28 January 2013

PRU13 Sabah: Nizam Abu Bakar Titingan salah seorang muka baru

DALAM politik semuanya berkemungkinan. Paling utama yang mesti ada pada seseorang calon itu adalah keupayaan dan merit yang ada padanya.

Nizam Datuk Abu Bakar Titingan membuktikan keupayaannya dalam tangga kepimpinan parti. Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Sabah, dan kini sebagai Naib Ketua Bahagian  UmnoTawau.

Di kawasannya baik di Bahagian Tawau mahupun Kalabakan, nama Nizam bukan asing pada rakyat di dua kawasan itu.

Untuk memasarkan namanya, jentera parti tidak sukar melakukannya, kerana namanya telah melekat pada rakyat akar umbi.

Sejak empat tahun lalu, ramai pengundi, malah pemimpin setempat, mahukan agar Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu diberi peluang mewakili mereka. jika demikian permintaan rakyat itu, maka para pengundi di kawasan itu, meminta pucuk pimpinan parti agar memberi peluang kepada pemimpin pelapis itu.

Kalau diberi peluang menjadi calon pada PRU-13, Nizam adalah winnable candidate samada bagi DUN N.59 Tanjung Batu atau DUN N.58 Merotai atau Dun N. 60 Sebatik. Namun, kawasan yang sangat sesuai bagi beliau adalah kawasan N.59 Tanjong Batu.

Adalah rahsia pemimpin Bn, bahawa kawasan Tanjong Batu, walaupun kawasan itu kawasan simpanan tetap Bn, namun pencapaian wakil rakyat yang ada dianggap kurang menyerlah sepanjang perkhidmatannya; terutama di gugusan Felda Umas-Umas. Keadaan ini menimbulkan kesangsian kepada jentera pilihanraya Bn bagi mengdahapi PRU-13, kerana terlalu banyaknya isu yang perlu dijawab.

Bagi berdepan ibu kepada pilihanraya negara ini, maka syogianya Bn perlu meminimakan perkara-perakara yang mengurangkan kemenangan calon-calon yang dikemukakan.

Dun Tanjong Batu yang mempunyai sekitar 13 ribu pengundi berdaftar, terdiri daripada 88 peratus bumiputera islam dan selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain termasuk cina 5 peratus.

Bagi Bn, siapapun yang akan diletakan pada kawasan itu, akan menang mudah, dengan syarat bahawa calon itu disukai rakyat, ertinya calon itu adalah calon pilihan rakyat.

Adalah dikhuatiri, walaupun kawasan itu mempunyai pengundi yang terdiri  88 peratus bumiputera islam, namun jika Bn tersalah letak calon, ada kemungkin calon itu boleh kalah, kerana tindakan protes.

Dun Tanjong Batu, adalah kawasan yang agak unik, kerana sejak tahun 1994, wakil-wakil rakyat bagi kawasan itu, jarang yang dikitar semula.

Pada PRU-13, jika Nizam diberi peluang bertanding di kawasan itu, penulis yakin, mantan Ketua Pemuda Umno Sabah itu akan bertahan berpenggal-penggal, kerana sifatnya yang sangat dekat dengan rakyat.

Dalam politik, kalau pemimpin atau wakil rakyat mengerti degup jantung rakyat yang diwakilinya, maka bertahan lama lah wakil rakyat itu.

53 comments:

Qistina Morea said...

Calon boleh menang Barisan Nasional (BN) yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sama ada calon muda atau muka lama haruslah diterima oleh semua penyokong parti.

Qistina Morea said...

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, apa yang lebih penting calon boleh menang BN itu boleh berkhidmat kepada masyarakat berbanding faktor usianya yang muda atau muka lama.

Qistina Morea said...

"Kalau muda saja pun tetapi tidak diterima masyarakat, bagaimana? Kalau yang lama pun tak diterima masyarakat, bagaimana? Jadi khidmat itu yang penting," katanya.

Qistina Morea said...

Selain itu, kata Rais, pesanan Perdana Menteri harus dihormati dan beliau meminta wakil rakyat yang tidak dicalonkan bertanding pada pilihan raya nanti agar tidak berkecil hati.

Qistina Morea said...

"Sebab ini adalah khidmat dan khidmat terletak pada penilaian masyarakat dan setiap khidmat itu ada tempohnya.

Qistina Morea said...

"Bagi tempoh yang tidak disambung, alhamdulillah, ia harus diiktiraf dan dihormati," katanya.

Qistina Morea said...

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wakil rakyat yang terpilih untuk dicalonkan nanti perlu berkhidmat dengan lebih baik dan memberi kemenangan mutlak kepada BN pada PRU13.

Irina ShaQ said...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengariskan beberapa faktor dan kelebihan yang menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam kedudukan yang memihak parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka amat mencabar

Irina ShaQ said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh ikhlas.

Irina ShaQ said...

Beliau berkata wakil rakyat atau lebih dikenali sebagai Yang Berhormat (YB), diberi mandat dan kepercayaan rakyat untuk berkhidmat dan menggalas tanggungjawab mereka.

Irina ShaQ said...

“Jangan anggap YB hanya membawa maksud ‘Yang Berhormat’ sahaja kerana YB sebenarnya adalah ‘Yang Bertanggungjawab.

Irina ShaQ said...

“Kita diamanahkan oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab itu dan kita mesti menunaikan tanggungjawab itu dengan ikhlas,” katanya

Irina ShaQ said...

Sehubungan itu, beliau tidak mahu sekiranya terdapat dalam kalangan wakil rakyat Sabah yang tidak memainkan peranan dan tanggungjawab, sebaliknya hanya berfoya-foya.

Irina ShaQ said...

Menurut Musa, kehendak rakyat pada masa kini semakin kompleks dan mereka sentiasa menilai pencapaian wakil rakyat mereka sekali gus menuntut wakil rakyat supaya sentiasa ‘turun padang’ untuk mendengar masalah.

Irina ShaQ said...

Jelas Musa wakil rakyat juga harus menunaikan setiap janji yang ditabur selari dengan pendekatan kerajaan ‘Janji Ditepati’.

Scarlett Newton said...

Mandat dua pertiga penting terus kemajuan

Barisan Nasional (BN) perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan segala aktiviti ekonomi dan pembangunan dirancang, dilaksana dengan teratur tanpa kekangan politik.

Scarlett Newton said...

Mandat dua pertiga penting terus kemajuan

Ini kerana, kegagalan BN menang majoriti dua pertiga pada pilihan raya 2008 menyebabkan pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa (MRT), LYNAS dan pembinaan Loji Langat Dua kini menjadi bahan manipulasi pembangkang sehingga pelaksanaannya terganggu.

Scarlett Newton said...

Mandat dua pertiga penting terus kemajuan


Keperluan mencapai kemenangan itu supaya fokus utama BN menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dicapai. Hanya melalui dokongan kekuatan politik sahaja, negara boleh mencapai wawasan 2020.

Scarlett Newton said...

Mandat dua pertiga penting terus kemajuan

“Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan yang sukar untuk melengkapkan impian ini (negara maju) tanpa kemenangan majoriti (dua pertiga). Beliau memerlukan sebuah kerajaan kuat baik dari segi politik, mahupun ekonomi.

Scarlett Newton said...

Mandat dua pertiga penting terus kemajuan

Rakyat harus menerima realiti, Malaysia belum lagi maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang mempunyai keseimbangan politiknya, kerajaan dan pembangkang sama kuat. Kalau Malaysia sudah maju mungkin boleh (tanpa dua pertiga).

Scarlett Newton said...

OLEH ITU, SOKONGLAH KERAJAN YANG ADA SEKARANG SUPAYA KITA AKAN MENJADI SEPERTI JEPUN PADA TAHUN 2020 NANTI. KALAU UNDI PEMBANGKANG KITA HARUS MENJADI KERAJAAN YANG BARU YANG MANA HAVE TO START FROM THE START. SO WE ARE NOW GROW, AND LETS BOOST THE GROWTH NOT TO STOP IT

Scarlett Newton said...

Gandingan Musa-Safie, terbukti sangat mantap, apabila dua PRU,yakni PRU-11 dan PRU-12, dimenangi dengan cemerlang.

Scarlett Newton said...

gandingan Musa-salleh akan mampu mengharungi PRU-13 dengan mudah. Perkara ini disebabkan tiada isu yang menonjol yang diketengahkan oleh pihak pembangkang

Scarlett Newton said...

Isu pembangkang hanya memutar belit, isu2 lama, seperti royalti minyak, isu pendatang haram,isu tanah NCR, sedangkan isu jawatan2 penting persekutuan, isu sekolah2 sudahpun diatasi.Menyentuh isu royalti minyak, Perdana menteri semasa lawatan dua harinya di Sabah bermula 16 feb dan berakhir pada 17 februari lalu, menyatakan bahawa semua janji pembangkang mengenai royaliti minyak hanya merupakan gimik semata-mata.

Hamdan Hadillah said...

Ramai wakil2 rakyat terutama daripada Parti Bersatu Sabah dan UPKO terdiri daripada orang2 lama sejak tahun 1985.

Hamdan Hadillah said...

Wakil2 rakyat Sabah yang mewakili PBS, UPKO atau PBRS sebenarnya adalah wakil2 rakyat daripada PBS; akibat perpecahan parti itu, maka kini, sebahagian pemimpinnya mewakili parti2 serpihannya.

Hamdan Hadillah said...

Pada PRU-13, adalah dijangkakan bahawa Umno akan melakukan peremajaan kepimpinan. Memilih calon muka baru.

Hamdan Hadillah said...

Para pemimpin pelapis terutama daripada pemuda atau mantan pemimpin pemuda akan dicalonkan bagi meneruskan dan menggalas tugas kepada rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Apa kah pada PRU-13, parti PBS akan melakukan peremajaan? ramai penganalisis berkata, jika kawasan-kawansan yang ditandingi PBS kalah kerana tetap mencalon calon lama, bukan kerana penolakan kepada BN, akan tetapi rakyat menolak calon2 tersebut, kerana telah mual dan muak.

Hamdan Hadillah said...

Maka disini rasanya calon-calon lama itu perlulah memberikan ruang kepada calon baru untuk dicalonkan.

Hamdan Hadillah said...

DUN Kedamaian Kota Belud, sebagai contoh, walaupun DUN tersebut agak selamat bagi calon BN, akan tetapi jika wakil rakyat yang ada dipertahankan, sukar diramal, apa kah kawasan tersebut boleh dipertahankan.

Hamdan Hadillah said...

Demikian juga bagi Dun Inaman, Kiulu atau Tamparuli. Bagi DUN Sulaman, walaupun kawasan tersebut merupakan wilayah BN, namun jika wakil rakyat yang ada tetap bertanding, kalaupun boleh menang, akan tetapi dengan jumlah majoriti yang amat tipis.

Hamdan Hadillah said...

Jadi pencalonan baru ini memainkan satu kunci kemenangan yang besar sebenarnya. Maka perkara ini tidak boleh diambil mudah.

Hamdan Hadillah said...

Datuk Musa Aman sebagai pengerusi BN yang berpengalaman membawa kejayaan kepada Bn Sabah dalam pilihanraya Umum bermula tahun 2004, mungkin ada cara yang tersembunyi untuk mempertahankan kawasan2 yang dimenangi dan mengulangi kecemerlangan seperti pada PRU yang lalu-lalu.

Hamdan Hadillah said...

BN akan mampu mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dengan syarat, komponen BN terus berkerjasama secara berpasukan.

Hamdan Hadillah said...

Datuk Musa meneggaskan bahawa hanya kerja berpasukan sahaja boleh menjamin kemenangan yang cemerlang.

Hamdan Hadillah said...

Para pemimpin juga digesa menggunakan berbagai saluran yang ada terutama, saluran media sosial seperti blog, facebook dan twitter untuk berhubung dengan rakyat, selain acara turun padang.

Hamdan Hadillah said...

Para pemimpin akar umbi digesa memberi penerangan yang terus menerus kepada rakyat berhubung usaha2 kerajaan yang senantiasa menitik beratkan pembangunan dan mempertingat martabat rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Dalam mengurangi beban rakyat, kerajaan telah memberikan batuan BR1M yang bernilai RM500 bagi isi keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000; pemberian bantuan kepada semua pelajar sebanyak RM100 seorang bagi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5; bantuan baucer buku RM200 setiap mahasiswa dan pemberian peruntukan sentuhan kasih sebanyak RM500,000 bagi setiap DUN dan RM1 juta bagi setiap Parlimen.

petrus pius said...

BN sabah akan meletakkan calon yang boleh menang dan diterima oleh rakyat...ini bagi memastikan agenda kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan..

petrus pius said...

pada hemat saya, BN sabah akan menang pada pru13 nanti dan kemungkinan akan mengulangi kemenangan besar seperti yang dicapai pada 2004 dan 2008..ditambah lagi dengan kekuatan dan perpaduan di kalangan parti komponen BN sabah, tidak mustahil BN sabah akan menang.

petrus pius said...

SUKAU: Rakyat disaran memberikan mandat semula kepada kerajaan Bari- san Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 demi kesinambungan pembangunan di negeri ini terutama melibat- kan kawasan luar bandar.

petrus pius said...

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata tiada kerajaan sebaik BN yang keikhlasannya terbukti menerusi pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif se- perti pendekatan murninya dalam meringankan beban ibu bapa untuk mengurangkan kos sara hidup.

petrus pius said...

Beliau berkata, keprihatinan kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan bantuan khas awal persekolahan kepada pelajar-pelajar sekolah menunjukkan BN mendahulukan kepentingan rakyat.

petrus pius said...

“Pendekatan murni kerajaan BN adalah petanda kerajaan sekarang memberikan kesejahteraan hidup kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan idealogi masing-masing.

“Ia juga jelas membukti- kan bahawa kerajaan kita ada- lah lebih baik berbanding dengan pembangkang yang hanya tahu menjanjikan bulan dan bintang tetapi akhirnya tidak mampu juga ditunai- kan.

petrus pius said...

Saddi yakin BN akan memperoleh kemenangan mudah pada PRU-13 berdasarkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada yang sentiasa mengutamakan kesejah- teraan secara jangka panjang.

Paquin said...

Dengan adanya usaha kerajaan yang kita sendiri boleh nampak, tidak mustahil kemenangan akan berpihak kepada BN.

Paquin said...

Namun macam yang Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad pernah cakap rakyat tidak lagi seperti dahulu tetapi akan membuat penilaian kepada Umno dan BN menerusi gerak-geri yang diperlihatkan oleh anggotanya.

Paquin said...

Justeru jika Umno dan BN mahu kekal mendapat kepercayaan serta keyakinan rakyat maka setiap pemimpin parti haruslah sentiasa merendah diri dan sentiasa dekat dengan rakyat.

Paquin said...

Sapawi juga menegaskan bahawa Umno Sabah yang diterajui oleh Datuk Seri Musa Haji Aman akan terus memastikan rakyat tidak terpesong dengan pembohongan yang dilontarkan oleh pembangkang.

Paquin said...

“Kita yakin usaha pembangkang untuk menguasai Sabah akan menjadi sia-sia kerana rakyat Sabah bukan dikeliru dan bukan mudah diperdaya… rakyat Sabah masih yakin dengan Umno dan BN, malah sokongan yang mereka berikan sentiasa meningkat,” katanya lagi.

mantera said...

muka baru mmg perlu diketengahkan.

mantera said...

moga muka baru akan memberi idea2 baru yang lebih baik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels