11 April 2013

PRU-13: Siapa Calon-calon Kawasan Kota Belud?

KECUALI calon PBS bagai DUN Kedamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan, bagi calon-calon Umno masih menunggu pengumuman Presiden parti,yang seharusnya diketahui semalam, namun ditangguhkan 2-3 hari lagi.

Nama-nama pemimpin seperti Datuk Dr Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Musbah Jamli dan Datu Japlin Akim merupakan calon-calon yang bakal diumumkan.

Di antara nama-nama itu, Datuk Musbah Jamli dikatakan nama yang paling pasti diumumkan sebagai calon Tempasuk, kerana saingan utamanya Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, sudah awal-awal lagi memberi tindak balas tidak akan menyertai pilihanraya.

Spekulasi bahawa Datuk Rahman Dahalan akan dipilih bertanding di Parlimen Sepanggar, kawasan pembangkang semakin kencang bertiup, malah sebuah surat khabar tempatan menyiarkannya awal minggu ini.

Berasaskan situasi yang ada, maka samada Datuk Dr Salleh Tun Said kembali ke Dun Usukan, dan Datuk Japlin pula menggalas tugas di peringkat parlimen atau sebaliknya, keputusan mengenainya berdebar-debar untuk ditunggu.

Apa yang menarik untuk dipaparkan, bahawa semua pemimpin Umno yang disebutkan telah awal-awal lagi menyatakan akan terus setia dan membantu kemenangan BN meskipun di antara mereka tidak terpilih. Jiwa besar yang mereka tunjukkan dari awal-awal lagi merupakan faktor kekompakan jentera Bn Kota Belud yang diketuai oleh Dr Salleh sendiri.

Siapapun yang bakal terpilih yang pasti mereka akan berkerja sebagai satu pasukan untuk satu matalamat yakni kemenangan.

27 comments:

Teruterubozu said...

Mana-mana warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan Malaysia layak menjadi calon pilihan raya sekiranya:

a. Dia berumur lebih daripada 21 tahun; (Artikel 47 Perlembagaan Persekutuan)

Teruterubozu said...

b. Sempurna akalnya; (Artikel 48 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan)

c. Bukan seorang muflis; (Artikel 48(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967. Seseorang itu adalah ‘Muflis’ apabila beliau telah melakukan salah satu kelakuan-kelakuan kebankrapan, perintah penghukuman dan perintah penerimaan (AO/RO) telah diberikan ke atasnya dan tiada apa-apa jua perintah yang melepaskan dan/atau membatalkan perintah penghukuman dan perintah penerimaan tersebut. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut)

Teruterubozu said...

d. Tidak memegang jawatan yang berkeuntungan; (Artikel 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Rujuk kes Dato’ Seri Tiong King Sing lwn Datuk Justine Jinggut [2003]6MLJ 433, yang mengatakan bahawa jawatan berkeuntungan mempunyai maksud jawatan yang padanya dibayar gaji atau apa jua bayaran yang lain.)

Teruterubozu said...

e. Tidak pernah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman kerana membuat perbuatan yang meyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Bahagian IV Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan-kesalahan yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) dalam masa lima (5) tahun sebelum pilihan raya; (Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

Teruterubozu said...

f. Tidak pernah disabitkan dan dijatuhkan hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau denda lebih RM2,000 bagi apa-apa jua kesalahan; (Artikel 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan)

Teruterubozu said...

g. Tidak pernah didapati bersalah keraa membuat kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan jika telah dijatuhkan hukuman, telah luput tempoh lima (5) tahun dari tarikh hukumannya; (Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan-kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

Teruterubozu said...

h. Tidak menjadi warganegara asing dan berikrar taat setia kepada negara asing itu; (Artikel 48(1)(f) Perlembagaan Persekutuan)

Teruterubozu said...

i. Telah dinamakan di dalam Kertas Penamaan; (Peraturan 4(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981)

j. Bersetuju untuk dicalonkan; (Artikel 50(4) Perlembagaan Persekutuan)

Teruterubozu said...

k. Tidak didapati bersalah atas kesalahan hasutan.(Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Rujuk kes Fan Yew Teng lwn Setiausaha, Dewan Rakyat & Ors [1957] 2 MLJ 40. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948)

Hidup Di Sabah said...

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.

Hidup Di Sabah said...

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Hidup Di Sabah said...

Ini kerana, katanya perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini

Hidup Di Sabah said...

“Kalau orang UMNO, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

Hidup Di Sabah said...

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

Hidup Di Sabah said...

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

Hidup Di Sabah said...

Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja. “Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong,” kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihan raya umum.

Hidup Di Sabah said...

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, di sini, Sabtu. Mengulas mengenai demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata, ia adalah strategi pembangkang sekiranyamereka kalah pilihan raya.

Hidup Di Sabah said...

“Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang berlaku di negara-negara Arab. “Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu mereka ada pemerintahan kuku besi. Di Malaysia tidak ada pemerintahan kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai kalah lima negeri. “Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat,” katanya.

Hidup Di Sabah said...

Pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Hidup Di Sabah said...

“Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

Hidup Di Sabah said...

“BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN,” katanya dalam catatan terbaru blog beliau di chedet.cc hari ini.

Hidup Di Sabah said...

Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Hidup Di Sabah said...

Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya.

Hidup Di Sabah said...

“Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan.

Hidup Di Sabah said...

Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

Hidup Di Sabah said...

“Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State,” katanya.

Hidup Di Sabah said...

Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels