20 January 2013

PRU-13: Masih Relevan Kah Kuasa 2/3?

MASIH relevan kah kuasa 2/3 dewan rakyat? 

Rakyat negara ini menyaksikan dua Perdana Menteri terpaksa meletakan Jawatan kerana faktor kuasa 2/3 dewan rakyat. Pertama berlaku pada Perdana Menteri Pertama, dan kedua kepada Perdana Menteri Ke lima.

Diramalkan, sekali lagi Perdana Menteri akan terpaksa meletakan jawatan selepas PRU-13, kerana Bn hanya mampu mempertahankan status quo keputusan PRU-12.

Pada PRU-12, Bn kekurangan 8 kerusi dewan rakyat untuk meneruskan kuasa 2/3 dewan rakyat.

Kalaulah benar, jangkaan beberapa pihak, bahawa Bn hanya mampu menang pada PRU-13, akan tetapi kuasa 2/3 dewan rakyat kononnya mustahil dicapai atas sebab senario politik tanah air yang sudah berubah, maka jika ikut tradisi, Najib terpaksa melepaskan jawatan.

Sampai bila perkara ini berterusan? apa kah juga selepas PRU-14, jika Bn masih juga menang bukan dengan kemenangan 2/3 dewan rakyat, maka Perdana Menteri juga perlu meletakan jawatan? kalaulah demikian kejadiannya, maka elok dihadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada satu penggal.

Jika dilihat pada keputusan-keputusan PRU-PRU yang lalu, sebenarnya dari segi undi popular, Bn jarang memperoleh undi 2/3, namun daripada segi kerusi jawpannya ya.

Pada PRU-12, misalnya.. di Semenanjung Bn mendapat undi popular 47 peratus berbanding PR 49, namun daripada segi jumlah kerusi Bn semanjung mendapat 85 berbanding PR 80. Secara keseluruhan pada PRU itu, Bn mendapat undi popular 50.2 peratus dengan jumlah kerusi 140 daripada 222. kalau dilihat daripada jumlah kerusi, Bn mendapat 63.06 peratus walaupun undi popular hanya 50.2 peratus.

Kuasa 2/3 dewan rakyat yang diperoleh BN, sebenarnya berpunca daripada pertambahan kerusi akibat persempadanan. Misalnya pada PRU-11, Bn medapat 64 peratus daripada jumlah kerusi berbanding pertambahan jumlah kerusi 90 peratus.

Najib berdepan dengan PRU-13, dengan tidak berlaku bersempadan semula pilihanraya, ertinya jumlah kerusi yang dipertandingkan tetap sama dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan pada PRU-12, samada di peringkat Parlimen mahupun dewan undangan negeri.

Jangan lupa, bahawa terdapat 17 parlimen diseleuruh negara dimenangi oleh calon-calon samada daripada Bn mahupun PR dengan undi majoriti kurang daripada 1000, sementara sebanyak 63 kerusi parlimen adalah kerusi campuran berbagai etnik.

Jika berlaku peralihan pola pengundian, kedua belah pihak mungkin mampu memang pada 17 kerusi parlimen, atau mempertahankan status quo seperti tahun 2008. Sebagai misalan, Parlimen Sandakan di Sabah, hanya dimenangi oleh calon Bn dengan majoriti 179, itupun kerana berlaku pertandingan tiga penjuru. 

Di sebahagian Parlimen yang termasuk dalam 17 kawasan itu, kalau dikira betul-betul, undi calon-calon yang kalah kalau dijumlahkan jauh lebih banyak berbanding dengan undi calon-calon yang menang; jika pada PRU-13 berlaku SATU LAWAN SATU, disinilah sukar diramal, ke arah mana trend pengundian.

PRU-13 dihadapi Bn dengan berbagai Transformasi, baik dalam politik, ekonomi dan sosial. Sebenarnya Bn telah berubah begitu banyak, walaupun dikatakan telah memerintah sejak merdeka lagi.

Walaupun Bn memerintah lebih setengah abad, namun perubahan-perubahan terus belaku dalam gabungan 14 parti itu, berlainan dengan pembangkang yang hanya bergantung kepada pemimpin lama mereka. Sebagai mislan, Lim kit Siang adalah pemimpin utama DAP, meskipun, Bn telah menukar 5 ketua kerajaan. Demikian juga PAS, parti itu berdekad mempertahankan Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am, dan kini dikhabarkan akan bertanding kerusi parlimen, walaupun secara fizikal telah uzur.

PRU-13 merupakan ibu kepada semua PRU di negara ini, atas sebab itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, jika Bn hanya menang mempertahankan status quo tahun 2008, kemenangan itu adalah kemenangan kosong, kerana kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang lemah.

Jika kerajaan yang dibentuk bukan dengan kuasa 2/3, maka rakyat yang dirugikan, kerana kerajaan yang ada itu tidak mampu berkerja, kerana akan sibuk mempertahankan kuasa politik. 

Parti manapun yang membentuk kerajaan yang bukan kuasa 2/3 akan mengekang pentadbiarannya, kerana selalu terhalang dengan perasaan takut tidak popular. Pada keadaan itu, banyak kemudaratan akan berlaku pada negara, akibatnya bukan sahaja negara rugi, malah rakyat secara keseluruhan.

60 comments:

Blackforest said...

Datuk Seri Najib Tun Razak BN akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga di Parlimen jika ahli-ahli Umno tidak mengamalkan sabotaj dan menerima calon yang dipilih oleh parti bertanding PRU ke-13.

Blackforest said...

Ia dilihat sebagai kenyataan terbuka kali pertama diperkatakan oleh Najib sepanjang hampir dua tahun lalu, ketika beliau menggerakkan program transformasi politik dan ekonomi negara.

Blackforest said...

Najib juga berkata, beliau sudah tidak bimbang ancaman dan halangan dari luar parti apabila menghadapi PRU13.

Blackforest said...

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya d

Blackforest said...

Apabila diminta menceritakan apa yang dimaksudkn "sikit yang dikhuatiri" oleh Pengerusi Tetap Umno, Najib menjawab, "yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."

Blackforest said...

Peluang BN untuk memenangi majoriti 2/3 pada PRU ke-13 dilihat cerah berdasarkan beberapa faktor, termasuk dasar transformasi kerajaan yang dilakukan oleh BN semenjak diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Blackforest said...

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron, tranformasi di dalam pentadbiran kerajaan, termasuk di dalam UMNO yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib telah menambahkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN untuk terus mentadbir negara.

Blackforest said...

“Kita dapat lihat hari ini, dengan kepimpinan Datuk Seri Najib kestabilan politik dan ekonomi bertambah baik. Kewibawaan kepimpinan beliau, serta dasar kerajaan yang menepati janji merupakan faktor-faktor utama yang saya yakin, bahawa BN mempunyai peluang besar untuk memperolehi majoriti 2/3 pada PRU yang akan datang.

Blackforest said...

“Berdasarkan faktor tersebut, termasuk juga dengan beberapa faktor tambahan lagi seperti sistem yang tersusun, pengalaman dalam pentadbiran, mengekalkan kestabilan dan keharmonian merupakan elemen-elemen penting yang memberikan kelebihan kepada BN berbanding dengan pakatan pembangkang,” jelasnya

Blackforest said...

Jika dilihat daripada struktur pentadbiran pula, UMNO dan BN lebih tersusun bermula daripada peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat pengurusan tertinggi.

Blackforest said...

“UMNO dan BN sudah lebih 50 tahun mentadbir negara, sudah tentulah ia mempunyai sistem yang lebih tersusun dan sistematik berbanding pembangkang. Perkara ini tidak wujud dalam Pas, DAP dan PKR.

Blackforest said...

“BN dan UMNO juga dilihat mempunyai strategi pentadbiran yang lebih baik berbanding dengan pakatan pembangkang. BN merangka strategi jangka masa panjang untuk memakmurkan negara dan rakyat di negara ini. Tetapi pembangkang pula, hanya mendendangkan janji-janji yang tidak munasabah kepada rakyat semata-mata untuk meraih undi. Namun bila sudah berkuasa, mereka lupa akan janji-janji mereka pada rakyat,” ujarnya.

Blackforest said...

Justeru itu beliau menaruh keyakinan, berdasarkan faktor-faktor kestabilan, keharmonian dan pengalaman yang dimiliki oleh BN dalam mentadbir negara, BN mempunyai peluang yang amat baik untuk meraih majoriti 2/3 dalam PRU yang akan datang tidak lama lagi.

Blackforest said...

“Perlu diingatkan juga, ahli-ahli BN, khususnya UMNO perlu akur kepada keputusan tertinggi parti terutama dalam bab calon. Kita tidak boleh berbalah sesama sendiri di mana ia akan merugikan parti yang mana akan memberi kesan terhadap agama, bangsa dan negara. Sekiranya tidak berlaku sebarang sabotaj, InsyaAllah BN akan mendapat semula majoriti 2/3 pada PRU kali ini,” tegas beliau.

John Winchester said...

Datuk Seri Najib Tun Razak percaya majoriti dua pertiga pasti menjadi milik Barisan Nasional (BN) jika semua ahli UMNO dan parti-parti komponennya sepakat menyokong calon pilihan raya yang dipilih pucuk pimpinan.

John Winchester said...

Presiden UMNO itu percaya pakatan pembangkang tidaklah sekuat mana, tetapi cuma yang dikhuatirkan beliau adalah persengketaan dalam isu pilihan calon.

John Winchester said...

Presiden UMNO itu, beliau memang menaruh kepercayaan tinggi bahawa kebanyakan perwakilan dalam dewan perhimpunan merupakan penyokong tegar parti

John Winchester said...

BN perlu memastikan kemenangan majoriti dua pertiga bagi membentuk sebuah kerajaan yang mantap dan kuat.

John Winchester said...

dengan adanya sebuah kerajaan yang mantap dan kuat, pelaksanaan dasar dan hala tuju negara akan dapat dijalankan dengan sempurna.

John Winchester said...

pengalaman beberapa negara dunia di mana kerajaan yang tidak begitu tinggi majoritinya, jelas menunjukkan bahawa keupayaan negara itu untuk maju ke depan telah terjejas.

John Winchester said...

Memenangi pilihan raya kali ini boleh menentukan nasib negara, ke arah mana yang kita akan tuju, pembangunan corak macam mana, adakah yang mundur, terbantut atau yang meningkat

John Winchester said...

Seluruh rakyat di negeri ini diseru terus memberi mandat dua pertiga kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

John Winchester said...

sokongan padu seluruh rakyat berbilang kaum di negeri ini terhadap BN itu amat perlu bagi memastikan kesinambungan Melaka melakar pelbagai kejayaan sepanjang 2012 dapat dikekalkan pada 2013.

John Winchester said...

dasar dan transformasi yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu Melaka mencipta pencapaian cemerlang yang cukup memberangsangkan.

Bea Raymond Kisil said...

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mengingatkan masyarakat di negeri itu agar tidak melakukan eksperimen politik dengan memilih kerajaan yang belum diuji pada pilihan raya umum ke-13.

Bea Raymond Kisil said...

Katanya masyarakat mesti menilai usaha yang dilaksana kerajaan sedia dalam membawa kemakmuran kepada negeri dan negara, serta menolak dakyah yang cuba memperkecilkan usaha itu

Bea Raymond Kisil said...

“Kita perlu mengambil iktibar daripada negara yang tidak stabil kepimpinan politiknya.

Bea Raymond Kisil said...

“Hanya parti politik yang telah diuji dan dapat bertahan semenjak zaman merdeka sahajalah yang berupaya mewujudkan kerajaan yang stabil serta menjamin kesejateraan rakyatnya tanpa mengira kaum ke arah pembentukan masyarakat yang adil,” katanya.

Bea Raymond Kisil said...

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan pegawai dan tenaga kerja kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya di Wisma Pertanian, dekat sini

Bea Raymond Kisil said...

Beliau berkata pembangunan yang rakyat kecapi sekarang tidak datang dengan begitu sahaja, sebaliknya kerana kewujudan kerajaan yang stabil dan pengendali jentera kerajaan termasuk penjawat awam yang cekap dan profesional.

Bea Raymond Kisil said...

“Jentera kerajaan termasuk penjawat awam sedia ada digunakan dengan sebaik mungkin untuk tujuan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Keutamaan kerajaan selalu tertumpu kepada penggunaan sumber kewangan dengan teratur melalui perancangan yang sistematik dan peningkatan kecekapan jentera pentadbiran.

Bea Raymond Kisil said...

“Bagaimanapun, perkara ini sukar direalitikan jika politik kita kucar-kacir, keamanan di antara kaum sentiasa tegang dan pencabulan undang-undang berleluasa,” katanya.

Bea Raymond Kisil said...

Menurutnya kerajaan yang kukuh akan lumpuh jika pelbagai tunjuk perasaan, perarakan dan penyebaran khabar angin yang tidak berasas berlaku di negeri itu.

Bea Raymond Kisil said...

“Akhirnya negeri ini jatuh miskin kerana pelabur menjauhkan diri, pelancong tidak datang dan kesukaran mencari pekerja mahir kerana pekerja tidak datang bekerja di negeri yang tidak aman,” katanya yang menyeru pengundi Sabah terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang.

unknown said...

For sure it is relevant.

unknown said...

GE is around the corner.

unknown said...

Apa guna guna kekerasan?

unknown said...

The industrial parks being developed in Kuantan and in Qinzhou, China, can pave the way for a higher level of sustainable economic relations between Malaysia and China, says Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

unknown said...

He said the Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) and its twin industrial park, Qinzhou Industrial Park, can be instrumental in forging a vibrant economic collaborations between the two friendly nations.

unknown said...

The two parks and the entry of foreign investors from throughout the world will also boost growth of the small and medium enterprises (SMEs).

unknown said...

SMEs’ growth will not only create more job opportunities but also attract the youth, who previously have to migrate to other states to find jobs, to come back to work in their own state.

unknown said...


“The people in Pahang, including those residing in west Pahang such as in Bentong, Raub and Lipis, will enjoy ample job opportunities

unknown said...

The minister said the two parks, being developed with the support of the private sector, would help promote investment inflows which would be beneficial to both countries.

unknown said...

The industries invited for MCKIP are plastics and metal equipment manufacturing, automotive parts, electronics components and information and communications technology, he said.

mantera said...

rakyat menentukan samada wujud kuasa 2/3 lagi atau tidak.

Hamdan Hadillah said...

Rakyat perlulah terus yakin dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan BN.

Hamdan Hadillah said...

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi harapan baharu kepada golongan muda di negara ini untuk menikmati masa depan yang lebih cerah.

Hamdan Hadillah said...

Sambil menyebut bantuan RM100 kepada pelajar dan baucer buku bernilai RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi sebagai contoh, beliau berkata generasi muda menyambut baik dasar yang diperkenalkan Najib sejak beliau mula mengambil alih teraju pentadbiran negara.

Hamdan Hadillah said...

Jelas sekali, dasar yang diperkenalkan Najib memberi manfaat kepada golongan muda.

Hamdan Hadillah said...

Mereka melihatnya sebagai praktikal untuk dilaksanakan, sejajar dengan agenda transformasi kerajaan.

Hamdan Hadillah said...

Menyeru golongan muda, termasuk anggota Puteri Umno supaya memahami dasar kerajaan dan menerangkannya kepada rakan sebaya mereka, terutama tentang misi Najib untuk menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Hamdan Hadillah said...

Penerimaan golongan itu amat penting bagi Barisan Nasional (BN) kerana pengundi muda merangkumi lebih 40 peratus daripada jumlah pemilih pada pilihan raya umum akan datang.

Hamdan Hadillah said...

Semoga Datuk Najib Razak akan diberi mandat untuk menjadi PM kita semula selepas PRU-13. Untuk menikmati masa depan yang cerah bersama.

Hamdan Hadillah said...

Golongan muda memang penting untuk menentukan kemenangan sesuatu parti semasa PRU-13, semoga BN mampu mendapatkan sokongan daripada mereka.

Hamdan Hadillah said...

Kalau ikut cara pembangkang-memberi pendidikan percuma untuk golongan muda yang masih bersekolah, rasanya sukar untuk ditunaikan.

Hamdan Hadillah said...

Antara pemimpin2 terdahulu, Najib lebih menyerlah dikalangan belia2 muda.. beliau saja yang aktif bersama2 belia dan juga aktif menganjurkan program2 khas untuk golongan belia..

Hamdan Hadillah said...

Datuk Seri Salleh Said Keruak menyangkal dakwaan pembangkang akan berlaku tsunami politik atau kebangkitan rakyat di Sabah, menegaskan Barisan Nasional (BN) berada di landasan betul untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Hamdan Hadillah said...

Yang pastinya, BN mungkin menghadapi cabaran hebat, terutama sekali di kawasan bandar dan sub bandar tetapi majoriti rakyat di Sabah masih lagi menyokong BN untuk mentadbir negeri ini dan negara.

Hamdan Hadillah said...

Sudah tentu tidak akan terjadi tsunami politik atau kebangkitan rakyat di Sabah. Ia semata-mata propaganda politik untuk mewujudkan kesangsian atau kekeliruan di kalangan pengundi. Hakikatnya BN masih utuh dan padu.

Hamdan Hadillah said...

aya percaya apa yang terjadi di Semenanjung dalam pilihan raya umum 2008 tidak akan berlaku di Sabah. Yang nyata, landskap politik seluruh negara telah jauh berubah dalam masa empat tahun yang lepas di bawah pimpinan Najib.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels