26 May 2013

Kemenangan hari ini bukan KUNCI kemenangan seterusnya: Najib

NAJIB mengakui bahawa kemenangan barisan nasional hari ini, bukanlah kunci untuk kemenangan setersunya. Tiada yang tetap, sama ada ia cepat atau lambat, barisan nasional kena berubah sesuai dengan perubahan, jika tidak maka BN akan dianggap tidak releven lagi oleh rakyat.

Barisan nasional kena melihat perubahan migrasi penduduk, standard kehidupan dan akses kepada maklumat, merupakan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian oleh BN, jika mahu terus dianggap releven.

Menurut Najib- Barisan Nasional tidak boleh lagi menganggap cara yang digunakan sebelum ini akan menjadi resipi yang sesuai untuk masa depan. Untuk itu BN mesti terbuka, menjadi pragmatik dan tidak dogmatik, MENYELESAIKAN MASALAH PERLU DIUTAMAKAN BUKANNYA MENAFIKANNYA. Hanya jika BN bertindak dengan cara ini, maka BN akan terus menjadi relevan.

Selain itu, Perdana Menteri mengingatkan semua jajaran kempimpinan BN, bahawa setiap pilihanraya- BN  akan senantiasa berdepan dengan saingan sengit, bukan berhenti pada PRU-13 sahaja yang dianggap sebagai IBU kepada semua pilihanraya di negera ini, akan tetapi PRU-PRU mendatang sebenarnya akan lebih mencabar.

Bermula pada PRU-12, BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat kerana hanya mendapat 140 kerusi daripada 222 kerusi yang tersedia; manakala pada PRU-13 yang berakhir pada 5 Mei lalu, BN mendapat 133 menyusut 7 kerusi. Keputusan ini, merupakan petanda, bahawa rakyat negara ini, sudah  ada tanda-tanda untuk melakukan perubahan. Lambat atau cepat, perubahan itu akan berlaku. 

Untuk memperatahankan kuasa BN, maka BN kena berubah sesuai dengan arus perubahan; tidak boleh  lagi memaksa modus operandi yang sama.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels