1 April 2013

ESSCOM/ESSZONE: Wilayah USBO

TIDAK ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa kawasaan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau kawasan perundangannya Eastern Sabah Security Zone yang meliputi Kudat hinggalah ke Tawau adalah wilayah USBO. Daerah yang dimasukan dalam kawasan itu, yang bukan wilayah USBO adalah Pitas dan Kota Marudu serta sebahagian Kinabatagan dan Beluran serta Tawau Selatan dan Tenggara. Demikian juga Kota Belud dan Tuaran terkeluar daripada ESSCOM dan ESSZONE.

Dalam sejarah pembentukan kerajaan Sabah, tiada satu kaumpun boleh membentuk kerajaan dengan sendirinya tanpa sokongan kaum terbesar samada kaum KDM mahupun Bajau.

Kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991, membolehkan kaum di luar daripada KDM dan Bajau mengetuai kerajaan.

Sebagai misalannya pada tahun 1976  kerajaan yang dipimpin kaum Bajau ditumbangkan oleh suku KDM melalui Parti Berjaya yang dipimpin Tun Mohd Fuad Stephen, kerajaan Berjaya itu diteruskan oleh Datuk Harris Salleh selepas 6.6.176, kerana terbunuhnya Tun Mohd Fuad dalam satu kemalangan pesawat di kawasan Sembulan Kota Kinabalu.

Datuk Harris dapat meneruskan kerajaan berjaya sehingga tahun 1985, kerana sokongan kaum KDM. Namun kerajaan itu juga tumbang akibat beralihnya sokongan KDM kepada parti PBS yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kerajaan PBS yang didokong oleh kaum KDM tumbang pada tahun 1994, apabila kaum Bajau bersatu di bawah payung Umno dan berpecahnya kaum KDM.

Kerana sokongan kaum bajau kepada umno yang berpunca daripada Usno yang telah dibubarkan untuk membolehkan Umno bertapak di Sabah, maka kaum bajau diberi penghormatan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah melalui Datuk Sakaran Dandai 8 bulan, kemudian Datuk Salleh Said 18 bulan.

Selama BN membentuk kerajaan di Sabah yang bermula pada tahun 1994, kaum bajau berkesempatan menjadi Ketua Menteri selama 4 tahun yang dikongsi bersama tiga pemimpin Bajau- Datuk Sakaran-8 bulan; Datuk salleh-18 bulan dan Datuk Osu Sukam-24 bulan, sementara KDM 9 bulan melalui Datuk Bernard Dompok, kaum cina 4 tahun melalui Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chong Kah Kiat.

Bermula tahun 2003, Ketua Menteri Sabah diserahkan kepada pemimpin yang bukan berasaskan etnik namun parti atas dasar "memang-menang".

Selama 10 tahun, kepimpinan Sabah yang diketuai oleh pemimpin yang bukan berasaskan etnik, menampilkan kerajaan yang cukup stabil, sehingga berjaya memenuhi matalamat rakyat umpamanya mengurangkan kadar kemiskinan.

Dalam kepimpinan negeri yang diketuai Musa Aman, semua kaum ditampilkan, baik daripada KDM mahupun Bajau, serta kumpulan etnik yang kecil.

Sekali lagi pada PRU-13 yang diambang pintu, keputusan pilihanraya Sabah akan ditentukan oleh dua kumpulan etnik besar yakni Bajau dan KDM. Kaum Bajau yang mewakli kawasan Tuaran, Kota Belud, kemudian Kudat sehingga ke kawasan Kunak dan Tanjung Batu di Tawau.Kawasan itu mempunyai lebih 32 kawasan DUN dan lebih 10 kawasan parlimen, merupakan angka yang sangat singnifikan kepada kemenangan mana-mana parti yang bertanding.

Ada yang mengatakan sebelumpun diadakan PRU-13, BN Sabah sudah menang 30 DUN dan 11 Parlimen, kerana kawasan-kawasan tersebut termasuk dalam wilayah ESSCOM/ESSZONE.

9 comments:

unknown said...

Wilayah USBO?

unknown said...

Why this thing should be politicized?

unknown said...

Esszone bertujuan untuk mengawal perairan.

unknown said...

I don't think we should say like this and that belongs to who.

unknown said...

Kan kerajaan suda tunaikan janji.

unknown said...

And at the same time, we should be more prudent.

Blackforest said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berikrar akan memikul tanggungjawab sebaik mungkin selaku pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) demi menjamin keselamatan penduduk dan negara.

Blackforest said...

Sambil menghargai kepercayaan yang diamanahkan, Musa berkata komitmen penubuhan ESSZONE yang merangkumi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) membuktikan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat Sabah.

Blackforest said...

Ketua Penerangan dan Perhubungan Persatuan Bekas Polis Malaysia Mohd Zainan Mohd Yunus berkata ESSZONE mampu menguatkan benteng keselamatan di setiap inci kawasan di Sabah dalam memastikan keadaan dan rakyat negeri itu terbela.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels