24 March 2013

Jelajah Janji Diteapi Berakhir semalam di Kuantan



Program Jelajah Janji Ditepati berakhir malam tadi dengan Perdana Menteri menyatakan permohonan kepada rakyat agar memberi mandat kuasa lima tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, permintaan kepada rakyat itu adalah berdasarkan janji-janji BN yang sudah pun ditepati oleh parti itu.

Pada masa yang sama, beliau berharap rakyat tidak tertipu dengan janji-janji pembangkang yang menawarkan bulan, bintang dan syurga kerana terbukti janji mereka itu tidak ditepati.

Perdana Menteri yakin, sekiranya rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN, masa depan Malaysia terus bersinar menjadi sebuah negara berjaya dan unggul.

Berucap pada siri terakhir JJD di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 80,000 orang di pekarangan Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini, Najib berkata:

"Kalau kita dapat menyeberang jambatan melintas sebelah sana (menang PRU-13), saya yakin dengan mandat baru ini, kerajaan akan melakukan lebih baik lagi untuk lima tahun akan datang. Dalam tempoh empat tahun ini pun kita dapat lihat banyak kejayaan.

"Kerajaan pimpinan BN berjanji ke pada rakyat Malaysia, beri kita lima tahun yang akan datang, kita akan buat lebih hebat lagi. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh." - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 

32 comments:

usin said...

maknanya.....jeng...jeng...jeng. esok pm akan isytihar bubar parlimen. semoga bn akan diberi mandat sekali lagi utk memerintah. bukan bermakna malaysia tiada parti lain selain bn, tp calon pesaing bn sangat teruk serta lebih bersifat membalas dendam dan sangat lemah melaksanakan amanah rakyat. UMNO/BN pasti menang, insyaAllah.

Caldina said...

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata setiap lapisan masyarakat harus mempertingkatkan lagi tahap patriotisma dan perasaan cintakan kepada negara kerana apa yang berlaku di Lahad Datu Sabah adalah satu iktibar yang sepatutnya menjadi landasan perjuangan semua bangsa di negara ini.

Caldina said...

Ujarnya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan di Lahad Datu amat bertepatan demi menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat dari penceroboh dan pengganas ini.

Caldina said...

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar diwujudkan satu ‘centre command’ secara digital untuk mengawasi setiap kawasan sempadan negara.

Caldina said...

“Sempadan yang luas amat senang untuk diceroboh dan ianya haruslah diperketatkan agar ianya mudah dipantau dari diceroboh oleh pengganas. Sebab itu Mubarak merasakan ‘centre command’ perlu diwujudkan,” ujar beliau

Caldina said...

Sebelum majlis tersebut, Mubarak telah mengadakan mesyuarat mereka yang pertama pada tahun ini dan ianya dirasakan amat bertepatan sekali memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja dan kebetulan terjadi pula insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Caldina said...

“Insiden Lahad Datu telah membangkitkan semangat juang kami sebagai bekas-bekas wakil rakyat untuk terus menyumbang tenaga dan pengalaman agar Barisan Nasional (BN) terus menerajui kepimpinan negara. Ini amat penting kerana hanya BN yang mampu memastikan negara kita terus selamat, berdaulat dan kepentingan rakyat terjamin.

Caldina said...

“Laporan dari setiap negeri juga telah diterima dan ini menambahkan lagi keyakinan ahli Mubarak untuk berkhidmat dan memastikan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN akan terus meningkat seterusnya menang besar di PRU-13.

Caldina said...

“Program-program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri juga dilihat berkesan kepada rakyat terutama kepada pengundi baru. Pendekatan yang dibawa berjaya mendekati dan merangkumi citarasa remaja menerusi media sosial yang diamalkan sendiri oleh Perdana Menteri,” ujarnya.

Caldina said...

Selain itu ujarnya, ahli-ahli Mubarak akan mengadakan program melalui sentuhan NGO-NGO dan pengundi-pengundi baru di kawasan masing-masing terutamanya kawasan yang menang dan kalah tipis.

Caldina said...

“Kita juga memberi tumpuan yang lebih kepada negeri Selangor kerana kita mahu Selangor kembali kepada BN. Mubarak merasakan kepimpinan yang ada sekarang ini di Selangor memerlukan banyak perubahan yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat dan ianya hanya boleh diperolehi menerusi BN,” jelasnya lagi.

Unknown said...

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan menerima sesiapa sahaja yang menjadi calon Barisan nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kerana rakyat percaya kepada dasar transformasi kerajaan yang baik.

Unknown said...

Saya melihat sambutan rakyat sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh BN boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik.

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) akan menurunkan calon boleh menang dan diterima pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Unknown said...

kedua-dua kriteria itu merupakan pertimbangan asas dalam pemilihan calon yang ditentukan BN.

Unknown said...

wujud keperluan untuk mengekalkan calon berpengalaman dan menggantikan pemimpin yang perlu ditukar dengan muka-muka baru.

Unknown said...

Ia bukan perkara baru. Kerajaan BN sudah lakukan perubahan setiap kali pada pilihan raya. Cuma jumlah calon itu agak berbeza.

Unknown said...

calon yang diturunkan BN kelak akan terdiri daripada gabungan orang muda dan pemimpin berpengalaman selepas menerima maklum balas daripada rakyat.

Unknown said...

Kalau kita letak calon, walaupun dia ketua bahagian tapi kalah sebab rakyat tidak suka, dia tak boleh kekal sebagai calon. Ada segelintir pihak sudah jemu dengan calon lama.

Unknown said...

akan ada kesimbangan antara calon-calon muda yang bertenaga, layak, penyayang, berpengalaman dan berguna kepada parti.

Unknown said...

Kalau kita letak calon lama ada masalah juga, begitu juga kalau semua calon baru. Semua parti politik melalui perkara sama.

Blackforest said...

Inisiatif transformasi yang diperkenal kerajaan memberi unjuran positif kepada hasil pendapatan negara dan menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun lepas.

Blackforest said...

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata peningkatan ini disumbang daripada penambahan kutipan hasil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Blackforest said...

"Kita lihat pendapatan negara meningkat melalui kutipan hasil yang begitu cekap oleh LHDN dan Kastam, dan Model Baru Ekonomi kita berjaya dengan catatan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun lepas," katanya.

Blackforest said...

Tambah beliau, lonjakan ekonomi negara turut didorong oleh Pelan Transformasi Ekonomi dalam sektor pelaburan di samping meningkatkan pendapatan syarikat justeru mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, lapor Bernama.

Blackforest said...

Ujarnya, kerajaan kini beralih daripada sebuah ekonomi berasaskan kos rendah kepada ekonomi berasaskan nilai tambah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun yakin inisiatif tersebut bakal meningkatkan hasil pendapatan negara sepertimana yang berlaku sejak tiga tahun lepas.

Blackforest said...

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah menzahirkan keyakinan bahawa kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu melaksanakan segala perancangan disusun dengan berkesan bagi faedah dan kegemilangan bangsa, agama serta tanah air.
“Beta juga amat berbangga dengan catatan pertumbuhan Keluaran

Blackforest said...

Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama tahun ini pada kadar 10.1 peratus. Demikian juga, dengan kejayaan negara meningkat dari tangga ke 18 ke tangga 10 daya saing global mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Institute of Management Development," titah baginda.

Blackforest said...

Kejayaan itu, titah Seri Paduka, menunjukkan suasana pelaburan dalam negara kembali kondusif dan memberangsangkan serta keyakinan rakyat sebagai pengguna semakin meningkat, sekali gus membuktikan keupayaan ekonomi negara untuk berkembang dan memasuki kembali fasa peningkatan yang tinggi serta mapan.

Blackforest said...

"Menjadi hasrat beta untuk melihat semua rakyat Malaysia baik di bandar mahupun luar bandar sama-sama menikmati hasil pembangunan negara," titah baginda.

Blackforest said...

“Beta yakin penghormatan masyarakat luar ini berpunca daripada kejayaan negara kita untuk menjadi negara Islam yang progresif dan dinamik. Penghayatan terhadap ajaran Islam sebenar akan terus memacu kita ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat," titah Seri Paduka.

mantera said...

kini masa tumpukan pada PRU

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels