28 May 2013

BN kena tumpu pada kawasan yang dimenangi- Pra Syarat mempertahankan kerajaan

KEPUTUSAN PRU-13 sudahpun diketahui. Dalam PRU itu, BN mendapat 133 kerusi Parlimen, sedikit kurang berbanding PRU-12.

Jika pada PRU-12, BN memerlukan 8 kerusi parlimen untuk mencapai kuasa 2/3, namun pada kali ini memerlukan 15 untuk mencapai kuasa tradisi itu.

Dalam situasi politik masa kini, kuasa 2/3 bukan sesuatu yang mudah dicapai. Mentaliti dan kecenderungan pengundi sudah banyak berubah.

Berkembangnya media alternatif, urbanisasi, masalah peluang pekerjaan, masalah kenaikan harga barangan, terbukanya maklmuat tanpa sempadan akibat perkembangan teknologi, adalah faktor-faktor yang mempengaruhi mood pengundi terutama di kawasan bandar.

Pada PRU-12 lalu, antara sekian banyak ibu kota, hanya Johor Baharu dan Kangar dimenangi BN, selebihnya dimenangi pembangkang, bukan itu sahaja kawasan-kawasan bandar utama dan pesisir bandar juga dimenangi pembangkang.

Di Sabah, Parlimen Penampang, Sandakan, Dun Moyog, Dun Luyang, Dun Kapayan,  Dun Api-Api, Dun Likas, Dun Inanam, Dun Sri Tanjong adalah kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang mengikut trend kebangsaan. Pengecualian bagi Dun Matunggong, Dun Kedamaian,Dun Tamparuli, Dun Bingkor, dan Dun Klias kerana masalah-masalah setempat, dan masalah poltik dan calon.

Kalaulah PRU-13 dianalogkan dengan pepriksaaan, maka jika berasaskan merit dan markah, maka sesiapa sahaja calon yang mendapat sokongan padu iaitu melalui majoriti, itulah yang mendapat pengiktirafan, demikian juga kalau dilihat daripada segi parti, parti yang menyumbang terbanyak dan kalah sedikit adalah parti yang diberi markah yang tinggi.

Namun, penilaian pucuk pimpinan, menggunakan kaedah lain, nama seseorang itu menjadi keutamaan, walaupun seseorang itu bukan lagi popular, ertinya bukan lagi ayam tambatan kepada parti.

Contoh bahawa sokongan terhadap seseorang pemimpin itu menurun seperti yang dialami Presiden PBS dan Timbalannya. Mereka berdua tidak lagi mendapat undi popular di kawasan masing-masing. Ertinya sokongan terhadap mereka menurun, meskipun ada kawasan-kawasan tertentu, calon-calon daripada parti itu ada juga yang mendapat majoriti yang meningkat, namun jika diteliti pencapaian parti itu, secara umumnya menurun.

Pada PRU-13 lalu, PBS adalah penyumbang utama kepada 12 kerusi BN yang kalah, kerana 7 daripada dun-dun itu datangnya daripada parti itu.

Kekalahan calon-calon MCA memang dari awal-awal lagi telah dijangka; akan tetapi tidak berlaku bagi calon-calon Parti Gerakan, walaupun pada awalnya ramai yang menganggap, bahawa parti itu akan mengikuti jejak MCA.

Kini, apa yang penting bagi BN Sabah, adalah melupakan keputusan PRU itu, sebaliknya menumpukan kepada pembangunan dan pembelaan pada kawasan-kawasan yang di menangi.

Dengan cara itu, bukan sahaja tenaga, masa dan kewangan dapat dijimatkan, akan tetapi, menjadikan kawasan yang dimenangi BN itu membangun sesuai dengan kehendak pengundi dan rakyat.

Juga diharapkan daripada pucuk pimpinan, berilah penghargaan kepada mereka yang senantisa menyokong perjuangan parti tanpa pamrih. Jangan kerana ada individu-individu tertentu yang tahu mengampu dan angkat kaki, maka itu yang mendapat keutamaan.

Kini, telah berlaku, apabila orang-orang tertentu, yang hanya aktif selama tempoh kempen- 14 hari daripada 1,825 hari, itu yang mendapat jawatan.. suatu keputusan yang perlu dilihat kembali.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels