5 April 2013

PRU-13: BN boleh menang besar- jika trend Lampu berlaku

KALAU berasaskan undi popular, tahun 1995 merupakan pencapainan terbaik Bn apabila mampu mendapat 65.1 peratus undi popular dengan 84.38 peratus jumlah kerusi parlimen, apabila menang 162 kerusi aripada 192 yang dipertandingkan berbanding pembangkang 30.

BN menerima undi popular terburuk tahun 2008 apabila hanya mendapat undi popular 50.3 peratus dengan jumlah 63.06 peratus jumlah kerusi parlimen, apabila hanya menang 140 kerusi daripada 222, berbanding pembangkang 82.

Jika data historical boleh menjadi panduan, maka pada PRU-13 ini Bn akan menang besar, berasaskan data grafik di atas. Kalau melihat data keputusan PRU di negara ini sejak tahun 1982, PRU-13 sepatutnya berpihak kepada BN.

Trend pilihan pengundi di negara ini, jika berasaskan kepada data di atas, maka apabila satu pilihanraya, pengundi tidak berpihak kepada BN, namun pilihanraya berikutnya akan condong kepada Bn. Pada tahun 2008, pengundi tidak condong kepada BN, kerana trend di atas, maka pada PRU-13 ini seharusnya sokongan kembali kepada Bn.

Sebagai Jururunding kewangan, Penulis mengikuti perkembangan pasaran Saham. Jika pasaran bergerak positif, maka pergerakan itu biasanya seiring dengan sokongan rakyat terhadap BN.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada Rabu, kedudukan kerusi parlimen, 135 BN, 75 PR, 10 Bebas dan 2 SAPP.

BN berdepan dengan PRU-13 tanpa ada bergolakan dalaman, seperti mana tahun 1990, 1999 dan 2008. Pada kali ini, Bn bergerak secara total sebagai satu pasukan, di mana untuk pertamakalinya semua pemimpin Bn bergerak bersama, baik di Pusat mahupun negeri.

Tiada sebab BN tidak mampu menang dengan kuasa 2/3 dewan rakyat.

7 comments:

mantera said...

BN pasti akan menang besar

Blackforest said...

Datuk Seri Najib Tun Razak optimistik namun berhati-hati dalam menyatakan harapan Barisan Nasional memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan dalam beberapa hari lagi.

Blackforest said...

Dalam satu temu bual dengan wartawan Financial Times daily, Jeremy Grant di pejabat beliau, Najib dilaporkan berkata memperoleh dua pertiga majoriti adalah sesuatu yang “boleh dicapai.”

Blackforest said...

"Tetapi saya sedar dalam sesuatu pilihan raya, apa pun boleh berlaku. Itu sebabnya saya kata saya optimistik namun berhati-hati."

Blackforest said...

Ekonomi tumbuh 5.5 peratus, dipacu oleh permintaan domestic dan eksport komoditi yang rancak seperti gas dan minyak sawit.

Blackforest said...

Menurut laporan itu negara telah memanfaat daripada program ekonomi diperkenal oleh Najib yang menyasar untuk menggandakan pendapatan isi rumah kepada US$15,000 (RM46,510) menjelang 2020.

Blackforest said...

Reformasi ekonomi kukuh telah mewujudkan keyakinan luar kepada pentadbiran sedia ada, yang memperlihatkan pegangan asing bon kerajaan Malaysia melonjak sebanyak 550 peratus kepada RM215 bilion (US$69 billion).

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels