24 February 2013

Kenapa ada Pembangkang?

Pertama kerana mahu kuasa. Kedua kerana adanya pembahagian yang tidak adil.  Ketiga kerana ketamakkan. Suara Rakyat fikir, hanya tiga faktor inilah yang menyebabkan ada pembangkang.

Khazanah negara yang dikuras, pendapatan negara melalui berbagai bentuk percukaian diurus sepihak, sehingga ada yang merasa terpinggir. Penumpukan rasa tidak puas dan pembahagian juga sepihak, maka timbullah penentangan dan diwujudkan melalui parti yang tidak sealiran dengan kerajaan, dan disebutlah pembangkang.

Sebenarnya, mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan ini, adalah mereka-mereka yang senantiasa terpinggir daripada arus pembangunan negara, dalam semua bidang terutama yang berkaitan dengan projek yang diberi peruntukan oleh negara.

Siapa yang tidak menentang, daripada 100, sepihak dapat 99, manakala sepihak lagi hanya dapat 1. Demikian juga, dalam pengagihan jawatan-jawatan, satu etnik majoriti, satu etnik lagi minoriti, malah ada yang kosong.

Siapa yang tidak menentang, jika sipulan dan sipulan yang sebenarnya mempunyai taraf yang sama, apabila memohon projek kerajaan, sepihak hanya diberi yang kecil-kecil, manakala sepihak lagi yang besar-besar.

Siapa yang tidak menentang, jika hanya sepihak yang memulun, manakala sepihak senantiasa kelaparan, mesikipun telah mencuba dan mencuba mencari peluang.

Siapa yang tidak menentang, berpuluh tahun berusaha dengan membanting tulang, hanya mampu membeli kereta kancil, namun ada pihak hanya lima tahun menjadi wakil rakyat bisa memiliki segala-galanya, semudah membalikkan coin.

Siapa yang tidak menentang, apabila saban hari hanya makan mee maggi, manakala yang lain menikamti lobster, makanan mewah, bersarapan paling rendah dengan american breakfast.

Siapa yang tidak menentang, bertahun-tahun menyokong, namun sokongan tinggal sokongan, hanya dianggap sebagai ayam, apabila diperlukan dihambur dengan dedak atau hampas kelapa, apabila dekat pilihanraya, didodoi, untuk menghilang rasa kesumat bertahun tahun dengan berbagai harapan.

Manusia sedaif pun, suatu hari akan tersedar juga. Atas sebab itu, timbulnya penentangan. Apabila gelombang penentangan semakin kuat, baru lah ada kesedaran daripada yang memerintah, dan mencuba memberikan apa sahaja, demi menggamit kembali sokongan.

Sifat manusia, untuk memberi peluang kali kedua, namun apa kah sifat-sifat yang memberi peluang ke dua itu akan lebih ramai berbanding dengan putus tali dalam menyokong semula?

Pemimpin Sabah sangat beruntung, kerana berlakunya berberapa kali pertukaran kerajaan. Atas sebab itu, pendekatan pemimpin Sabah agak berlainan dengan pendekatan mereka yang di Semenanjung. 

Pendekatan pemimpin Sabah, justeru mengarah kepada pembangunan rakyat secara umumnya, menjadikan rakyat gembira, seiring dengan kegembiraan yang memimpin. Atas sebab itu, menurut lapuran EPU, kadar kemiskinan Sabah menurun dengan drastik daripada 19.7 peratus pada tahun 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu.

Demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, kerajaan Sabah saban tahun membentangkan bajet yang terus menerus meningkat, sehingga saban tahun mengemukakan bajet yang senantiasa mencipta rekod.

Atas sebab itu, sukar bagi membangkang yang datang untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka. Manakala, pembangkang dalam negeri pula, bukannya tidak mendapat pebahagian yang sama rata, akan tetapi bersifat tamak, mahu membolot kesemuanya untuk keuntungan diri sendiri.

Kepimpinan Musa Aman, lebih suka kehilangan para pemimpin seumpama ini, berbanding kehilangan rakyat yang perlu dibela. Atas sebab itu, pemimpin seperti Yong Teck Lee, Lajim Ukin, Yahya Lampong, Welfred Bumburing dibiarkan pergi, tanpa pujukan, kerana kehadiran mereka dalam pemerintahann lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikan kepada rakyat.

Terserah kepada rakyat pada PRU-13 akan datang, apa kah memberi sokongan kepada kepimpinan yang mengambil tentang pembelaan rakyat. 

Kerajaan pusat, melalui kepimpinan Najib nampaknya telah berubah total, atas sebab itu transformasi jangka panjangnya adalah untuk memajukan rakyat seiring dengan kemajuan negara.

Pembangkang terperangkap dengan pendekatan yang dilakukan Najib, kerana dakwaan yan mengatakan pembahagian tidak adil, cuba diselaraskan, dan kini dinikmati oleh rakyat, seperti pemberian BR1M, KR1M, Pusat kesihatan 1Malaysia, dan berbagai produk 1Malaysia lagi, demi rakyat jelata.

Kerajaan juga sebenarnya berterima kasih kepada mereka yang menentang, kerana sifat terbuai dan tertidur selama ini, akhirnya disesedari. Kerajaan memperbetulkan kesilapan lalu, sehingga Najib berulang kali meminta maaf.

Menyedari kesilapan dan sanggup membentulkannya, lebif afdal berbanding dengan yang mencuba-cuba. Kerana mereka yang mencuba-cuba akan melalui proses yang sama, kerana kejadian trail  and error akan senantiasa berlaku.

Untuk mengelak Trail and Error, dan kesuntukan masa mencapai negara maju pada tahun 2020, maka keputusan cuba mencuba perlu dielakan. Negara tiada masa lagi untuk kembali kepada Trail and Error.

20 comments:

Unknown said...

Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pembangkang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bagi membuktikan mereka benar-benar komited dalam agenda pilihan raya yang bersih, adil dan bebas rasuah.

Unknown said...

Kata Perdana Menteri, keengganan berbuat demikian menunjukkan pembangkang 'cakap tidak serupa bikin' kerana selama ini merekalah yang menonjolkan diri sebagai jaguh dalam hal sedemikian.

Unknown said...

"Nampaknya kalau mereka memperjuangkan soal salah guna kuasa dan rasuah, inilah masanya untuk buktikan pendirian mereka yang konsisten dan tegas dalam hal ini.

Unknown said...

Perdana Menteri menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya yang digerakkan Transperancy International (Malaysia) (TI-M) sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.

Unknown said...

Ikrar itu adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum kelak.

Unknown said...

Walau bagaimanapun semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pihaknya tidak akan berbuat demikian dengan alasan apa yang lebih penting ialah niat di dalam hati dan bukannya menandatangani ikrar.

Unknown said...

Sementara itu, Najib merangkap Pengerusi BN berkata, semua calon pilihan raya parti itu akan menandatangani ikrar berkenaan. Katanya, ini sebagai tanda sokongan dan tanggungjawab kepada cadangan TI-M bagi memastikan pilihan raya yang adil dan tidak diserahkan kepada SPR semata-mata.

Unknown said...

"Sebaliknya, peranan parti dan calon adalah penting untuk menghormati undang-undang negara terhadap kesalahan pilihan raya terutama sekali membeli undi, salah gunakan wang dan sebagainya," katanya.

mantera said...

pembangkang hanya tau membangkang saja, semua perkara nak dbangkang termasuk prkara baik.

mantera said...

pembamgkang hnya tau membangkang bukan hnya pembangkang gila kuasa.

Hinamori said...

Pembangkang gagal meraih dan mendapat sokongan daripada penduduk kawasan luar bandar khasnya di kawasan Parlimen Baram menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13

Hinamori said...

semua isu tempatan seperti tanah Hak Adat Bumputera (NCR), kad pengenalan, sijil lahir dan sebagainya gagal mendapat tempat di hati rakyat.

Hinamori said...

Ini jelas membuktikan bahawa penduduk luar bandar masih memberi mandat dan kepercayaan kepada Barisan Nasiona

Hinamori said...

pembangkang yang pada mulanya ingin meraih sokongan pada hari sama bagaimanapun gagal berbuat demikian apabila rakyat lebih berpihak kepada majlis anjuran BN.

Hinamori said...

Pembangkang cuba membuat protes mengenai isu-isu tempatan dengan harapan untuk meraih sokongan rakyat namun tindakan sedemikian gagal mendapat sambutan mereka yang hadir

Hinamori said...

menolak semua ideologi pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat

Hinamori said...

semua isu tempatan yang cuba diketengahkan pembangkang bagaimanapun tidak mampu mengatasi program pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan kerajaan.

Hinamori said...

kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan di semua kawasan luar bandar termasuk menambah baik kemudahan asas untuk kemakmuran penduduk.

Hinamori said...

Kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang untuk menaik taraf kehidupan penduduk dan semua janji-janji yang dilafazkan pemimpin-pemimpin BN sentiasa ditepati

Hinamori said...

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas pembangkang yang enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) bagi membanteras rasuah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels