14 January 2013

PRU-13: Hanya Calon Yang Punya Sentuhan Akar Umbi-Winnable Candidate

PRU-13 merupakan IBU kepada semua Pilihanraya negara ini. Anggapan ini bukan sahaja dimata rakyat biasa akan tetapi juga dikalangan pucuk pimpinan negara.

Teka teki kapan PRU-13 bukan merupakan persoalan lagi, kerana 28 April 2013 merupakan tarikh Dewan Rakyat secara automatik terbubar dengan sendirinya.

Kalaupun Perdana Menteri mengmbil keputusan membubarkan Dewan Rakyat, setidaknya menjelang minggu ketiga bulan Februari, kerana Tahun Baru Cina akan jatuh pada 10 Februari.

Pada PRU-13 akan dipertandingkan sejumlah 222 kerusi parlimen dan 595 kerusi dewan undangan negeri yang meliputi Perlis hinggalah ke Sabah, kecuali Sarawak yang mempertandingkan kerusi parlimen.

Tulisan Suara Rakyat yang mengesahkan Kasus Rafael, bahawa calon-calon yang dijangka menang adalah calon-calon yang mempunyai sentuhan akar umbi.

Suara Rakyat yakin, seluruh calon-calon Bn yang dikemukakan nanti adalah mereka yang terdiri daripada calon-calon yang mempempunyai sentuhan akar umbi, kerana jika tidak, ada kemungkinan calon-calon itu bakal kecendung.

Pada kali ini, calon-calon bidan terjun, sayogianya dihindarkan, kerana kita tidak mahu berlaku keadaan tahun 2008, di mana calon-calon payung terjung hampir kesemuanya kecundang, dan yang menangpun hanya mendapat majoriti yang marjinal.

Bagi Sabah, penulis yakin Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi Bn negeri Datuk Musa Aman telah mengambil tindakan awal berhubung perkara ini, agar supaya status negeri ini sebagai Simpanan tetap Bn terus menyerlah.

Datuk Musa telah menunjukkan pada PRU-2004 dan 2008, Bn Sabah mampu menang dengan bergaya. Diharapkan pada PRU kali ini, beliau mampu mempertahankan status itu.

Kerja keras para pemimpin negeri termasuk pemimpin negeri yang berstatus nasional, akan diuji pada kali ini, kerana situasi politik tanah air agak berbeza dengan keadaan sebelum ini.

Pada kali ini, pembangkang kelihatannya cukup bersedia berdepan dengan Bn, baik daripada segi jentera mahupun kewangan.

Penguasahaan negeri selangor dan Pulau Pinang oleh pembangkang, sedikit sebanyak membantu mereka dalam pengumpulan dana pilihanraya. Hanya kepakaran dan pengelaman Bn berdepan dengan 12 kali pilihanraya membezakan antara Bn dan PR.

Bagi Sabah, gandingan Musa, Salleh dan para pemimpin lainnya menentukan kejayaan Bn pada PRU-13.

39 comments:

Irina ShaQ said...

Setiap anggota BN perlu bersedia berkorban dengan melupakan segala ketidakpuasan hati yang menimbulkan perpecahan terutama di peringkat bahagian, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Irina ShaQ said...

Pengorbanan tersebut amat penting untuk dilaksanakan setiap anggota parti bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberi terhadap usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN).

Irina ShaQ said...

Masalah dalaman di bahagian masing-masing mesti dihapuskan ataupun dikurangkan, kerana jika tidak ia akan memberi kesan kepada (keputusan) pilihan raya nanti.

Irina ShaQ said...

Bagi mereka (anggota BN) yang benar-benar sayangkan parti yang ingin parti menang, tentu akan dapat mengorbankan sedikit sebanyak apa-apa yang menimbulkan keraguan atau masalah terhadap diri mereka, untuk kebaikan parti

Irina ShaQ said...

Jika anggota parti tidak dapat melupakan segala ketidakpuasan hati yang dirasai, kemungkinan menjelang pembubaran Parlimen nanti, akan menimbulkan suasana kelam kabut yang boleh memberi kesan terhadap aktiviti kempen parti.

Irina ShaQ said...

Kalau kita dapat melakukan pengorbanan ini (melupakan perasaan tidak puas hati) apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan sahaja pembubaran Parlimen, kita sudah boleh laksanakan tanggungjawab, walaupun sekarang ini kita sudah boleh laksanakannnya.

Irina ShaQ said...

Kita tidak mahu dalam tempoh berkempen nanti selepas pembubaran Parlimen, kita membuang masa dua atau tiga hari, bagi membetulkan calon atau sebagainya, ini tidak boleh kita amalkan, kita tidak boleh gunakan tempoh masa yang amat penting ini untuk menyelesaikan masalah dalaman,

Irina ShaQ said...

AnggotaBN diingatkan agar tidak melakukan sabotaj terhadap parti dan perlu sentiasa merenung dan memikirkan nasib parti selepas PRU-13 nanti.

Qistina Morea said...

Jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri Sabah sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 bila-bila masa, kata Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Qistina Morea said...

"Kesemua bahagian Umno di negeri ini telah bersedia," kata Musa.

Qistina Morea said...

"Setelah diberi taklimat oleh kedua-dua ketua bahagian, saya amat berpuas hati tentang segala persiapan yang telah diatur di kedua-dua bahagian berkenaan," katanya lagi.

Qistina Morea said...

Musa berkata seperti biasa calon BN khususnya Umno, akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Siapa sahaja yang dicalonkan oleh Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, kita harus terima secara terbuka dan memberi sokongan kepada calon berkenaan," kata Musa.

Qistina Morea said...

Musa menasihatkan semua pemimpin politik di negeri itu mengelakkan sebarang perselisihan faham demi memastikan kemenangan cemerlang BN pada pilihan raya akan datang.

Qistina Morea said...

"Segala perselisihan dan permasalahan yang ada harus diselesaikan seberapa segera untuk memastikan kemenangan," tegas beliau.

Qistina Morea said...

Calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri.

Qistina Morea said...

Namun begitu, Tun M berkata penilaian dan pandangan tersebut kemungkinan bercanggah dengan kehendak anggota parti dan menimbulkan masalah ‘mencantas calon’ dalam pilihan raya.

Qistina Morea said...

“Selain itu, ia menjadi satu amalan apabila mereka yang gagal dipilih atau dicalonkan bertindak untuk mencantas mereka yang dicalonkan untuk memastikan orang itu kalah dalam pilihan raya.

Qistina Morea said...

“Sehubungan itu, apabila parti yang menentukan calon, semua harus memberikan sokongan penuh untuk memastikan calon tersebut menang dalam pilihan raya,” katanya.

Qistina Morea said...

Dr Mahathir berkata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) harus menerangkan kepada bakal-bakal calon untuk meraih sokongan di akar umbi.

Qistina Morea said...

“Justeru itu, adalah lebih baik untuk memastikan parti yang meraih kemenangan agar rakyat yang dapat nikmat,” katanya.

Unknown said...

Semoga parti pemimpin asal akan berjaya mengekalkan tempat mereka setelah PRU-13.

Unknown said...

Tidak dinafikan calon-calon yang mempunyai sentuhan akar umbi lebih berpeluang menang.

Unknown said...

Diharapkan pemilihan calon untuk setiap kawasan dibuat secara teliti untuk memastikan kemenangan dicapai.

Unknown said...

Itu juga untuk memastikan tiada calon yang bakal kecendung.

Unknown said...

Calon-calon haruslah memulakan jentera masing-masing untuk memenangi sokongan rakyat.

unknown said...

For sure we want a winnable candidate.

unknown said...

Calon yang dipilih harus lah bersesuaian.

unknown said...

We want someone we can help us out.

unknown said...

And certainly someone we can trust.

unknown said...

Lagipun PRU13 akan menjelang tiba makanya harus.

unknown said...

Rakyat inginkan calon yang berkaliber.

unknown said...

Plus, resolve all the matters first before making the next step.

unknown said...

Dalam masa yang sama seorang yang tahan tukul.

unknown said...

Dan jangan sesekali mengkhianati kami di sini.

unknown said...

Stop the fantasy and work intelligently.

unknown said...

Sentuhan akar umbi.

unknown said...

HANYA CALON PUNYA SENTUHAN AKAR UMBI YA.

mantera said...

pilih calon yang terbaik, pemilihan calon jg menentukan kemenangan.

mantera said...

semua ahli jg harus memberi sokongan kepada calon.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels