29 January 2013

PRU-13: Sentuhan-sentuhan akhir Musa Aman

BAGI berdepan dengan PRU-13, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah, melakukan sentuhan-sentuhan akhir dengan berjumpa  para pengundi di merata tempat melalui walkabout.

Tumpuhan walkabout adalah di kawasan-kawasan kaum cina, atas sebab kawasan-kawasan ini merupakan rebutan utama antara parti pembangkang terutama DAP dan SAPP.

Pada PRU-12, ada beberapa kawasan samada parlimen mahupun dun dimenangi dengan majoriti di bawah 1000 undi, malah ada kawasan parlimen yang hanya dimenangi dengan majoriti 179 undi. Malah ada kawasan-kawasan yang dimenangi atas sebab berlakunya berbagai penjuru, misalnya Dun Likas, kalau dijumlahkan undi pembangkang, maka undi pembangkang jauh lebih banyak berbanding undi yang diperolehi  calon Bn, demikian juga di dun Inanam.

Dengan mengambil iktibar kepada keputusan PRU-12, maka Datuk Musa yang merupakan pengerusi bn negeri, melakukan sentuhan-sentuhan akhir, dengan tujuan menyelesaikan isu-isu semasa yang bergayut di kawasan-kawasan itu, disamping mendengar dengan sendiri permasalahan utama pengundi.

Umum mengetahui, bahawa sejak Musa mengetuai Pilihanraya Sabah, Bn Sabah hanya pernah kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi dun, samada melalui PRU-2004 dan PRU-2008.

Untuk ketiga kalinya, pada PRU-13 ini, sekali lagi Musa akan mengetuai jentera Bn Sabah berdepan dengan pilihanraya, yang dikatakan IBU kepada semua pilihanraya.

Bagi kawasan-kawasan yang ditandingi calon-calon Umno, berasaskan kecenderungan masa kini, Bn Sabah tiada masalah dan dijangka menang 100 peratus. Hanya bagi kawasan-kawasan kaum cina, terutama Parlimen Kota kinabalu dan Sandakan, Dun Likas, Luyang, Inanam, kepayan, Tanjong Aru, Sri Tanjong, Bn akan berdepan dengan saingan sengit daripada pihak pembangkang.

Penulis yakin, Musa mempuyai kaedahnya sendiri, atas sebab itu, sejak akhir tahun lalu dan berlarutan hingga kini, beliau melakukan aktiviti turun padang termasuk walkabout.

Difahamkan juga seluruh jajaran kepimpinan Bn, sudah turun padang begitu kerap, selain memberi penerangan/penjelasan, juga melakukan pemantuan, mana-mana janji Bn yang belum terealisasi.

Semua bahagian parti komponen bn di seluruh negeri, telah mengerakan Pusat Daerah Mengundi, termasuk mengaktifkan "war room" masing-masing.

Selain itu, Musa juga telah begitu aktif dalam dunia siber, terutama Facebook dan twitter. Melalui penggunaan media alternatif ini, rakyat dengan begitu cepat mengetahui tindakan/aktiviti apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah itu. Selain itu, beliau juga dengan pantas menjawab dengan sendiri permasalahan/pertanyaan daripada rakan-rakan fb mahupun twitter.

Pemanfataan media alternatif oleh para pemimpin, membuatkan mereka terasa dekat dengan rakyat. 

24 comments:

Qistina Morea said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menasihati para pemimpin BN negeri supaya tidak “ghairah” untuk meminta supaya parti yang mereka wakili diberi lebih kerusi menjelang pilihan raya.

Qistina Morea said...

"Ini bukan pertama kali kita menghadapi pilihan raya. Kita sudah banyak kali menghadapi pilihan raya. Apabila pilihan raya umum sudah diumumkan, kita duduk dan bincang dan selalunya kita selesaikan dengan mudah."

Qistina Morea said...

“Jadi sekarang ini, janganlah kita gaduh-gaduh, janganlah kita “cakap macam-macam” yang boleh mengeruhkan keadaan. Keadaan kita di BN Sabah ini sentiasa baik, ada ikatan persahabatan dan mesra dan janganlah kita rosakkan ini hanya kerana mau kerusi lebih,” katanya.

Qistina Morea said...

Sehubungan itu, beliau mahu BN Sabah, terutama wakil rakyat melipatgandakan usaha turun padang bagi membela nasib rakyat.

Qistina Morea said...

"Janganlah kita terlalu ghairah atau risau siapa dapat kerusi banyak dan siapa dapat kerusi kurang. Yang penting kita turun padang dan berusaha menolong dan mengetahui masalah rakyat."

Qistina Morea said...

“Kalau rakyat tahu kita sentiasa mengambil perhatian masalah mereka, saya percaya BN sentiasa menjadi pujaan rakyat di Sabah,” katanya.

Qistina Morea said...

Musa juga yakin, dengan adanya pendekatan sedemikian sejajar dengan konsep 1Malaysia, kerajaan BN akan meraih kemenangan besar seperti yang dicapai pada pilihan raya umum yang lepas.

Hidup Di Sabah said...

Semakin dekat PRU13 semakin hangat isu-isu politik mula dimainkan oleh pihak pembangkang. Namun perlukan kita menukar kerajaan untuk sekadar mencuba, merasa dan ujian untuk kerajaan baru. Rasanya tidak perlulah. Apa guna kalau kita merana akan datang selama 5 tahun dan negara menghadapi masalah. Perlukah kita merasa semua itu?

Hidup Di Sabah said...

Jika sudah musnah rasanya amat sukar untuk diperbetulkan. Apatah lagi jika perpaduan kaum telah hancur. Bukannya mudah untuk mengecapi semua itu, ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang telalu lama untuk mengecapinya.

Hidup Di Sabah said...

Apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman itu adalah betul. Datuk Musa mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai bahan uji kaji untuk menukar kerajaan.

Hidup Di Sabah said...

Sebelum ini Datuk Musa berkata rakyat harus bijak membuat keputusan agar terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan bersama seterusnya dapat memastikan kesinambungan perancangan untuk pembangunan negara.

Hidup Di Sabah said...

Menurutnya jika rakyat terus bersatu mengekalkan perpaduan, bersatu dan tetap setia kepada kerajaan walaupun dicemari dengan fitnah parti pembangkang, sudah tentu keamanan negara akan terus wujud serta bebas daripada kucar-kacir.

Hidup Di Sabah said...

Jadi fikirkan demi masa hadapan generasi akan datang. Jika perpaduan dan keharmonian rakyat ini musnah, maka generasi kita tidak akan dapat merasanya dan hanya tingal sejarah untuk mereka. Perlulah kita terus menyokong kerajaan BN kerana inilah pilihan yang terbaik untuk rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk bersara dari dunia politik.

Hidup Di Sabah said...

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya rakyat negara ini tidak bergantung hanya kepada seorang individu bagi membela masa depan mereka.

Hidup Di Sabah said...

Saya yakin rakyat Malaysia khususnya Sabah lebih percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Anwar dan jika dia mahu bersara tidak perlu tunggu sehingga selepas pilihan raya.

Hidup Di Sabah said...

Beliau diminta mengulas mengenai wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13 dan akan kembali mengajar.

Paquin said...

Saya juga yakin Musa pasti akan mendpaat sokongan penuh rakyat kerana beliau tidka pernah berhenti berusaha membuktikan dirinya adalah CM yang terbaik.

Paquin said...

Usah tunggu pilihan raya untuk dekati rakyat: Musa Aman

Barisan Nasional (BN) Sabah tidak seharusnya menunggu kemunculan pilihan raya sebagai alasan bekerja untuk rakyat.

Paquin said...

Usah tunggu pilihan raya untuk dekati rakyat: Musa Aman

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi BN negeri, sebaliknya berkata jentera BN seharusnya sentiasa mendekati rakyat dan mendengar rintihan mereka.


"Sama ada pilihan raya jadi atau tidak, BN sentiasa bekerja, sentiasa turun padang dan mendekati rakyat.

"Kita perlu terus mengadakan kerjasama dengan pegawai daerah, wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk mengetahui masalah rakyat yang memerlukan bantuan dan pembelaan," katanya.

Paquin said...

Usah tunggu pilihan raya untuk dekati rakyat: Musa Aman

Musa turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendengar rintihan rakyat negeri ini dan menyediakan peruntukan besar bagi membolehkan kerajaan negeri terus merangka pelbagai strategi membantu rakyat di Sabah.

Paquin said...

Jika semua komponen BN mendekati rakyat dengan ikhlas, maka kemenangan pasti akan berpihak kepada BN juga:) Apapun, sama-sama kita lihat nanti.

mantera said...

rakyat pasti akan terus sokong Musa Aman.

mantera said...

Musa byk bawa pembangunan kepada Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels