4 February 2013

Tipu Hela Anwar pada penggundi cina

Deasoka Kota Kinabalu
APABILA Anwar bertemu dengan kaum cina di Semenanjung, dia memberitahu kaum itu bahawa kaum cina di Sabah dan Sarawak tidak menyokong Bn; demikian juga apabila ke Sabah dan Sarawak, dia beritahu kaum cina, seluruh kaum cina di Semenanjung menolak Bn.Teringkat saya pada kejadian tahun 1994, semasa menjatuhkankan kerajaan PBS. Dia memanggil beberapa ADUN PBS dan menyatakan bahawa ADUN ini ADUN itu telah melompat, Apa tunggu lagi, Lompat lah.

ADUN yang termakan kata-kata Anwar itu antaranya Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang. Apabila dua ADUN PBS itu keluar PBS, maka tergulinglah PBS, kerana jumlah majoriti ADUN menyebelahi BN, menjadikan BN 25 dan PBS 23 daripada 48 kerusi Dun Sabah.

"Trick" lama ini, sekarang betul-betul digunapakai oleh Anwar. Atas sebab itu, pemimpin kaum cina dalam Bn, perlu menjelaskan cara Anwar ini kepada penyokong mereka, kerana dakwaan itu hanya mengelirukan kaum-kaum itu.

Jika benarlah kata-kata Anwar itu, bahawa kaum cina Sabah dan Sarawak menolak Bn, maka tidak mungkin, pada PRK Batu Sapi pada oktober 2010, Bn mampu mengekalkan kerusi itu, malah melalui PRK itu majoriti calon Bn bertambah berbanding majoriti pada PRU-12.

Demikian juga pada PRN Sarawak pada April 2011, kalaulah kaum cina benar-benar menolak Bn, maka sepatutnya seluruh kawasan yang ditandingi SUPP akan kalah, namun semua itu tidak berlaku; walaupun parti tertua BN itu kehilangan banyak kerusi termasuk kekalahan Presidennya.

Dakwaan Anwar bahawa kaum cina menolak Bn adalah satu pembohongan. Kalaulah kaum cina menolak Bn, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu hadir bersama-sama Ketua Menteri Sabah di Dataran Deasoka Kota Kinabalu pada majlis melancarkan Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah tahun 2013 malam semalam.

Sandakan
Demikian juga di Sandakan, jika benar bahawa kaum cina menolak BN, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu menghadiri majlis serupa yang dilancarkan oleh Presiden LDP Datuk VK Liew di Sandakan pada malam 3 Februari 2013.

Perang propaganda yang dijalankan Anwar terhadap kaum cina mempunyai matalamat untuk mengelirukan kaum itu supaya menyokong pembangkang, kerana beliau tahu, bahawa kaum melayu dan bumiputera kembali menyokong barisan nasional.

Anwar tahu hanya melalui sokongan pengundi cina kepada pembangkang pada kadar peratusan di atas 80 peratus bagi semua kawasan yang mempunyai pengundi kaum cina, boleh menjamin kemenangan calon-calon pembangkang, dan jika berlaku di bawah itu adalah sukar mempertahankan kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-12, termasuk di Pulau Pinang.

Jangan lupa, pada PRU-1990, pengundi kaum cina pernah memberikan 14 kerusi Dun di Pulau Pinang kepada DAP, namun pada PRU-1995, calon-calon parti itu hampir kalah kesemuanya dan hanya menang satu kerusi DUN Batu Lanchang dengan majoriti 100 undi.

Tidak mustahil pada PRU-13, pengundi kaum cina akan kembali kepada Bn, kalaupun bukan keseluruhannya, jika berlaku sokongan kaum itu kepada pembangkang berkurang di bawah 70 peratus, maka kemungkinan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP juga akan kalah.

12 comments:

Teruterubozu said...

Barisan Nasional (BN) berkeupayaan memperoleh kemenangan dua pertiga di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan.

Teruterubozu said...

Beliau berkata, untuk kemenangan dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

Teruterubozu said...

"Insya-ALLAH, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan," katanya.

Teruterubozu said...

Katanya, sokongan pengundi masyarakat India terhadap BN juga telah pulih daripada kejatuhan pada pilihan raya umum 2008, selain berkeyakinan terhadap peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap BN kali ini.

Teruterubozu said...

Menurut Fuad, banyak daripada isu yang dimainkan pembangkang seperti pembelian kapal selam Scorpene, loji nadir bumi Lynas dan lain-lain telah "diselesaikan", menyebabkan pembangkang kini tercari-cari isu baharu.

Teruterubozu said...

Katanya, usaha pembangkang untuk mengumpul sejuta orang pada perhimpunan di Stadium Merdeka 12 Jan lepas, gagal kerana perhimpunan itu itu hanya dihadiri kira-kira 50,000 orang.

Teruterubozu said...

Beliau berkata, pembangkang menolak tawaran kerajaan supaya himpunan itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar kerana menyedari ketidakmampuan mereka untuk menarik peserta yang ramai ke perhimpunan terbabit.

Teruterubozu said...

Sementara itu, beliau berkata, jentera media sosial BN meliputi Twitter, Facebook dan lain-lain medium kini lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani serangan daripada pembangkang berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Teruterubozu said...

Bagaimanapun, Fuad meminta media sosial BN meneruskan usaha mereka dengan mendekati kira-kira 2.8 juta pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU13.

Teruterubozu said...

Pengundi muda terbabit katanya, tidak lagi bergantung kepada media lama seperti suratkhabar dan televisyen untuk mendapatkan maklumat, tetapi bergantung sepenuhnya kepada internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

mantera said...

Anwar mmg byk tipu helah, jgn mudah terpedaya.

jackie said...

Anwar banyak memutarbelit cerita, jangan mudah tertipu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels