9 January 2013

PRU-13: BN Pasti Bangkit: Muhyiddin

Selepas melalui apa yang dikatakan "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

"Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.

"Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya.

Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

"Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk," katanya.

Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

"Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

"Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.

"Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang. 

Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum. - Bernama

23 comments:

Anonymous said...

Harap-harap BN akan teruskan membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.

Anonymous said...

Rakyat Malaysia haruslah terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

Anonymous said...

BN tidak pernah lupa tanggungjawab mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

Anonymous said...

Rakyat patut melihat sendiri pembangunan yang pernah dibawa oleh kerajaan.

Anonymous said...

Janganlah mudah terpengaruh oleh hasutan pihak pembangkang untuk membenci kerajaan.

Dbawahbayu said...

A government must instill trust and confidence in the people so that they have confidence in the government

Dbawahbayu said...

the government have to be transparent and to tell the truth to the people

Dbawahbayu said...

janganlah mudah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pihak pembangkang

Dbawahbayu said...

Masa depan Sabah berada ditangan rakyat sendiri untuk menentukannya.

Dbawahbayu said...

Dan, demi masa depan generasi yang akan datang, rakyat harus membuat penilaian dan mengundi dengan lebih bijak.

Hinamori said...

Sokongan padu yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional amat penting kerana ini memastikan supaya segala perancangan yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan mengikut keperluan dan kehendak rakyat.

Hinamori said...

Melalui sokongan padu rakyat kepada kerajaan, rakyat akan terus menerima limpahan pembangunan di setiap kawasan

Hinamori said...

Kawasan luar bandar kini banyak perubahan positif dibawah Kerajaan Barisan Nasional kerajaan

Hinamori said...

Kemudahan asas seperi bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya telah dibangunkan secara berperingkat dan banyak kemudahan itu telah dinikmati oleh rakyat

Hinamori said...

rakyat harus terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN secara berterusan demi kesinambungan pembangunan.

Hinamori said...

Rakyat jangan mudah tertipu dan terpengaruh dengan pihak pembangkang yang mengatakan tiada projek pembangunan dilakukan oleh kerajaan selama memerintah.

Hinamori said...

Kerajaan BN telah banyak mengotakan janji kepada rakyat termasuklah membangunkan kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan dari arus pembangunan sekian lama

Hinamori said...

pembangkang hanya tahu bercakap bohong dan menabur fitnah terhadap Kerajaan BN kepada rakyat

Hinamori said...

rakyat diharap tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata pembangkang yang hanya memutar belit fakta dan bercakap kosong.

Hinamori said...

Rakyat perlu sedar dimana hanya kerajaan BN sahaja yang secara berterusan membantu rakyat dan menyediakan pelbagai projek pembangunan untuk kepentingan rakyat

Hinamori said...

Sokongan berterusan dari rakyat akan memberi mandat berterusan pada BN

mantera said...

BN pasti akan bangkit dan kuat semula seperti dahulu.

mantera said...

BN akan terus menjaga hal ehwal rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels