11 May 2013

Jemaah Menteri Sabah- Berasaskan komposisi Kaum bukan sokongan undi

Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri sabah yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap perlantikan jemaah menteri yang diterajuinya.

Jemaah Menteri Sabah yang mengangkat sumpah petang semalam di Istana Negeri di depan TYT Sabah mencerminkan bahawa jumlah anggota jemaah menteri berasaskan komposisi kaum bukan berasaskan atas sokongan undi. Kenapa dikatakan demikian? PBS adalah parti yang mengalami kekalahan teruk semasa PRU-13, di mana 7 kawasan DUN dan satu Parlimen yang ditandinginya mengalami kekalahan, pun demikian enam daripada tujuh wakil rakyatnya dilantik menganggotai jemaah menteri.

Demikian juga kaum cina, daripada 13 kawasan yang diwakili kaum cina samada parlimen mahupun dun, 6 dimenangi Bn dan 7 dimenangi pembangkang. Namun, dalam jemaah menteri Sabah, kaum itu diwakili dua menteri penuh dan dua pembantu menteri.

Daripada 29 anggota jemaah menteri Sabah, 14 merupakan daripada kaum bumiputera islam lain, manakala 11 daripada KDM dan 4 kaum cina.

Umno yang merupakan tulang belakang BN Sabah menang semua kawasan yang ditandingi kecuali DUN Klias.

Selepas PRU-13, Umno mempunyai 30 kerusi Dun, manakala PBS 7, LDP 3, Gerakan 2, PBRS 1, 7 Upko. Komposisi Dun Sabah kini 48 BN, 7 PKR, 4 DAP dan 1 STAR.

Di antara komponen parti BN Sabah yang mendapat jumlah teramai dalam jemaah menteri Sabah berasaskan jumlah wakil rakyat adalah PBS, iaitu 85.71 peratus kerana 6 dari 7 ADUN parti itu menyertai jemaah menteri. 

Melihat kepada komen-komen di Facebook mahupun di blog-blog mahupun para individu samada daripada penyokong Bn mahpun Pakatan Rakyat, rata-rata mereka menyatakan terkilan, kerana Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said tidak terpilih menyertai kabinet.

Selain itu, bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud juga terkilan, kerana pada kali ini, Kota Belud hanya diwakili seorang Pembantu Menteri melalui ADUN Tempasuk- Datuk Musbah Jamli.

Sebelum DUN dibubarkan, Kota Belud diwakili tiga pembantu Menteri- Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akim dan Datuk Herbert Timbon Lagadan. Datuk Japlin tidak bertanding pada PRU-13, manakala Timbon gagal mempertahankan kawasan DUN Kedamaian.

Jemaah Menteri Sabah pada kali ini, dimonopoli oleh wakil-wakil rakyat daripada Pantai Timur Sabah 11 wakil rakyat berasal daripada kawasan itu, selebihnya daripada pendalaman dan Pantai Barat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels