13 January 2013

Datuk Dr Salleh kembali menyertai pilihanraya

Dr Salleh dalam sesi Turun Padang
BUKAN desas desus, akan tetapi merupakan satu fakta yang menunggu dimuktamadkan, bahawa Datuk Dr Salleh Tun Said akan menyertai pilihanraya negara ini.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Ketua Perhubungan Umno itu, sudah mengatur strategi politik untuk kembali menyertai pilihanraya, selepas berehat pada PRU-12 lalu.

Walaupun direhatkan pada PRU 2008, namun Salleh yang sebelumnya hanya merupakan ahli biasa Umno, selepas tidak bertanding sebarang jawatan Parti, namun selepas PRU itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah, berikutan kekosongan jawatan itu, berikutan penyandangnya Datuk Safie Apdal  dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Dalam tempoh hampir lima tahun selepas PRU-12, walaupun Salleh bukan lagi yang berhormat yang dipilih namun diberi berbagai peranan dalam kerajaan. Antaranya Pengerusi Kraftangan Malaysia, Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah yang bertaraf menteri dan kemudian dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan  Negeri Sabah hingga kini.

Datuk Salleh yang berjaya mendapat PhD daripada UPM pada 13 Disember 2012 dalam bidang Sains Politik dan Kenegaraan merupakan pemimpin veteran walaupun usianya yang realtif muda.

Kelibat politik Salleh tidak boleh dipisahkan dengan politik tanah air khasnya Sabah sejak tahun 1980-an, kerana beliau pernah bertanding disetiap pilihanraya, termasuk pilihanraya kecil. Dalam kerajaya politiknya, hanya sekali kalah dalam pilihanraya, yakni semasa mewakili tikit Parti Berjaya dan kalah kepada calon Usno- Pandikar Amin Haji Mulia (kini Tan Sri). Kekalahan Salleh pada masa itu, adalah dijangka, kerana kawasan yang ditandingi adalah kubu kuat Usno, yakni DUN Usukan. Kini Usukan merupakan kubu kuat Salleh, juga kubu kuat Umno.

Dalam kerjaya politiknya, Salleh pernah menjawat berbagai jawatan kabinet negeri Sabah termasuk jawatan Ketua Menteri.

Dalam perjalanan politiknya, sejak kemasukan Umno ke Sabah tahun 1991, Salleh terus setia kepada parti itu, dan suatu ketika pernah menang Ahli Majlis tertinggi untuk beberapa penggal. Pada Pemilihan Umno tahun 2008, Salleh tidak bertanding AMT dan memberi laluan kepada pemimpin Sabah yang bertanding, agar tidak berlaku pecah undi kepada calon-calon daripada Sabah, termasuk Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman. Percaturan Salleh dalam politik memang jitu, apabila salah seorang calon AMT Sabah, yakni Musa mendapat undi kedua tertinggi dalam AMT Umno.

Melihat kepada kenyataan-kenyataan politik beliau (Dr Salleh)- Speaker Dun Sabah adalah ahli politik yang sederhana yang mempunyai kecenderungan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara. Kenyataan beliau, agar semua pihak menghentikan perdebatan dan perbalahan berhubung Kalimah Allah, menunjukkan bahawa beliau tidak mahu wujud satu kerenggangan hubungan antara berbagai agama dalam negara.

Perdebatan mengenai agama, sebenarnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat, kerana perdebatan itu hanya boleh mengeruhkan hubungan antara kaum terutama Sabah yang terdiri daripada 36 etnik yang juga mengamalkan berbagai anutan agama.

Dalam suasana negara yang didiami oleh berbagai lapisan masyarkat dan berbilang agama, pemimpin sederhana seperti Dr Salleh perlu diberi peranan agar keamanan negara terus terus terjamin. Melalui keamanan sahaja, negara seperti Malaysia ini boleh terus membangun.

Dalam suasana politik Sabah, kekompakan antara Dr Salleh dan Datuk Musa Aman boleh membawa negeri di bawah bayu ini ke tahap kemajuan yang luarbiasa, di mana kemajuan itu sangat ditunggu oleh seluruh rakyat Sabah.

42 comments:

Hinamori said...

Pakatan pembangkang sengaja melemparkan tuduhan bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak betul dan dilaksanakan secara penipuan kerana mereka tahu kepimpinan parti Barisan Nasional kini mendapat sokongan penuh ‘Gelombang Biru’ untuk memimpin kerajaan

Irina ShaQ said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh ikhlas.

Irina ShaQ said...

Beliau berkata wakil rakyat atau lebih dikenali sebagai Yang Berhormat (YB), diberi mandat dan kepercayaan rakyat untuk berkhidmat dan menggalas tanggungjawab mereka.

Irina ShaQ said...

“Jangan anggap YB hanya membawa maksud ‘Yang Berhormat’ sahaja kerana YB sebenarnya adalah ‘Yang Bertanggungjawab.

Irina ShaQ said...

“Kita diamanahkan oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab itu dan kita mesti menunaikan tanggungjawab itu dengan ikhlas,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat

Irina ShaQ said...

Sehubungan itu, beliau tidak mahu sekiranya terdapat dalam kalangan wakil rakyat Sabah yang tidak memainkan peranan dan tanggungjawab, sebaliknya hanya berfoya-foya.

Irina ShaQ said...

Menurut Musa, kehendak rakyat pada masa kini semakin kompleks dan mereka sentiasa menilai pencapaian wakil rakyat mereka sekali gus menuntut wakil rakyat supaya sentiasa ‘turun padang’ untuk mendengar masalah.

Irina ShaQ said...

Jelas Musa wakil rakyat juga harus menunaikan setiap janji yang ditabur selari dengan pendekatan kerajaan ‘Janji Ditepati’.

Hinamori said...

gelombang biru itu kini dirasai rakyat di seluruh negara, dan yang lebih penting, negeri yang dikuasai pembangkang.

Hinamori said...

Di Pulau Pinang hari ini, sudah ada kesedaran di kalangan pengundi Cina, tidak ada pilihan parti yang lebih baik selain BN...

Hinamori said...

kawasan yang dikuasai BN menjadi sasaran pembangkang untuk menabur ‘janji alpa’, memberi ‘bintang’ dan ‘matahari jatuh ke riba’ kerana pilihan raya semakin hampir.

Hinamori said...

kredibiliti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan ingin mengambil alih kepimpinan kerajaan, turut terjejas apabila masih gagal menafikan pelbagai tuduhan terhadapnya.

Hinamori said...

kredibiliti Anwar juga semakin dipersoal apabila gagal menafikan tuduhan memiliki 20 akaun di luar negara berjumlah RM3 bilion

Hinamori said...

anggota dan penyokong BN perlu ingat kedudukan kerusi dalam pilihan raya adalah penting kerana kekalahan atau kekurangannya boleh menyebabkan BN tidak dapat membentuk kerajaan atau menguasai dua pertiga Dewan Negeri atau Parlimen.

Hinamori said...

Dalam pilihan raya, kerusi itu penting, BN pernah kalah dan menang. Kita tidak dapat peroleh dua pertiga di Dewan Rakyat. Ini membuktikan pilihan raya kita adil dan tidak ada penipuan

Hinamori said...

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat pilihan raya umum ke-13 akan datang adalah satu pilihan raya "luar biasa" dan memerlukan kaedah luar biasa daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memperbaiki rekod kekalahan mereka sewaktu Pilihan Raya 2008.

Hinamori said...

persiapan parti dominan Melayu, Umno untuk Perhimpunan Agung Umno mereka minggu hadapan akan menjurus kepada pengundi atas pagar bagi membolehkan Umno menawan kembali kerusi yang tewas kepada Pakatan Rakyat.

Hinamori said...

PRU kali ini luar biasa, pendekatan tidak harus dilakukan dengan tindakan selesa kerana ianya hendaklah dilakukan dengan usaha-usaha mendekati rakyat dengan penuh kesungguhan.

Qistina Morea said...

Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said menegaskan bahawa barisan kepimpinan politik di semua peringkat mestilah berganding bahu bagi memastikan perjuangan politik dalam parti mencapai matlamatnya.

Qistina Morea said...

“Dalam politik bukan untuk mencipta nama. Yang kita utamakan ialah perjuangan parti untuk membangun negara dan membela rakyat. Justeru kita mesti terus bersatu padu untuk mewujudkan kerjasama yang baik.

Qistina Morea said...

“Sehebat mana pun seorang pemimpin sekiranya tanpa kerjasama dari semua pemimpin dia tidak boleh membangun negara dan tidak akan dapat membantu rakyat. Hakikat ini perlu kita sedari dan saya juga menyeru kepada rakyat di negeri ini agar memberi sokongan kepada pemimpin yang di pilih oleh kerajaan BN dan bukan pemimpin yang berjalan secara sendirian,” katanya.

mantera said...

Belum pernah berlaku dalam sejarah hidup seorang ahli politik menerima berita baik dua kali dalam tempoh satu minggu.

mantera said...

Pada mulanya,Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak menerima berita perlantikan sebagai Pengerusi FINAS.

mantera said...

Menurut Datuk Seri Dr Rais Yatim menteri yang menjaga FINAS, Salleh adalah seorang penggemar filem.

mantera said...

Selepas itu beliau menerima berita perlantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menggantikan Datuk Haji Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

mantera said...

Beliau bukan ADUN dan bukan ahli parlimen tetapi dengan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud beliau dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri.

mantera said...

Berusia 54 tahun, Salleh masih muda untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri.

mantera said...

Oleh itu jika beliau dipilih bertanding semula di DUN Usukan, maka beliau adalah salah seorang calon Ketua Menteri Sabah selain Datuk Seri Shafie Afdal.

mantera said...

Sebaliknya jika beliau dipilih sebagai calon parlimen Kota Belud, maka jawatan timbalan menteri persekutuan sudah tentu menggamit beliau.

mantera said...

Bagi Salleh, jawatannya dalam kerajaan tidak penting. Beliau pernah jadi Ketua Menteri Sabah selepas ayahnya, Tun Said Keruak melepaskan jawatan Yang Dipertua Negeri Salleh. Selepas itu beliau dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

mantera said...

Bagi setengah orang bila sudah dilantik Ketua Menteri, tak perlu lagi menerima jawatan junior seperti menteri biasa tetapi bagi Salleh jawatan tidak penting.

mantera said...

Yang penting ialah berkhidmat kepada rakyat. Beliau bukannya mengejar gaji menteri kerana beliau sudah jutawan. Yang penting berkhidmat kepada rakyat.

mantera said...

Justru itu Salleh yang tidak kesah ini sedia menerima apa sahaja jawatan termasuk Speaker Dewan Undangan negeri yang dianggap sebagai jawatan yang paling tidak glamour.

mantera said...

Sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Salleh masih penting dalam politik Sabah. beliau adalah satu-satunya pemimpin Bajau yang diterima oleh majoriti ketua UMNO Bahagian Sabah.

drako drakonius said...

Tun Dr Mahathir Mohamad has urged Malay Barisan Nasional supporters to vote for the coalition's candidates regardless of their race to ensure a big win in the general election.

drako drakonius said...

“Some people say Barisan shouldn't field a Chinese candidate in their area because the majority of voters are Malay, but they must realise that victory for Malay candidates in other constituencies will depend on the minority Chinese voters,” he said at a briefing session entitled The Malaysian Constitution: The Future of National Security organised by the Bandar Tun Razak Human Development Club.

drako drakonius said...

The former prime minister said that since Umno depended on minority non-Malay support in many of the constituencies it contested, Barisan Malay supporters should reciprocate by voting in non-Malay candidates from other component parties.

drako drakonius said...


He related his own experience in 1969 when he failed to defend his Kota Setar Selatan Parliamentary seat where the Malays made up 80% of the voters.

drako drakonius said...

Dr Mahathir said he lost because the Chinese voted for his opponent from PAS.

drako drakonius said...

He stressed that power-sharing was a key element in Malaysian society and was reflected in Barisan politics.

drako drakonius said...


“This (power-sharing) is what a coalition is about,” he said.

drako drakonius said...


Unlike Barisan, Dr Mahathir said, Pakatan Rakyat was not a coalition but “merely an agreement”, giving rise to the question of how it could ever form a federal government with PAS and DAP pulling in opposite directions.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels