8 May 2013

PRU-13: BN Sabah Pencapaian dan kegagalan

BN Sabah melangkah ke PRU-13 dengan status Simpanan tetap Bn. Jolokan status itu berpunca daripada kejayaannya di dua PRU lalu, di mana daripada 60 DUN dan 25 Parlimen masing-masing hanya kalah satu.

Pada PRU-13 yang baharu saja berlabuh, BN Sabah hanya menang 48 kerusi Dun dan 22 Parlimen. Umno untuk pertama kalinya mengalami kekalahan, iaitu di Dun Klias, apabila calonnya hanya kalah 179 undi.

Di antara komponen BN Sabah, calon-calon daripada PBS adalah yang paling ramai kecundang-iaitu Dun Matunggong, Dun Kedamaian, Dun Tamparuli, Dun Inanam, Dun Api-Api dan Dun Sri Tanjong selain kalah di Parlimen Kota Kinabalu. UPKO pula selain kekalahan Presidennya di Parlimen Penampang, juga kalah di Dun Moyog dan Bingkor.

Parti MCA kehilangan Dun Kapayan serta Dun Luyang kawasan baru yang diperuntukan kepada parti itu.

Sementara LDP selain kekalahan Persesidennya di Parlimen Sandakan juga kalah di Dun Likas kawasan baru yang diberikan kepada parti itu.

Malang bagi BN Sabah di antara yang kalah adalah Menteri Kabinet Persekutuan dan Timbalan Menteri di peringkat kebangsaan. Selain itu, kekalahan Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kaum cina, dan dua pembantu menteri iaitu Datuk Jahid Jahim dan Datuk Herbert Timbon Lagadan menambah parah kepada BN yang dikemudi oleh Datuk Musa Aman bagi kali yang ketiga.

Musa sebagai pemimpin Bumiputera islam Sabah, tidak perlu merasa kecewa walaupun berlakunya kekalahan satu kerusi di pihak Umno; kekalahan di kerusi Dun Klias memang telah dijangkakan daripada awal-awal lagi. Bukan itu sahaja, kekalahan juga dijangka akan berlaku di Parlimen Beaufort, namun jangkaan itu tidak berlaku, apabila calon Bn Datuk Azizah Dun Banir berjaya mengekang Janang Gayoh Kaum Biasya Datuk Lajim Haji Ukin.

Satu perkara yang mengembirakan; rata-rata calon daripada Umno baik peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri mencapai keputusan yang sungguh baik melalui pertambahan jumlah majoriti.

Percaturan Umno dengan mengetengahkan para pemimpin yang berklibar antaranya Datuk Seri Musa Aman, Datuk Dr Salleh Tun Said, Datuk Ghafur Salleh, Datuk Safie Apdal, Datuk Anifah Aman, Datuk Rahim Ismail serta beberapa pemimpin lain seperti Datuk Hajiji Haji Noor dan Datuk Musbah Jamli, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan serta Datuk Masidi Manjun telah memperkuat sokongan para pengundi terutama di peringkat akar umbi terhadap calon-calon Umno.

Kekalahan bagi kerusi-kerusi KDM dan kaum cina lebih disifatkan kepada termakannya suku kaum itu terhadap war-war pembangkang, bahawa kononnya mereka mampu menumbangkan kerajaan yang diterajui bumiputera melalui sokongan 80 peratus kaum cina terhadap Pakatan rakyat. Kaum KDM dan kaum cina tersilap perhitungan, bahawa kaum majoriti belum sanggup mengubah tradisi pemeritahan negara ini.

Para pengundi KDM dan kaum cina Sabah tidak mengambil iktibar pada PRU-1990, di mana suasana masa itu hampir sama dengan suasana pada PRU-13 ini, namun fakta menunjukkan bahawa kaum bumiputera di Semenanjung, Sarawak dan Sabah belum bersedia menukar kerajaan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels