31 January 2012

Bantun BR1M bagi DUN N.6 Tempasuk

Daripada 13,000 pengundi DUN N.6 Tempasuk, kira-kira 8,000 orang layak menerima BR1M. Program BR1M adalah bantuan kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada Rm3,000 sebulan.

Pada Sabtu lalu, bertempat di dewan Datuk Musbah Kg Taun Gusi, seramai 2,430 ketua isi rumah menerima baucer BR1M bernilai RM500.00

Pemberian baucer BR1M di dewan Datuk Musbah bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.

Bagi penyokong BN, sangat seronok melihat gelagat para penerima, apabila setiap kali keluar daripada bilik "Tunai; tempat di mana baucer ditukar kepada tunai) melaungkan HIDUP BN!!!!

Penyampaian baucer RM500.00 BR1M bagi DUN Tempasuk disempurnakan sendiri oleh ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Hj Jamli.

29 January 2012

PRU 13: Faktor calon sangat penting: Muhyiddin

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di setiap peringkat perlu menganalisis secara mendalam calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor calon amat penting kerana ia merupakan antara fokus utama pemilih dalam pilihan raya umum.

"Saya lihat kali ini walaupun parti yang bertanding itu diberikan nilai oleh pengundi macam BN apa perjuangan, falsafahnya, apa ideologi dan visinya...parti pembangkang pun dinilai juga, tetapi antara faktor yang lebih berat ialah calon.

"Sebab itu kita nak pemimpin BN menganalisis secara mendalam mana calon yang terbaik yang kita nak letakkan di kawasan itu...apa tokoh dia, latar belakang dia, dan penerimaan secara umum, ini penting," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia zon Sungai Terap/Sungai Raya di Pagoh, Ahad.

Muhyiddin berkata parti komponen BN ketika ini masih dalam peringkat mengenal pasti calon-calon yang berpotensi.

"Sekarang ini belum selesai lagi untuk mengenal pasti calon-calon berpotensi, masih dalam proses penilaian yang dibuat setiap parti komponen dalam BN...Umno dengan penilaian sendiri, MCA, MIC pun ada senarai-senarainya," katanya.

Beliau berkata pngerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga belum mengeluarkan arahan untuk setiap parti mengemukakan senarai calon masing-masing.

Mengenai sama ada terdapat perubahan atau pertukaran kerusi antara parti komponen BN pada PRU-13 nanti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dibincangkan apabila ada pemintaan daripada parti komponen.

"Kita akan buat penilaian pro dan kontra sama ada sesuai nak buat pertukaran kerana kita kena mengambil kira dua kawasan yang terlibat."

Mengenai laporan akhbar berhubung hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia tidak bertanding pada PRU-13, Muhyiddin berkata itu soal dalaman parti itu.

"Ini soal mereka, sama ada bertanding atau tidak, bagi kita (BN) siapa saja di pihak parti pembangkang yang bertanding, kita hadapi macam biasa sama ada Presiden PAS bertanding atau tidak bertanding, itu tidak penting.

"Saya lebih mementingkan soal BN, apa fokus BN, apa strategi yang kita susun untuk hadapi pilihan raya umum, kita buat secara terperinci setiap kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri," katanya.Bernama

Mahukah Datuk Lajim buat kejutan?

Tahun 1994, Datuk Lajim membuat kejutan besar bersama Datuk Rubin Balang. Kejutan itu, membuatkan BN yang kalah melalui PRN Negeri mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Bermulalah episod yang belum pernah berlaku di negara ini, yakni pengiliran Ketua Menteri setiap dua tahun.

Sebagai permulaaan kepada sistem penggiliran Ketua Menteri itu, dilantiklah Datuk Sakaran Dandai (kini Tun selepas dilantik TYT), kemudian diikuti oleh DSP Salleh bagi melengkapii dua tahun giliran bumiputera islam.

Selepas itu giliran kouta cina-Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah selama 2 tahun. Menjelang PRU- 1999, Datuk Bernard Giluk Dompok (kini Tan Sri) dilantik sebagai Ketua Menteri bagi kuota bumiputera bukan islam dan seterusnya beliau mengetuai PRN pada tahun 1999. Malangnya beliau tidak menang pada PRN tersebut,akibatnya giliran bumiputera islam pula mengambil jawatan Ketua Menteri.

Selepas dua tahun, giliran kuota cina pula.. walaupun Chong Kah Kiat (kini Tan Sri) hanya mempunyai 1 DUN, akan tetapi demi janji BN, maka beliau mengambil alih jawatan daripada Datuk Osu Sukam.

Selepas Chong Kah Kiat berundur pada tahun 2003, kerana tampat tempoh, maka giliran bumiputera islam pula, yang sepatutnya giliran bumiputera bukan islam, namun pada masa itu, wakil rakyat yang mewakili bumiputera bukan islam, tiada yang "layak' untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, atas sifat masih baru dan mentah dalam politik.

Pucuk pimpinan BN masa itu memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Musa Aman, yang kurang menonjol dan bersifat low profile.

Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri ke-13 Sabah pada tahun 2003 dan beliau mengetuai PRN Sabah pada tahun 2004.

Pada PRN tersebut, ternyata BN hampir menyapuh bersih semua DUN dan Parlimen, kecuali kalah satu dun Kuala Penyu dan Parlimen Sandakan.

Atas kejayaan BN dibawah teraju Musa itu, maka gabungan BN Sabah yang dipersetujui oleh pimpinan Pusat, telah menghapuskan sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri.

Selepas penghapusan tersebut, Musa terus menjadi Ketua Menteri sehingga kini.

Musa sebagai Pengerusi Umno/BN negeri telah membuat berbagai langkah perubahan semasa PRU-12. Pada PRU tersebut, Datuk Lajim yang sudah sinonim dengan DUN Klias, ditukar bertanding bagi kawasan Parlimen pula.

Sementara itu, pemimpin veteran seperti Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh dan Datuk Amir Kahar, tidak dicalonkan.

Diambang pembuangan undi, ramai yang berspekulasi, bahawa BN Sabah akan kehilangan beberapa kerusi baik diperingan DUN mahupun parlimen, kerana tindak Datuk Musa yang sangat drastik tersebut. Namun semua anggapan itu, tidak benar, kerana Musa mengulangi keupayaannya, menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen, prestasi sama seperti pada PRU-2004; demikian juga di peringkat DUN, BN menang 59 daripada 60 kerusi, sama dengan keputusan pada PRU-11.

Kemenangan BN Sabah yang luarbiasa tersebut bertolak belakang dengan prestasi BN di Semenanjung. Semenanjung dilanda tsunami politik, di mana daripada 166 kerusi yang ditandingi BN, BN hanya menang 84 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 82.

Berasaskan prestasi buruk BN itu, maka terpaksa berlakunya pertukaran pucuk pimpinan. Tun Abdullah Badawi-Perdana Menteri ke-5 Malaysia memberi laluan kepada DS Najib untuk dilantik sebagai PM-6.

Walaupun telah berlaku perubahan pucuk pimpinan, nampaknya kemampuan BN di Semenanjung masih samar-samar. Ada yang mengatakan bahawa pada PRU-13 akan datang keputusan yang BN perolehi di Semenanjung akan hampir sama dengan keputusan PRU-12 dripada segi jumlah kerusi parlimen. Atas sebab itu, kerusi-kerusi bagi Sabah dan Sarawak adalah penyumbang penting baik kepada BN mahupun PR.

Berasaskan kepada prespsi itu, maka ramailah para pemimpin di Sabah dan Sarawak mencuba nasib, agar jika berlaku "hang parlimen" maka suara dari Sabah dan Sarawak merupakan penentu.

Kemungkinan besar inilah yang berada dalam benak Dr Jeffery Kitingan- kini Presiden STAR Sabah Chapter dan cita-cita SBF (parti yang dijenamakan semula).

Yang menariknya.. SBF dikaitkan dengan Datuk Lajim Ukin, Timbalan Menteri Perumahan negara (persekutuan) merangkap wakil rakyat Beaufort, Sabah.

Sejak pengakhir tahun 2011, telah diisukan, bahawa Lajim akan mengetuai SBF, untuk bertanding di semua kawasan yang ditandingi Umno. Tujuannya adalah supaya semua calon Umno kalah, dan seterusnya mengusir parti yang memasuki Sabah pada tahun 1991 tersebut akibat tikam belakang PBS semasa PRU-1990 akan hilang tapaknya di Sabah.

Jika demikianlah perkiraan dibenak para pemimpin SBF dan STAR, telaan mereka itu mungkin akan berlaku pada tahun 80-an, bukan pada masa kini.

Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman, telah melangkah ke era baru daripada segi pembangunan mahukan pendapatan negeri. Sabah kini, saban tahun, bajet tahunannya terus meningkat. Tahun 2012 sahaja bajet Sabah telah melepasi RM4bilion, satu bajet yang belum pernah dibentangkan sebelum ini. Manakala reserve kerajaan negeri pula telah melebih RM3bilion.

Pembangunan Sabah terus berjalan, baik dana daripada kerajaan negeri mahupun dana daripada persekutuan.

Rakyat melihat dengan kepala sendiri, bahawa pembangunan negeri terus rancak dijalankan, baik pembangunan yang bercorak ekonomi mahupun keperluan asas rakyat.

Kerajaan BN terus menunaikan janji, tiada janji kosong yang ditaburkan. Malah, penduduk sendiri yang kadangkala menolak pembangunan, umpama pembangunan Dam Tambutoan di Kota Belud.

Pembangunan Dam Tambutoan Kota Belud akan menelan belanja hampir setengah bilion ringgit untuk keperluan pengairan sawah lebih 10,000 hektar di kawasan Kota Belud dan keperluan air minum bagi 100,000 penduduk Kota Belud.

Pembankang hanya menabur janji, kononya apabila mereka mengambil alih kerajaan, maka royalti minyak akan dinaikan 20%, sekarang ini, sebenarnya peruntukan kerajaan pusat yang disalurkan kepada kerajaan negeri telah melampui 20%.

Dalam prinsip equalbrium, apabila satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian yang lain, sebenarnya inilah yang ingin disampaikan oleh pihak pembangkang. Kalau royaliti minyak naik 20%, maka peruntukan daripada pusat akan berkurang 20%, akhirnya come back to square one.

Benarlah kata Musa, menjelang pilihanraya, pembangkang akan menabur janji bulan dan bintang, kerana mereka tiada kometmen untuk melaksanakannya.

Lihatlah janji-janji pembangkang bagi semasa PRU-12, di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, walaupun telah 4 tahun memerintah negeri itu, janji2 seperti mana dalam manefesto mereka belum tertunaikan, alasan yang diberi.. mereka belum menguasai Putrajaya... satu alasan yang hanya mengelirukan rakyat.

Bagi para pemimpin Sabah yang sekarang ini berada dalam tampuk kuasa, janganlah turutkan nafsu, berilah sumbangan kepada parti yang memberi peluang kepada anda berkhidmat kepada rakyat.

Jangan mimpi, bahawa selamanya rakyat akan terpengaruh kerana tindakan pemimpin yang hanya berasaskan kepentingan peribadi.

26 January 2012

Kota Belud tetap kubu kuat BN

APAPUN tindak tanduk pembangkang, Kota Belud tetap kubu kuat BN.

Faktor kekuatan BN itu selain didorong oleh kekuatan parti juga oleh para pemimpinnya.

Memang diakui, kejayaan para pemimpin membawa pembangunan di daerah cowboy town of the east itu masih lembab, namun usaha berterusan ke arah itu terus berjalan.

Pembangunan seperti tempat perhentian bas misalnya, jika dahulu, dibina berasaskan tiang kayu dan beratap zink, kini berubah kepada bertiang konkrit dan beratap genting.

Jika dahulu, program untuk petani/nelayan/pekebun agak kurang dimasukkan dalam pelan pembangunan daerah, kini sudah merupakan prioriti.

Para pemimpin Kota Belud telah menerima haekat bahawa kawasan itu tidak mempunyai sumber asli yang boleh menjana ekonomi rakyat, selain tanah, pantai/laut dan perbukitan/pulau (untuk pelancongan.

Pembangunan sesuatu kawasan tercermin daripada hasil cukai yang disumbang, sebab itu kawasan Bandar seperti Kuala Lumpur, terus dimajukan walaupun kubu pembangkang, atas sebab sumber cukai yang dikutip oleh kawasan tersebut besar. Hasil kutipan cukai, dikembalikan oleh kerajaan dalam bentuk pembangunan.

Jika suatu hari, kutipan cukai tinggi di kawasan Kota Belud, maka tidak hairan, pembangunan Kota Belud daripada segi fizikal akan bertambah rancak.

Suara Rakyat terfikir, sektor yang akan membawa sumber cukai di kawasan Kota Belud adalah sektor pelancongan, manakala pertanian/perkebunan/perikanan akan menuju saradiri daripada segi kehidpuan harian.

Untuk sementara waktu, apapun bentuk pembangunan fizikal di kawasan ini, masih tergantung ikhsan kerajaan, atas sebab itu, sokongan kepada kerajaan perlu diteruskan tanpa berbelah bagi.

Pada masa ini, pembangunan Kota Belud nampaknya akan semakin rancak, ekoran pegembelingan tenaga daripada berbagai pihak termasuk para pemimpinnya telah bersatu hati. Membuang sifat politiking yang merugikan rakyat.

Bermula pada sambutan Hariraya yang lalu kemudian diikuti oleh mesyuarat BN kawasan Kota Belud dan terakhir mesyuarat Umno P.169, terlihat bahawa semua pemimpin Kota Belud sudah bersatu, demi rakyat dan pembangunannya.

Nampaknya, DS Najib dan DS Musa Aman akar tidur lena memandangkan kawasan Kota Belud akan tetap berada dalam gengaman BN pada PRU-13 akan datang.

25 January 2012

Anwar hanya tabur janji kosong: Musa

KOTA KINABALU. 24 Jan (Bernama) -- Pelbagai janji yang ditabur oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sehingga 20 peratus dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang menabur pelbagai janji apatah lagi menjelang pilihan raya umum.

"Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

"Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, dekat sini Selasa.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Anwar berhubung perkara itu pada majlis Rumah Terbuka PKR di Dewan Kian Kok, Likas, dekat sini semalam.

Beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji manis parti pembangkang untuk meraih sokongan.

"Saya percaya rakyat kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kerajaan BN adalah pilihan yang terbaik kerana BN sentiasa mengotakan janji," katanya.

Sambil memberi contoh pemberian bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, bantuan buku RM200 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, Musa berkata ini membuktikan kerajaan BN benar-benar mengotakan janjinya "tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong".

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, beliau berkata ia merupakan landasan terbaik untuk memantapkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai suku kaum.

"Amalan saling mengunjungi ke rumah-rumah terbuka adalah baik untuk menyemai semangat persaudaraan dan kekitaan dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita termasuk di Sabah," katanya.-- BERNAMA

24 January 2012

PRU-13: Hidup Matinya politik Anwar

Sepatutnya Anwar telah menjadi Perdana Menteri selepas Sukan Komonwel tahun 1998, namun belumpun Pesta negara-negara Komonwel itu bermula, Anwar kena pecat daripada Jawatan TPM, kerana masalah moral.

Ekoran daripada itu, Anwar terus merengkok dalam penjara Sungai Buloh, kerana dijatuhi hukuman penjara kerana salah guna kuasa, semasa berjawatan TPM.

Tahun 1999, Parti keadilan (adil) berlambang mata ditubuhkan oleh para penyokong Anwar dan Presiden parti itu adalah isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Namun, kelibat parti itu tidak mendapat tempat dihati rakyat, walaupun Pematang Pauh dimenangi oleh Wan Azizah dan Terengganu berjaya dirampas PAS.

Tahun 2004, parti pembangkang yang diterajui DAP dan Pas dan disokong oleh Keadilan, mengalami kekalahan teruk, malah Terengganu berjaya kembali ke pangkuan BN.

Pada PRU-12/tahun 2008, Anwar tidak bertanding walaupun telah dibebaskan daripada penjara. Pada PRU-12 inilah terulang prestasi hebat pembangkang tahun 1969, apabila untuk kedua kalinya berjaya menafikan kuasa 2/3 barisan nasional di dewan rakyat.

Untuk mengekalkan memontum Pakatan, maka mereka berlumba-lumba mengosongkan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan PRK terpaksa diadakan. Melalui 8 PRK pasca PRU-12, semua kerusi dimenangi Pakatan Rakyat termasuk berjaya merampas kerusi BN di Terengganu dan Sibu.

Namun selepas itu, sebanyak 8 PRK diadakan disebabkan kekosongan, bukan disengajakan, dimenangi BN termasuk PRK di Kelantan sehinggalah PRN Sarawak Mac 2010.

Pada PRN Sarawak, walaupun kerusi Pakatan bertambah, namun hanya DAP sahaja yang bertambah kerusinya, itupun semua di kawasan majoriti kaum cina. Sebaliknya, PKR dan PAS masih tidak diterima.

Berasaskan kepada keadaan itu, memontum Pakatan sebenarnya sudah merundum, atas sebab itu, mereka mempergunakan berbagai kaedah termasuk Himpunan Bersih2.0, Bebas Anwar 901, rusuhan mahasiswa dropout di UPSI dan himpunan-himpunan haram seperti yang diadakan oleh kumpulan pembangkang yang berselindung pada organisasi NGO- ABU (asal bukan Umno).

Namun, semua usaha Pakatan itu, hanya berjaya menarik penyokong mereka yang itu-itu juga. Selain itu, strategi meminta simpati jika Anwar dipenjarakan kerana sodomi tidak menjadi.

Kini Pakatan terpaksa kembali ke "drawing board" untuk melakar strategi baru. Antara strategi baru itu adalah menyerang isteri Perdana menteri.. kononnya Datin Rosmah adalah wanita yang suka berpoya-poya ala Emelda Marcos.

"Kesengajaan" laporan Ketua Audit negara mengenai NFC terus diapi-apikan dan dijajah secara terus menerus oleh Pakatan, seolah-olah isu NFC adalah masalah utama dalam negara, sedangkan projek tersebut hanya bernilai RM250 juta, itupun berbentuk pinjaman, yang perlu dibayar semula dengan kadar 4% setahun selama 20 tahun.

Pakatan tidak mempunyai isu yang diketengahkan kepada rakyat, yang ada hanya bersifat tomahan, dakwaan, fitnah yang sebenarnya tidak menguntung sesiapapun.

Pada PRU-13 apakah Anwar berjaya dengan cara pembohongan mengelabui rakyat? atau kah PRU-13 adalah penghujung jalan politik Anwar?

PRU-13: Menunggu telaan Tun Daim

Khabarnya, pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 99.9 peratus “confirm” akan tetap berlangsung tahun ini.

Sama ada sebelum bulan enam atau selepasnya, rakyat Malaysia masih menunggu. Tetapi yang benar-benar sahih ialah persaingannya yang diakui cukup sengit dalam sejarah tanah air sejak pilihan raya 1955.

Daripada sumber yang layak dipercayai, di sebuah negeri, sebuah parti sedang berusaha (atau mungkin sudah selesai) untuk menjual kira-kira 25,000 ekar tanah untuk kos penyediaan jentera pilihan rayanya. Semalam, seorang pemimpin pembangkang bertandang ke Sabah untuk menjelaskan perihal “Fitnah 2” yang tidak dipanggil “Liwat 2”. Meskipun isu yang ingin “ditegakkan kembali” agak tidak menarik rakyat negeri itu untuk mendengar dendangannya, namun matlamat hanya satu, tampuk kuasa di Negeri Di Bawah Bayu.

Memang PRU13 cukup sengit persaingannya. Pada pilihan raya umum 2008, sejumlah 30 kerusi Parlimen dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan cuma bilangan undi di bawah 3,500. Parti pemerintah itu kena berwaspada kerana kalau hilang 30 kerusi itu, bermakna ditolak 137 kerusi Parlimen sedia ada, cuma 107 kerusi dalam genggaman. Kuasa akan beralih ke pihak sebelah sana.

Namun, jika diamati keputusan PRU 2008 dengan kemenangan tipis pembangkang di kebanyakan kerusi, peluang dilihat masih berpihak kepada BN jika kesiapsiagaan rapi dibuat. Di Parlimen Sik, BN kalah 400 undi, Ketereh (450), Machang (196) dan di Parlimen Balik Pulau, cuma tewas tipis 708 undi.

Di sebalik itu, sebenarnya masih banyak ranjau yang perlu ditempuh BN. Di Sarikei, parti itu cuma menang 51 undi. Dan hanya dua ibu negeri sahaja dikuasai BN iaitu Johor Bahru dan Alor Setar (itupun dengan kelebihan 146 undi sahaja).

Sesuatu yang tidak dapat disangkal ialah rakyat sebagai pengundi sedang melihat kelibat dan tindak-tanduk sama ada kerajaan dan pembangkang. Sewenang-wenangnya menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat, pembangkang barangkali terlupa itu semua diperhati dan dinilai oleh rakyat. Pembangkang tidak ada “tongkat sakti” atau “lampu ajaib”.

Sebaliknya, yang ketara BN tidak menjanjikan peruntukan hanya menjelang pilihan raya kerana sudah terbukti ia dilaksanakan sepanjang masa bagi menjaga kebajikan rakyat.

Keangkuhan pembangkang untuk “mencipta sejarah pada PRU13” memang cukup tinggi meskipun kemaraan mereka berjaya disekat BN di Sarawak pada pilihan raya negeri itu April tahun lalu. Ketika itu, baik PAS, PKR dan DAP, impian mereka cukup menggunung untuk menjadikan Sarawak “penanda aras” mereka sebelum ke persaingan “Liga PRU-13”.

Masih tergiang-ngiang di telinga penulis betapa belum masuk ke gelanggang pun, gendang pilihan raya Sarawak yang dipalu pembangkang amat cukup “menggetarkan”. Seolah-olah mereka sudah menguasai Bumi Kenyalanglah.

Beberapa hari sebelum pembubaran DUN Sarawak sekitar Mac 2011 itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengungkapkan kepada organ rasmi PAS (yang mana fakta-fakta terisi di dalamnya penuh kekaburan itu) Harakahdaily:

"Saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera pilihan raya PAS di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak.

"Jadikanlah medan kali ini (pilihan raya Sarawak) sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepimpinan BN yang ada pada hari ini."

Tetapi hakikat yang terpaksa ditelan oleh PAS amat pahit. Memang parti itu kepingin sangat melakar sejarah untuk meraih kerusi pertama manakala PKR yang bertanding hampir 50 kerusi mengumumkan pula lebih awal bakal Ketua Menteri Sarawaknya, Baru Bian. Hasilnya, kedua-dua sekutu DAP itu tersungkur di tangan BN. Yang selamatnya cuma DAP yang bertambah kerusi mereka ekoran “kempen yang strategis dan meloyakan”.

Mengambil kira pengalaman Sarawak, rakyat tentunya lebih bijaksana untuk menilai kewibawaan sesebuah parti pada PRU13 nanti.

Tindakan pembangkang menyebarkan risalah, fitnah yang kononnya mengandungi “fakta” yang sengaja diperbesar-besarkan dan bersifat melampau dalam memburuk-burukkan kerajaan terutama oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang digerakkan secara berleluasa ketika ini realitinya kelak boleh memakan diri. Ini kerana sebahagian besar pengundi mahu melihat sesuatu yang dilaporkan berdasarkan kenyataan. Kerana itu, pembangkang tidak harus memandang rendah keupayaan pengundi untuk membezakan antara fakta dan pembohongan. Atau sesuatu maklumat yang terlampau atau sengaja diperbesar-besarkan, semata-mata bertujuan mempengaruhi pengundi.

Sebagai contoh dakwaan kononnya 90 peratus rakyat Sarawak masih dalam keadaan miskin tegar yang diluahkan tempoh hari jelas terlalu diperbesar-besarkan dan tidak masuk akal sama sekali. Ini kerana bagi yang pernah berkunjung ke seluruh Sarawak, mereka dapat melihat pembangunan di seluruh pelosok negeri itu. Sejak lebih 30 tahun lalu, kerajaan BN sudah berusaha mengurangkan kadar kemiskinan dengan angka sekarang sekitar empat peratus saja, bukan 90 peratus seperti dilaporkan pembangkang.

Meskipun Guan Eng memang begitu “hebat” psikonya dalam kempen di Bumi Kenyalang tempoh hari, kemaraan DAP turut tersekat.

Dalam satu ceramahnya di Park Hotel, Kuching pada April tahun lepas, gaya dan perilaku Guan Eng memang cukup “menakutkan”. Mengambil contoh "Revolusi Jasmin" di Timur Tengah, dia amat berharap agar rakyat Sarawak bangkit dan mengundi untuk perubahan. Malah, Guan Eng mengubahsuai pula lagu popular “Korea Nobody” dan mahu rakyat menyanyikan "there is no money, no money for you!" kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud,

Ketua Menteri Sarawak yang sudah 30 tahun menyemai budi dan jasa untuk kemajuan Bumi Kenyalang.

Hakikatnya, pembangkang boleh menjanjikan “bulan dan matahari”. Tetapi rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak separuh pun tertunai.

Apa agaknya yang boleh diramalkan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai peluang kerajaan dan parti lawan pada PRU13.

Daim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari ketika menyampaikan syarahannya di Universiti Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur, meramalkan pembangkang akan memenangi beberapa kerusi tambahan di negeri itu, tetapi yakin BN akan terus berkuasa dengan “majoriti selesa”.

Pada akhir 2007, beliau meramalkan BN akan mempunyai masalah di tiga negeri — Selangor, Kedah dan Pulau Pinang — dan telahannya ternyata dibuktikan pada pilihan raya umum 2008.

Kita masih menunggu lagi telahan Daim. — Utusan Malaysia

Politik Kota Belud: Apabila pendekatan basi digunapakai semula

Ada pemimpin mengulangi pendekatan basi dalam penentuan calon bagi mewakili BN pada PRU-13 akan datang.

Menurut pemimpin itu, jangan banyak songeh, siapa sahaja calon yang diketengahkan oleh parti, maka perlu disokong. Alasannya, pemimpin saling pergi dan berganti, namun yang tertinggal adalah parti. Jika demikian pendekatannya, parti yang tidak boleh berkata-kata itu, akan menjadi malang, atas sebab diwakili oleh pemimpin yang ada penyakit tidak setia pada parti.

Najib dalam pendekatannya adalah mengutamakan calon yang "winnable candidate" ertinya calon itu mempunyai grassroot, suka turun padang, mudah didekati dan dekat dengan rakyat, kemudian ditambah oleh Muhiyidin calon itu mesti capable, kerana itu calon itu boleh menjamin kemenangan pada parti.

Atas sebab itu, pada PRK Tenang, Johor, orang luar daripada parti Azhar ibrahim dicalonkan mewakili BN, dan terbukti, Azhar menang besar mengalahkan calon glamour Normala Shamsuddin.

Di Kota Belud kini, sungguh ramai yang berura-ura untuk menjadi calon-calon samada mahu mewakili BN atau Pembangkang. Mereka itu terdiri daripada mantan-mantan YB atau pegawai2 kerajaan yang masih berkhidmat atau presiden2 persatuan atau pegawai2 kerajaan yang telah pencen.

Namun yang menarik adalah "cubaan" para mantan YB yang telah gagal semasa zamannya sebagai wakil rakyat mencuba melalui pintu belakang untuk kembali dicalonkan mewakili BN, kononnya untuk meneruskan perancangan yang tidak sempat dilakukan semasa menjadi YB berpenggal-penggal.

Percayalah jika usaha mereka ini berjaya, yakinlah kawasan yang bakal diwakili nanti, akan kembali kepada "square one" bukan bertambah maju, sebaliknya bertambah mundur. Kenapa demikian? dalam benak mereka, memajukan rakyat sama dengan membunuh masa depan mereka, kerena semakin maju masyarakat maka akan terbuka minda mereka untuk memilih pemimpin yang mampu dan ikhlas membantu mereka.

Bagi suara rakyat, para YB Kota Belud yang ada perlu dipertahankan, walaupun ada terdapat beberapa kekurangan, namun pasukkan ini, telah membuka mata dan fikiran rakyat Kota Belud.

Datuk Rahman Dahalan walaupun ada yang menganggap wakil rakyat itu terlalu moden dalam pendekatannya, namun selama hampir 4 tahun, keupayaannya sebagai wakil rakyat boleh diberi markah "A", demikian juga Datuk Musbah di Tempasuk mendapat markah cemerlang, bagi Japlin pula, walaupun tidak mendapat markah cemerlang, namun kepimpinannya masih ada ruang untuk mendapat markah cemerlang.

Walaupun para YB ini bukan pemimpin parti diperingkat Bahagian, kecuali Japlin Naib ketua bahagian, namun mereka adalah pemimpin yang boleh diketengahkan oleh parti kerana mereka adalah "winnable candidate". Jangan ganggu sesuatu yang telah baik, kerana takut2 seperti Tikus membaiki labu. Fikir2kan lah.

22 January 2012

Zahid sangkal peluang BN hanya 50:50 tawan negeri diperintah Pembangkang

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.

"Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang. Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi.- Bernama

Pemimpin Pembangkang istihar Harta pada umum? BN bila lagi?

Pemimpin Pembangkang menarik penyokong melalui pengistiharan harta mereka kepada awam secara sukarela. Namun menurut Menteri dijabatan Menteri Datuk Nazri Aziz, tindakan seumpama itu amat bahaya, kerana pihak kriminal mengetahui harta sebenar seorang pemimpin.

Manusia mengumpul harta berbagai cara. Cara menyimpannyapun berbagai cara. Tidak semestinya mereka yang mengisthar harta pada pengetahuan awam itu, tidak mempunyai harta melalui penggunaan "proxy".

Rakyat perlu menilai keupayaan seorang pemimpin itu atau kerajaan membawa pembangunan kepada rakyat secara menyeluruh, bukannya pada segelitir sahaja. Yang dilihat adalah polisi atau dasar. Kerana melalui dasar itu, misi sesebuah kerajaan dilihat secara keseluruhan.

Misalnya, dasar kerajaan untuk mengawal harga keperluan asas. Sehingga ini dasar itu berjalan dan kerajaan memberi subsidi pada keperluan asas itu, agar semua lapisan masyarakat menikmatinya.

Dasar kerajaan memberi perubatan percuma dan pendidikan percuma daripada tadika ke sekolah menengah. Dasar itu terus dilaksanakan.

Dasar kerajaan memberi insentif kepada petani padi, dasar itu terus berjalan yang meliputi semua masyarakat.

Dasar kerajaan memberi subsdi minyak kepada nelayan kecil, terus diteruskan, juga tidak mengira bangsa dan keturunan.

Dasar kerajaan memberi peluang kepada 30 peratus bumiputera daripada semua segi, bertujuan untuk menseimbangkan status sosial antara berbagai kaum negara ini. Tujuannya, jika bumiputera/melayu mempunyai bahagian 30peratus, maka dayabeli mereka akan bertambah, pada giliriannya kaum lain juga yang mendapat untung, kerana kaum cina misalnya, 90 peratus adalah peniaga. Seorang peniaga sudah tentunya perlu pelanggan. Pelanggan yang teramai adalah kaum melayu/bumiputera.

Kalau melayu/bumiputera yang teramai ini tidak mempunyai kekuatan daripada segi ekonomi, maka mereka tidak akan menjadi pelanggan yang baik. Malah jika kemiskinan melanda mereka, maka sipeniagapun tidak akan merasa aman, jumlah jualan yang rendah. Ertinya keadaan rugi-rugi akan menjadi jawapan.

Sebaliknya, jika menang-menang yang diambil pendekatannya, maka situasi menang-menang juga akan wujud.

Namun, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Anwar sudah awal-awal mengatakan bahwa dasar 30 Peratus akan dihapuskan, sebaliknya pembahagian kekayaan negara berasaskan merit.

Jika itu yang berlaku, hanya mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman sahaja yang senantisa mendapat peluang. Malah, pada masa itu, pengetahunan dan pengalaman sukar dikongsi lagi, kerana takut kerjaya atau usaha mereka akan terlangkaui.

Pada masa itu, keadaan akan menjadi yang Telah kaya akan terus bertambah kaya dan yang miskin akan bertukar kepada papa-kedana.

Dengan mengetahui harta sebenar seorang pemimpin apa kah dasar yang diamalkan oleh kerajaan akan terpengarhui? kalau terpengaruhi daripada faktor apa?

21 January 2012

Ikhlaskah Mereka?

Setelah menonton video hasilan seorang vlogger Malaysia yang sedang menuntut di Australia, saya tertarik dengan ayat terakhir dalam video tersebut, "Kami sengaja kosongkan jiwa kami sebab otak kami dah penuh dengan bullshit politik yang hangpa dok main". Saya rasa inilah antara sebabnya remaja sekarang banyak yang buta dan tuli politik. Kalau adapun yang aktif menyokong, sokongan buta dan tuli juga yang mereka berikan.

Belum ada sebarang penyelesaian yang hendak saya cadangkan di sini, dan isu politic game juga tak berselera saya sentuh. Cuma, ada soalan yang bermain dalam kotak fikiran saya. Berapa kali sudah saya fikirkan, namun soalan ini belum lagi penat bermain sebab jawapan yang ditunggu belum sampai.

Apabila saya lihat situasi politik di tanah air kita sekarang, pihak yang terlibat semakin rajin mengeluarkan bermacam ragam kenyataan, propaganda, mahupun tuduhan kepada pihak lawan. Fakta atau auta, Allah saja yang tahu. Selaku seorang penonton yang bakal mengundi 2-3 tahun lagi, keadaan ini macam boxing match, saling bertumbukan, bergigitan, berludahan. Penyokong peninju masing-masing sangat kreatif untuk menggamatkan suasana. Ada yang bawa banner, ada yang main bom, ada yang main lawyer, ada yang pakai surat khabar, main blog, macam-macam ada. Disebabkan keadaan perlawanan ini amatlah bising dan huru hara, orang yang bukan peminat tinju politik pun mengambil keputusan politik ini kotor dan keji. Jangan salahkan mereka, sebab itulah sebenarnya imej politik di negara ini. Padahal kalau kita lihat sebenarnya, politik itu suci, bersih dan murni. Kalaulah politik itu jijik, Islam takkan mengajar umatnya untuk mentadbir negara.

Tapi begitulah sebenarnya. Politik Malaysia sememangnya penuh dengan bullshit, yang busuk lagi membusukkan. Tohmahan, cacian serta fitnah sesama sendiri sudah jadi satu bentuk sapaan. Seolah-olah kalau tiada benda-benda ini, tidak sah satu hari. Surat khabar pun tak laku kalau politik tak bising satu hari.

Politik bagi saya merupakan satu seni mentadbir negara, memajukan kehidupan rakyat untuk kepentingan bersama. Sebab itulah ada pilhan raya, supaya orang yang paling layak dapat dipilih untuk menjadi pemimpin untuk mengepalai kerajaan. Nama pun pemimpin, maksudnya kenalah berjalan bersama-sama rakyat sebab tugasnya sebagai pemimpin. Contohnya, kalau kita memimpin tangan nenek kita melintas jalan raya, bukankah kita pegang erat tangan mereka kemudian berjalan bersama-sama untuk ke sebelah sana? Kalau nenek jalan selangkah, takkan kita jalan 3 langkah pula? Tapi apa yang saya lihat, pemimpin sekarang ada yang sudah berlari laju, sampai tertinggal rakyat di belakang.

Berbalik kepada situasi politik negara yang penuh dengan maki hamun segala, dapatlah saya simpulkan bahawa keadaan ini terjadi sebab masing-masing mahu jadi juara. Mahu kuasa, mahu nama. Bukannya mahu hidupkan rakyat agar sejahtera. Saya kata begini sebab saya lihat kerajaan dan pembangkang tak pernah setuju dalam satu perkara. Walaupun idea satu pihak itu cukup hebat, yang satu lagi cakap banyak cacat. Kalau program yang satu banyak khasiat, satu lagi kata penuh muslihat. Semuanya ralat. Begitulah hari-hari, tak penat-penat. Jika betul perjuangkan rakyat, kenapa yang bermanfaat pun disekat? Jika benar khidmat untuk negara, mengapa berebut-rebut kuasa? Tidak bolehkah duduk semeja, bincang seeloknya supaya senang sama-sama, susah sama-sama? Ini asyik rebut kerusi sana sini, macam budak-budak dalam kenduri.

Sejarah sudah merekodkan, pemerintahan yang agung pada zaman dahulu kala, ditadbir sama ada secara demokrasi, ataupun diktator. Empayar agung Rom dan China dijalankan secara tirani, memang besar tapi sebab itulah selalu tukar dinasti. Demokrasi pula, contohnya empayar Islam, pun hanya ada satu khalifah, tapi usul-usul tetap dibincang dalam Majlis Syura. Bukannya saya kata Malaysia tidak berbuat begitu, tapi yang dibincang selalunya bab undang-undang. Kalau projek bangunkan negara, semuanya ikut suka. Asyik mahu menangkan kroni sendiri sahaja.

Akibat pihak kerajaan yang selalu bergaduh dengan pembangkang, saya pun hairan. Benarkah pemimpin sekarang mahu majukan negara? Memang banyak bukti yang menunjukkan kesungguhan politikus negara, tapi kenapa masih mahu tuduh-menuduh? Kenapa pihak yang satu mesti jatuh? Bukankah kita sama-sama rakyat Malaysia, punya IC yang bukan warna merah, mahukan yang terbaik untuk negara? Kalau usul yang satu itu baik, terima sajalah. Kenapa mesti dibantah kalau projek yang terlaksana dikibar lain bendera? Ikhlaskah mereka? Jika negara diutamakan, saya pasti fitnah dan maki hamun takkan bertebaran seperti ini.

Jika kita ambil pengajaran daripada keruntuhan Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, kita dapat lihat institusi itu jatuh disebabkan Muawiyah menginginkan jawatan khalifah. Sebab dia ingin namanya disebut. Begitulah yang terjadi di Malaysia. Tidak boleh kalau orang lain yang dapat nama. Idea yang disuarakan dan dibincang bersama, mesti dilaksanakan dengan poster serta cetakan nama. Tujuannya meraih penyokong dan pendukung. Kalau benar pemimpin ikhlas, orang lain takkan dicantas. Pendapat bernas dikumpul, kemudian dijalankan betul-betul.

Saya tidaklah ingin menyatakan bahawa pihak pembangkang dan kerajaan perlu bersatu sepenuhnya, sebab kalau satu pihak sahaja yang berkuasa, tiadalah pihak yang dapat menegur kalau ada kezaliman. Tapi saya cuma berharap, parti-parti politik di Malaysia boleh berhenti mencaci sesama sendiri dan duduk bersama, fikir langkah berkesan agar kepentingan rakyat terjaga.

Tulisan ini adalah hasil karya Anak Saya berumur 17 tahun, masih menunut dan sedang menunggu keputusan SPM. Ikuti blognya disini

17 January 2012

RM 120 juta naik taraf Lapangan Terbang Sandakan

Kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta untuk menaik taraf lapangan terbang Sandakan untuk menaikkan statusnya kepada Lapangan Terbang Antarabangsa, kata Datuk VK Liew.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, melalui penaiktarfan LT Sandakan adalah untuk membantu mempercepat pembangunan di kawasan itu terutama daripada segi pelancongan.

Sabah kata VK, perlu mendapat peluang daripada sasaran pendapatan negara daripada sektor pelancongan yang mensasarkan RM161 bilion pada tahun 2020.

Satu perkahbaran yang mengembirakan bahawa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan langsung KLIA- Sandakan bermula 18 Februari ini selepas dihentikan penghujung tahun lalu.

Pemberhetian perkhidmatan MAS untuk sektor KLIA-Sandakan itu mendapat kritikan hebat daripada berbagai pihak terutama MP Sandakan-VK Liew.

fb VKLIEW: MH flight from KL to Skan is to Resume with immediate effect.. Hooray..

fb Ronald Kiande: Org sabah di sandakan perlu maklum bahawa skim tambang murah mas sebaik malah lebih baik dari asia air.

15 January 2012

Anwar sokong gay

Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mempertahankan hak golongan homoseksual semasa temubual dengan BBC.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak dapat menjamin 100% sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik.

Pengakuan Anwar menyokong gay disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia bertajuk “Anwar ulas isu gay” sementara Berita Harian pula dengan tajuk “Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam”.

Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Wartawan BBC bertanya kepada Anwar, sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata “kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini.”

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” kata Anwar kepada BBC.

Anwar juga berkata pandangan Pakatan Rakyat adalah “kami tidak menggalakkan homoseksual di domain awam dan kami tidak perlu meminta maaf.”

Laporan Utusan itu menegaskan pembebasan Anwar diterima baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Sementara itu Berita Minggu, edisi mingguan Berita Harian mengkritik Anwar kerana menyokong hubungan sesama jenis.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya dipetik Berita Minggu.

Bekas ahli Parlimen PKR Wee Choo Keong berkata keberanian Anwar adalah untuk mewujudkan undang-undang membela hak golongan gay dalam manifesto Pakatan Rakyat.

“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” kata Ahli Parlimen Wangsa Maju ini.

14 January 2012

Umno Kota Belud pasang "gear 5" menghadapi PRU-13

Kelihatan Salleh, Musbah, Rahman dan Japlin semasa mesyuarat tersebut.

SEMALAM Umno Bahagian Kota Belud bermesyuarat bagi persiapan menghadapi PRU-13.

Selepas Mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri DSP Salleh Tun Said berkata, Umno Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman telah bersiap sedia menghadapi PRU-13, jika iapun diadakan secara mengejut.

Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud tersebut telah dihadiri oleh ADUN daripada Umno dan MP Kota Belud.

Pada PRU-12, Daripada 60 DUN yang dipertandingkan di Sabah, 59 dimenangi BN, sementara Parlimen, 24 dimenangi BN dan satu oleh DAP.

Sabah dianggap sebagai Simpanan Tetap.

11 January 2012

Datuk Lajim masih setia pada UMNO

Menurut sumber yang sahih, Datuk Lajim Okin yang merupakan AMT Umno, MP Beaufort dan Timbalan Menteri Persekutuan masih setia dan tetap bersama Umno/BN.

Desas-desus sebelum ini bahawa beliau merupakan dalang dibelakang Sabah People Front (SPF) adalah spekulasi pemimpin tertentu untuk melemahkan Umno/BN Sabah.

OKB difahamkan,Lajim telah menyatakan kesetiannya kepada Umno/BN selepas MP Beaufort tersebut betemu enam mata dengan Pengerusi Umno Sabah DSP Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Pegerusi Umno negeri DSP Salleh Tun Said baru-baru ini.

Lajim terpalit dengan spekulasi akan keluar Umno apabila Timbalan Menteri itu turut hadir pada satu majlis natal anjuran pemimpin Pakatan di Kuala Penyu baru-baru ini dan pada majlis tersebut beliau turut berucap.

Tidak menjadi kelajiman samada pihak pembangkang atau kerajaan membuat ucapan pada majlis anjuran masing-masing.

Zaid Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran kehadiarannya pada satu majlis PKR di Shah Alam pada tahun 2010. Zaid hanya hadir, tidak berucappun.

10 January 2012

Anwar bebas: Apa kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.

“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.

“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, sebelum ini pun kerajaan pernah kalah dalam beberapa kes di mahkamah termasuklah Umno diharamkan oleh mahkamah.

Ini, kata Dr Mahathir menunjukkan di Malaysia, sistem kehakiman negara adalah bebas dan berkecuali dan tidak ada mana-mana pihak termasuklah kerajaan mahupun pembangkang boleh campur tangan,” katanya lagi.

9 January 2012

Azmin gagal himpun 100,000

Mereka yang datang berhimpun di tempat letak kereta Mahkamah Jalan duta pagi tadi, adalah mereka yang ikut serta himpunan Bersih2.0. Jumlahnya dianggarkan 5,000.. oklah 10,000 untuk menyenangkan hati Azmin Ali.

PKR yang mengerakkan 901-Bebaskan Anwar berikrar akan mengumpulkan 100,000 penyokong Anwar pagi tadi, namun Azmin gagal total.

Bagi penyokong BN, sama-sama kita saksikan, bahawa gembar gembur Pakatan, hanya omong kosong.

Anwar sebak selepas dibebaskan

SEBAK...Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sebak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail

8 January 2012

Akhirnya Pas pecat Dr Hassan Ali

PAS hari ini mengambil keputusan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuatkuasa serta-merta tindakan yang dipercayai ekoran kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut di sini.

Tindakan memecat Dr Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

"Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa pAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," kata satu kenyataan di HarakahDaily.

Dr Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Keputusan dibuat setelah meneliti, mengadakan rundingan dan memberikan nasihat kepada beliau (Dr Hasan) tapi beliau tidak mempedulikan arahan parti dan masih melakukan perkara yang bercanggah dengan dasar parti.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

5 January 2012

9 Januari: Akan adakah perintah berkurung di Kuala Lumpur?

Penyokong Anwar sudah menyebarkan bahawa akan ada 100,000 manusia berkumpul di kawasan Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari. Jumlah itu 10 kali ganda berbanding Bersih2.0 9 Julai,2011.

Ada maklumat, bahawa para penyokong upahan, dibekalkan RM1,000 seorang untuk turut serta berkumpul pada hari itu. Hari penentuan bagi Anwar Ibrahim.

Sejak Pertengahan Disember lalu dan hingga kini, Anwar menyerang negeri-negeri berpenduduk majoriti Melayu, untuk meminta simpati dan turut serta dalam demo 901 BEBASKAN ANWAR.

Kempen 901 Bebaskan Anwar, adalah sokongan kepada individu yang bernama Anwar Ibrahim, agar supaya pihak Hakim akan takut memberi keputusan yang tidak memihak kepada Anwar.

OKB yakin, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah tidak akan terpengaruh dengan desakan dan gertakan para penyokong Anwar, walaupun hari itu akan diistiharkan PERINTAH BERKURUNG di Kuala Lumpur.

OKB yakin, apapun keputusan Hakim adalah berdasarkan kepada fakta yang dikemukakan kepadanya, bukannya berasaskan kepada faktor-faktor yang bercanggah dengan undang-undang.

Penyokong Anwar telah tahu bahawa Anwar akan didapati bersalah disebabkan pihak pembelaan tidak mampu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan kepada Anwar.

Penyokong Anwar, mendesak, walaupun fakta menunjukkan bahawa Anwar adalah peliwat, namun mereka tetap tidak mahu menerimanya.

OKB yakin, pihak pasukan keselamtan mampu mengatasi para penyokong Anwar ini, kerana mereka hanya sebahagian kecil daripada rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels