24 May 2013

PRU-13 Sabah: Kekalahan kawasan Majoriti KDM pembuka mata pada pemimpin Bn Sabah


Jika disemenanjung dikatakan, gagalnya BN menambah kerusi dewan rakyat, kerana "tsunami kaum cina". 

Faktor yang mendorong kepada dakwaan itu, apabila Parti Kaum Cina terbesar MCA hanya mampu menang 7 kerusi daripada 37 yang ditandingi parti itu. Bukan itu sahaja, kekalahan parti berbilang kaum Parti Gerakan yang hanya menyumbang satu kerusi kepada Bn, juga dikatakan kerana "tsunami cina".

Tanggapan "tsunami cina" yang mempengaruhi perolehan kursi Bn, bagaimanapun ditolak oleh Pemimpin Sarawak Pehin Tan Sri Taib Mahmud, walaupun SUPP komponen BN Sarawak yang bertanding 6 kerusi di kawasan majoriti kaum cina, hanya menang satu.

Di Sabah pula, walaupun terdapatnya enam kawasan Dun dimenangi calon kaum cina dan dua kawasan Parlimen, namun semua kawasan itu, sebenarnya bukanlah kawasan majoriti kaum cina, melainkan kawasan campuran.

Sebaliknya kawasan-kawasan benar-benar majoriti kaum cina telah gagal dimenangi BN, iaitu Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan, Dun Luyang, Dun Kapayan, Dun Likas dan Dun Sri Tanjong.

Tsunami kaum cina sebelumpun PRU-13 diadakan memang telah diramal berasaskan kencenderungan pengundian pada PRU-12 dan PRN Sarawak pada April 2011. Namuni yang menghairankan adalah pola pengundian kaum KDM di Sabah pada PRU-13, sungguh berlainan dengan pola pengundian tahun 2008.

Kawasan-kawasan di mana Bn kalah pada PRU-13, seperti Dun Matunggong, Dun Kedamaian, Dun Bingkor, Dun Tamparuli, Dun Inanam dan hampir kalah di Dun Kiulu, merupakan pola pengudian baharu daripada suku Kadazan-Dusun-Murut.

Pola baru kecenderungan kaum KDM itu juga telah menyebabkan dua pemimpin utama PBS-iaitu Presiden dan Timbalannya kehilangan undi popular; sehingga ada yang mengandaikan, jika tidak berlaku pecahan undi, kemungkin besar dua pemimpin itu kalah.

Kekalahan Presiden Upko di Parlimen Penampang dan kekalahan calon BN di Dun Moyog; di mana kawasan itu adalah "pusat utama" kaum KDM merupakan "alarm" atau petanda awal, bahawa sokongan kaum KDM terhadap Bn sudah mula luntur.

Keadaan ini, tidak boleh diambil mudah, kerana fakta telah membuktikan, bahawa pada PRU-12 lalu, kawasan Inanam misalnya dimenangi calon PBS kerana perpecahan undi, demikian juga Dun-dun lainnya yang kalah itu.

Perubahan pola pengundian kaum KDM sebenarnya bukan kerana mereka tidak mendapat pembelaan daripada BN, akan tetapi mereka mahu menjadi sebahagian daripada golongan yang mahukan perubahan kerajaan di negara ini. Keadaan bertolak belakang dengan kaum bumiputera islam, yang tidak terpengaruh dengan situasi yang belum pasti, kerana golongan ini belum bersedia mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Sabah, malah seluruh negara, atas sebab itu 108 kerusi parlimen yang dimenagi BN daripada 133 adalah kerusi-kerusi luar bandar.

kekalahan Bn di Dun Klias, bukan kerana faktor politik, akan tetapi lebih kepada personaliti. Kalaulah bukan Datuk Lajim Ukin janang gayoh kaum bisaya yang bertanding, sudah pasti kawasan itu dengan mudah dimenangi Bn.

Melalui trend pengudian yang berubah bagi pengundi Sabah terutama bagi kaum cina dan KDM, sehingga BN Sabah kehilangan 12 kerusi DUN dan 3 Kawasan Parlimen, namun Pengerusi BN Sabah- Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah, mengambil pendekatan lain, dalam pembentukan kabinetnya.

Jemaah Menteri Sabah tetap dianggotai oleh 4 kaum KDM, 2 kaum cina dan 5 kaum bumiputera islam termasuk Ketua Menteri Sabah. Bagi Pembantu Menteri pula- 9 Bumiputera islam, 7 KDM dan 2 kaum cina. Di peringkat Pusat pula- 3 Menteri penuh mewakili bumiputera islam, 3 KDM, sementara Timbalan Menteri 1 kaum cina dan 3 kaum bumiputera islam.

Pendekatan Datuk Musa dan Perdana Menteri melalui pembentukan jemaah menteri adalah bertujuan jangka panjang, agar supaya rakyat yang terpengaruh dengan janji-janji pembangkang akan kembali semula kepada BN, kerana terbukti, Bn, adalah parti yang tidak mempunyai rasa balas dendam, melainkan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa melihat latar belakang agama dan bangsa.

Semoga dengan pendekatan itu, persepsi bahawa pola kecederungan kaum yang menolak BN pada PRU-13 tidak berlarutan, dan untuk itu, pada PRU-14 nanti, kecemerlangan BN akan mengulangi keputusan PRU-12 dan PRU-11; agar supaya BN Sabah akan senantiasa menjadi simpanan tetap Barisan Nasional.

Apabila rakyat Sabah dan Sarawak menyahut sebutan sebagai simpanan tetap BN, maka yang mendapat manafaat adalah penduduk kedua-dua negeri itu, apabila untuk pertama kalinya, 13 Menteri Penuh Kabinet Persekutuan di wakili oleh wakil rakyat daripada kedua-dua negeri itu. Fikir-fikirkan lah.


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels