30 January 2013

PRU-13: Apakah Bn Kota Belud sudah Siap sedia?

APAKAH Bn Kota Belud telah siap sedia? Kalau Umno jawabannya Ya. Komponen parti, bagaimana? Yang membimbangkan adalah apabila Bn belum bersedia. 

Kawasan Kota Belud yang mempunyai satu parlimen dan tiga Dun, dianggap sebagai simpanan tetap Bn, itu pada masa-masa lalu. Akan tetapi pada PRU-13 akan datang, kawasan yang membimbangkan adalah Dun Kedamaian. 

Dun Kedamaian yang mempunyai pengundi lebih 13 ribu dimana 86 peratus bumiputera bukan islam dan bakinya bumiputera islam dan satu peratus kaum cina diwakili Bn melalui komponen Bn-PBS.

Pada PRU-12 lalu, calon Bn Datuk Herbert Timbon Lagadan mendapat undi 5,382 berbanding undi calon pembangkang 4,638.

Daripada semua wakil rakyat Kota belud, hanya wakil rakyat Kedamaian itu yang mendekati kekalahan pada PRU-12 lalu. Namun, walaupun majoriti yang diperolehinya kurang memberangsangkan, wakil rakyat itu dikhabarkan wakil rakyat yang paling lembab di kawasan Kota Belud.

Wakil rakyat itu selain jarang turun padang, juga dikatakan kurang mesra dengan pengundinya sejak empat tahun lalu.

Seperkara lagi, sambutan hari-hari kebesaran seperti Hari Natal, sejak 3 tahun lalu, tidak lagi beliau sambut dengan pengundinya. Keadaan ini, menjarakkan beliau dengan pengundi.

Jikapun, kawasan Kedamaian ditakdirkan jatuh ke tangan pembangkang, penulis rasa tidak mempengaruhi keadaan kerajaan bn negeri, namun undi pengundi bagi kawasan itu penting bagi kawasan parlimen.

Jumlah pengundi Parlimen Kota Belud adalah 48 ribu. Jika berasaskan kepada keputusan PRU-12 diambil kira, maka dimana majoriti calon Bn bagi kawasan parlimen hanya 3 ribu lebih, maka jika berlaku swing bagi pengundi KDM terutama di Dun Kedamaian dan Dun Tempasuk, maka keputusannya boleh menggugat kemenangan calon Bn.

Dikhabarkan rata-rata pengundi KDM tidak berpuashati terhadap wakil rakyat di Kedamaian, dan keadaan ini dikhuatiri menjadi agen protes dikalangan pengundi, jika wakil rakyat yang ada dicalonkan semula. jika ini berlaku, maka bahaya kepada calon Bn bagi kawasan Parlimen.

Bagi penyokong Bn, memang telah tahu, bahawa sasaran Pembangkang adalah Putrajaya, ertinya mereka lebih peka terhadap kerusi parlimen.

seperkara lagi yang sungguh membimbangkan, sementara jentera umno sudah siap sedia termasuk menggerakan semua Pusat Daerah Mengundi termasuk mengaktifkan "war room", malangnya PBS belum sampai ke tahap itu, malah jenteranya pun belum tersedia, belum mengenal pasti agen-agen yang menjaga operasi PDM, apatah lagi mempersiapkan gerak gempur semasa pilihanraya.

Keadaan ini yang membimbangkan kepimpinan Bn kawasan kota Belud yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Umno Kota belud-Datuk Dr Salleh Tun Said.

Memang mesyuarat Bn, kerap dilakukan, namun wakil rakyat Kedamian, jarang hadir, hanya mewakilkan kepada Setiausaha Bahagian parti itu-Daimin Sulukan, berlainan dengan wakil rakyat Umno, yang senantiasa hadir pada sebarang mesyuarat Bn.

Pada PRU-13 akan datang, jika keadaan di Kedamaian tidak diatur susun dengan segera, dibimbangkan akan menganggu susun atur kempen Bn; dan jika ini berlaku, maka banyak masalah-masalah akan timbul.

Penulis yakin, Pengerusi Bn kawasan Kota Belud, pada saat-saat ini, sedang menyusun gerak atur, untuk membereskan jentera Bn bagi Dun Kedamain, setidak-tidaknya dapat berjalan pada atau sebelum 1 Februari 2013, agar supaya koordinasi kempen antara pemimpin Bn, dapat diatur dengan cekapnya.

Koordinasi dan gerak atur yang cekap adalah satu kunci kemenangan dalam pilihanraya. Diharapkan, melalui susun atur yang kemas dan berkesan, akan menjamin kawasan Kota Belud, tetap sebagai simpanan tetap Bn baik negeri mahupun pusat.

21 comments:

Teruterubozu said...

BN masih bertapak kukuh di Sabah meskipun pembangkang membuat tohmahan tidak berasas kononnya BN semakin lemah.

Teruterubozu said...

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hamidah Osman berkata, program `Salam Sayang ‘ yang telah diadakan oleh wanita UMNO Sabah baru-baru ini membuktikan seluruh rakyat negeri itu terus memberikan sokongan mantap kepada BN.

Teruterubozu said...

Beliau berkata, menerusi program ini semua pemimpin peringkat tertinggi wanita bergabung tenaga dengan pemimpin bawahan `turun padang’ menemui rakyat dari rumah ke rumah bagi memantapkan perhubungan di antara pemimpin dengan rakyat bawahan termasuk yang tinggal di pedalaman.

Teruterubozu said...

"Sabah merupakan negeri terakhir Program Salam Sayang ini kita jalankan dan hasilnya kita dapati BN masih kuat bertapak di Sabah walaupun pembangkang bermain politik dengan melemparkan tohmahan tidak berasas kononnya BN tidak kuat.

Teruterubozu said...

"Saya dapati menerusi program Salam Sayang ini, sokongan rakyat Sabah begitu hebat sekali dan saya amat yakin BN akan menempa kejayaan dalam pilihanraya nanti ,’’ katanya.

Teruterubozu said...

Menurut Hamidah, pembangkang sentiasa mencuri peluang dengan membuat pelbagai tohmahan dengan niat dan matlamat untuk meraih sokongan dan simpati rakyat.

Teruterubozu said...

"Saya amat yakin rakyat di Sabah sudah dapat menilai belang sebenar pembangkang dengan menolak mereka dalam pilihanraya nanti,’’ katanya.

Unknown said...

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.

Unknown said...

Sehubungan itu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

Unknown said...

Dalam pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.

Najib juga berkata Umno, yang berasal dari Semenanjung, berjaya memecah tembok kesukuan di negeri ini.

"Sebenarnya, sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun (Bekas Presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

Unknown said...

Oleh itu, kita harus bersatu-padu di bawah panji-panji Umno dan BN supaya Sabah boleh menjadi kubu kuat BN,

Unknown said...

walaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.

Paquin said...

Sedia atau tak, rakyat tetap akan buat pilihan bila tiba masanya nanti dan saya percaya semuanya mahukan yang terbaik dan masa depan yang lebih cerah lagi.

Paquin said...

Walaupun banyak hal yang cuba ditimbulkan untuk menjatuhkan atau memburukkan umnobn tapi hingga kini parti ini masih lagi relevan buat rakyat.

Paquin said...

Banyak kemudahan yang kita nikmati sekraang adalah hasil pentadbiran BN yang tak pernah henti menjaga kebajikan rakyat. Ya, mungkin tak dapat dinafikan masih ada kekurangan yang timbul tapi BN akan terus berusaha memperbaiki setiap kekurangan itu.

Paquin said...

Belia Percaya BN Mampu Majukan Negara

Golongan belia meletakkan harapan tinggi terhadap pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional bagi mencapai kejayaan negara pada masa yang akan datang.

Bengkel Sukarelawan Pemuda Barisan Nasional (BN) anjuran Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) merupakan inisiatif baru Pemuda BN yang bertujuan memberi persediaan kepada sukarelawan BN bagi mengkoordinasikan gerakan sukarelawan politik dalam usaha membantu jentera pilihanraya BN di seluruh negara.

more: http://www.klpos.com/ekslusif/5132-belia-percaya-bn-mampu-majukan-negara

Paquin said...

Terserahlah kepada rakyat untuk membuat penilaian sendiri dan juga keputusan kerana kuasa undi ada ditangan masing-masing.

mantera said...

bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.

mantera said...

tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

mantera said...

sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun (Bekas Presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

mantera said...

rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels