12 March 2013

Tindakan Pengganas Sulu-Beban kepada Suluk Tempatan dan juga pendatang Tausog

TINDAKAN keganasan pengganas Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul Kiram III Agbimuddin Kiram yang juga disertai Jeneral Haji Musa Abdulla dan Ernesto Sambas, bukan sahaja menjadi beban kepada kaum suluk Sabah, juga kepada kaum tausog, kaum pendatang ke Sabah.

Kumpulan tausog yang datang ke Sabah bertujuan untuk membina hidup baru, kerana di kampung halaman mereka sendiri Tawi-Tawi atau kawasan lain, tiada kerja tersedia, tiada rumah tersedia, malah masa depan yang malap.

Sekurang-kurangnya apabila mereka berada di tanah Sabah, mereka mempunyai pekerajaan walaupun sebagai buruh bangunan atau ladang. Bagi mereka, hanya kudrat yang perlu ditanya, disebabkan jumlah kerja yang melambak, sehinggakan mereka tidak perlu berlapar.

Mereka tidak perlu beralaskan tanah dan berbumbungkan langit, sekurang-kurang majikan menyediakan rumah kongsi; kalaupun tidak bernasib baik-misalnya tertangkap, rumah merah tersedia, di mana makanan, minuman, tempat tidur tersedia sepanjang masa.

Keganasan yang berlaku di Lahad Datu, atas tindakan pengganas sulu, sungguh membimbangkan mereka; mereka khuatir, keadaan yang mereka tinggalkan di tanah air mereka sendiri berlaku di sini. Sebahagian besar daripada mereka mengharapkan krisis Lahad Datu secepatnya berakhir, agar mereka tidak merasa diburu, tidak tenteram dan kemungkinan ditangkap kerana disyaki sebagai simpatisan pengganas sulu.

Setakat ini hampir 200 orang telah ditahan, samaada yang disyaki atau mereka yang ditangkap kerana memasuki kawasan larangan. Mereka yang ditahan itu termasuk mereka yang beruniforam dan pemimpin politik tempatan.

Bagi kaum suluk tempatan pula, kerana tindakan keganasan itu, maka timbul persepsi bahawa kaum itu tidak setia kepada negara ini; walaupun pada zahirnya kaum suluk tempatan, berbeza sekali dengan kaum tausog.

Meskipun suluk dan tausog berbahasa sama, namun lingkungan yang dialami kaum suluk sejak tahun 60-an adalah lingkungan aman damai, sehingga sifat memberontak dan dendam pada kaum itu sedikit demi sedikit telah ludes, berlainan dengan kaum tausog di filipina, di mana mereka terdedah kepada lingkungan  perang, kekacauan, sehingga mendorong perlakuan mereka kepada pemberontakan dan keganasan.

Sabah sangat berbangga apabila perjanjian antara MILF dan kerjaan Filipina termeterai pada 29 Oktober 2012; ekoran kepada perjanjian damai itu, pihak perniagaan dan usahawan, membayangkan bagai mana kawasan BIMPEAGA akan menjadi kawasan perekonomian yang berkembang pesat. Malah, cadangan membina CIQ di utara Sabah akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Selain itu, keamanan di kawasan itu, akan muncul bentuk perekonomian baru, terutama daripada minyak dan gas. Menurut kajian industri minyak; kawasan selatan Filipina yang dikuasai Bangamoro, kaya dengan minyak dan gas, di mana setakat ini, masih perawan.

Melalui keamanan, dan apabila Kerajaan autonomi Bangsamoro berkuatkuasa pada tahun 2014, maka akan wujud hub islam terbesar di bahagian pantai timur Sabah dan Selatan Filipina; selain itu, kawasan itu akan menjadi kawasan kerajaan Islam terbesar di kawasan ini, malah lebih besar berbanding dengan Malaysia.

Berasaskan faktor-faktor inilah, ada pihak tertentu, cemburu dan curiga dengan terwujudnya regional ekonomi baru yang dikuasai penganut islam. Atas sebab itu, untuk membendungnya, maka kekacauan perlu diwujudkan. Melalui kekacaun itu, maka akan timbul perasaan dendam, benci, curiga. Dengan adanya kekacauan maka dalang itu akan bertempik.

14 comments:

mantera said...

suluk Sabah tak sama dgn penceroboh trsebut

Teruterubozu said...

Berikutan insiden yang berlaku di Lahad Datu, ramai yang keliru dengan masyarakat Suluk di Sabah dengan warga Sulu yang menetap di Kepulauan Sulu.

Teruterubozu said...

Kehadiran orang Suluk ke Malaysia terutamanya ke Sabah adalah untuk berniaga dari tahun 1930an, tapi ada yang terus berkahwin dengan orang tempatan dan terus menetap hingga pembentukan Malaysia sekaligus menjadi warganegara secara automatik. Dan menurut Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah ( PRESS ) , Mohd Zaki Harry Susanto., orang Suluk juga ada terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada British.

Teruterubozu said...

Terdapat lebih dari 300,000 yang berdaftar JPN . Yang tidak berdaftar seperti pemegang dokumen IMM , yang masuk secara haram adalah sukar untuk ditentukan bilangannya. Orang Suluk bertumpu di Pantai Timur Sabah bermula dari Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat. Ini adalah kawasan berpantai kerana orang SUluk orang laut, pelayar dan pedagang.

Teruterubozu said...

Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, anak Suluk yang menjadi bapa kemerdekaan warga Suluk. Beliau bersama-sama Allahyarham Tun Mohammad Fuad Stephens menggabungkan Sabah yang pada masa itu dikenali dengan nama North Borneo dengan Sarawak dan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia.

Teruterubozu said...

Yang Dipertua Negeri Sabah adalah Tun Juhar Mahiruddin yang juga berketurunan Suluk dan walaupun dia bukan Sultan,tetapi kedudukannya tinggi dalam Perlembagaan Negeri.

Teruterubozu said...

Masyarakat Suluk di Sabah terbahagi kepada beberapa kategori iaitu : Warganegara Malaysia, bukan warganegara ( pasport ), pelarian dan pendatang haram. Bagi warganegara, walaupun ada yang duduk di Sabah selama bertahun-tahun, ada yang segelintirnya yang taat setianya boleh diragui. Kerana masih ada yang berulang alik ke Selatan Filipina bertemu sanak saudara. Tapi majoritinya masih setia dengan Yang diPertuan Agong.

Teruterubozu said...

Kesultanan Sulu bagi sebahagian warga Suluk adalah tidak revelan. Tapi dalam setandan pisang, tak pelik kalau ada 1-2 pisang yang busuk. Jadi, mereka inilah yang merosakkan keadaan dan menjadi musuh dalam selimut.

Teruterubozu said...

Menurut Zaki, ada warga tempatan, warganegara Malaysia berbangsa Suluk yang memainkan peranan. Tapi segelintir kecil saja, mereka ini sama ada terpaksa kerana diugut atau rela hati. Bagi yang rela hati mungkin terpengaruh dengan janji pihak tertentu.

Teruterubozu said...

Ada juga warga asing, pelarian dan pendatang haram di Sabah yang tunjukkan taat setia kerana sudah lama disini walaupun bukan warga negara. Ada yang menyebelahi Malaysia kerana mereka rasa sudah hidup senang di sini dan rasa lebih baik jadi orang Malaysia.

Teruterubozu said...

Menurut Zaki, seorang saudara adalah orang Suluk warganegara Malaysia. Seorang anaknya berkahwin dengan keluarga Kiram. Apabila peristiwa Lahad Datu berlaku, dia kata itu bagus kalau Sabah diambil balik oleh Sultan Sulu.Dia tanya kenapa? Saudaranya cakap baguslah sebab mereka kan Suluk. Ini negeri mereka punya, kalau Sultan Sulu ambil senanglah kita, bangsa mereka memerintah.

Teruterubozu said...

Zaki membidas dengan berkata cakap negeri ini bukan mereka punya, bukan milik mana-mana kaum, ini milik bersama. Kalau mahu hidup bersama, buang persepsi itu. Inilah yang dia cakap ada warganegara yang hati kecilnya masih ada kesetiaan kepada Sultan Sulu, apatah lagi salah seorang anaknya kahwin dengan keluarga Kiram, kalau Sabah jadi milik Kiram maka dia fikir akan jadi orang penting dalam masyarakat.

Teruterubozu said...

Dari sudut lain, mungkin sesetengah pihak anggap bangsa Suluk tidak diberi perhatian, dipinggir dan terabai. Jadi ada yang cuba menaikkan balik nama Suluk walaupun dengan cara yang tidak betul. Mereka anggap kalau jadi sultan, ada hak menuntut sesuatu termasuk bayaran pajak RM5,300 setahun yang kerajaan kita bayar

Teruterubozu said...

Tidak mustahil inilah yang menarik perhatian sehingga ada mengaku sultan. Bagi kita RM5,300 setahun tidaklah besar tetapi di selatan Filipina, jumlah itu besar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels