15 February 2013

PRU-13: Lampu Hijau untuk Bn di Sabah

LAWATAN Perdana Menteri ke Sabah selama dua hari yang berakhir semalam, sungguh mendapat sambutan luarbiasa rakyat daripada   kawasan yang di lawati Beaufort (kehadiran lebih 20 ribu), Papar (lebih 10 ribu) dan Tuaran ( lebih 20 ribu).

Kekuatan Bn Sabah sukar diganggu gugat oleh pembangkang. Pada PRU-13 yang sudah diambang pintu, Bn Sabah akan mengulangi kejayaan tahun 2004 dan tahun 2008.

Yang menguatirkan Bn adalah di Semenanjung, apa kah gabungan 14 parti itu mampu mempertahankan 84 kerusi yang dimenanginya pada PRU-12? atau menambah jumlah kerusi itu?

Pada PRU-12 lalu, Bn terselamat kerana Bn Sarawak mampu menang 30 kerusi parlimen daripada 31, demikian juga Bn Sabah menang 26 daripada 27 kerusi parlimen.

Pada PRU kali ini, Bn Sarawak kemungkinan akan kehilangan antara 4-5 kerusi Parlimen berasaskan kencenderungan pengundian pada PRN Sarawak tahun 2011. 

Jika Bn Semenanjung mampu mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, maka secara keseluruhannya, jumlah kerusi Bn berkurangan daripada 140 kepada 136/135.

Namun apabila Bn Semenanjung dapat menambah jumlah kerusi dengan jumlah yang kalah di Sarawak, maka kemungkinan besar Bn mempertahankan status quo tahun 2008, yakni 140 kerusi.

Disebabkan berbagai inisiatif kepada rakyat yang telah dilakukan Najib sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, ramai yang menganggap ianya menjadi kelebihan kepada Bn terutama di Semenanjung. 

Bn dikatakan mempunyai harapan menambah antara 3-4 kerusi di Selangor dan Kedah, sementara di Pulau Pinang akan menambah antara 1 atau 2 kerusi Parlimen. Di Kelantan akan memperatahan jumlah kerusi, yang dimenangi pada tahun 2008, walaupun Kawasan Ibrahim Ali akan ditawan oleh pembangkang.

Di Pahang diperkirakan akan dimenangi 100 peratus oleh Bn termasuk Parlimen Kuantan. Sementara di Johor akan menjadi kubu kuat Bn semula, apabila semula kerusi Parlimen akan dimenangi Bn.

Sementara di Perak, keadaan status quo berulang seperti tahun 2008 tetapi kelebihan kepada Bn, namun pada kali ini, Bn mampu menambah 1 atau 2 kerusi parlimen.

Berasaskan perkiraan ini, maka Bn secara keseluruhan akan menang antara 149/153 kerusi parlimen, membolehkannya menubuhkan kerajaan dengan kuasa 2/3, dan sekaligus mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri.

54 comments:

Unknown said...

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Sejak Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk persekutuan pada 16 September, 1963; belum pernah ada parti yang pernah memerintah negeri di bawah bayu itu melebihi 10 tahun.

Di awal kemerdekaan, Tun Mustapha Datu Harun hanya mampu bertahan sehingga tahun 1975 (bermula daripada tahun 1967), sementara Parti yang menumbangkan Parti USNO, Berjaya hanya bertahan sehingga pertengahan tahun 1985. Demikian juga, Parti PBS yang ditubuhkan menjelang PRU Sabah tahun 1985, hanya berjaya bertahan sehingga tahun 1994.

Namun Parti Barisan Nasional yang ditunjangi Umno yang mula membentuk kerajaan pada pertengahan tahun 1994, masih bertahan sehingga kini. Pemerintahan BN/UMno Sabah juga telah menghasilkan ramai Ketua-Ketua Menteri, kerana sistem penggiliran yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mejelang PRU-1994.

Unknown said...

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Kerajaan BN yang ditubuhan di Sabah, selain menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terpendek, juga menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terlama.

Penyandang jawatan terpendek adalah Tun Sakaran Dandai dan yang terlama Ketua Menteri Sabah sekarang ini, DSP Musa Haji Aman.

Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada Mac,2003 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat, mantan Presiden LDP.

Selain itu, Musa juga mengetuai PRU11 dan 12 bagi Sabah dan menunjukkan kemenangan yang sungguh mengkagumkan. Pada PRU11- BN Sabah hanya kalah satu ADUN dan satu Parlimen, demikian juga pada PRU12; keadaan yang sama berulang, walaupun bukan pada kawasan yang sama.

Baru-baru ini, polemik had tempoh jawatan Ketua Menteri disuarakan oleh Pengerusi UBF-Dr Jeffery Kitingan dan mendapat sokongan daripada Timbalan Presiden LDP.

Unknown said...

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Namun, cadangan tersebut tidak mendapat sambutan daripada Ketua Menteri Sabah yang ada.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, DSP Salleh Tun Said, juga tidak bersetuju dengan cadangan Jeffery tersebut.
Salleh berkata, selagi rakyat memberi sokongan kepada seorang pemimpin yang menerajui negeri, maka selagi itu, pemimpin itu layak memeggang jawatan Ketua Menteri.

Bagi Sabah, had tempoh jawatan Ketua Menteri bukan merupakan isu lagi, kerana selagi BN/Umno menang dalam PRU, maka sesiapa yang dilantik ke jawatan Pegerusi BN/Umno negeri, maka pemimpin itu lah akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

Unknown said...

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Lain perkara pula, apabila rakyat telah muak dan bosan dengan Ketua Menteri yang dilantik itu. Perkara ini boleh berlaku. Sebagai contoh, di Terengganu pada tahun 1999, apabila Tan Sri Mohktar enggan menerima hakikat, bahawa kepimpinannya tidak diterima lagi oleh sebahagian rakyat Terengganu, termasuk partinya sendiri-Umno.

Sebelum PRU-1999, ramai yang telah menzahirkan kebosanan dan meluat terhadap kepimpinan mantan MB Terengganu tersebut, atas sebab itu, beliau diminta berundur sebelum Pilihanraya. Namun, atas keengganannya, maka Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Apa kah senario Terengganu itu berlaku di Sabah? Melihat kepada suara-suara akar umbi dan sebahagian pemimpin parti komponen, walaupun tidak begitu nyaring, rasa-rasanya senario Terengganu akan berlaku di Sabah.

Unknown said...

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Politik Sabah, agak sukar diramal. Kita menyaksinya pada tahun 1985, tiada yang dapat menyangka, parti BERJAYA yang begitu kuat pada ketika itu, dengan mudah tersungkur.

OKB melihat, sokongan akar umbi terhadap kerajaan sekarang bersifat "bubble", ertinya sokongan di luaran sahaja. Apabila tiba masanya, ada kemungkinan besar, bukan sahaja tukar baju berlaku, akan tetapi tukar rumah sekali.

Sebelum kerajaan yang ada tersungkur, eloklah, para pemimpin melakukan muhasabah, jangan biarkan kampung tergadai asalkan menang sorak.

Hinamori said...

rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan pelakon politik lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.

Hinamori said...

menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang

Hinamori said...

mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan survival politik

Hinamori said...

Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.

Hinamori said...

Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini

Hinamori said...

PM Najib mengerahkan seluruh anggota Umno bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik, dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Umno dan Barisan Nasional

Hinamori said...

pilihan raya umum ke-13 merupakan titik penentu kepada destinasi masa depan negara dan rakyat perlu tahu menilai kelebihan BN berbanding pembangkang.

Hinamori said...

ini dibuktikan dengan parti perikatan dan kemudian BN yang ditunjangi oleh Umno sejak lebih 55 tahun lalu, secara berterusan menerajui negara dengan membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan dengan lonjakan berganda.

Hinamori said...

sedangkan pembangkang yang mahu berkuasa, hanya menabur janji kosong, tipu daya atau fatamorgana.

Hinamori said...

Pilihannya amat jelas untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara

CarloS said...

Barisan Nasional (BN) adalah parti yang “winnable” atau boleh menang di Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

CarloS said...

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

CarloS said...

“Saya percaya dengan adanya kerjasama padu di kalangan parti komponen, BN Sabah akan meraih kemenangan yang selesa pada pilihan raya umum ke-13 nanti

CarloS said...

“Kita kena ingat dalam pilihan raya yang ke-12 kita hanya kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun (dewan undangan negeri)..jadi ‘benchmark’ kita tinggi,” katanya

CarloS said...

Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ akan menjadi penyumbang besar.

CarloS said...

Salleh berkata pendekatan BN Sabah kini lebih kepada memberi penjelasan kepada rakyat agar tidak keliru dengan tohmahan dan fitnah yang dilontar parti lawan.

CarloS said...

Beliau berharap semua pemimpin BN merapatkan perpaduan dan bukan sekadar “turun padang” tetapi “mengurus padang” iaitu menyelesaikan masalah rakyat.

CarloS said...

“Kalau kita tidak dapat selesaikan kita perlu jelaskan kenapa ia perlu masa untuk diselesaikan dan apa yang penting kita jangan bohong rakyat,” katanya.

CarloS said...

Ditanya sama ada beliau sedia bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum akan datang, bekas ketua menteri itu berkata terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memutuskannya.

CarloS said...

“Sokong siapa sahaja yang dicalon oleh parti dan kerja kuat untuk kemenangan parti. “Walaupun pada pilihan raya umum yang lepas saya tidak dipilih namun saya masih setia kepada UMNO dan BN,” katanya.

Unknown said...

Nampaknya sokongan kepada BN masih lagi kukuh di Negeri sabah in.

Unknown said...

Kita dapat lihat sendiri semasa lawatan yang dibuat oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini.

Unknown said...

Ini membuktikan rakyat masih menerima baik kehadiran BN di Negeri SAbah ini.

Unknown said...

Semua ini hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN yang banyak memberikan perubahan kepada Negeri Sabah.

Unknown said...

Dengan sokongan seperti ini menyebabkan ada pihak yang kurang senang dengan pilihan rakyat Sabah in. Apa pun terima kenyataan yang mana kerajaan BN tetap menjadi pilihan rakyat.

Blackforest said...

Muhyiddin berkata PBS merupakan aset penting untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya yang akan datang.

Blackforest said...

Beliau yakin PBS, dibawa pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang begitu berwibawa, berani dan tegas, mampu membantu memastikan Sabah bukan sahaja kekal menjadi 'simpanan tetap' untuk BN tetapi kuat dan kukuh.

Blackforest said...

Muhyiddin turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan pelbagai pembohongan pemimpin pakatan pembangkang dalam usaha untuk menduduki Putrajaya.

Blackforest said...

"Apa yang pasti ialah selepas pilihan raya umum nanti Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal sebagai Perdana Menteri dan begitu juga Datuk Seri Musa Aman di Sabah," katanya.

Blackforest said...

Katanya kepimpinan Najib yang memperkenalkan transformasi luar biasa untuk memajukan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020 telah meletakkan negara ini antara negara yang paling menarik dan paling pesat membangun di rantau ini.

Blackforest said...

Mengenai persediaan pilihan raya akan datang, beliau meminta penyokong BN termasuk anggota PBS supaya menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.

unknown said...

I think it is best to say that the GE is for all.

unknown said...

Semoga isu sensitif dapat diselesaikan.

unknown said...

A chance for a better tomorrow.

unknown said...

Semoga apa yang dihajati tercapai.

unknown said...

Rakyat bisa pilih apa yang betul.

unknown said...

Yang penting kerajaan BN mampu memberi terbaik.

unknown said...

BN gives the best.

Unknown said...

di sabah kemungkinan besar kejayaan seperti yang dicapai pada pru2008 akan diulang semula..

unknown said...

Kita tunggu dan lihat.

Unknown said...

ini kerana sokongan rakyat yang padu kepada kepimpinan pemimpin2 BN negeri dan persekutuan yang terbukti mampu membela nasib rakyat melalui pelbagai program transformasi yang dilaksanakan di samping2 bantuan2 seperti subsidi dan lain2..

Unknown said...

tambahan lagi, pembangkang di sabah yang akan bertanding sesama sendiri pada pru13 nanti menyumbang kepada perpecahan undi pembangkang...

unknown said...

We hope for the best.

Anak Sabah said...

BN yakin boleh mengekalkan Sabah sebagai kubu kuat mereka pada PRU-13.

Anak Sabah said...

Pihak pembangkang mempunyai peluang yang nipis untuk merampas kuasa di Sabah.

Anak Sabah said...

Parti seperti PKR hanya mementingkan perampasan kuasa di Putrajaya dan bukan ikhlas membantu Sabah.

Anak Sabah said...

Rakyat tidak seharusnya terlalu mudah mempercayai manifesto pembangkang untuk menolak BN.

Anak Sabah said...

Orang ramai perlu pandai menilai parti mana yang betul-betul ikhlas berkhidmat demi rakyat dan negara dan mana yang hanya pentingkan kuasa.

mantera said...

peluang BN untuk menang di Sabah amat tinggi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels