof daripada universiti Malaya, di mana pandangan ini, mungkin didasarkan kepada apa yang didengar, bukan berasaskan kepada data lapangan.

Menurut orang politik daripada UBN, pembangkang tidaklah sekuat sangat sepertimana yang digambarkan oleh para ahli akademik ini, atas sebab itu, UBN boleh menang 2/3 pada PRU-13 asalkan tidak berlaku sabotaj.

Satu yang melucukan, sebelum PRU-12, ramai para akademik rata-rata melakukan analisis, bahawa UBN akan mendapat sokongan kukuh daripada rakyat dan keputusan PRU-2004 akan berulang; namun daripada pandangan orang politik, UBN akan kehilangan beberapa negeri pada PRU itu. Orang politik yang memberi kenyataan itu adalah Tun Daim Zainuddin, ekoran tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang secara bertali arus mengeritik Perdana Menteri ketika itu.

Sebelum PRU-12, surat khabar yang dikawal Perdana Menteri ketika itu melalui Kalimullah Hassan, secara berkala meremehkan pandangan Daim apatah lagi Tun Dr Mahathir.

Kenyataannya, apa yang diramalkan oleh orang politik bercanggah dengan pandangan orang akademik. Contoh terakhir adalah pada pilihanraya negeri Sarawak pada tahun lepas, jika diikuti semua pandangan para akademik, termasuk pemantau pilihanraya Merdeka Center, tiada yang mengatakan bahawa BN Sarawak akan mampu membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3.

Demikian juga kali ini, apabila pandangan setengah ahli akademik, bahawa walaupun UBN boleh menang PRU-13, akan tetapi kemenangan itu tidak akan mencapai kuasa 2/3 sebaliknya jumlah perolehan kerusi akan merosot, dan seterusnya UBN tidak akan mampu merampas negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Pengalaman penulis sejak tahun 1990 di Semenanjung, jika mendengar kata-kata "the people on the street" UBN sejak sekian lama telah kehilangan kuasa, namun apa yang kita alami kini, UBN masih lagi berkuasa walaupun pada PRU-12, tsunami politik telah melandanya di Semenanjung.

Pada PRU-13 sepertimana kata-kata Presiden Umno semasa penggulungan persidangan Umno ke-66 pada 1 Desimber lalu, UBN akan menang 2/3 kerusi dewan rakyat pada PRU-13, dan negeri-negeri seperti Selangor dan Kedah akan kembali ke pangkuan UBN; manakala Pulau Pinang harapan cerah menanti, kerana 17 DUN daripada 40 DUN di negeri Pulau Mutiara itu dalam keadaan putih bagi UBN, manakala 5 lagi kawasan yang boleh dimenangi.

Untuk Kelantan pula, akan berlaku keputusan PRU-2004, dan pada kali ini, ada kemungkinan keputusan sedikit menyebelahi UBN.

Telahaan akademik adalah tidak sama dengan telahaan ahli politik, kerana ahli politik terjun bersama-sama rakyat menerusi turun padang, mengurus padang serta menyelesaikan masalah yang terdapat di padang itu. 

Perbezaan antara ahli politik pembangkang dan UBN, pembangkang turun padang dengan janji-janji retorik dan fitnah, manakala ahli politik UBN turun padang dengan amanah JANJI DITEPATI.

24 comments:

Unknown said...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Unknown said...

Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

Unknown said...

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita.

Unknown said...

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

Unknown said...

Ramai para analisa menjangkakan peratusan Atas Pagar akan banyak berpindah kepada BN setelah banyak janji-janji BN di sempurnakan manakan sebahagian pengundi PAS akan berpindak ke Atas Pagar kerana tidak gembira dengan perjuangan PAS yg semakin tidak konsisten.

Unknown said...

Beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) Tun Daim Zainuddin, yang lazimnya digambarkan sebagai pemimpin politik-ekonomi yang suka 'berdiam diri', meramalkan keputusan yang bakal disaksikan. Ramai tidak percaya ketika itu.

Unknown said...

Tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008. Sebahagian besar ramalannya menjadi.

Unknown said...

Sekali lagi, ketika spekulasi mengatakan PRU13 akan diadakan dalam beberapa bulan lagi, Daim, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno ini, menyuarakan pandangan beliau. Ramai kelihatan sudah mula menerima pandangan beliau.

Unknown said...

Empat tahun lalu pandangan beliau lebih menjurus kepada masa depan Barisan Nasional (BN). Ketika itu BN dilihat sebagai satu-satunya perikatan formal yang ada ketika itu. Sebaliknya, PRU13 menyaksikan kewujudkan perikatan tidak formal - Pakatan Rakyat (PR).

Unknown said...

Menurutnya, dengan menilai indikator yang ada kini, situasinya tidak sama sebelum tsunami politik 2008. Katanya, dua perkara ketika itu yang mempengaruhi tsunami 2008 adalah masalah dalaman dihadapi BN dan juga situasi ekonomi negara yang tidak mengizinkan telah membebankan rakyat ketika itu perlu diambil kira.

Unknown said...

Kini selepas tsunami 2008, petunjuknya sudah mulai berubah melalui transformasi kepimpinan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Unknown said...

Keadaan ekonomi semakin kukuh, memberi kelebihan dan petunjuk terbaik menunjukkan Najib, seorang pemimpin yang dinamik dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” katanya.

Unknown said...

Justeru, atas faktor itu, rakyat akan kembali memberi sokongan kepada BN dan menghulur peluang kepada Najib sebagai Perdana Menteri yang pertama kalinya menghadapi pilihan raya umum. Peranan dan ‘faktor Najib’ berjaya memberi satu harapan baru dan suntikan pembaharuan politik untuk BN dan juga negara.

Unknown said...

Faktor pergolakan dalaman Pakatan Rakyat (PR) dan kegagalan pentadbiran di negeri-negeri yang di menangani Pakatan pada PRU lalu, juga melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN.

Unknown said...

PR kini berdepan dengan pelbagai masalah di negeri-negeri yang dimenangi mereka pada PRU lalu selain masalah kepimpinan dalam parti komponen mereka.

Unknown said...

Tidak wajar merendahkan kemampuan rakyat untuk mereka menilai sendiri kepimpinan BN atau PR yang lebih baik dalam menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan keselamatan rakyat. Rakyat sudah mula membuat keputusan sama ada untuk menyokong BN atau PR dengan melihat kaedah dan pendekatan parti komponen itu dalam menangani pelbagai isu.

mantera said...

orang yang terlibat politik lebih arif tentang keadaan politik negara kita.

mantera said...

apapun, masing2 berhak membuat analisis mereka sendiri.

CarloS said...

Community leaders have been told to explain to the people the policies and programmes implemented by government in order to tackle the opposition’s smear tactic during the run-up to the coming general election.

CarloS said...

Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman who is also Sabah BN chief said the opposition had resorted to spreading lies because they have run out of ideas.

CarloS said...

“The only thing they do is to instigate the people to go against the BN leaders.On our part, we have fulfilled our promises, we bring development for the interest of the people,” he told reporters after launching the “Community Care” programme organised by the National Unity and Integration Department and briefing on the Rukun Tetangga Act 2012 at the State Legislative Assembly building

CarloS said...

Musa also said the BN government has development programmes and policies for all Malaysians as reflected in the National Budget 2013 presented by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently.

CarloS said...

The programmes included the Rukun Tetangga which is under the National Unity Department.

CarloS said...

On the success of the Rukun Tetangga in promoting unity and tackling the negative elements, Musa said: “Looking at the turnout today, in fact a lot of members wanted to come (for the launching) but the banquet hall could only accommodate some 2,000 people, otherwise some 3,000 will be present.”

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels