16 February 2013

PRU-13: Ke Arah Pemantapan Bn Kota Belud

Dr Salleh, Rahman, Musbah, Timbon
PENYELARAS BN Kota Belud bermasyuarat hari ini, mungkin masyuarat terakhir sebelum berdepan dengan PRU-13.

Mesyuarat kali ini sepertibiasa dipengerusikan oleh Datuk Dr Salleh Tun Said sebagai Pengerusi Bn kawasan Kota Belud. Mesyuarat itu turut dihadiri oleh MP Kota Belud-Datuk Rahman Dahalan; ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli; ADUN Kedamaian-Datuk Herbert Timbon Lagadan. Sementara ADUN Usukan-Datuk Japlin Akim tidak dapat turut serta kerana ada urusan rasmi yang bertembung dengan jadual masyuarat tersebut.

Kawasan Kota belud sememangnya adalah wilayah Bn, kerana di kawasan ini lah lahirnya anak sulung Umno Sabah.

Pada pilihanraya 1994, di mana Bn masih merupakan pembangkang di peringkat negeri, Bn mampu mempertahankan Dun Usukuan dan merampas Dun Tempasuk dan Parlimen Kota Belud daripada PBS, sementara Dun Kedamaian masih dimenangi parti PBS.

Selepas PBS diterima semula ke kubu Bn pada tahun 2002, maka menjadikan Kota Belud sebagai kubu kuat Bn. Keupayaan Bn menjadi kubu kuat Bn telah terbukti pada PRU-2004 dan PRU-2008 apabila semua kawasan termasuk Parlimen dimenangi dengan mudah.

Bagi berdepan dengan PRU-13, nampaknya Bn Kota Belud dijangka akan terus memenangi semua kawasan, kerana adalah dijangka calon-calon Bn tidak akan mengalamai kesukaran mengalahkan calon-calon pembangkang.

Di pihak Bn terdapatnya ramai nama-nama besar dalam politik, namun di pihak pembangkang, tidakpun terdapat calon-calon yang boleh menggugat mereka. Tidak dinafikan, calon-calon pembangkang akan mendapat undi, namun undi itu tidak mencukupi untuk mencapai kemenangan.

Penilaian rakyat Kota belud semasa membuang undi nanti adalah kemajuan yang dikecapi rakyat hasil sumbangan kerajaan Bn. Sumbangan kerajaan itu sudah tentu melalui perjuangan dan perancangan para pemimpin. Tiada akan ada kemajuan, tanpa seseorang yang memperjuang dan merancangnya.

Keistimewaan para pemimpin Bn adalah bergerak bersama secara kolektif, saling melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan rakyat.

Pada PRU-13 akan datang, adalah dijangka semua pemimpin peringkat Kota Belud akan berkerja sebagai satu pasukan untuk mememangkan siapa sahaja calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan mewakili Bn; kerana yang penting adalah kemenangan parti.

Agak-agaknya itulah penekanan mesyuarat penyalaras BN yang berlangsung hari ini di Kota Belud.

57 comments:

Unknown said...

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

UMNO lahir di Kota Belud pada tahun 1991 melalui pilihanraya kecil (PRK) Usukan. Calon Umno pada PRK itu adalah Tun Datu Mustapha mantan Presiden USNO yang membubarkan parti tertua Sabah itu bagi memberi peluang kepada Umno mengembangkan sayapnya di Sabah.

PRK tahun 1991 terpaksa diadakan berikutan undang-undang anti-lompat Sabah yang masih berkuatkuasa pada masa itu. Tun Mustapha terpaksa meletakan jawatan sebagai ADUN Usukan yang dimenanginya pada PRU Sabah tahun 1990 kerana menyertai UMNO.

Unknown said...

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

UMNO terpaksa masuk ke Sabah pada tahun 1991 berikutan tikam belakang Parti Bersatu Sabah pimpinan Pairin Kitingan (kini Tan Sri) komponen BN diambang pembuangan undi pada tahun 1990.

Kota Belud dicanang sebagai anak sulung Umno di Sabah berikutan kemenangan Tun Mustapha pada PRK Usukan melawan calon PBS Jap Omar.

Selepas kemasukan Umno di Sabah pada tahun 1991, kerajaan PBS masa itu tergugat, walaupun berlaku penggabungan keraajaan negeri yang disebut PBS plus-yakni antara PBS dan ADUN USNO (ADUN USNO adalah mereka yang menang pada PRU 1990 atas tikit Usno).

Pada PRU-1994, BN yang ditunjangi Umno belum mampu menumbangkan PBS, namun berikutan keluarnya dua ADUN PBS yaitu Datuk Lajim Haji Ukin-Klias dan Datuk Rubin Balang-Kemabong, maka memboleh UBN menubuhkan kerajaan pada tahun 1994, kerana PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah.

Unknown said...

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

PBS menyertai semula UBN pada tahun 2002, setahun sebelum Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada PRU-2004, UBN Sabah hampir menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen, kecuali Parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu.

Pencapaian UBN Sabah terus menyerlah pada PRU-2008, walaupun Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong jatuh ditangan DAP.

Kekuatan UBN di Kawasan Kota Belud semakin kukuh dengan penyertaaan PBS, atas sebab itu semua DUN dan satu Parlimen terus dimenangi dengan mudah pada dua PRU-tahun 2004 dan 2008.

Diatas kertas pada PRU-13 akan datang, Kota Belud akan terus dikuasai UBN, memandangkan tiada isu yang boleh menggugat keupayaan UBN.

Unknown said...

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

Kemampuan UBN Kota Belud sebenarnya hanya tergugat kalau ada pertelingahan dalaman antara kepimpinan UBN, namun kali ini, semua kepimpinan UBN Kota Belud telah bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Iktibar daripada hubungan antara kepimpinan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Sabah dengan kepimpinan Pusat, maka penyatuan semua kepimpinan negeri dan seterusnya di peringkat bahagian terus menyerlah.

Kekuatan yang ada melalui kesepakatan dan kerjasama berpasukan semua peringkat kepimpinan di Sabah mengakibatkan Pembangkang semakin gerun, dan sukar menembus sokongan rakyat kepada UBN.

Unknown said...

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

Bukti cukup kukuh pada siri-siri lawatan PM ke Sabah, termasuk pada Ahad di Sandakan dan Kota Beluid. Sambutan luarbiasa kepada Najib menunjukkan bahawa rakyat Sabah tetap yakin dengan kerajaan UBN.

Siri tindakan Pembangkang termasuk menggait kepimpinan BN untuk melompat, nampaknya tidak mempunyai impak keada sokongan rakyat kepada UBN.

Hinamori said...

Seramai 30,000 orang penyokong BN hadir memeriahkan majlis berkenaan dan kebanyakan mereka memakai baju bewarna biru yang tertera tulisan ‘Papar tatap BN’.

Hinamori said...

Najib yakin bahawa orang Sabah juga pandai dan tahu bahawa mereka mahukan orang yang boleh menentukan bahawa perjuangan yang dekat di hati, iaitu BN. Banyak tempat di negeri ini yang mahu kerajaan teruskan pembelaan terhadap rakyat.

Hinamori said...

Annwar selama dua penggal pernah jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, tetapi dahulunya beliau datang ke Sabah untuk meminta sesuatu yang bukan untuk rakyat Sabah.

Hinamori said...

kini Anwawr datang ke Sabah dengan muka sedih untuk meminta belas kasihan daripada rakyat Sabah.

Hinamori said...

Najib turut mengumumkan bahawa Jalan Papar-Lok Kawi akan diperbesarkan secara berperingkat tidak lama lagi.

Hinamori said...

ketika ditanya sama ada senarai pendek seramai 727 orang calon sudah betul-betul dipilih, PM berkata buat masa ini pemilihan calon sudah hampir selesai.

Hinamori said...

Cuma sekarang ini mesti melalui proses untuk melakukan verifikasi dari segi latar belakang masing-masing dan juga dari segi keselamatan dan apa-apa laporan daripada SPRM dan sebagainya sebelum kita memuktamatkan senarai itu

Hinamori said...

Parlimen akan bubar apabila parti dan rakyat semuanya sudah bersedia pasti Parlimen akan dibubarkan.

Hinamori said...

Tugas PM turun padang berjumpa rakyat dan terangkan tentang dasar dan halatuju yang dibawa oleh kerajaan BN supaya rakyat faham bahawa satu undi untuk BN ialah satu undi untuk menjayakan agenda transformasi negara, satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara dan untuk masa depan yang lebih cerah lagi.

Hinamori said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat bersama para pemimpin Umno Sabah di Bangunan Umno Sabah di Karamunsing

CarloS said...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan pelakon politik lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.

CarloS said...

Sambil menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang, beliau berkata mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan survival politik semata-mata.

CarloS said...

“Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang. Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini,” katanya

CarloS said...

Salleh yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Kota Belud berkata Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah daripada parti komponen BN akan mempertahankan kerusi DUN Kadamaian dan BN Kota Belud tiada halangan jika penyandangnya (Herbert) dipilih semula sebagai calon dalam PRU-13 nanti.

CarloS said...

“Ini kerana beliau (Herbert) telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat Kadamaian dan saya yakin tidak ada masalah besar untuk mencapai kemenangan,” katanya, sambil mengajak rakyat supaya memberi sokongan padu kepada BN demi kestabilan, sekali gus membolehkan kelangsungan agenda pembangunan yang dirancangkan.

CarloS said...

Beliau berkata rakyat perlu bersatu dan berdiri teguh bersama pimpinan BN yang telah membuktikan keupayaan dan kemampuan membawa kemajuan serta kemakmuran untuk rakyat dan negara ini.

CarloS said...

Katanya, setiap rakyat perlu melihat ke hadapan dan jangan sesekali bersikap emosi atau terikut-ikut rentak pembangkang.

CarloS said...

“BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat sebagaimana terbukti `track record’ sepanjang mentadbir negara sejak awal kemerdekaan dahulu,” katanya.

Unknown said...

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tidak akan merajuk mahupun mensabotaj parti sekiranya tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Unknown said...

Menurut Abdul Rahman yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, apa yang penting adalah kesediaan beliau untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat meskipun tidak bergelar wakil rakyat kelak.

Unknown said...

Saya tidak ada masalah, jadi calon atau tidak jadi calon... itu perkara nombor dua kepada saya. Kalau misalnya saya tidak dipilih menjadi calon nanti, tidak apa, OK.

Unknown said...

Saya kira calon-calon yang berminat termasuk saya sendiri, saya berjanji kalau saya tidak terpilih pun sebagai calon di Kota Belud atau di mana-mana pun, saya berjanji, pertama, saya tidak akan tutup bilik gerakan, saya tidak akan sabotaj, saya tidak akan merajuk.

Unknown said...

Saya tidak akan membubarkan jawatankuasa kempen saya. Saya akan turun ke padang siang dan malam berceramah memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional di Kota Belud. Itu janji saya.

Unknown said...

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kota Belud Ahad lepas untuk menghadiri majlis Aidilfitri dianggap sebagai perangsang untuk gabungan parti pemerintah dan penghargaan kepada rakyat di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Unknown said...

Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata mesej yang disampaikan Najib pada perhimpunan raksaksa itu telah menaikkan semangat rakyat tempatan yang hadir pada majlis itu.

Unknown said...

Perdana menteri melawat tempat kelahiran Umno Sabah dan beliau memberi penghargaan kepada penduduk Kota Belud yang mengundi calon Umno pada pilihan raya kecil 1991 yang menyaksikan parti itu bertapak di negeri ini.

Unknown said...

Tiga kerusi negeri di kawasan parlimen Kota Belud ialah Usukan, Tempasuk dan Kadamaian. Pada pilihan raya umum lepas, pada 2008, semua kerusi negeri dan kerusi parlimen Kota Belud dimenangi calon BN.

Unknown said...

ketika pembangkang terus membohongi pengundi dengan membuat pelbagai janji, Najib sibuk melaksanakan pelbagai projek dan program yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) masih merupakan pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia kerana formulanya terbukti berkesan bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama seperti negara ini, kata Bendahari BN Sabah Datuk Hajiji Noor.

Unknown said...

Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri berkata, kemakmuran yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini adalah hasil perjuangan dan kerja keras para pemimpin BN sebelum ini dalam Perikatan yang berjuang dan mendapatkan kemerdekaan negara.

Unknown said...

Sebaliknya, pembangkang hari ini tidak ada apa yang hendak ditunjukkan. Mereka semua hanya pandai menyemai sifat benci, syak wasangka dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat berbilang kaum dan juga terhadap kerajaan BN.

Unknown said...

Hajiji berkata, kerajaan BN di bawah kepimpinan dinamik Perdana Menteri sekarang yang bekerja keras menaikkan imej Malaysia di mata dunia dan demi masa depan rakyat melalui pelbagai program dan dasar baru yang diperkenalkan bermula dengan konsep 1Malaysia diikuti dengan program-program yang lain termasuk Program Tansformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

Unknown said...

Hasilnya usaha keras Datuk Seri Najib Tun Razak, pelabur tertarik untuk datang ke Malaysia. Tetapi apa yang dilakukan pembangkang termasuk pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menakutkan pelabur dengan mencemar nama baik Malaysia di seberang laut dan sebagainya.

Unknown said...

aya benci untuk memikirkan apa akan terjadi jika pakatan pembangkang berkuasa. Malah sekarang, mereka bergaduh sesama sendiri mengenai sama ada Malaysia perlu menjadi sebuah negara Islam atau sekular dengan Pas menyatakan ia akan melaksanakan hukum Hudud manakala DAP menentangnya.



“Mereka juga tidak mempunyai kabinet bayangan, bermakna, sebaik mereka menang, mereka akan mula bergaduh sesama sendiri berhubung soal siapa akan menjadi memegang jawatan apa. Negara akan menjadi huru hara.

unknown said...

This is good for Kota Belud folks.

unknown said...

Ke arah yang lebih baik.

Anak Sabah said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.

Anak Sabah said...

Sehubungan itu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

Anak Sabah said...

Dalam pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.

Anak Sabah said...

Najib juga berkata Umno, yang berasal dari Semenanjung, berjaya memecah tembok kesukuan di negeri ini.

Anak Sabah said...

"Sebenarnya, sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha (Datu Harun) (bekas presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

Anonymous said...

Pemimpin harus turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat dan memberi bantuan yang wajar.

Blackforest said...

Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengamalkan 'politik bisik-bisik' kerana ia hanya akan mencetuskan perpecahan yang akhirnya merugikan parti.

Blackforest said...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi BN Kota Belud Datuk Seri Salleh Tun Said ketika membuat gesaan itu berkata setiap anggota parti komponen perlu mengamalkan prinsip politik yang telus dan terbuka.

Blackforest said...

"Jangan amal politik bisik-bisik, menikam dari belakang atau seperti gunting dalam lipatan," katanya.

Blackforest said...

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud turut mengingatkan anggota BN supaya sentiasa bersikap konsisten dalam perjuangan kerana ia menentukan kredibiliti kepemimpinan mereka.

Blackforest said...

Katanya, rakyat kini tahu menilai kredibiliti seseorang pemimpin.

"Jangan hanya apabila kita sudah berada di luar BN, barulah semua yang dibuat oleh BN itu tidak baik, sedangkan kita lupa ketika kita bersama BN kita banyak memuji mengenai kebaikan yang dibawa BN," katanya.

Blackforest said...

Salleh berkata BN telah banyak membawa kemajuan dan perubahan kepada negeri ini termasuk keadaan politik yang stabil dan ekonomi bertambah makmur.

Blackforest said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata puluhan ribu rakyat Sabah membanjiri program turun padang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Blackforest said...

Beliau berkata Sabah akan terus menjadi sebuah negeri yang maju di bawah kerajaan BN berdasarkan pelbagai pelaksanaan program pembangunan di negeri ini.

Blackforest said...

Menurutnya, Belanjawan 2013 yang memperuntukkan RM386 juta untuk penyeragaman harga di Sabah dan Sarawak dan Jelapang Padi di Kota Belud membuktikan kerajaan prihatin dan dapat merasai denyutan nadi rakyat.

mantera said...

KB adalah kubu kuat BN dan BN pasti menang di KB.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels