10 April 2013

PRU-13: Apa kata kaum cina?

Seorang individu cina yang bernama Thomas Lee, 66 asal Karamunting Sandakan, terdaftar mngundi di tempat yang sama, namun kini menetap di Kota Kinabalu. 

Penulis sempat berjumpa denga beliau semalam, dalam acara ngambi di sebuah restoran di Luyang Kota Kinabalu. 

Mr Lee memberitahu saya, minggu lepas, beliau dan isterinya pulang ke Sandakan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga, selepas 13 tahun tidak pernah pulang ke tempat kelahirannya. 

Wooo katanya, keadaan Sandakan tidak seperti yang beliau bayangkan. Sandakan begitu maju. Beliau terperanjat dengan jalanraya berkembar daripada lapangan terbang ke Bandar. Selain itu, kadar pembangunan, katanya sungguh di luar dugaan, sehingga beliau tersesat jalan, kerana tidak biasa lagi dengan suasana. 

Taman-taman perumahan dan kawasan rumah-rumah kedai baru telah tumbuh bagaikan cendawan. 

Tetapi yang paling mustahak adalah komennya berkaitan pilihanraya ke-13. Karamunting katanya akan mendapat calon baru, seorang akauntan daripada LDP. Calon itu bernama Pang juga, kerana anak kepada abang kepada Peter Pang, mantan ADUN Karamunting yang tidak dapat mempertahankan kerusi tersebut, kerana bertukar parti. 

Dun Karamunting adalah kawasan LDP, atas sebab itu, pada PRU-13 ini, parti komponen BN itu mempertahankan kerusi itu bagi pihak BN. 

Apabila ditanya peluang BN mempertahankan kawasan Sandakan, semua kawasan kata Thomas Lee akan dimenangi BN, kecuali Tanjong Papat jika Datuk Raymond Tan masih bertanding di kawasan itu. Mr Lee tidak memberi sebab-sebab yang jitu, mengapa menyebut secara khusus nama Raymond Tan. Malah beliau secara berseloroh, kalau beliau bertanding, boleh mengalahkan mantan DUN Tanjong Papat itu. 

Calon-calon lain kata beliau akan menang, termasuk Datuk VKLiew di Parlimen Sandakan tetapi calon BN itu perlu berkerja keras. VK Liew kemungkinan akan berdepan dengan calon DAP Wong Thien Fatt 52, nama baru dalam dalam arena politik. 

Menurut Thomas Lee, rata-rata kaum cina berpuashati dengan kerajaan, terutama pengwujudan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Kaum cina merasa aman dengan terwujudkan agensi kerajaan itu. 

Selama di Sandakan, ramai kaum cina bercakap dengan kadar pembangunan Sandakan, termasuk “upgrading” Lapangan Terbang Sandakan. Mereka melihat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman yang merupakan mantan ADUN Sibuga, memang banyak membawa pembangunan di Sandakan dan mencipta alam perniagaan untuk semua. Kaum cina menghargainya, demikian kata Mr Lee. 

Sambung Mr Lee, apa yang kaum cina mahu dengan komposisi kerusi DUN yang ada sekarang? 32 DUN bumiputra islam, 20 DUN bumiputra bukan islam dan 8 kaum cina. Kaum cina perlu berpihak kepada majoriti. 

Kaum cina Sabah kata beliau, tidak perlu terikut-ikut kaum cina Semenanjung, kerana keadaan yang berbeza. Di Sabah katanya, kaum cina perlu berafiliasi dengan kaum majoriti.

17 comments:

Teruterubozu said...

Presiden Parti Liberal Demokratik, Datuk V.K Liew membidas kenyataan-kenyataan pihak pembangkang yang mendakwa masyarakat Cina tidak menyokong Kerajaan Barisan Nasional.

Teruterubozu said...

Katanya, masyarakat Cina di Malaysia, terumtama di Sabah masih menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Teruterubozu said...

“Kaum Cina di Sabah dan negara ini masih memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Najib. Pengundi Cina akan ketahui perkara ini selepas Najib mengumumkan senarai nama calon di kemudian hari.

Teruterubozu said...

“Ini semua adalah hasil transformasi yang dilaksanakan beliau berlandaskan slogan 1Malaysia,” katanya.

Teruterubozu said...

Beliau yakin bahawa rakyat mampu melihat dan menilai sendiri dengan teknik-teknik yang dilakukan pihak pembangkang.

Teruterubozu said...

Menurutnya, pembangkang juga mendakwa bahawa di Semenanjung Malaysia sudah berubah dan di Sabah harus mengikuti perkara itu. Ianya semua hanyalah penipuan semata-mana untuk mengelirukan masyarakat Kaum Cina di Sabah.

Teruterubozu said...

“Saya percaya rakyat tahu menilai bahawa semua yang diperkatakan oleh pembangkang hanyalah taktik mereka memesongkan rakyat kaum Cina sedangkan kaum ini sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran Najib.

Teruterubozu said...

“Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh dibawah tranformasi ekonomi yang dilaksanakan berbanding negara utama di dunia yang mengalami kemelesatan ekonomi,” tambahnya.

mantera said...

potensi untuk BN menang di Sabah khususnya sandakan amat tinggi.

mantera said...

suasana di Sabah dan semenanjung tidak sama, penduduk Sabah hidup bersatu padu walaupun berlainan kaum

Unknown said...

"Mereka berasa selamat kerana keadaan keselamatan terkawal dan yakin dengan usaha bersepadu kerajaan untuk mengelak insiden serupa daripada berulang," katanya. Salman berkata faktor menyenangi pentadbiran kerajaan Sabah yang baik di bawah kepimpinan Musa, lebih-lebih lagi dalam membawa pembangunan dari semua aspek kepada rakyat dan penerimaan dasar transformasi baharu yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, akan turut menyumbang kepada kejayaan dalam pilihan raya.

Unknown said...

Beliau sependapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa Najib bekerja keras bagi BN dan negara sebagai perdana menteri dari segi transformasi politik dan ekonomi sejak mengambil alih teraju kepimpinan. Sementara itu, Salman meramalkan BN akan berdepan cabaran getir untuk memenangi semula kerusi Kota Kinabalu dan Sri Tanjung yang dikuasai DAP selain bakal diberi tentangan sengit pembangkang di kawasan bandar dan sub-bandar.

Unknown said...

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sandakan sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan jenteranya tiada masalah apabila berdepan dengan mana-mana parti lawan. Ketuanya, Asnah Haji Tahlil, berkata keyakinan itu berdasarkan aktiviti turun padang yang dilaksanakan seperti ‘Salam Sayang’ berjaya mendekati semua golongan sekali gus memudahkan mereka mengenal pasti apa jua keperluan masyarakat setempat.

Unknown said...

Beliau berkata, aktiviti tertumpu di dua kawasan iaitu Zon Tanjung Papat dan Zon Elopura yang mana sepanjang program menunjukkan masyarakat terutamanya golongan wanita amat gembira dengan pendekatan murni wanita Umno. Katanya, komitmen yang tinggi ahli-ahli banyak memberikan manfaat terhadap jentera parti apabila aktiviti turun padang menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Unknown said...

“Saya yakin dan percaya bahawa BN akan menang mudah di Parlimen Sandakan ekoran sokongan rakyat tidak pernah berbelah-bagi … ia dapat dibuktikan menerusi program yang kami laksanakan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat di peringkat akar umbi. “Sudah pasti kejayaan ini akan menambah kekuatan jentera sedia ada yang sentiasa digerakkan bersama-sama dengan sayap penting parti lain … namun begitu, kami tidak mudah berpuas hati sebaliknya melipatgandakan usaha ke arah memperkukuhkan kekuatan kita menjelang PRU-13 nanti,” jelasnya.

Unknown said...

Sehubungan itu, Asnah menegaskan komponen BN mesti melakukan kerja sebagai satu pasukan untuk memastikan kemenangan calon-calon BN di kawasan tersebut. Ini ujarnya, usaha dan kerja berpasukan tentu sekali tidak akan memberi peluang kepada pihak pembangkang yang sentiasa mencari peluang untuk menggugat BN.

Unknown said...

Begitu pun, beliau berpuas hati dengan tahap kerjasama di kalangan rakan-rakan komponen yang sentiasa bergerak bersama sekali gus menyumbang kemenangan mudah kepada calon BN kelak. “Jentera Wanita Umno Sandakan kini di peringkat siapsiaga untuk menghadapi PRU-13 nanti … kita tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana pihak lawan. “Sebaik pengumuman pembubaran, kita akan bergerak dengan misi mencapai kemenangan mutlak bagi ketiga-tiga kerusi iaitu Parlimen Sandakan, Tanjung Papat dan Elopura,” jelasnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels