17 January 2013

RCI Pati Sabah: Osu Sukam, Aziz Shamsuddin masih Hidup

Dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi 
keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Katanya, selepas menerima arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.

Beliau berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.

Ditahan di bawah ISA

Yakup berkata, mereka telah diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh seseorang yang mereka tidak diketahui, bernama 'Mat Nor'.

"Beliau minta kami mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.

Yakup, yang kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata dia sedar bahawa operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti arahan kerana dia adalah seorang penjawat awam.

"Kami telah diberitahu bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Yakup berkata, kumpulannya menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru dalam tempoh sebulan, berdasarkan borang permohonan yang telah diisi yang diberikan kepada mereka.

Katanya, mereka tidak melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..." 

"Kami tahu mereka adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan Filipina, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau tidak," katanya.

Beliau menambah bahawa niat tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 1994 di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kata Yakup, kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri juga dikaitkan

Sebelum itu, dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.

Ramli mendakwa operasi itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.

Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.

Personaliti lain yang hadir di hotel tersebut ketika itu ialah Datuk Osu Sukam yang menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

33 comments:

Qistina Morea said...

Parti pembangkang di Sabah sebenarnya tidak berminat untuk mencari penyelesaian bagi masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan sejak sekian lama melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata timbalan ketua perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Qistina Morea said...

Sebaliknya, kata beliau pembangkang atau Pakatan hanya ingin mencari keuntungan politik melalui penubuhan suruhanjaya itu.

Qistina Morea said...

"Macam mana kita boleh tahu hasil sesuatu tugas yang belum dilaksanakan? Kita perlu beri masa secukupnya kepada anggota panel RCI ini untuk menyiapkan siasatan mereka.

Qistina Morea said...

"Malah, parti pembangkang tidak berminat langsung untuk menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah.

Qistina Morea said...

"Sebab itulah mereka terus menggunakan isu ini untuk menawan hati dan minda pengundi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Bea Raymond Kisil said...

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said he is willing to testify before a royal inquiry which is probing claims that citizenships were given to illegal immigrants in Sabah during his administration.

Bea Raymond Kisil said...

Dr Mahathir was asked if the Royal Commission of Inquiry (RCI), which is in its fourth day of hearing, had subpoenaed him to be a witness.

Bea Raymond Kisil said...

“No. Not yet. But if they ask me, I will go,” he said.

Bea Raymond Kisil said...

“I’ve never turned down any subpoena, I’ve appeared before this commission before, different commission,” he added, in an apparent reference to his testifying before an RCI that was probing a scandal involving high-profile lawyer V.K. Lingam.

Bea Raymond Kisil said...

Dr Mahathir, the country’s longest serving prime minister who was in power from 1981 to 2003, has been accused of spearheading the so-called “Project IC”, in which citizenships were allegedly given to immigrants in exchange for their votes.

Bea Raymond Kisil said...

But former Sabah Chief Minister Tan Sri Harris Salleh, who administered the state from 1976 to 1985, denied on Tuesday the existence of “Project IC”.

Bea Raymond Kisil said...

Yesterday, the late former deputy home affairs minister Tan Sri Megat Junid Megat Ayub was accused of ordering the National Registration Department (NRD)’s Sabah branch to issue temporary documents to allow immigrants to vote in a 1994 state election.

Unknown said...

Isu ini pula lagi yang dikorek oleh pembangkang yeee....
selagi2 PRU13 tak berkahir, selagi itu mereka akan terus berusaha menjatuhkan BN. Tak pa, rakyat sendiri juga tahu yang mana kerajaan yang boleh dipercayai. Dibandingkan pembangkang dengan kerajaan BN, mestilah BN lagi boleh dipercayai, kita telah melihat sejauh mana usaha BN selama ini. dan target mereka adalah Malaysia maju 2020. masih ada masa.

Unknown said...

PEMBERIAN KAD PENGENALAN HANYA PERMAINAN POLITIK

Tidak benar kenyataan Timbalan Speaker DUN Sabah Johanny Mositun, bahawa RATA-RATA penduduk Sabah bersetuju dengan Suruhanjaya diRaja (RCI) untuk kad Pengenalan Palsu? di Sabah.

Isu Kad Pengenalan Palsu di Sabah, menjadi isu utama parti-parti yang ada kaitan dengan KDM dan pembangkang sejak tahun 1990.

Melihat kepada iktibar berhubung permohonan Kad Pengenalan anak Mufti Perlis Dr Juanda Jaya baru-baru ini, ternyata proses mendapatkan Kad Pengenalan itu memang ketat.

Unknown said...

PEMBERIAN KAD PENGENALAN HANYA PERMAINAN POLITIK

Bayangkan anak seorang public figurepun tertera di data Jabatan Pendaftaran Negara di mana ke warganegraannya masih tanda tanya, macam mana pula, warga asing dengan mudah mendapat warga negara seperti mana dakwaan pihak tertentu.

Isu kad pengenalan palsu bermula tahun 1990, apabila pada masa itu berlaku pendaftaran secara agresif oleh pihak Jabatan Pendaftran terutama di kawasan-kawasan bumiputera islam, di mana terdapatnya rakyat Sabah yang belum mempunyai kad pengenalan, kerana berbagai masalah, terutama masalah perhubugan, ketidak tahuan undang-undang, sehingga mereka yang mempunyai kad pengenalan lama tidak-tidak ditukar dan tidak mendaftar sebagai pemilih.

Akibat tindakan agresif daripada pemimpin bumiputra islam yang merasa dipinggirkan semasa pemerintahan PBS, maka ramailah bumiputera islam mendaftar sebagai pemilih, malah ramai yang menjadi pertama kali memilih pada tahun 1994.

Unknown said...

PEMBERIAN KAD PENGENALAN HANYA PERMAINAN POLITIK

Akibat daripada tindakan agresif tersebut, maka pertambahan para pengundi di kawasan-kawasan bumiputera islam bertambah, akibatnya apabila berlaku persempadanan semula pilihanraya, yang digunapakai pada tahun 1999, maka jumlah kerusi DUN bumiputera islam Sabah bertambah daripada 20 kepada 32.

Sebelum tahun 1999, jumlah kerusi bumiputera islam adalah 20, bumiputera bukan islam 20, sementara kaum cina 8.

Isu RCI sebenarnya adalah ketidak puasaan hati terhadap pertambahan kerusi bumiputera islam, itulah pokok masalahnya, bukannya pemberian kad Pengenalan secara sewenang pihak JPN kepada warga asing.

Memang diakui, ada kad pengenalan palsu, dan kad itu tetap palsu, tidak boleh diguna sebagai dokumen rasmi, apatah lagi mendaftar sebagai pemilih.

Unknown said...

PEMBERIAN KAD PENGENALAN HANYA PERMAINAN POLITIK

Sejak tahun 1990-an lagi, saban hari pihak polis, imigresen terus menangkap pemilik kad pengenalan palsu, namun kegiatan sindikit itu sukar dibenteras kerana dijalankan secara underground demi kepentingan wang pihak-pihak sindikit.

Antara tahun 1996-1997, ramai individu yang ditahan di bawa ISA, kerana sindikit kad pengenalan palsu, dan sejak itu, pihak berkuasa bertungkus lumus untuk menjejaki kad-kad pengenalan palsu itu.

Apabila, berlaku pertukaran kad pengenalan daripada bungaraya kepada MYkad, maka kad-kad pengenalan palsu bungaraya, tidak dapat ditukar kepada Mykad. Apabila ada yang cuba menukarnya, maka akan tertangkap.

Unknown said...

PEMBERIAN KAD PENGENALAN HANYA PERMAINAN POLITIK

Apabila kita membuka kembali rekod surat khabar daripada tahun 1994-2000, saban hari tersiar di akhbar tempatan, bahawa ramai yang tertangkap mempunyai kad pengenalan palsu, apabila cuba menukar kad pengenalan bungaraya kepada Mykad. Rekod-rekod itu, menunjukkan bahawa, JPN tidak terlibat dengan sindikit pemberian kad pengenalan sepertimana yang didakwa.

Namun, demi menyelesaikan isu ini, once for all, sebaiknya kerajaan menubuhkan RCI, agar dikemudian hari tidak lagi menjadi isu.
Anda mungkin juga meminati:


JADI, TERUNGKAI LAH SUDAH ISU IC INI............

nickko said...

Biar RCI selesaikan siasatan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Semua pihak perlu meneliti keseluruhan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat sebarang kesimpulan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

nickko said...

Biar RCI selesaikan siasatan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Beliau berkata semua pihak tidak boleh membuat kesimpulan awal dengan hanya mendengar keterangan saksi yang telah memberi kenyataan dalam RCI.

nickko said...

Biar RCI selesaikan siasatan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Beliau berkata sehingga kini terdapat 160 orang lagi saksi yang belum memberi keterangan dan kredibiliti setiap saksi juga perlu dinilai.

nickko said...

Biar RCI selesaikan siasatan - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

"Justeru, penilaian perlu dibuat secara menyeluruh. Jangan polemikkan sesuatu tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu," katanya

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

Pemberian kad pengenalan kepada warga asing boleh dilaksanakan asalkan ianya melalui proses perundangan yang sah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

Perdana Menteri itu turut berkata kredit juga seharusnya diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya kerana bersedia untuk melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

"Selagi kita beri IC mengikut undang-undang tiada masalah. Masyarakat Cina dan India juga dapat kerakyatan semasa zaman British dahulu, selagi ia berdasarkan undang-undang, ia tak salah, itu bukan isu besar," kata Najib

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

Jelas Pengerusi BN itu juga, pelaksanaan RCI di Sabah itu adalah manifestasi ikhlas kerajaan BN untuk menyelesaikan isu yang telah membelenggu penduduk Sabah sejak sekian lama.

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

"Penubuhan RCI adalah manifestasi keikhlasan kami untuk selesaikan perkara itu ... Patut beri kredit kepada BN, ia perlu dilihat secara positif," kata Presiden Umno itu lagi.

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

Jelas Najib, rakyat tidak seharusnya menilai perkara itu terlalu awal memandangkan masih ramai saksi yang belum tampil, dan RCI itu juga masih lagi membuat sebarang keputusan.

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

"Ada 167 saksi yang akan dipanggil, kita tak boleh terus buat keputusan, biarkan ia (RCI) itu berjalan dahulu.

nickko said...

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI - Datuk Seri Najib Razak

"Biarkan suruhanjaya jalankan kerja mereka ... Selagi ia tidak ditafsir secara salah, ia adalah cubaan ikhlas kami untuk selesaikan isu rakyat Sabah," katanya, dan menambah RCI itu juga dilaksanakan atas permintaan daripada BN Sabah.

mantera said...

Kerajaan Sabah komited dan serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berkesudahan di negeri ini.

mantera said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, usaha membanteras dan membasmi masalah PATI akan dipertingkatkan melalui pelbagai operasi mengesan PATI di Sabah.

mantera said...

setakat ini kerajaan Sabah sudah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Dalam Negeri bagi membiayai kos operasi penguatkuasaan dan pencegahan PATI di rantau ini, dan operasi itu memerlukan perbelanjaan keseluruhan sekitar RM9 juta.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels