31 May 2012

Penggerak Pembangunan Kota Belud

Kota Belud hanya ada tanah, laut, bukit dan sungai, selain itu, tiada...kecuali emas hitam di ZEE yang kini diterokai, syarikat-syraikat minyak antaranya Petronas dan Shell.

Penduduk Kota Belud pada tahun 2012, menghampiri 100,000 yang tersebar di tiga kawasan Tempasuk, Usukan dan Kedamaian.

Sumber kehidupan penduduk  sebahagian besarnya  tergantung kepada alam dan hanya sedikit bergantung kepada dunia perniagaan dan pegawai awam dan swasta.

Berasakan kepada keadaan itu, maka program pembangunan Kota Belud, lebih cenderung kepada pemanafataan sumber alam.
 
Program Jelapang Padi, Agropolitan dan Pelancongan merupakan pendekatan yang diambil kerajaan agar supaya, pada tahun 2020, penduduk Kota Belud boleh setanding dengan penduduk daerah lain amnya dan negara khasnya daripada segi pendapatan.
 
Bagi mendokong program pemanfataan alam, seluas 100 ekar tanah sawah telah dikenal pasti di kawasan Tempasuk, akan dimajukan  dengan menggunakan Kaedah Penanaman Padi SRI2. Kaedah penanaman Padi SRI2 boleh meningkatkan hasil tuaian antara 10-15ton sehektar setiap musim.

Program contoh ini akan diusahakan bersama pakar-pakar Padi dan berkolobrasi dengan Persatuan Peladang sebagai pelaksana utama.

Persatuan Peladang, akan mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar SRI2 dalam merealisikan program Model itu.

ADUN Tempasuk dan Pembantu Pertanian dan Industri Tani Sabah-Datuk Musbah Hj Jamli merupakan individu yang mencetuskan idea ini, agar supaya kawasan Tempasuk menjadi pusat R&D Padi di Sabah.

20 Perkara: Lajim keliru

"Hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum,".“DATUK SALLEH TUN SAID”

Desakan Datuk Lajim Ukin, agar Datuk Salleh menarik balik kenyataan (petikan) menggambarkan, bahawa Wakil Rakyat Beufort itu keliru dengan kenyataan itu.

Datuk Lajim yang mengatas namakan dua NGO WARIS dan PBBS menggesa Salleh menarik kenyataan itu dan meminta maaf.?

Bagi penulis, melihat kepada petikan Salleh tersebut, tiada apapun kesilapannya.. kenyataan tersebut merupakan kenyataan straight to the point.

Adalah penting menilai sesuatu kenyataan. Kenyataan mengenai fakta.. dan kenyataan mengenai semangat.

Selepas merdeka 49 tahun, rakyat Sabah hanya dibekalkan mengenai dokumen P20, yang boleh diakeses oleh siapapun. Malah ramai yang menulis P20, termasuk Speaker Dewan Rakyat-Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

P20 adalah dokumen memorandum, bukannya dokumen perjanjian. Lajimnya setiap perjanjian yang ditandatangi selepas sesuatu memorandum, dengan sendirinya memorandum itu hanya menjadi terma rujukan. Sebaliknya semua dokumen yang sah akan termaktub dalam perjanjian yang ditanda tangani.

Semasa memberi komen mengenai P20, Salleh dengan jelas menyatakan tidak mempertikai kesahiahan P20 apatah lagi semangat memorandum itu; yang beliau sentuh adalah isi daripada memorandum itu telahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Apa kah Datuk Lajim atau pemimpin lain yang sewaktu dengannya mempertikai kandungan Perlembagaan Malaysia?

22 May 2012

Muka baru yang perlu diketengahkan pada PRU-13

Perdana Menteri menekankan betapa pentingnya 12.5 juta belia negara ini untuk mencorakan hala tuju negara.


Para pemimpin yang bermula daripada belia, merupakan para pemimpin yang diharapkan untuk menjadi penyambung kepada kepimpinan negara.


Di Sabah, salah seorang daripada pemimpin belia itu, adalah Haji Nizam Abu Bakar Titingan (Gambar). Nizam merupakan mantan Ketua Pemuda Umno Sabah, dan terpaksa berundur kerana faktor usia.


Kini beliau, merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Haji Nizam juga merupakan Naib Ketua Bahagian Umno Tawau dan P190 Tawau dimenangi BN pada PRU-12 lalu.

Kawasan Parlimen Tawau mempunyai Tiga DUN- N.55 Balung, N56-Apas dan N.57 Sri Tanjung.

Dua kawasan tersebut disandang oleh BN- Balung-Syed Abas Syed Ali dan Apas- Tawfik Abu Bakar Titingan, sementara Sri Tanjong-Jimmy Wong daripada DAP.

Berasaskan permintaan akar umbi- Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri ini, dimnta oleh berbagai pihak untuk bertanding di salah satu kawasan DUN- yakni N55-Balung dan N59-Tanjung Batu dalam Kawasan P191-Kalabakan.

Ramai yang menganggap bahawa beliau merupakan seorang yang "winnable candidate" bagi kawasan-kawasan tersebut, jika diberi peluang bertanding oleh pucuk pimpinan. Kekerapan turun padang, rapatnya dengan para pengundi, merupakan faktor penentu kemenangan beliau dalam PRU-13.

20 May 2012

Pilih pemimpin yang tahu berkerja jangan yang tahu bercakap

Pilih pemimpin yang tahu bekerja, jangan pilih pemimpin yang hanya tahu bercakap. Kenapa demikian? sebagai negeri yang sedang membangun, pembangunan fizikal seperti prasarana sangat diperlukan. Selain itu, pembangunan yang menjana pendapatan rakyat juga sangat-sangat diperlukan sebagai kaedah membangun rakyat.

Kenapa penduduk Kota Belud suatu masa tergolong dalam kategori miskin? sebabnya.. mereka tersalah pilih pemimpin. Mereka terpilih pemimpin yang petah bercakap, petah berpidato, tetapi tidak mampu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Memang dalam politik, rakyat lebih senang terpengaruh pada pemimpin yang orator, apatah lagi pemimpin yang mampu membuat janji-janji yang retorik. Manakala pemimpin yang kurang mahir dengan cara itu, hanya bercakap soal pembangunan rakyatnya, bagaimana rakyat yang diwakilinya maju dan mempunyai taraf hidup yang setanding dengan rakyat yang telah maju.

Menjelang PRU-13 ini, ramailah  mereka yang MERASA sebagai pemimpin berjinak-jinak dengan rakyat, mencuba berbagai kaedah untuk menarik perhatian, seolah-olah mereka itu seorang pemimpin yang boleh dihandalkan oleh rakyat, boleh dihandalkan oleh parti, malah oleh kerajaan sebagai calon boleh menang.

Namun, apabila melihat latar belakang mereka itu, nama mereka boleh dikenal kerana mengikut-ikut program turun padang yang diatur oleh pemimpin yang kuat bekerja itu. Mereka hanya menumpang tuah, menumpang toi, sedangkan mereka itu, tidak mempunyai senerai yang boleh diketengahkan sebagai seseorang yang berjuang untuk rakyat. Apa yang ada, adalah mempergunakan rakyat sebagai wadah untuk mendapatkan habuan, baik berupa projek mahupun jawatan.

Sayang sungguh... apabila genap sepenggal sebagai wakil rakyat, yang mengalami perubahan adalah wakil rakyat itu, sedangkkan rakyat yang diwakilinya tetap pada tahap awal dan asal.

Perlu diingat, pembangunan adalah PROSES. Pembangunan tidak akan boleh berjaya dalam seklip mata. Oleh sebab itu, kepada rakyat, bukalah mata... jangan terpengaruh dengan mereka yang hanya BERGIAT menjelang PRU-13... yakinlah mereka itu, hanya mahu mempergunakan rakyat sekali lagi untuk mendapat habuan untuk diri sendiri setidak-tidaknya dalam tempoh empat tahun.

Pilihlah pemimpin yang senantiasa berdampingan dengan rakyat,  senantiasa mengambil tahu kesusahan rakyat, bukan pemimpin yang hanya mahu mempergunakan rakyat demi kuasa pribadi.

Jika ditakdirkan, bahawa Parti yang kita naungi terpilih pemimpin yang hanya berjuang untuk diri sendiri, BERANILAH MENOLAKNYA, kerana kalau kita terus memilihnya maka pucuk pimpinan tidak akan terbuka mata, sosok yang bagai mana pemimpin yang kita perlukan mewakili kita.

19 May 2012

PRU-13 Sabah: Apakah parti selain UMNO hanya liabilti?

Di Sabah, banyak kawasan pada PRU-12 lalu di mana pemenangnya hanya menang tipis. Malah kemenangan itu disebabkan pertandingan banyak penjuru. Di banyak kawasan, undi yang diperolehi pemenang, jauh lebih kecil berbanding undi calon2 yang kalah kalau dijumlahkan. Ironinya, jumlah undi yang banyak itu adalah daripada calon2 pembangkang.

Kalaulah berlaku pertembungan satu lawan satu pada PRU-12 lalu, kawasan2 seperti Parlimen Sandakan, akan dimenangi pembangkang. Demikian juga DUN API2, Kepayan, Tanjung Aru, Tanjong Kapor, Merotai, Luyang, Inanam; malah moyog.

Sebanyak 17 DUN Sabah, nampak tidak selamat. Ironinya kawasan2 itu adalah kawasan2 yang ditandingi LDP, UPKO, PBS dan MCA.

Pada PRU-13, apa yang akan belaku? kalau lah trend pengundi kaum cina terus berkekalan, sepertimana dibuktikan pada PRN Sarawak April tahun lalu, nampaknya ramai calon2 BN yang diwakili LDP, MCA dan calon PBS bagi kawasan majoriti kaum cina akan kecundang.

Bagi BN Sabah, diperingkat Negeri, tidaklah membimbangkan, walaupun kehilangan 17 kerusi, kerana kerajaan negeri yang akan dibentuk nanti tetap mempunyai kuasa 2/3. Jumlah kerusi bagi kuasa 2/3 DUN negeri Sabah, hanya 40.

Adalah dijangka bahawa semua kerusi tradisi Umno sebanyak 32 kawasan dengan mudah dimenangi oleh parti itu.

Umno akan boleh menambah kerusi jika DUN Merotai, Tanjong Kapor dan Likas diberikan kepada parti itu pada PRU-13 akan datang dan sebagai pengganti kepada kawasan2 tersebut, maka tiga kawasan SAPP diserahkan kepada LDP, PBS.


Sebagai tambahan kerusi bonus, adalah terletak kepada percaturan Datuk Musa Aman, untuk meletakkan calon2 yang akan bertanding di kawasan2  seperti DUN Karamunting, Dun Merotai, DUN Tanjong Kapor dan Dun Elopra.

Di kalangan komponen BN, persaingan antara LDP dan Gerakan ibarat api dalam sekam. Tidak dapat dinafikan, bahawa antara parti ini akan berlaku sabotaj antara satu sama lain. Tindakan inilah yang berakibat kekalahan calon2 BN. Bagi mengatasi perkara ini, syogianya dicalonkan orang baru yang bersifat "bebas", agar unsur sabotaj dapat diminimakan.

Pecalonan Peter Phang di Karamunting, sudah tentu akan mendapat sabotaj luarbiasa daripada para pemimpin LDP disemua peringkat, natijahnya, kawasan itu akan terlepas kepada pembangkang dengan "percuma".

DUN Merotai, dapat dimenangi dengan mudah jika Umno bertanding di kawasan itu, memandangkan kawasan itu adalah kawasan majoriti bumiputera. Sementara Parlimen Tawau, sebaiknya Tan Sri Liew, mantan DUN Merotai bertanding di situ. Jika ini menjadi pilihan, maka Bn/Umno Sabah akan dapat memastikan kemenangan.

Demikian juga DUN Tanjong Kapor Kudat, sebaiknya Umno perlu bertanding, jika BN mahukan kawasan tersebut masih dalam genggaman.

Berasaskan senario semasa kawasan-kawasan berikut tidak selamat bagi BN:-
  1. DUN Kuala Penyu.. kini UPKO.. akan kalah.
  2. DUN Tanjung Aru.. kini PBS.. akan kalah
  3. DUN Kepayan.. kini MCA.. akan kalah
  4. DUN Luyang.. kini SAPP.. dimenangi pembangkang
  5. DUN Api-api.. kini PBS.. akan kalah
  6. DUN Likas.. kini SAPP.. kalau UMNO menang
  7. DUN Inanam.. kini PBS .. akan kalah
  8. DUN Karamunting.. kini Gerakan.. akan kalah
  9. DUN Elopura...kini Gerakan.. akan kalah
  10. DUN Merotai.. kini LDP.. kalau Umno menang
  11. DUN Tanjong Kapor..kini LDP.. kalau Umno menang
  12. DUN Moyog 50:50
  13. DUN Bingkor 50:50
  14. DUN Tamparuli 50:50
  15. DUN Matunggong 50:50
  16. DUN Kedamaian 50:50
  17. Satu DUN di Ranau. 50:50

Sementara Kawasan Parlimen pula..
  1. Sandakan... kalah.. kalau ada pertukaran calon.. BN boleh menang
  2. Tawau.. tergantung calon
  3. Kota Kinabalu.. kalah
  4. Penampang...50:50
  5. Sepanggar..50:50.. kalau Umno menang
  6. Tuaran 50:50.. kalau Umno menang
  7.  Pensiangan 50:50..  tergantung calon...BN masih ada peluang

18 May 2012

Datuk Musbah calon boleh menang bagi DUN Tempasuk

Apabila diajukan pertanyaan "Bersediakah Datuk dicalonkan semula? pada PRU-13". Yang berhormat yang mudah didekati itu, hanya tersenyum.. Bro katanya... sebagai wakil rakyat... "saya sudah berusaha sedaya upaya membawa PROGRAM pembangunan untuk kawasan saya". Untuk itu... sebagai manusia.. saya juga ingin melihat ... bagaimana rakyat menerima semua usaha-usaha itu. Dalam sistem demokrasi.. maka melalui undilah semuanya itu terjawab.

Program untuk pembangunan Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya ada yang sudah siap, sedang berjalan, ada yang akan berjalan, serta ada yang dalam perancangan.

Semua program itu katanya melalui PROSES. Proses memerlukan masa. Saya bersyukur kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu, kerana Kabinet negeri di bawah Kepimpinan DSP Musa Aman sangat pro-aktif kepada semua program pembangunan di Tempasuk dan Kota Belud.

Lawatan Ketua Menteri Sabah ke Tempasuk pada 13 Mei selain teruja dengan kadar pembangunan kawasan Tempasuk, juga telah mengumumkan satu lagi projek mega di Kota Belud- Projek minyak dan gas.

Projek minyak dan gas ini sebenarnya telah lama dirancang di Kota Belud,namun komitmen daripada pemimpin terdahulu, belum berapa melihat potensi projek tersebut kepada penduduk Kota Belud, atas sebab itu, projek itu terpakasa dipindahkan ke Kimanis. Namun, atas desakan pemimpin kota Belud yang sedia ada, maka projek seumpama itu diwujudkan semula di daerah Kota Belud.

Menurut Musbah, Kota Belud hanya mempunyai tanah, laut, bukit dan sungai-tiada kekayaan sumber alam seperti kayu kayan, galian atau perladangan yang luas. Atas sebab itu, pemanfataan media yang disediakan oleh Allah itu perlu dimaksimumkan demi rakyat Kota Belud khasnya dan negeri amnya.

Projek Jelapang Padi misalnya adalah Program selain cara untuk meningkatkan pendapatan rakyat juga sebagai upaya mengurangkan ketergantungan beras daripada negara luar.

Krisis beras pada tahun 2006, mengingatkan kita, bahawa ketergantungan kepada beras import boleh membawa bencana kelaparan kepada negara. Atas faktor tersebut, maka sumber beras negara perlu diusahakan mulai sekarang, atas sebab itu, jelapang Padi Kota Belud menjadi program nasional.

Selain itu, program-program lain yang bercorak membasmi kemiskinan seperti agropolitian diwujudkan di Kota Belud. Tujuan jangka panjangnya adalah agar supaya menjelang tahun 2020, penduduk Kota Belud rata-rata mempunyai pendapatan perkapita yang sederhana tinggi.

Datuk Musbah mempunyai impian, agar supaya tiada lagi miskin tegar di kota Belud menjelang tahun 2015 untuk itu, program yang beliau rancang perlu diteruskan demi rakyat Kota Belud.

15 May 2012

Musa still in command

Dalam gambar Ketua Menteri Sabah bersama-sama Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli, MP Kota Belud-Datuk Abdul Rahman Dahalan, ADUN Kedamaian-Datuk Herbert Timbon Lagadan-semasa melawat KG Pandasan, Kota Belud pada 13 Mei lalu.

Berasaskan kepada mood semasa, nampaknya, seluruh kawasan Kota Belud, samada ADUN atau Parlimen akan terus berada di bawah naungan BN.

Bukan sahaja para pemimpin kawasan ini dalam mood pilihanraya, malah rakyat juga demikian.

Kedatangan Datuk Musa ke Kota Belud sebanyak dua kali dalam masa seminggu, menunjukkan bahawa Ketua Menteri itu begitu teruja dengan pencapaian pembangunan kawasan itu, selama di bawah naungan BN.

Lawatan Ketua Menteri di Kota Belud pada kali ini, adalah untuk mengumumkan, bahawa satu projek mega lagi akan diwujudkan di Kota Belud. Projek tersebut adalah projek minyak dan gas di kampung Kuala Abai, dalam DUN Usukan.

Datuk Musa begitu komited terhadap pembangunan Kota Belud, atas dasar di daerah itulah lahirnya anak sulung Umno, pada tahun 1991.

Kini, selepas 21 tahun kehadiran Umno di sabah,rakyat Sabah telah merasakan kestabilan politik yang mapan, sehinggakan proses pembangunan terus berjalan, tanpa gangguan.

Pada suatu waktu, Sabah adalah sebuah negeri yang kaya, namun ketidakstabilan politik, telah mengakibatkan pembangunan negeri itu begitu perlahan sekali, dan pada suatu waktu, pembangunan pada kadar yang negatif. 

Sabah hanya mula membangunan bermula pada tahun 1994, selepas 10 tahun pembangunan pada keadaan yang sangat membimbangkan.

Bermula pada tahun 2003, bajet pembangunan Sabah, saban tahun meningkat, dan setiap tahun bajet Sabah senantiasa menjadi rekod. Bajet tahun 2012, merupakan rekod sekali lagi, kerana untuk julung-julung kalinya bajet pembangunan Sabah melebihi RM4bilion.
Pembangunan Sabah akan terus terselah di masa depan, jika keadaan yang ada terus dipertahankan rakyat. Rakyat diminta jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang, kerana matalamat pembangkang hanya untuk berkuasa, bukan membela rakyat.
Tidak mudah membangun negeri, jika tidak lengkap dengan perancangan dan program. Perancangan dan program tidak dapat diwujudkan dalam sekelip mata, ianya perlu waktu, tenaga dan kewangan. Bayangkan Kerajaan BN negeri memerlukan masa lebih 20 tahun, untuk mencapai pembangunan negeri apa yang kita lihat sekarang.
Datuk Musa dengan sokongan padu para pemimpin dalam umno dan komponen parti BN akan terus memacu pembangunan negeri ini dalam segi ekonomi, sosial dan spritual.

Berasaskan kepada pencapian Musa, parti pembangkang hanya akan bermimpi untuk merampas kerajaan negeri daripada BN.

13 May 2012

Kali ini DUN Tempasuk destinasi Ketua Menteri Sabah

Sepulang daripada menghadiri Gelombang Merah di Stadium Bukit Jalil, Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Aman ke Kota Belud pula, tepatnya di Kampung Pandasan, dalam kawasan DUN Tempasuk.

Kehadiran Ketua Menteri itu sempena majlis Yayasan Sabah di Kampung Pandasan. Sekitar 3,000 rakyat Tempasuk turut hadir.

Turut kelihatan di Majlis tersebut antaranya YB Speaker DUN Sabah DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli (dibelakang Musa), ADUN Usukan, ADUN Kedamaian dan MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

12 May 2012

Tujuh prinsip mengapa Rakyat Perlu sokong BN: Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 100,000 ahli danpenyokong Umno.

9 May 2012

Gagasan 1Malaysia akan kukuhkan lagi perpaduan rakyat, kata Musa

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman percaya gagasan 1Malaysia akan mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat seterusnya mengwujudkan sebuah masyarakat yang prihatin.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa antara elemen penting untuk kemajuan sosio-ekonomi di mana-mana negara adalah keupayaan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Walaupun kita berbeza dari segi latar belakang budaya, etnik dan agama serta berbeza dari segi bahasa namun kita berkongsi cita-cita dan wawasan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Malam Amal Kebajikan anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah di Magelan Sutera Harbour, di sini, malam Ahad.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr.Yee Moh Chai.

Turut hadir Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah Datuk Seri Sari Nuar, Naib Presiden merangkap pengerusi penganjur Datuk Nancy Ho dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Asnimar Sukardi.

Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa peka terhadap pembangunan pendidikan dan agama, termasuk masyarakat Cina di negara ini dan berusaha memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, kerajaan telah menyalurkan hampir RM150 juta kepada sekolah-sekolah persendirian Cina dan sekolah mubaligh serta pertubuhan bukan Islam di negeri ini sejak tahun 2004.

“Sebagai bukti komitmen berterusan, pada tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan RM28 juta untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat.

“Ini jelas menggambarkan kerajaan adalah pro-rakyat dan kerajaan yang berorentasikan kebajikan,” katanya.

Musa berkata, Kerajaan Persekutuan juga telah memperkenalkan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah, antaranya Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Selain itu katanya, kerajaan juga sentiasa menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik dan golongan istimewa termasuk warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal melalui pelbagai inisiatif.

Beliau turut memuji usaha organisasi-organisasi di bawah naungan Gabungan Persatuan Cina Sabah yang telah menjalankan banyak program kebajikan untuk melengkapi usaha kerajaan membantu golongan berkenaan.

“Saya berharap penghargaan terhadap organisasi cemerlang yang menjalankan perkhidmatan kebajikan akan mendorong lebih banyak organisasi lain untuk bersama-sama memupuk masyarakat penyayang termasuk mendekati penduduk kampung di kawasan pedalaman dan luar bandar yang memerlukan bantuan,” katanya.

Musa berterima kasih kepada persatuan itu atas usaha melaksanakan program kebajikan dan pembangunan masyarakat.

“Saya berharap lebih ramai rakyat akan mendapat inspirasi daripada usaha itu dengan menyertai pertubuhan sukarela dan berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

8 May 2012

Pemimpin BN: Jangan hilang fokus

JANJI DITETAPI. Tag line inilah yang mampu merungkai semua permasalahan rakyat. Oleh itu para pemimpin BN jangan hilang fokus.

BN yang kehilangan kuasa 2/3 semasa PRU-12, tidak lama lagi akan berhadapan dengan rakyat untuk meminta mandat semula.

Berbagai usaha kerajaan BN telah lakukan, untuk menarik keyakinan rakyat. Para pemimpin BN termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bertungkus lumus memberi penerangan/penjelasan/amaran kepada rakyat, betapa keadaan buruknya keadaan akan berlaku, kalau negara ini diperintah oleh pembangkang. Bak kata Tun Mahatir- Kiss Goodbye to peace, stability and economic growth.

Pembangkang hanya fikir bahawa mereka sahaja yang mampu melakukan rusuhan dan huru hara, mereka tidak terfikirkan, bahawa keadaan akan lebih dahsyat berlaku, kalau kerajaan yang ada ditakdirkan kalah.

Pembangkang alfa, bahawa bukan sahaja mereka yang berani turun ke jalan, akan tetapi para penyokong BN juga akan turun ke jalan, malah apabila itu berlaku, maka maha dahsyat lagi.

Peristiwa 13 Mei 1969, membuktikan bahawa huru hara akan lebih dahsyat berlaku, jika sarang tabuan dijolok.

6 May 2012

PAS rosak kerana Anwar

1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan.

2. Kerana Anwar, PAS terpaksa liberalkan syariat Islam.

3. Kerana Anwar, PAS terpaksa tukar nama Islam kepada Kebajikan.

4. Kerana Anwar, PAS terpaksa Sembunyikan segala Kebenaran (Hak).

5. Kerana Anwar, PAS terpaksa bersubahat dalam perkara2 yang jelas Haram dlm Islam.

6. Kerana Anwar, PAS terpaksa buang Hasan Ali yang komited perjuangan Islam. PAS terpaksa tutup mata dengan pejuang/penggerak murtad dan penjualan arak bebas.

7. Kerana Anwar, PAS terpaksa sorok Kenyataan. Terpaksa fikir beratus kali sebelum keluar kenyataan kerana takut terjejas peluang RMK PRU13.

8. Kerana Anwar, PAS terpaksa Halalkan Bohong. Bohong menjadi amalan sunat dlm PAS.

9. Kerana Anwar, PAS terpaksa belajar & amal cara melakukan Fitnah terhadap lawan politik.

10. Kerana Anwar, PAS terpaksa lakukan banyak Pendustaan dalam agama Islam.

11. Kerana Anwar jugalah, Tembelang perjuangan Islam PAS banyak pecah.

12. Kerana Anwar juga, Keikhlasan perjuangan Islam PAS mula menjadi pertikaian umum.

13. Kerana Anwar jugalah, ahli PAS yang benar2 ikhlas, sudah mula persoal perjuangan pemimpin PAS.

14. Kerana Anwar, PAS menjadi lunak dengan Israel dan lunak juga dengan nasib rakyat Palestin.

15. Kerana Anwar, PAS tidak lagi benci sangat dengan Liwat, Zina, Seks Bebas, Arak dan Judi.

16. Kerana Anwar, PAS terpaksa membiasakan diri dengan majlis-majlis yang dibuat di restoren-restoren cina dan makan minum pakai gelas dan pinggan cina dan terpaksa juga telan makanan hidangan cina. “Kebersihan” bukan lagi menjadi persoalan.

17. Kerana Anwar, pemimpin PAS yang masih ada rasa takut dan malu pada Tuhan, terpaksa banyak Beristighfar dan melakukan Sembahyang Taubat apabila;

i) Setiap kali balik dari majlis santapan hidangan DAP.

ii) Terpaksa mempertahankan tingkah laku akhlak jijik Anwar. Dan terpaksa mempertahankan kenyataan para pemimpin DAP yang banyak bertentangan dengan Islam.

iii) Terpaksa korbankan Hasan Ali.

iv) Terpaksa buat "TAK TAHU" dalam kes-kes seperti Eli Wong yang bersekedukan dengan orang Muslim.

Apa-apa pun PAS sudah jadi HamPAS

Kredit : KL BOYZ

5 May 2012

Bersih kecoh kampungku tenang-tenang saja

28 April, Kuala Lumpur kecoh. Kekecohan hanya mahu merebut Dataran Merdeka. Dataran itu sinonim dengan kemerdekaan negara, kerana di situlah, lepas tengah malam 31 ogos, 1957, bendera Union Jack diturunkan dan berganti dengan Jalur Gemilang.

Perdana Menteri pertama negara-YTM Tunku melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! maka, merdekalah negara hingga kini.

Sebenarnya niat merampas Dataran Merdeka itu oleh kumpulan Pembangkang, melalui Bersih3.0 hanya meniru-niru apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, apabila rakyatnya menakluki Dataran Tahrir, sehinggalah Hosni Mubarak tumbang.

Pembangkang mahu menakluki Dataran Merdeka, dan mereka merancang akan berhimpun di situ sehingga ada pertukaran kerajaan, seperti mana yang berlaku di Mesir.

Apapun kekecohan di Dataran Merdeka itu, tiadapun kesannya di kampungku. Malah, aktiviti harian rakyat berjalan seperti biasa, malah jarang yang bercakap mengenainya.

Para pemimpin kawasan di mana kampungku terletak seperti biasa sibuk turun padang, merancang program apa yang perlu untuk rakyat, meninjau program-program yang sedang berjalan, malah  mereka mengumpul data-data yang diperlukan sebagai input untuk perancangan program akan datang.

Kedatangan TPM pada hari yang sama, menidakkan lagi perhatian penduduk kampungku mengenai kekecohan di Dataran Merdeka. Malah mereka tidak tahupun ramai polis yang tercedera kerana dibelasah perusuh.

Keadaan aman damai di kampungku, adalah hasil usaha para pemimpinnya yang saling bergandingan bahu untuk memajukan rakyat, atas sebab itu, apa yang berlaku di Kuala Lumpur akibat perbuatan rakyat yang tidak tahu bersyukur, penduduk kampungku tidak pedulipun.

Memang diakui ramai yang turun pada hari itu di Kuala Lumpur, ya mungkin dua parlimen yang mewakili Wilayah Persekutuan- katakanlah Parlimen Bukit Bintang dan Batu, mungkin campur PJ utara, tambah lagi Bandar Tun Razak.. hanya 4 kawasan parlimen yang merusuh.. masih ada 218 Kawasan Parlimen lagi.

Atas sebab itu, penduduk kampungku tenang saja, kerana satu Parlimen dan tiga ADUN tetap milik BN pada PRU-13 akan datang.

Ahli Parlimen kawasan kampung berkerja keras, saban hari, demikian ADUN kampungku, di kepalanya hanya rakyat, memikirkan bagaimana rakyatnya mempunyai pendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Demikian juga para pemimpin parti  sudah tentunya parti Umno, saban hari mengerah tenaga agar parti senantiasa releven, semalam, kini dan selamanya.

Sebenarnya Kampungku sungguh bertuah, kerana lengkap-hanya menunggu mengutip hasil program pembangunan yang telahpun digarap.

4 May 2012

Apa yang pegawai kerajaan mahu-kerjaan tunaikan-mengapa jadi pembangkang?

Disebabkan tidak pernah bersyukur, maka walaupun semua tuntutan pegawai kerajaan ditunaikan kerajaan, namun masih ramai juga penyokong pembangkang.

Suara Rakyat membuat kesimpulan itu, melalui komen-komen mereka melalui laman sosial seperti FB mahupun twitter.

Mereka seolah-olah sebagai jurucakap pembangkang dalam banyak hal.

Mengapa ini berlaku? sebabnya mereka mengecilkan minda dan fikiran mereka, sehinggakan dipenuhi rasa tidak bersyukur dengan apa yang mereka nikmati.

Sebaliknya berlaku, mereka-mereka yang bukan kakitangan kerajaan pula ramai yang membela kerajaan, walaupun mereka itu terpaksa mengeluarkan keringat dingin untuk mendapatkan pendapatan demi menyara keluarga, malah terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi berbanding mereka yang berada di sektor awam.

sesuatu yang tidak kena berlaku... Kerajaan perlu berhati-hati, kerana biasanya bukan musuh yang mengakibatkan kerajaan kecundang, akan tetapi oleh musang2 berbulu ayam dalam kerajaan.

2 May 2012

Calon boleh menang-jangan perasan

Apabila DS Najib menyatakan bahawa hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan dicalonkan pada PRU-13 akan datang, maka berbagai kaedah digunakan oleh individu-individu yang beraspirasi mahu menjadi Yang Berhormat.

Walaupun Najib tidak membuat perician ciri-ciri calon yang boleh menang, namun rakyat dapat menterjemahkan kenyataan itu.

Ciri-ciri seseorang itu yang boleh dikatakan calon boleh menang, adalah individu yang mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan, baik terhadap parti mahupun rakyat dan sudah tentunya bukan hanya muncul kerana ada pilihanraya.

Semenjak Najib mengumumkan calon jenis apa yang akan diketengahkan, maka ramailah para aspiran, melakukan tindakan-tindakan politik yang tidak lazim mereka lakukan.

Jika dahulu, jarang sekali membalas jemputan, kini, walaupun tidak dijemput, akan cuba hadir.

Jika dahulu, kurang melayan rakyat, kini secara terbuka melayan rakyat.

Jika dahulu, jarang membalas SMS atau panggilan telepon, kini dengan mudah membalas dan menjawab telepon.

Jika dahulu susah sangat untuk dijumpa, now open door.

Berasaskan kepada perubahan tingkah laku itu, maka mereka memasang "jurujual" bahawa si polan ini patut diketengahkan, kerana merupakan winnabale candidate.

Sebenarnya pucuk pimpinan mempunyai mata-tangan dan telinga di semua kawasan. Di peringkat partipun demikian.

Pucuk pimpinan dan dibantu oleh pemimpin akar umbi, tahu siapa pemimpin tulen, dan siapa pemimpin plastik.

Pemimpin tulen, tidak melakukan tindakan-tindakan yang dibuat-buat, sebaliknya semua tindakannya secara alami dan ditambah dengan keikhlasan.

Pemimpin tulen pasti menunaikan janji, mengotakan kata. Inilah tag line Pemimpin BN JANJI DITEPATI.

Penulis tahu benar, siapa para pemimpin tulen yang ada. Mereka ini lambat diketengahkan, kerana sifat mereka yang merendah diri, tidak suka menonjol, namun yang pasti, mereka adalah pemimpin ikhlas dan sejati.

Mudah-mudahan pucuk pimpinan dapat mengetengahkan individu-individu ini, agar mereka dapat berbakti kepada nusa dan bangsa.

Sebenarnya Puncuk pimpinan telah tahu siapa2 yang winnable candidate. Atas sebab itu, Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, beberapa kali menjelaskan, sesiapa sahaja menjadi calon BN, maka sokonglah, kerana individu yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang baik-baik dan winnable candidate.

Oleh kerana itu, jangan perasan dengan menilai diri sendiri, bahawa diri sendirilah yang winnable candidate itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

countries

   

Labels

Labels