31 January 2013

Rumpun Bajau Berpecah Lagi

Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 amat jelas terasa. Rata-rata anggota masyarakat khususnya ahli-ahli parti politik sibuk membuat spekulasi tentang tarikh sebenar pilihan raya. Sebahagian yang lain pula telah mula mempersiapkan kelengkapan dan mengatur strategi bagi mempengaruhi sokongan para pengundi untuk mengundi calon-calon mereka.

Walaupun persiapan akhir semua parti politik hampir muktamad, termasuk senarai bakal-bakal calon, namun masih beredar spekulasi dilingkungan parti-parti Bn terutama Umno, bahawa pemimpin ini pemimpin itu bakal tidak dicalonkan dengan berbagai alasan yang diada-adakan, antaranya gagal saringan SPRM.

Selain itu, persaingan dalaman  Umno sendiri juga dikatakan salah satu faktor penyebab ada kalangan pemimpin Umno bakal tidak dicalonkan.

Di Sabah misalnya, keanggotaan Umno, bukan berasas kepada satu kaum sepertimana di Semenanjung, akan tetapi berbagai kaum, malah telah merentasi sempadan agama.

Ada kalangan ahli-ahli Umno gagal melihat Umno secara satu, apabila melihat barisan kepimpinan Sabah, akan tetapi melihat pada suku kaum darimana ahli itu berasal.

Umno Sabah sebenarnya dianggotaai oleh ramai daripada rumpun USBO, ini kerana, Umno Sabah berasal daripada Usno yang telah dibubarkan. Walaupun rumpun USBO mempunyai keahilan yang paling ramai dalam Umno, namun di barisan kepimpinan Umno Sabah, nampaknya suku kaum daripada rumpun masih marjinal.

Pada PRU-12 lalu, kempimpinan Usbo diketepikan sebagai calon untuk mewakili Umno, walaupun kemudian, peranan pimpinan Usbo diiktiraf semula dengan memberi jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Ada yang mengatakan bahawa tidak mencalonkan pimpinan Usbo pada PRU-12 lalu, kerana pimpinan Umno gusar, bahawa kewibawaan Umno sendiri akan tergugat suatu hari nanti, kerana Usbo kononnya akan menjadi sebuah Parti Politik untuk membangkitkan semula roh Usno yang telah dibubarkan.

Kini, selepas Bn membuka keahlinya secara terus, akibat tsunami politik pada tahun 2008, maka Usbo diterima sebagai anggota Bn yang bersifat bukan sebuah parti politik akan tetapi sebagai badan Ngo.

Walaupun Usbo, telah menjadi ahli Bn, ertinya Umno atau Bn atau pemimpin Bn terutama di Sabah, tidak perlu lagi menaruh curiga terhadap pertubuhan sukarela itu, namun demi mengurangkan sengatannya, maka satu lagi pertubuhan NGO yang serupa diwujudkan oleh sebahagian daripada pemimpin daripada rumpun Usbo, dan pertubuhan itu dinamakan Persatuan Bangso Bajau Samah Sabah (PBBSS) yang akan dilancarkan pada 17 Februari 2013 di Dewan Sulaman, Tuaran.

Dalam sifir melemahkan sesuatu kaum, sangat mudah, maka wujudkan warlord dalam kaum itu sendiri. Kini, dalam rumpun Usbo itu sendiri, akan terbahagi kepada tiga, kerana sebelum ini telah wujud Persatuan Samah Sabah (PSS).

Apa yang mahu dilihat dalam penubuhan PBBSS yang akan dilancarkan pada bulan depan, adalah menunjukkan bahawa Usbo tidak mewakili sepenuhnya rumpun Bajau; selain itu, penubuhan persatuan baru itu, seolah-olah tidak mengiktiraf kepimpinan Usbo bagi mewaklili kaum yang menyebut diri mereka bangso bajau samah.

Setidak-tidaknya itulah yang dilihat oleh penulis, namun maksud sebenarnya penubuhan pesatuan yang berkonotasi hampir serupa dengan Usbo, adalah untuk melemahkan Usbo itu sendiri. Cepat atau lambat, akhirnya rumpun Bajau akan tersegmentasi dan pada masa ketika itu, rumpun itu akan mudah diperkotak-katik.

Contoh paling ketara apabila satu kaum yang pada mulanya bersatu, maka mampu menjadi tulang belakang kerajaan adalah semasa tahun 1985-1994, apabila PBS yang disokong oleh KDM masih tidak berpecah, maka parti itu sukar dikalahkan dalam pilihanraya. Namun, selepas para pemimpinnya berpecah, maka hilanglah kekuasaan suku kaum itu.

Melihat kepada kejayaan kaum KDM menjadi tulang belakang kerajaan selama 9 tahun di Sabah, maka ada pemimpin-pemimpin tertentu, mengelak keadaan itu berlaku pada rumpun Usbo. Sebelum, rumpun Usbo menjadi sangat kuat, maka elok dicantas awal-awal, kerana kalau pokok sudah berakal tunjang, adalah sukar bagi angin menumbangnya. Setidak-tidaknya inilah yang dilihat oleh penulis, kerana faktor yang mendorong penulis membuat kesimpulan demikian, kerana tiada sebab sebenarnya mengwujudkan lagi persatuan yang kononnya mewakili Bangso Bajau Samah, kerana suku bangsa itu adalah perjuangan Usbo sendiri.

Apakah kewujudan PBBSS ini mampu mengganggugugat perananan USBO? sama-sama rumpun Usbo fikirkan.

12 comments:

Marimar Pascual said...

Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) Datuk Seri Salleh Said Keruak mengajak komuniti rumpun Usbo di negeri ini supaya terus memperkukuh kesatuan dan perpaduan, demi menjamin kemajuan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Marimar Pascual said...

Beliau berkata perpaduan penting untuk dipelihara kerana ia merupakan prasyarat kemajuan sesebuah tamadun bangsa.

Marimar Pascual said...

"Kita hendaklah mengelak sebarang perselisihan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya merugikan kita semua," katanya

Marimar Pascual said...

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata perpecahan yang berlaku sebelum ini hendaklah dijadikan iktibar ke arah memperkukuh kesatuan.

Marimar Pascual said...

"Dulu kita pernah berpecah, tetapi semenjak kedatangan Umno ke Sabah, ia telah menyatukan kita bersama-sama dengan kerabat komponen Barisan Nasional yang lain.

Marimar Pascual said...

"Justeru, kita wajar mempertahan dan memperkukuh perpaduan ini dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri," katanya.

Marimar Pascual said...

Menurutnya, masyarakat komuniti rumpun Usbo - terdiri daripada etnik Irranun, Sama, Suluk, Binadan/Banaran, Ubian, Sama Delaut, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun bertuah turut sama menikmati kemajuan yang dibawa kerajaan di bawah gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Marimar Pascual said...

Sehubungan itu, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mengajak rakyat supaya mengambil iktibar daripada ketidakstabilan di beberapa negara yang berpunca daripada keruntuhan perpaduan rakyatnya.

Marimar Pascual said...

"Kita melihat banyak negara bergolak, rakyat hidup menderita di banyak tempat seluruh dunia yang disebabkan perpecahan dalam komuniti mereka.

Marimar Pascual said...

"Akibat kekacauan itu, politik menjadi tidak stabil, dan pembangunan terbantut pelaksanaannya," katanya.

Marimar Pascual said...

Beliau mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya atau terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu, yang mempunyai agenda tersembunyi, untuk memecahbelah perpaduan.

mantera said...

semua haruslah bersatu padu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels