31 July 2012

Lajim Ukin: Undurlah secara baik: Musa Aman

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata mana-mana pemimpin dengan apa-apa jawatan sekalipun, harus berundur secara baik jika sudah tidak yakin dengan parti dan kerajaan yang mereka wakili.

Beliau berkata, pemimpin itu perlu berundur secara sukarela dan terhormat tanpa perlu diberhentikan daripada jawatan yang disandang.

"Di dalam parti dan kerajaan, kita ada peraturan dan etika. Kalau seseorang pemimpin itu, atau menteri itu, atau timbalan menteri itu, tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti, atau terhadap kerajaan yang mereka wakili, maka mereka harus berundur secara baik.

"Jangan perlu (tunggu) sampai diberhentikan. Sebagai 'gentleman' kita berhenti," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 6 yang merangkumi kawasan Parlimen Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan di Masjid Al-Kauthar malam ini.

Musa mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkuatkuasa serta-merta.

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional (BN) adalah wajar.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah itu menasihatkan semua kepimpinan Umno dan BN di negeri ini agar tidak terikut-ikut atau membuang masa dengan isu Lajim kerana apa yang lebih penting ialah bekerja keras untuk membela nasib rakyat.

Musa juga berkata, kepimpinan Umno dan BN perlu terus memperkukuh perpaduan dan kerjasama selain terus bekerja kuat kerana mereka memikul amanah serta mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Kita tidak perlu gentar, kita tidak perlu takut, kerana kita mempunyai kerajaan yang terbaik, pemimpin yang terbaik. Kita ada trek rekod yang terbaik.

"Jadi, apa yang (perlu) kita malukan, apa yang (perlu) kita gentarkan, apa yang perlu kita susahkan. Kita berani kerana benar, takut kerana salah. Kita berada di landasan yang benar. Ini yang saya katakan kepada rakyat negeri Sabah, dan mereka mengerti. Orang Sabah matang berpolitik. Mereka tahu mana kerajaan yang mereka mahu pilih dan mana kerajaan yang mereka mahu sokong.

Jangan susah hati atau gundah gulana. Yang penting kita terus bekerja untuk rakyat dengan keikhlasan, bukan kepentingan peribadi," katanya.

Sehubungan itu, Musa meminta semua pemimpin Umno dan BN di Sabah mengutamakan keikhlasan kepada kerajaan, parti serta pemimpin, bukan kepentingan peribadi, kerana hanya melalui cara itu, kerajaan dan rakyat akan terus hidup sejahtera.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata Malaysia kini berada di landasan yang baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa berfikir serta prihatin bagaimana untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat.

Berbeza dengan pemimpin 'songsang' atau pembangkang, Musa berkata mereka ini pura-pura buta dan pekak terhadap perubahan serta pembangunan yang berlaku di Sabah, namun rakyat mampu menilai mana yang buruk dan baik untuk mereka. - Bernama

Akhirnya Lajim ikut Anwar untuk kedua kalinya

PERJALANAN politik Lajim penuh dengan habuan. Tanpa habuan, beliau tidak akan bertindak.

Tahun 1994, Lajim keluar PBS kerana habuan jawatan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, selain habuan-habuan tersembunyi yang lain.

Jangan lupa, cara Lajim meninggalkan PBS-usaha itu dilakukan oleh Anwar sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Pilhanraya Sabah pada masa itu.

Kini untuk kedua kalinya Lajim ikut Anwar juga kerana habuan. Malangnya, tindakan Lajim kali ini, tidak mempunyai sebarang impak kepada kerajaan. Jika pada tahun 1994, PBS gagal mempertahan kerajaan atas sebab kehilangan majoriti di DUN Sabah, kerana tiga ADUN PBS melompat ke dalam Umno antaranya Lajim sendiri.

Menurut bacaan Lajim, pada PRU-13 BN akan kecundang, bercanggah dengan temuan ahli-ahli akademik atau pengamat politik tanah air, bahawa BN akan terus memerintah negara.

Perkiraan Lajim ini sama dengan perkiraan Yong Teck Lee dan Bernard Giluk Dompok serta beberapa pemimpin PBS tahun 1990, bahawa pada masa itu menurut perkiraan mereka BN akan kalah kepada Angkatan Perpaduan Ummah yang diketuai oleh Tengku Razalegh Hamzah sebagai Persiden S-46; serpihan Umno.

Sejarah membuktikan bahawa perkiraan para pemimpin PBS itu silap dan hingga kini BN masih memerintah negara walaupun berlaku tsunami politik pada tahun 2008.

Berasaskan kepada perkiraan Lajim itu, maka beliau tidak ingin ketinggalan untuk menyertai kerajaan baru yang akan dibentuk; dan mungkin beliau menjadi "Ketua Menteri" sebagai "janji" Anwar terhadapnya. Percayalah, pasti "ada" perjanjian antara Anwar dan Lajim; jika tidak-Lajim tidak akan bertindak, kerana sejarah perjalanan politiknya mesti disertai dengan habuan untuk diri sendiri.

Apapun, Suara Rakyat mengucapkan selamat kepadanya, untuk mencapai impiannya; namun di pihak BN, para pemimpin serta penyokong BN akan buktikan, kali ini Lajim tersilap langkah dan perhitungan.

30 July 2012

Tindakan Lajim dan Bumburing telah basi

BAYANGKAN sejak akhir tahun 2011, telah dispekulasikan bahawa Lajim dan Bumburing akan keluar BN untuk menyertai pembangkang. Namun semua spekulasi itu dinafikan sendiri oleh mereka. Malah satu kenyataan Presiden UPKO; Bumburung adalah Timbalan dan kawan saya- ertinya saya tahu tindakan apa yang beliau lakukan.

Demikian juga Lajim, walaupun tindak tanduknya bercanggah dengan semangat parti BN, namun beliau masih mampu menafikan bahawa semua spekualsi mengenai dirinya adalah palsu-malah menggelar kepada mereka yang membuat spekulasi bertujuan jahat dan mahu mencalarkan imejnya.

Namun kini, semua spekulasi itu, bukanlah spekulasi akan tetapi perkara benar. Akhirnya mereka yang bersepkulasi termasuk "Suara Rakyat" berkata benar mengenai tindakan mereka.

Lajim dan Bumburing bersandiwara lebih lapan bulan. Sebenarnya mereka bercadang akan keluar BN sebaik sahaja Dewan Rakyat dibubarkan untuk memberi tamparan kepada BN, namun niat mereka itu tidak kesampaian, kerana Najib terus membisu berhubung pembubaran Dewan Rakyat.

Tindakan Lajim dan Bumburing kini terasa basi, sebab itu tiada siapapun yang terkejut samada BN atau PR.

Lajim menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sementara Bumburing Angkatan Perubahan Sabah (APS). Kedua-dua pertubuhan itu bersifat NGO yang mesra Pakatan Rakyat. Sekiranya mereka bertanding pada PRU-13 akan datang, mereka akan menggunakan logo parti-parti Pakatan Rakyat samada Logo PKR, DAP ataupun PAS.

Selepas 18 Tahun baru Lajim dan Bumburing mahu berjuang?

Selepas 18 tahun, baru Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing tersedar mahu berjuang? 

Pada Sabtu Lajim mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sementara pada Ahad Bumburing pula mengumuman penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

LUCU... bunyinya kedua-dua kenderaan baru itu.. yang satu berpakat yang satu pula mengangkat. Agak-agaknya apa yang dipakat-pakat itu? atau apa yang diangkat-angkat itu?

Seharusnya Lajim secara peribadi perlu berubah dengan tindakannya. Rakyat tahu siapa Lajim. Lajim bukan mempunyai semangat untuk berjuang membela rakyat, beliau hanya mahu mengisi temboloknya.

Demikian juga Bumburing, apa yang diperjuangkannya? lihat Tamparuli yang diwakilinya sejak tahun 1985, kecuali selepas dia keluar daripada PBS, bertanding atas tikit PBS (kini UPKO) dan kalah. Kalau lah beliau mempunyai penyokong di Tamparuli, pasti beliau tidak akan kalah.

Tahun 2008, Bumburing memohon peluang untuk sepenggal, atas sebab itu penyandang sebelumnya Madius Tangau, memberi laluan. Dengan menggunakan tikit BN, barulah beliau mengecap semula gelaran wakil rakyat.

Bumburing sebenarnya tiada pilihan, kerana beliau tidak akan dicalonkan lagi pada PRU-13 jika beliau masih dalam BN, kerana sesuai dengan perjanjiannya dengan Madius Tangau, hanya sepenggal, ertinya pada PRU-13 nanti- Madius Tangaulah calon BN bagi Tuaran.

Demikian juga Lajim, beliau tahu bahawa beliau bukan lagi calon untuk Beaufort atau Klias, jika beliau masih bersama BN, kerana laporan akar umbi, beliau bukan lagi seorang yang winnable candidate. Atas sebab itu, beliau tiada pilihan, terpaksa keluar BN dan mengkambingkan Datuk Musa Aman, sebagai alasannya untuk keluar BN.

Kini Lajim berpakat dengan Pakatan Rakyat kononnya untuk mengubah Sabah. Sebenarnya, kerjasama antara PPS Lajim dan Pakatan Rakyat, tidak mengubah status quo sokongan rakyat terhadap BN, malah ianya semakin kuat, kerana mereka tahu, selama ini mereka hanya dipergunakan oleh beliau untuk kepentingan dirinya.

Sementara itu, faktor Bumburing tidak akan mengubah sokongan KDM terhadap BN, kerana sehebat manapun Bumburing, tidak akan mampu melawan krisma yang ada pada Huguan Siou Tan Sri Pairin Kitingan.

Pendek kata, dengan keluarnya Lajim dan Bumburing daripada keluarga BN, sekurangnya bisul sudah pecah, dan mudahlah nanah untuk dikeluarkan, dan pada gilirannya, cepat sembuhlah bisul itu.

Hakekatnya, walaupun Lajim dan Bumburing begitu gahirah melancarkan kenderaan baru mereka, akan tetapi di pihak BN menghadapinya tenang-tenang sahaja, kerana tindakan mereka itu sudah lama diduga, hanya menunggu tarikhnya.

Atas sebab itu, tiada sesiapapun pemimpin BN yang terkejut, kerana rata-rata pemimpin BN dan penyokongnya tahu, bahawa lambat laun mereka akan keluar.

Sebenarnya perancangan dua pemimpin itu akan mengumumkan keluar daripada BN selepas dewan rakyat dibubarkan, namun tindakan Najib memperlambat masa pilihanraya, membuatkan mereka serba salah dan salah tingkah, kerana rata-rata pemimpin memperkatakan bahawa dua-duanya adalah gunting dalam lipatan.

Selepas mereka berdua keluar-malah ramai pemimpin BN mengucapkan kepada mereka "Selamat Berjuang"... apa ertinya itu... both of you are nothing to us anymore. 

29 July 2012

Untuk apa Lajim minta dipecat?

UNTUK apa Datuk Lajim Haji Ukin minta dipecat daripada Umno? Tindakannya itu menggambarkan bahawa beliau bukanlah pemimpin yang ikhlas.

Dalam sistem demokrasi, siapa sahaja rakyat negara ini bebas memilih anutan politiknya. Lajim tidak bersetuju dengan Umno dan BN, sepatutnya secara sukarela keluarlah!!! mengapa menunggu untuk dipecat!!!.. mungkin Lajim mahu satu catatan dalam diarinya, bahawa beliau pernah dipecat daripada Umno!!!.

Percayalah Lajim dipecat kah atau keluar secara sukarela kah, tidak mempunyai impak terhadap Umno, sebabnya, rakyat sudah awal-awal tahu, bahawa sebab musabab beliau bertindak demikian kerana masalah peribadi, bukannya masalah perjuangan.

Semalam bertempat di rumahnya di KG Likas, Kota Kinabalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatan sebagai AMT Umno, Pengerusi BN Beaufort, tetapi mengekalkan keahlian Umno dan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan.

Berhubung Jawatan Lajim pada Kerajaan, Perdana Menteri akan membuat keputusan esok (Isnin).

Sementara itu, di Kota Kinabalu- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Ahad meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)Beaufort.

"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Beliau berkata Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.

"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya.

Tidak selamanya Pemimpin Katak jadi penentu

DATUK LAJIM Haji Ukin, masih ingat, kerana tindakannya pada tahun 1994, kerajaan PBS yang dianggotainya tumbang, apabila beliau dan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa (ADUN lantikan) bertindak keluar PBS untuk menyertai Umno.

Lajim lupa, bahawa sekali air bah, maka pantai berubah. Lajim lupa bahawa senario masa itu berlainan dengan senario masa ini.

Lajim terlupa bahawa mendung tidak selalunya hujan rahmat datang; jika pun hujan turun, hujan yang berakibat banjir.

Lajim mengkambing hitamkan Datuk Musa Aman sebagai alasan untuk keluar Umno dan BN. Lajim merajuk atas sebab kata duanya kepada PM agar menjamin, Musa tidak dilantik lagi sebagai Ketua Menteri tidak mendapat layanan.

Sebenarnya, pemberontakan Lajim bermula sejak di dalam PBS lagi. Lajim pernah mengamuk disebabkan tidak dilantik oleh Pairin ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, sebaliknya melantik Datuk Baharom Titingan, calon yang kalah pada pilihanraya di DUN Balung, Tawau.

Lajim juga secara senyap melakukan pemberontakan sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, di mana beliau membuat desakan kepada mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad, agar melantik sesiapa sahaja ke jawatan Ketua Menteri, asalkan bukan Musa Aman(ABMA).

Kini semua harapan Lajim berkecai, walaupun beliau melakukan "homework" dan gerakan agar Musa diketepikan; atas sebab itu beliau tiada pilihan lagi, terpaksa keluar.

Percayalah rakyat tahu bahawa tidak selamanya pemimpin katak menjadi faktor penentu.

Tindakan Lajim telah dijangka: Najib

TINDAKAN Datuk Lajim Haji Ukin memang telah dijangka, demikian ulas Perdana Menteri DS Najib Razak.

Lajim semalam bertempat di runahnya di Kg Likas Kota Kinabalu, telah mengumumkan perletakan semua jawatannya dengan serta merta.

Najib akan membuat keputusan mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan pada Isnin.

Petang ini Lajim akan membuat perjumpaan dengan penyokongnya di Beaufort Sabah dan turut dihadiri Ketua Pembangkang Dastuk Seri Anwar Ibrahim.

28 July 2012

Lajim secara rasmi keluar Umno dan BN

Menurut catatan pada wall saudara Musli Oli- Datuk Lajim Haji Ukin secara rasmi keluar Umno dan BN dan meletakan semua jawatannya termasuk Timbalan Menteri Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan hari ini. MP Beaufort itu mengumumkannya bertempat di kediamannya di Kg Likas Kota Kinabalu, petang tadi.

Sebab musabab Lajim keluar-menurut saudara Musli-adalah beliau tidak sealiran lagi dengan pemimpin negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman.

Suara Rakyat pernah menulis sebelum ini sebab-sebab Lajim keluar Umno dan BN klik disini

Lajim bertindak keluar BN kerana Musa Aman?

HANYA alasan Datuk Lajim untuk keluar BN,kerana permintaannya kepada Perdana Menteri, agar Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman perlu diganti, untuk  beliau tetap bersama BN tidak mendapat layanan.

Lajim alpha, bahawa perlantikan jawatan Ketua Menteri atau Menteri Besar merupakan kuasa mutlak Perdana Menteri. Dengan meminta pengunduran seseorang Ketua Menteri lantikan Perdana Menteri adalah tindakan mempersoal kuasa dan kewibawaan Perdana Menteri sendiri.

Di Sabah, tindakan Lajim menentang Musa bermula sejak tahun 2003, sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada waktu itu suatu gerakan dijalankan oleh beberapa pemimpin BN negeri termasuk Lajim mendesak mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, agar melantik sesiapa sahaja daripada kalangan mereka, asalkan bukan Musa Aman (ABMA).

Namun Tun Dr Mahathir bertindak berlawanan dengan perimintaan kelompok itu, sebaliknya melantik Musa sebagai Ketua Menteri Sabah dimana ketika itu sebagai Menteri Kewangan Sabah.

Tun Mahathir memang terkenal dengan tindakan yang mengejutkan, umpamanya melantik Dr Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Abu Hassan Omar. Pada masa itu, tiada yang terfikir, bahawa orang muda seperti Khir Toyo dilantik sebagai MB pada sebuah negeri terkaya di Malaysia.

"Feud" antara Musa dan Lajim terus berlanjutan, sehinggakan Lajim yang biasa bertanding di peringkat DUN meminta bertanding di peringkat Parlimen, kerana beliau tahu, jika bertanding sebagai ADUN, beliau tidak akan mempunyai sebarang jawatan dalam kabinet, sebaliknya jika di peringkat parlimen, sekurang-kurangnya boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Selepas PRU-12, banyak spekulasi berlaku berserta gerakan agar Lajim tidak dicalonkan lagi sebagai calon pada PRU-13; alasan yang diberikan bahawa beliau bukan lagi winnable candidate.

Mereka yang bertindak agar Lajim tidak dicalonkan lagi, bukannya berpunca daripada Musa, sebaliknya berpunca daripada pemimpin setempat itu sendiri. 

Lajim ditentang dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno oleh Ketua Wanita Beaufort-Datuk Azizah Dun Banir. Berpunca daripada perlawanan ini, Azizah dan Lajim tidak sebulu lagi.

Bermula daripada pertandingan Ketua Bahagian Umno itu, Azizah menyusun strategi agar majoriti ahli Umno dan rakyat menolak kepimpinan Lajim; dan ternyata tindakan itu berjaya, sehingga banyak persepsi bahawa Lajim bukan lagi winnable candidate.

Lajim merasakan keinginan rakyat itu, namun sebagai pemimpin veteran, beliau mengkambingkan Musa sebagai alasan untuknya keluar BN, malah suatu ketika, beliau mengeluarkan kenyataan agar Musa perlu letak jawatan dalam tempoh 15 hari.

Penentangan Lajim terhadap Musa, bukannya berunsur bagaimana membela rakyat atau isu pembangunan kepada rakyat, sebaliknya hanya berasas kepada jawatan Ketua Menteri. Lajim memang kemaruk dengan jawatan, sebagai contoh semasa dalam kerajaan PBS, Lajim juga melakukan protes kerana tidak dilantik ke Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, sebaliknya jawatan itu jatuh ke tangan Datuk Baharom Titingan, yang kalah dalam pilihanraya bagi kawasan Balung, Tawau.

Esok Lajim secara rasmi akan keluar BN, pengumuman mengenainya akan diadakan di Beaufort Sabah dan majlis tersebut turut dihadiri Ketua Umum PKR-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

27 July 2012

Lajim patut dipecat!!!

APA lagi yang ditunggu oleh Perdana Menteri berhubung tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan-Datuk Lajim Ukin?

Jika sebelum ini semua tindakan Lajim-dikatakan hanya spekulasi, walaupun dengan nyata bahawa MP Beaufort itu melanggar disipilin parti mahupun BN, kerana selalu hadir di majlis-malis pembangkang.

Selagi Lajim tidak dipecat baik dalam parti mahupun kerajaan, ianya akan menjadi contoh atau ikutan pemimpin lain. Umno tidak boleh double standard, sebelum ini Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno atas sebab hadir pada satu majlis PKR di Shah Alam.

Apa kah istimewanya Lajim? sehingga kini pihak pucuk pimpinan tidak mengambil tindakan?

Lajim pada 29 Julai ini akan mengadakan perjumpaan di Beaufort Sabah dan tetamu istimewanya adalah Ketua Umum PKR-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seharusnya pucuk pimpinan telahpun mengambil tindakan terhadap MP Beaufort itu, kerana semua tindakannya adalah bersifat khianat.

Parti Umno dan BN tidak boleh mempunyai pemimpin seperti Lajim, kerana di masa semua pemimpin akan berhadapan dengan PRU-13, di mana PRU itu disifatkan sebagai IBU kepada 12 PRU di negara ini, Lajim mengambil tindakan mengenpikan semua kawan-kawan sebaliknya berpihak kepada musuh untuk mengalahkan kawan seperjuangan.

Sebaiknya dengan serta merta pucuk pimpinan memecat Lajim tanpa berlengah lagi.....

26 July 2012

Disebalik sandiwara Lajim dan Bumburing

Apakah ada muslihat politik lebih besar pada sandiwara yang dimainkan oleh Datuk Lajim dan Datuk Welfred Bumburing?

Dalam politik, tiada siapapun boleh menang jika permainan politik dilakukan sendirian. Kemenangan dalam politik ditentukan oleh kumpulan berserta massa yang mendokongnya.

Apakah Lajim dan Bumburing merupakan prime mover kepada gelombang lebih besar? siapa-siapa kah yang terlibat di mana pada masa ini masih bermain di belakang layar?

Dalam sejarah politik Sabah, setiap pemimpin kerajaan yang menentang kerajaan, biasanya mempunyai muslihat yang lebih besar dibelakangnya.

Tahun 1976, Tun Mustapha dengan Usnonya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri, apabila Menteri Kewangan masa itu-Datuk Harris Salleh menubuhkan parti Berjaya dan mendapat kerjasama dibelakang tabir daripada pemimpin pusat serta TYT masa itu- Tun Mohd Fuad Stephen.

Demikian juga pada tahun 1985, apabila Berjaya ditumpaskan oleh PBS, apabila Pairin dipecat daripada Berjaya kemudian disertai oleh kumpulan pemimpin parti Berjaya.

Peristiwa yang sama berulang pada tahun 1994, apabila tiga orang pemimpin PBS keluar parti menyertai BN, yang mengakibatkan jumlah ADUN PBS di DUN Sabah menjadi minoriti, akibatnya BN membentuk kerajaan dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah-atas ilham mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad.

Apakah keadaan yang sama berulang dengan tindakan Lajim dan Bumburing? meskipun caranya berbeza, kerana tindakan dua pemimpin BN ini tidak mengubah status quo kerajaan.

Kita sama-sama maklum, bahawa mandat kerajaan sekarang akan berahir pada Mac,2013-yakni berbaki 7 bulan lagi, atas sebab itu pilihanraya umum perlu diadakan. Ada yang memperkirakan, bahawa PRU-13 akan diadakan selepas bajet yang dibentangkan pada ujung September ini di Dewan Rakyat.

Dipihak BN, ramai yang meremehkan tindakan Lajim dan Bumburing; malah ada yang mengucapkan selamat berjuang kepada mereka. BN menurut para pemimpin BN sendiri akan berkerja lebih kuat untuk memastikan bahawa tindakan dua pemimpin BN itu tidak berimpak kepada performance BN pada PRU-13 akan datang.

Yang pasti itulah anggapan para pemimpin BN, kerana tiada siapapun tahu movement dua pemimpin itu-apakah mereka merupakan prime mover kepada gelombang yang lebih besar.

Sejak tahun 2008, memang tidak dapat dinafikan ada beberapa pemimpin BN yang bersuara lantang, antaranya Timbalan Presiden LDP, MP Kalabakan dan ADUN Pantai Manis serta Presiden UPKO; selain daripada mereka itu, keadaan adalah under control di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman.

Di pihak pembangkang pula memberi gambaran bahawa gerakan bermula daripada Tuaran  dan Beaufort, kononnya akan menukar lanskap politik Sabah pada PRU-13 akan datang. Malah anggapan mereka itu disokong oleh seorang ahli akademik daripada UiTM cawangan Sabah, Arnold Poyuk, kononnya BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi yang tersedia.

Telah disebutkan diawal tulisan ini, dalam politik, tiada yang boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, jika hanya bergantung kepada satu atau dua pemimpin. Perkara ini ditambah lagi, dengan rekod pemimpin yang bertindak menunggah arus-Lajim dan Bumburing.

Lajim dan Bumburing adalah mantan pemimpin PBS sejak tahun 1985. Mereka berdua senantiasa berada dalam kabinet negeri. Melihat kepada performance kedua-duanya, tiada rekod yang menunjukkan bahawa mereka adalah pejuang rakyat, melainkan perjuangan untuk menghidupkan peluang diri sendiri berserta pengikut setia di kawasan masing-masing.

Melihat kepada kadar pembangunan kawasan yang mereka wakili, tiadapun bentuk pembangunan yang ketara berjaya mereka bawah ke kawasan masing-masing selama menyandang jawatan- pembangunan yang ada, adalah hasil  dayausaha secara kolektif beberapa pemimpin bermula tahun 1994. Sebagai contoh-Jambatan Sitopok di Beaufort dibangun semasa kerajaan BN sekarang ini, demikian juga Stadium sukan di Tamparuli adalah usaha Datuk Jahid Jahim- ADUN Tamparuli (Tamparuli sebelum ini diwakili Welferd Bumburing).

Mengkaji rekod perkhidmatan kedua-dua pemimpin (Lajim dan Bumburing) tiadapun yang perlu rakyat banggakan, kecualilah segelintir pengikut yang mendapat habuan.

Walau apapun-dalam politik semuanya boleh berlaku, namun berasaskan kepada keadaan semasa, jika hanya mereka berdua yang bertindak melawan arus, percayalah impak yang boleh memudaratkan BN tidak akan berlaku.

Sebagai nota- Pada 29 Julai ini, Bumburing akan membuat pengumuman arah tuju politiknya di Dalit Tuaran, manakala Di Beaufort Lajim akan mengumumkan tindakannya-Kedua-dua majlis itu akan dihadiri Anwar Ibrahim.

25 July 2012

PRU-13: Sabah- BN mungkin tewas 14 kerusi parlimen

Entah faktor apa yang digunakan Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok yang mengatakan bahawa BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi parlimen pada PRU-13 akan datang.

Dalam sejarah politik Sabah belum pernah berlaku, bahawa parti kerajaan kalah melebihi 10 kerusi di peringkat Parlimen.

Pada PRU lalu, BN Sabah menang 24 kerusi parlimen, walaupun kemudiannya menjadi 22 kerana SAPP keluar daripada BN selepas pilihanraya itu.
Sebagai rekod, pada PRU 2004, hanya satu kawasan parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang, demikian juga pada tahun 2008.

Sebelum inipun, hanya kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan sahaja bersilih ganti pemenangnya, kadang pihak BN yang menang kadang DAP yang menang atau calon bebas.

Menurut Arnold, BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang. Pendapat ini diragui kebenarannya, kerana faktor yang mendorong ke arah itu belum mencukupi.

Ada kebenaran jika di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan serta Penampang, bukannya pensiangan. 

Mungkin Pensiangan akan terlepas ke tangan pembangkang, jika BN mencalonkan Tan Sri Joseph Kurup semula, kerana penggundi di kawasan itu bukannya menolak BN, tetapi Joseph Kurup.

Sebagai rekod, pada tahun 2008, Kurup menang tanpa tanding, kerana masalah teknikal calon pembangkang.

Arnold bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.

Mengapa Pembangkang benci sangat "Janji Ditepati"

Seharusnya pembangkang jangan melatah dengan tema Hari Kemerdekaan tahun ini "Janji Ditepati". Jika dihayati, banyak maksud yang baik daripada tema itu.

Kebencian Pembangkang terhadap tema itu, kerana mereka selama ini hanya pandai berjanji, akan tetapi mereka senantiasa mungkir janji.

Janji mereka hanya bersifat retorik, semata-mata untuk merai sokongan politik. Apabila kuasa dimiliki, janji dilupakan.

Berlainan dengan BN, apabila berjanji, maka janji dikotakan dan ditepati, atas sebab itu, pembangkang merasa tersindir, apabila Tema Hari Kemerdekaan tahun ini " “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati”

Impikasi ura-ura Bonus kakitangan awam Sabah

Belumpun bonus diluluskan, impaknya terhadap harga barangan harian sudahpun terasa. Harga barangan seperti timun, ayam dan daging secara tiba-tiba mendadak naik. Barang kawalan seperti gula ada yang menjual 2.50/kg, malah minyak masak paket plastik yang biasa dijual 2.50 sekilo kini ada yang menjualnya 3.0.

Kakitangan awam kerajaan Sabah hanya meliputi 19,190 orang, disebabkan ura-ura bonus untuk mereka, maka tiga juta penduduk sabah menerima impaknya.

Tahun lepas kakitangan awam negeri sabah menerima setengah bulan bonus-minima Rm500 setiap seorang.

Ketua Menteri Sabah, dikhabarkan akan mempertimbangkan bonus hariraya untuk kakitangan awam, jika kerajaan persekutuan mengambil keputusan berbuat demikian.

Sebelum ini, Perdana Menteri DS Najib semasa di Pahang, dipetik sebagai berkata, bonus kakitangan awam akan dipertimbangkan berasaskan kemampuan kewangan negara.

24 July 2012

Lajim masih guna kemuduhan Umno untuk menentang Umno

Datuk Lajim masih menggunakan kemudahan Umno untuk menentang Umno. Demikian juga jawatan dalam kerajaan beliau masih gunakan untuk menentang kerajaan.

Rakyat perlulah menilai, bahawa tindakan MP Beaufort itu, bukanlah kehendak rakyat, akan tetapi kehendaknya sendiri.

Lajim mempergunakan rakyat untuk memenuhi hasrat peribadinya. 

Tidak selamanya rakyat akan turut dalam perjuangan Lajim yang berpaksikan kepada tujuan peribadi. 

Sekarang adalah waktunya menolak pemimpin yang mempergunakan rakyat untuk mengisi keinginan sendiri.


Lanjutan tindakan Lajim menentang Umno dan kerajaan adalah pada 18/7 satu mesyuarat diadakan,rupanya mesyuarat itu adalah perbincangan jawatankuasa persiapan lawatan Anwar Ibrahim ke Beaufort. Menariknya mesyuarat ini diadakan di pejabat ahli parlimen P.177 Beaufort berlangsung selama 2jam yang dipengerusikan oleh Lajim sendiri.

Apa yang dinafikan sebelum ini terjawap apabila mesyuarat itu adalah untuk menyambut kehadiran Anwar Ibrahim dan mengadakan persiapan majlis berbuka puasa dan bersempena majlis tersebut Datuk Lajim akan membuat pengumuman menyertai PKR.Tarikhnya telah ditetapkan 29 Julai 2012.

Turut diumumkan didalam mesyuarat tersebut Hj Hadi Presiden PAS dan juga ultrakiasu Lim Guan Eng ketua menteri regim DAP Pulau Pinang.Datuk Lajim mengarahkan agar jenteranya berusaha mengumpul sekurang kurangnya 5 hingga 10 ribu orang untuk hadir bagi majlis berbuka puasa di rumahnya di Kampung Kuondo Kebatu Beaufort.

Tindakan Lajim sudah pun diketahui oleh pucuk pimpinan Umno,namun dikhabarkan beliau sejak dari awal lagi mahu dipecat oleh Umno ,Blog suara rakyat turut melaporkan hasrat Lajim untuk lompat parti.

Semasa menghadiri satu perjumpaan di rumah mantan ADUN Kuala Penyu -John OT Gani di Kuala Penyu , Lajim membayangkan akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa Lajim menunggu dipecat? Kalaulah beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendirian, tidak perlulah menyusahkan orang lain dengan menunggu dipecat.

Dalam pelembagaan Umno, jika seseorang ahli menyertai mana-mana parti, maka secara automatik keahilan individu itu gugur.

Harapan Lajim untuk dipecat untuk mendapatkan simpati tidak akan kesampaian, namun berasaskan perkembangan terkini, sekiranya MP Beaufort itu tidak meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Persekutuan, maka Najib tiada pilihan lain, terpaksa mengugurkannya.:klik Suara Rakyat

Anwar berbekalkan ratusan juta ringgit sedang dalam proses membeli belah . beliau dikatakan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan sebanyak mungkin dan Sabah adalah sasaran Anwar untuk menumbangkan BN.

Dalam perkembangan lain Timbalan Presiden UPKO Datuk Welfred Bumburing telahpun meletakan jawatan sebagai pengerusi BN Tuaran, namun jawatannya pada parti kompenen BN itu masih belum ada perkembangan.

21 July 2012

Di mana kah itu Kampung Lilud?

Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh penduduk Kampung Lilud Tamau di sini sejak pembentukan Malaysia pada 1963, kecuali cerita duka tentang kampung mereka yang selalu terlepas pandang daripada arus kemajuan.

Mungkin ia amat pahit dan perit untuk diketahui umum, tetapi itulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh mereka saban tahun.

Kampung yang dikelilingi Sungai Magutang itu berjiran dengan Tamau, Merbau, Kotabungan, Kawa-kawa dan Pantai Emas yang begitu gah dengan pelbagai pembangunan seperti pembinaan sekolah baru, masjid, jalan raya dan gelanggang futsal.

Demikian juga dengan program pembekalan air bersih yang giat dijalankan di kampung- kampung berkenaan, membuatkan penduduk Kampung Lilud Tamau 'kempunan' apabila hanya sekadar dapat menyaksikan proses pemasangan sistem pembetungannya melepasi kampung mereka.

Seorang penduduk, Murshid Nanang, 48, memberitahu, kedaifan sebahagian penduduk memaksa mereka menggunakan air sungai untuk mandi, mencuci dan minuman.

"Sedangkan air sungai itu telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Kota Belud sebagai tidak selamat diminum kerana mempunyai tahap pencemaran yang tinggi," katanya.

Sebelum ini sebahagian penduduk telah memasang paip graviti namun air yang disedut keluar turut didapati tidak bersih dengan kehadiran kelodak kekuningan seperti lumpur dalam masa hanya setengah jam setelah disedut dari perut bumi.

Keadaan tersebut memaksa Murshid membeli penapis air berharga RM15 bagi menjamin kesihatan keluarganya di samping terpaksa membeli air bersih dari pekan dengan harga 30 sen seliter.

"Penapis tersebut hanya dapat digunakan dalam sehari kerana ia sering tersumbat oleh sisa kotoran dan akibatnya beberapa hari kemudian saya terpaksa membeli lagi kerana ia tidak dapat digunakan langsung selepas itu," ujarnya.

Murshid yang juga seorang peniaga kecil-kecilan memberitahu, pakaian mereka sekeluarga terutama pakaian anak-anaknya yang bersekolah terpaksa dibawa ke kedai dobi di Pekan Kota Belud untuk dicuci.

"Semua baju sekolah anak-anak di sini menjadi kuning setelah dicuci menggunakan air tarikan graviti atau air sungai," jelasnya.

Sementara itu, suri rumah, Fauziah Lamat, 30, berkata, ada waktu anak-anaknya seperti kehilangan motivasi untuk ke sekolah kerana pakaian 'emas kuning' yang dikenakan oleh anak-anak tersebut selalu dijadikan bahan gurauan dan ejekan rakan-rakan sekelas.

Bagi Munah Lopong, 33, meskipun keadaan ekonomi keluarganya terumbang ambing, suaminya terpaksa membeli air daripada mesin yang disediakan oleh para peniaga di kampung lain atau di pekan.

"Kami terpaksa berbuat demikian daripada terus meneguk air yang tercemar ini, meskipun memerlukan belanja yang agak besar," katanya

Munah menjelaskan, dalam sehari mereka sekeluarga memerlukan belanja sekurang-kurangnya 16 liter air atau RM4.80, namun kosnya akan menjadi RM8 jika terpaksa membeli di pekan kerana kos pengangkutan.
Sementara itu, beberapa penduduk lain yang tinggal di pinggir sungai seperti Baliah Nanang, 58, tidak mempunyai pilihan selain terus menggunakan air sungai untuk minum, mandi dan membasuh.

"Jangankan diminum, digunakan untuk mandi pun air ini membuatkan badan berasa gatal-gatal kerana pencemaran, namun kami tidak dapat berbuat apa selain berdoa semoga penyakit bawaan air tidak akan menyerang kami buat waktu ini," ujarnya pasrah. Kredit pos: wan azry

20 July 2012

Benarkah Anak Muda Talian Hayat parti politik?

Orang muda mengharapkan pemimpin yang bersih, tidak menimbulkan propaganda, dan berasaskan ilmu bukannya auta - ini jawapan kepada Debat Sinar Harian yang mengupas tajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?", semalam.

Kedua-dua pendebat, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya bersetuju bahawa generasi muda mahukan perubahan dalam landskap politik pada masa kini.

Mereka juga bersetuju bahawa orang muda tidak mahu pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara dan menyebarkan persepsi, sebaliknya mahu dunia politik yang telus dan adil seperti disyariatkan Islam.

Fathul Bari berkata, sebagai permulaan terhadap usaha mengubah struktur politik di negara ini, golongan muda perlu bijak menganalisis fakta yang mereka perolehi.

"Mereka perlu memilih pemimpin yang mampu mengangkat kedudukan agama Islam dan bukannya pemimpin yang berpolitik menggunakan persepsi," katanya.

Nasrudin pula menegaskan, orang muda yang mahukan perubahan perlu memilih pemimpin mampu memberi perubahan tersebut di negara ini.

"Saya pasti orang muda kini jemu dengan politik perkauman, berat sebelah dan tidak boleh bersuara," katanya.

Generasi muda dijangka penentu hala kemenangan parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan jumlah pengundi muda yang meliputi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini.

Justeru, Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar yang juga moderator debat siri ketiga ini berpendapat, PRU13 akan menjadi pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara ini.

Dalam pada itu, ketika ditemui selepas debat, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, pengetahuan mendalam mengenai agama semata-mata tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu pemimpin yang berwibawa.

Menurutnya, apa yang perlu menjadi keutamaan sebelum memilih pemimpin adalah sifat ketokohan yang lengkap, iaitu mempunyai asas agama yang kukuh, ilmu pengetahuan yang tinggi dan minda yang cerdas

“Apa yang penting adalah pemimpin itu amanah dan mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan negara termasuk agama, ekonomi, dan tadbir urus. Kalau seseorang itu kuat agama tetapi tidak boleh mengurus negara dengan baik, dia juga tidak patut diangkat sebagai pemimpin,” katanya.

Pendapat beliau itu turut dikongsi Nasrudin yang bersetuju seseorang pemimpin itu perlu mempunyai kemampuan dari segi pengetahuan dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Kata Nasrudin, bagi calon bukan Islam pula, ciri-ciri pemimpin yang perlu dipilih adalah mempunyai moral yang baik dan jati diri yang tinggi serta kecekapan memimpin.

Sementara itu, ditanya mengenai peranan pemimpin yang perlu menunjukkan contoh baik dalam usaha mewujudkan masyarakat yang baik, Fathul Bari berkata, rakyat juga memainkan peranan dalam membentuk negara yang baik, dengan memberi contoh zaman Khalifah Ali bin Abi Talib.

“Semasa zaman Ali, banyak berlaku masalah dalam masyarakat, tidak seperti zaman khalifah sebelumnya. Apabila ditanya kepada Ali, dia berkata: ‘Semasa zaman khalifah sebelum ini, aku adalah rakyat. Pada zaman aku, kamu adalah rakyat’.

“Ini menunjukkan kadang-kala rakyat juga boleh memberi kesan tidak baik kepada pemimpin, jadi kita perlu bersama muhasabah diri mengenai sikap masing-masing,” katanya.

19 July 2012

BN Sabah Tumpu Media Sosial Untuk Dekati Rakyat: Rahman

Barisan Nasional (BN) Sabah menumpukan penggunaan media sosial dalam memberi penjelasan kepada rakyat terutama menangani dakyah pemimpin pembangkang.

Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihaknya menyedari keberkesanan media sosial dalam politik pada masa sekarang dan menjadi saluran yang penting dalam mendekati rakyat.

Sehubungan itu, katanya BN Sabah telah mengambil pendekatan dalam penggunaan media sosial dan merangka program yang sesuai dengan tumpuan memberi penjelasan kepada rakyat.

“Media sosial merupakan landasan penting dalam senario politik pada masa sekarang dan BN Sabah akan memastikan ia tidak ketinggalan untuk menggunakannya,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Jalinan Mesra bersama Pemimpin BN Beluran di sini malam tadi.

Menurut Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, penggunaan media sosial merupakan antara pendekatan yang diambil oleh BN Sabah dalam mendekati rakyat selain melalui program pemimpin turun padang.

Katanya ia juga adalah sebahagian pendekatan yang diambil dalam persiapan BN Sabah menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pendekatan itu akan dilihat semula keberkesanannya dan akan ditambah mengikut kesesuaian termasuk berdasarkan pendekatan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan BN pusat.

Lajim minta dipecat untuk dapat simpati

Lajim minta diepecat daripada umno, untuk tujuan mendapat simpati.

Semasa menghadiri satu perjumpaan di rumah mantan ADUN Kuala Penyu -John OT Gani di Kuala Penyu semalam, Lajim membayangkan akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa Lajim menunggu dipecat? Kalaulah beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendirian, tidak perlulah menyusahkan orang lain dengan menunggu dipecat.

Dalam pelembagaan Umno, jika seseorang ahli menyertai mana-mana parti, maka secara automatik keahilan individu itu gugur.

Harapan Lajim untuk dipecat untuk mendapatkan simpati tidak akan kesampaian, namun berasaskan perkembangan terkini, sekiranya MP Beaufort itu tidak meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Persekutuan, maka Najib tiada pilihan lain, terpaksa mengugurkannya.


Akan keluarnya Lajim daripada Umno telah lama diketahui oleh pucuk pimpinan, walaupun berkali-kali beliau menafikan.

Lajim di Rumah John OT Gani

18 July 2012

Bekalan Tambahan Pertama 2012 Sabah RM434,451,500 diluluskan

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2012) bagi peruntukan tambahan dianggarkan sebanyakRM434,451,500.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata anggaran tambahan itu penting bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri dapat bergerak lancar.

Beliau bagaimanapun ber- kata sebanyak RM118,506, 600 daripada Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2012 itu tidak melibatkan aliran tunai, namun diperlukan untuk menyelaraskan Akaun Pendahuluan Diri yang melibatkan kerja-kerja kecemasan bagi memulihkan kerosakan kemudahan infrastruktur, khususnya paip air, sistem pengairan dan saliran dan landasan kereta api.

“Ini bermakna hanya RM315,944,900 melibatkan pengeluaran wang tunai da- lam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2012 ini,” katanya ketika membentang- kan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2012), pada persidangan DUN Sabah di sini.

Menurut Tawfiq, peruntu- kan tambahan terbesar yang melibatkan aliran tunai ber- jumlah RM40.4 juta diperlukan untuk menampung kenaikan gaji sebanyak tujuh hingga 13 peratus bagi kakitangan kerajaan negeri yang berkuatkuasa 1 Jan lepas.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta pula diperlukan untuk menampung perbelanjaan pembelian air tahun ini, termasuk pembayaran tunggakan kepada Syarikat Konsesi Air.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta lagi diperlukan untuk menampung pemberian insentif pengeluaran kepada pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negeri tahun ini.

“Tujuan pemberian insentif ini adalah bagi menangani isu berkaitan perbezaan harga getah antara Sabah dan Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, Tawfiq berkata RM30 juta lagi diperlukan untuk menampung perbelanjaan program penyelenggaraan jalan raya dan jambatan di seluruh negeri tahun ini, termasuk jalan raya kelolaan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Beliau juga berkata sebanyak RM28.7 juta pula untuk perbelanjaan perkhidmatan luar bagi mengendalikan loji-loji air. Sidang DUN Sabah ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Dua Jenis Perangai dalam UBN-Zahid Hamidi

Ada 2 jenis perangai yang ada didalam Umno dan BN sama ada yang terlampau kenyang atau yang jenis berharap tapi tak dapat apa apa.

Yang pertama adalah terlalu kenyang dan selesa,hingga menyebabkan individu ini berasa tidak perlu berbuat apa apa dengan anggapan kesemuanya beres dan diuruskan secara auto pilot,apatah lagi apabila melepaskan tanggungjawab kepada orang lain dengan anggapan semuanya beres....

Yang kedua, individu yang mengharapkan sesuatu dan berhajat.Sama ada dari segi projek atau pun pangkat.Apabila dua hajat ini tidak tercapai maka individu ini berasakan tak perlulah terlibat perjuangkan parti atau pertahankan bangsa agama dan negara.Ada juga jenis ini apabila kehilangan pangkat dan kuasa akan terus mengkhianati parti..jenis ini memang banyak.

17 July 2012

Sidang DUN Sabah: ADUN tunggal DAP cuba malukan Musa Aman



ADUN Sri Tanjong Jimmy Wong (gambar kanan) cuba memalukan Ketua Menteri Sabah- DSP Musa Aman di Sidang DUN Sabah, semalam.

Usul Wong dibuat berdasarkan laporan yang mendakwa Musa (kiri dalam gambar) dikaitkan dalam satu skandal pengubahan wang haram di Hong Kong. Bagaimanapun usul tersebut ditolak oleh Speaker DUN DSP Salleh Tun said.

Games Changer Politik Kota Belud

Benar kah ada "Game Changer" politik Kota Belud? kalau ada apa kah bentuk game changer itu? 

Sejak merdeka, jarang berlaku game changer dalam arena politik Kota Belud, kecualilah apabila Umno bertapak di  Sabah.

Pertukaran pemimpin Kota Belud. biasanya melalui parti yang berbeza, ertinya bukan dalam parti yang sama.    

Tahun 76 telah berlaku perubahan kepimpinan bagi DUN Tempasuk dan Kedamian, daripada Usno kepada Parti Berjaya; demikian juga bermula tahun 1985 Kedamaian berubah daripada Berjaya kepada PBS, disusuli tahun 1986 di Tempasuk dan kemudiannya Parlimen Kota Belud. (Nota Usukan senantiasa dimenangi oleh pemimpin yang ada kaitan dengan Usno (kini Umno).

Bermula tahun 1994, berlaku perubahan kepimpinan di Tempasuk, daripada PBS kepada BN, sementara di Kedamaian senantiasa dimenangi PBS sehingga kini (PBS sebelumnya parti pembangkang sehingga tahun 2002).

Akibatnya bertapaknya Umno, maka telah berlaku pertukaran pemimpin bagi sesuatu kawasan. Pengertian pemimpin di sini adalah wakil rakyat; kerana biasanya (dahulu) apabila seseorang itu bukan wakil rakyat atau Yang Berhormat bagi pengertian kebanyakan, maka seseorang itu dianggap "bukan" pemimpin.

Pengertian ini telah berubah dalam era Umno; kerana pengertian pemimpin bertambah luas cakupannya, apabila melibatkan Ketua Bahagian umno. Ketua Bahagian Umno mempunyai kuasa politik yang besar, walaupun seseorang ketua bahagian itu bukan wakil rakyat atau Yang Berhormat. 

Meneliti perkembangan politik Kota Belud, dilihat sejak akhir-akhir ini ada kecenderungan perubahan dimana dapat tercermin, bahawa dominan Ketua Bahagian Umno sangat ketara, sehingga boleh ditafsirkan,  bahawa Ketua Bahagian memainkan peranan yang cukup besar termasuk menguasai padang permainan, jika diumpamakan pada padang bola sepak.

Bagi tujuan tulisan ini, game changer itu adalah Ketua Bahagian Umno, kerana difahamkan, sejak akhir-akhir ini, apa sahaja bentuk "acara" apa kah  berkaitan dengan projek pembangunan  daerah atau pemilihan individu untuk diketengahkan sebagai calon perlu mendapat restu total daripada Ketua Bahagian; restu beliau     menggambarkan seseorang itu sebagai winnable candidate atau jika dikaitkan dengan pembangunan, maka restu beliau menunjukkan bahawa pembangunan itu diperlukan oleh rakyat.

Pada satu perjumpaan Juara Rakyat di Kota Belud baru-baru ini, Kota Bahagian Umno- DSP Salleh Tun Said telah menjelaskan betapa pentingnya program pembangunan yang dijalankan di Kota Belud-antaranya Program Jelapang Padi, Program Agropolitan, progam pelancongan dan berikutnya Program Hub Minyak dan gas di Kuala Abai, Usukan.

Sesuatu yang masih dalam bentuk "hipotesis" Ketua Bahagian Umno juga akan membina "jambatan" politik, di mana selama ini, walaupun ada "jambatan" tetapi jambatan berupa "jambatan gantung".

Jika dizaman dahulu, kalau ada pembinaan "jambatan" kononnya mesti dilakukan "korban kepala" entah betul kah cerita ini, penulis pun tidak pasti.

Bagi membina Jambatan kekal dalam arena politik Kota Belud, jangan salah sangka, masih dalam hipotesis penulis, bahawa "korban" akan dilakukan, bagi melancarkan dan melicinkan sistem berpolitik untuk selama-lamanya.

Demi kelangsungan berpolitik di Kota Belud dalam ertian tanpa gangguan, maka game changer terpaksa mengambil tempat. Keputusan oleh game changer, boleh juga memperanjatkan, boleh juga mengecewakan, akan tetapi keputusan itu perlu dibuat demi pembinaan jambatan politik yang kukuh demi masa depan perpolitikan.

Apa kah hipotesis ini akan berlaku sidini mungkin? kalay ya-siapa yang 'dikorbankan"? Apa kah tindakan itu   mempengaruhi keputusan pilihanraya?  sama-sama kita tunggu

16 July 2012

Yong Teck Lee akui tidak mudah kalahkan BN

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengakui bahawa adalah tidak mudah untuk mengalahkan BN. Namun, mantan Ketua Menteri Sabah itu menaruh keyakinan akan memberikan tantangan kepada BN bersama-sama dengan parti pembangkang yang lain.

Sebenarnya kenyataan Teck Lee itu mempunyai kebenaran, perjuangan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai visi yang jelas, kerana apa yang mereka sering perkatakan sebenarnya telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Pemimpin pembangkang adalah terdiri daripada mereka yang telah kecewa kerana semasa dalam kerajaan dahulu, ketamakan mereka tidak berpanjangan.

Mereka kini, sekali lagi mahu mencuba memperguna semula rakyat untuk mendapatkan kuasa, agar supaya visi  peribadi mereka tercapai.

Pemimpin Parti pembangkang di Sabah kebanyakannya adalah para pemimpin kerajaan suatu ketika dahulu, atau mereka-mereka yang pernah menikmati sumbangan daripada kerajaan.

Disebab tujuan peribadi mereka tidak tercapai, maka mereka beralih mendapatkan kerajaan melalui sistem demokrasi dengan mempergunakan rakyat.

Yakinlah melalui sistem maklmut yang semakin canggih yang menyebabkan perkongsian maklumat dengan begitu cepat, maka usaha pembangkang mengalih kerajaan melalui sistem demokrasi tidak akan kesampaian, kerana rakyat telah bijak menilai mana kaca dan mana intan.

Rakyat tahu, bahawa pembangkang bertujuan mendapatkan kuasa kerana kepentingan peribadi bukannya kepentingan rakyat jelata.

15 July 2012

Utamakan Parti: Salleh Said

KOTA BELUD, 15 Julai -- Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta anggota Umno supaya memberi keutamaan kepada kesetiaan dan perpaduan bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti.

Beliau berkata ini adalah penting kerana partilah yang akan membentuk kerajaan dan bukannya individu, demikian katanya semasa merasmikan persidangan bahagian Kota Belud hari ini, di Dewan Masyarakat Kg Botung.

Turut hadir, ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Haji Jamli, MP Kota Belud-Datuk Abdul Rahman Dahalan dan ADUN Usukan-Datuk Japlin Akim.

Salleh yang juga Speaker DUN Sabah meminta agar ahli parti tidak menghianti parti dan menyeru agar semua pihak dan lapisan senantiasa setia agar supaya parti terus kekal memerintah.

Dalam mesyuarat itu juga, Umno Kota Belud menyatakan sokongan tidak berbela bagi kepada DS Najib Razak selaku Presiden Parti dan DSP Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Calon BN: Muhyiddin minta semua pihak akur pilihan PM

Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Muyiddin Yassin meminta semua pemimpin BN termasuk pemimpin akar umbi, agar akur atas calon-calon yang dipilih Perdana Menteri

"Jangan persoalkan calon yang dipilih oleh presiden parti dan calon parti komponen," katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Gelang Patah, Johor pada, Sabtu.

Beliau menggariskan tiga strategi yang mesti diguna pakai Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Ia merangkumi memastikan perpaduan secara berterusan di peringkat bahagian, memperbaiki hubungan antara Umno dan parti komponen dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri juga meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya berusaha keras pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan tidak hanya bergantung kepada sokongan Umno. Beliau berkata, semua calon perlu turun padang untuk bertemu pengundi.

13 July 2012

Umno KB bersidang lagi

Persidangan kali ini, tiada pemilihan AJK, namun pertandingan kumpulan 7 tetap berjalan.

Diperkirakan perjalanan sidang sepertibiasa seperti persidangan sebelumnya, namun kali ini, agak luarbiasa sedikit, kerana persidangan kali ini, adalah persidangan terakhir sebelum PRU-13.

Diperkirakan amanat Ketua Bahagian Umno, akan berkisar kepada pemantapan saf untuk menghadapi PRU-13. Umno tidak mampu bergolak, kerana, pada kali ini, Umno berhadapan dengan ibu kepada pilihanraya. Untuk mengelak itu, faktor itulah yang menyebabkan pertandingan dalam parti ditangguhkan sehingga tahun depan.

Melihat kepada keadaan lapangan, Umno atau BN tidak berhadapan dengan masalah mempertahankan semua kawasan Kota Belud, asalkan calon yang diketengahkan adalah winnable candidate.

Ramai yang telah tahu, bahawa para pemimpin yang ada merupakan pertaruhan parti untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada beberapa PRU yang lalu.

Dun.8 Usukan, akan kembali kepada Datuk Salleh, selepas bercuti sejak tahun 2004. Manakala Dun.6 Tempasuk, masih lagi disandarkan kepada Datuk Musbah Jamli, memandangkan keupayaan beliau membangun kawsasan itu, melalui program-program kerajaan seperti Jelapang Padi dan Agropolitan.

Bagi kawasan Parlimen, apakah penyandang sekarang Datuk Rahman Dahalan akan mempertahankan kawasan Kota Belud? ataukah tidak? belum ada sesiapa yang mengetahui, walaupun keutamaan calon selalu diberikan kepada penyandang.

Rahman mempuyai pilihan, samada berhijrah atau mempertahan kerusi Parlimen Kota Belud; beliau mempunyai beberapa tempat seperti Tuaran atau Sepanggar, namun semua itu terletak kepada pucuk pimpinan, kerana tiada yang mampu meneka apa yang ada dibenak pucuk pimpinan.
 
Apa yang penting, bagi ahli-ahli parti-terima sajalah keputusan pucuk pimpinan, kalau tidak siapa lagi yang perlu diikuti.
 
Kestiaan kepada parti dan perjuangan amat penting berbanding isu peribadi, kerana perjuangan parti bermatalamat untuk membangun bangsa dan negara.
 
Berkorban sentimen peribadi, adalah suatu pengorbanan yang amat tinggi nilainya; kerana pengorbanan itu, akan dinilai bukan sahaja oleh pucuk pimpian malah rakyat jelata.
 
Pada PRU-12 lalu, para pemimpin utama Kota Belud telah berkorban dengan tidak bertanding, namun selepas PRU, mereka diberi peranan utama dalam arena kuasa dalam negara.
 
Yakinlah berkorban sentimen peribadi mempunyai balasan yang lebih hebat kepada suatu perjuangan. Fikir-fikirkan lah.
 



Wasatiyah Gagasan 1Malaysia: Apa Kah menepati Pengertian Wasatiyah?

Istilah “Islam moderat” (Wasatiyyah) akhir-akhir ini kerap kita jumpai dalam banyak tulisan, baik dari kalangan Muslim sendiri atau kalangan bukan Islam. Apa yang dimaksud dengan “Islam moderat”? Tulisan pendek ini akan mencuba menjawabnya.

Dalam istilah bahasa Arab moden, persamaan untuk kata moderat atau moderasi adalah wasat atau wasatiyya. Istilah “mutawassit” kadang-kadang juga dipakai. Islam moderat, dalam bahasa Arab moden, disebut sebagai al-Islam al-wasat. Amalan sederhana dalam Islam diungkapkan dengan frasa wasatiyyat al-Islam.

Dalam penggunaan yang umum saat ini, istilah “Islam moderat” dilawankan dengan istilah Islam radikal. Islam moderat, dalam pengertian yang lazim kita kenali sekarang, adalah corak pemahaman Islam yang menolak cara-cara kekerasan yang dilakukan oleh kalangan lain yang menganut model Islam radikal. Tawfik Hamid, seorang mantan anggota kumpulan Islam radikal dari Mesir, al-Jamaah al-Islamiyyah, mendefinisikan Islam moderat sebagai, “a form of Islam that rejects… violent and discriminatory edicts” – Islam yang menolak secara tegas hukum-hukum agama yang menggunakan kekerasan dan diskriminasi. (Baca artikelnya yang berjudul “Don’t Gloss Over The Violent Texts” di Wall Street Journal, 1/9/2010).

Hamid menyebut secara khusus hukum dalam agama (shariah) yang dia anggap sebagai justifikasi tindakan keganasan, seperti hukuman mati untuk orang yang murtad, misalnya.

Definisi Hakim tentang Islam moderat ini, bagi sebahagian kalangan Islam, mungkin dianggap terlalu berani, sebab melakukan kritik terhadap hukum-hukum dalam Islam yang dia anggap sudah tak lagi relevan pada masa ini. Sebagai mantan anggota Jamaah Islamiyyah, Mesir, yang sudah “bertaubat, Tawfik Hamid meyakini bahawa dalam Islam memang ada beberapa hukum yang boleh disalah tafsir bagi membolehkan seseorang bertindak ganas. Contoh yang mudah adalah hukum dan pentafsiran tentang jihad. Bagi Hamid, Islam moderat merupakan antitesis kepada Islam radikal. Islam wasatiyyah adalah model Islam yang menolak keganasan semacam itu.

Definisi lain diajukan oleh Dr. Moqtedar Khan yang mengendalikan blog Ijtihad (www.ijtihad.org). Seperti Hamid, Dr. Khan mempertentangkan istilah Islam moderat kepada Islam radikal. Perbezaan antara keduanya, menurut dia, adalah bahawa yang pertama lebih menekankan pentingnya prinsip ijtihad dalam pengertian yang lebih luas, iaitu kebebasan berpendapat (dengan tetap bersandar pada sumber utama dalam Islam, iaitu Quran dan Sunnah), sementara yang kedua lebih menekankan konsep jihad (perang suci).

Yang menarik adalah usaha banyak kalangan Islam bagi mengkaitkan konsep “Islam moderat” ini dengan konsep “wasat” yang ada dalam al-Quran. Dalam al-Quran, terdapat sebuah ayat yang banyak dikutip oleh intelektual Muslim untuk menunjukkan watak asas Islam sebagai agama yang “tengah-tengah” atau moderat, iaitu di dalam surah al-Baqarah:143 yang bermaksud: “Dan demikianlah Aku (Tuhan) jadikan kalian umat yang “wasat” (adil, tengah-tengah, terbaik) agar kalian menjadi saksi (syuhada’) bagi semua manusia, dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi (syahid) juga atas kalian.”

Kata “wasat” di dalam ayat di atas, jika merujuk kepada tafsir klasik seperti al-Tabari atau al-Razi, mempunyai tiga kemungkinan pengertian, yakni: umat yang adil, tengah-tengah, atau terbaik. Ketiga pengertian itu, pada asasnya, saling berkait rapat. Yang menarik, konsep wasat dalam ayat itu dikaitkan dengan konsep lain, iaitu “syahadah”, atau konsep kesaksian. Jika kita ikuti makna harfiah ayat itu, pengertian yang kita peroleh dari ayat itu adalah bahawa umat Islam dijadikan oleh Tuhan sebagai umat yang “wasat” (adil, tengah-tengah, terbaik), kerana mereka mendapatkan tugas “sejarah” yang penting, iaitu menjadi saksi (syuhada’) bagi umat-umat yang lain.

Apa yang dimaksud dengan tugas “kesaksian” dalam ayat itu? Saksi atas keadaan apa? Tak ada keterangan yang terperinci mengenai hal ini dalam ayat tersebut. Tetapi, jika kita rujuk beberapa tafsir klasik, apa yang dimaksud dengan kesaksian di sini adalah tugas yang diemban umat Islam untuk meluruskan sikap-sikap ekstrem yang ada pada dua kelompok agama pada zaman ketika al-Quran diturunkan kepada Nabi, iaitu golongan Yahudi dan Nasrani.

Tafsir al-Tabari, misalnya, menyebut bahawa umat Islam dipuji oleh Tuhan sebagai umat yang tengah-tengah kerana mereka tidak terjatuh dalam dua persinggahan ekstrim. Yang pertama adalah sikap ekstrim umat Kristian yang mengenali tradisi “rahbaniyyah” atau kehidupan kependetaan yang menolak secara ekstrim dimensi jasad dalam kehidupan manusia (seperti dalam amalan selibat). Yang kedua adalah sikap ekstrim umat Yahudi yang menurut keyakinan umat Islam, melakukan penyelewangan atas Kitab Suci mereka serta melakukan pembunuhan kepada sejumlah nabi.

Muhammad Abduh, melalui muridnya Rashid Rida, mengemukakan pendapat yang sedikit berbeza. Dalam tafsirnya yang tersohor al-Manar, Abduh mengemukakan bahawa apa yang dimaksud dengan wasat ialah sikap tengah-tengah antara dua titik ekstrim. Yang pertama, materialisme ekstrim yang dianut oleh kalangan “al-jusmaniyyun”, yakni mereka yang hanya memperhatikan aspek jasmani atau badan sahaja, menafikan dimensi ruhaniah dan spiritual dalam kehidupan manusia. Yang kedua, spiritualisme yang ekstrim yang hanya memperhatikan dimensi ruhaniah belaka, tanpa memberikan perhatian yang adil terhadap dimensi jasmaniah. Kelompok yang menganut pandangan ini, oleh Abduh, disebut sebagai “al-ruhaniyyun”.

Umat Islam, dalam tafsiran Abduh, adalah umat yang “wasat”, moderat, kerana mengambil sikap tengah antara materialisme dan spiritualisme. Dengan kata lain, istilah “wasat” dalam ayat di atas, baik dalam pemahaman penafsir klasik seperti al-Tabari (w. 923) dan al-Razi (w. 1209), atau penafsir moden seperti Muhammad Abduh (w. 1905), dipahami dalam kerangka konsep keunggulan umat Islam atas umat-umat yang lain, terutama Yahudi dan Kristian. Rahsia keunggulan itu terdapat dalam sikap umat Islam yang mengambil jalan tengah antara dua titik ekstrem yang wujud di kalangan Kristian atau Yahudi. Istilah “wasat”, dengan demikian, berkaitan dengan konsep superioriti Islam atas agama-agama lain.

Sebagaimana kita lihat, pengertian kata “wasat” mempunyai perubahan yang cukup jauh saat ini. Sekarang, istilah itu bukan lagi dimaknai dalam kerangka keunggulan Islam atas agama-agama lain, tetapi difahami sebagai kritik secara dalaman dalam diri umat Islam sendiri. Istilah itu, sekarang, diperlawankan terhadap corak Islam lain yang ekstrim dan radikal, yakni corak keagamaan yang membenarkan penggunaan kekerasan dalam dakwah.

Perkembangan ini menarik kita amati kerana ciri-ciri ekstrim yang semula melekat pada golongan lain di luar Islam sebagaimana yang ada dalam tafsir klasik di atas, ternyata dapat dijumpai dalam kalangan Islam sendiri. Hal ini juga memperlihatkan bahawa sebuah konsep dalam al-Quran, seperti kata “wasat” itu, dimaknai secara dinamik dari masa ke masa. Perubahan konteks sejarah dan cabaran dalam diri umat Islam sendiri membuat pemahaman penafsiran al-Quran tentang sejumlah konsep dalam kitab suci itu berubah secara fleksibel.

11 July 2012

PRU-13 Kota Belud: Apakah wujud sabotaj calon?

Di atas kertas, tiga DUN dan satu parlimen di kawasan Kota Belud adalah milik barisan nasional. Faktor yang mengyakinkan kepada anggapan ini, kerana para pemimpin yang diamanahkan untuk membangun rakyat telahpun berkerja bersungguh-sungguh.

Wakil-wakil rakyat baik negeri mahupun parlimen, sejak Mac, 2008 telah turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Di samping itu peranan parti serta para pemimpinnya berganding bahu dengan wakil-wakil rakyat dengan satu visi-memajukan dan membangun rakyat.

Sepintas lalu, tiada yang terlepas padang. Infrastruktur baik yang berkaitan dengan keperluan asas, mahupun yang berhubungan dengan pendidikan semuanya diberi perhatian.

Di peringkat pembuat keputusan dalam hal ini para pemimpin, mereka telahpun menunaikan janji-janji kepada rakyat. Kalaupun ada pembangunan yang terlambat atau terbantut, bukan kerana ketidak cekapan para pemimpin, akan tetapi terbantut di pihak pelaksana.

Perlu diingat pihak pembuat keputusan yakni para pemimpin termasuk wakil rakyat, mereka hanya terlibat untuk memohon dana untuk sesuatu program atau projek, manakala pelaksana adalah para pegawai kerajaan dan kontraktor.

Jika ada sesuatu projek kerajaan yang terbantut pembinaannya atau penyiapannya, masalah itu sebenarnya sudah dipundak para pelaksana. Di peringkat Daerah, pegawai daerahlah ketuanya. Jika terdapatnya keterlambatan, ini bererti-pihak pelaksanalah perlu disalahkan, bukan yang pembuat dasar atau keputusan.

Namun, disebabkan tujuan politik, maka masalah keterlambatan atau terbantutnya sesuatu program atau projek dilambakan kepada para pemimpin termasuk wakil rakyat. Perkara inilah yang mencercatkan keupayaan seseoarang pemimpin atau wakil rakyat.

Biasanya, manusia hanya dapat melihat kepada kelemahan atau kekurangan seseorang pemimpin/wakil rakyat, namun bertumpuk-tumpuk kebaikan/kelebihannya akan dicicirkan, dengan tujuan- agar pemimpin/wakil rakyat itu ternampak gagal.

Biasanya perkara ini, ditimbulkan oleh mereka yang mempunyai aspirasi untuk menjadi pemimpin/wakil rakyat, namun mereka tidak berkeupayaan melakukannya secara terbuka, kerana memang mereka itu, tidak berkemampuan dan  tidak berkebolehan.

Golongan ini terpaksa bermain sembunyi-sembunyi termasuk sabotaj, terutama dalam masa pilihanraya. Walaupun tindakan mereka ini, tidaklah sangat boleh memudaratkan calon-calon kerajaan, akan tetapi, tindakan mereka, seolah-olah calon-calon yang dipilih kerajaan dan parti tidak kuat atau tidak diterima.

Telah kedengaran, telah ada beberapa kelompok yang ada kaitan dengan pemimpin tertentu, akan melakukan sabotaj, jika calon pilihan mereka tidak terpilih pada PRU-13 akan datang. Mereka ini, adalah daripada kelompok yang mendapat habuan, sejak mana pemimpin tertentu itu mempunyai peraanan. 

Mereka khuatir jika pemimpin mereka tidak terpilih, maka sifat monopoli mereka dalam soal-soal peruntukan akan hilang.

Tindakan seumpama ini, jika benar wujud, merupakan satu tindakan yang merugikan, bukan kepada pemimpin yang mereka puja atau mereka, akan tetapi kepada rakyat jelata.

Jumlah mereka ini, tidaklah ramai, namun akibat tindakan mereka itu, rakyat yang akan menjadi mangsa, sekiranya  boleh mendatangkan kekalahan kepada calon-calon parti/kerajaan.

Pada setiap pilihanraya- calon-calon pembangkang, pasti mendapat undi, malah deposit calon-calon itu tidak hilang; sedangkan jika ditilik, siapa kah calon-calon itu? mereka semuanya tidak mempunyai sumbangan kepada rakyat, namun tetap mendapat undi.

Sebagai contoh, pada PRU-12, semua calon-calon pembangkang baik di peringkat DUN dan parlimen, memberi tentangan hebat kepada calon-calon BN, malah untuk Parlimen, kawasan Usukan menunjukan lemahnya sokongan terhadap calon kerajaan.

Jika tiada berlaku sabotaj, tidak mungkin, calon-calon pembangkang mendapat undi yang begitu tinggi, misalnya di Dun Tempasuk dan Kedamaian.

Faktor sabotaj ini, tidak akan dapat dielakan, baik  untuk calon-calon kerajaan mahupun pembangkang, tetapi yang pasti, siapa yang mempunyai jentera pilihanraya yang kuat dan tersusun, maka unsur sabotaj dapat dikurangkan kalaupun tidak sepenuhnya dizerokan. Fikir-fikiran lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

countries

   

Labels

Labels