6 June 2013

Kaum Cina Sabah: Kiri Untung, Kananpun Untung

MELIHAT keputusan PRU-13 di Sabah, nampaknya kaum cina membuat keputusan tidak menyebelahi mana-mana pihak, apabila keputusan menunjukkan jumlah kerusi yang menyebelahi BN dan PR adalah seimbang.

Bagi Kerusi DUN, BN menang di Tanjong Kapor dan Tanjong Aru bagi kawasan Pantai Barat, Bagi kawasan Pantai Timur BN menang di Tanjong Papat dan Elopura dan Bagi kawasan Tawau, BN menang di Merotai.Sementara PR menang di Luyang, Kepayan, Api-Api, Likas dan Sri Tanjong. Bagi kawasan Parlimen pula, PR menang di Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala BN menang di Tawau.

Ekoran kemenangan 5 ADUN Kaum Cina dan satu Parlimen, maka di peringkat negeri, kaum itu mendapat dua anggota kabinet salah seorang daripadanya berstatus Timbalan Ketua Menteri, dua orang pembantu menteri, sementara di Pusat, seorang dilantik sebagai Timbalan Menteri kanan.

Jikalah tidak berlaku persempadanan pilihanraya, penulis yakin, pada PRU-13 lalu, kaum cina akan menyokong parti yang melawan BN, namun disebabkan apapun tindakan kaum itu bagi Sabah khasnya, mereka bukan lagi sebagai penentu kemenangan sesebuah parti.

Bagi penulis, melihat keputusan PRU-13 kebangsaan, nampaknya kaum cina juga bukan merupakan penentu kemenangan sesebuah parti, kecuali di negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Berasaskan data, di Semenanjung lebih 90 peratus pengundi kaum cina menyokong PR, atas sebab itu DAP menang dengan 38 kerusi; namun sokongan 68 peratus sokongan melayu/bumiputera kepada Umno/Bn yang membolehkan parti itu mendapat kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan, meskipun tanpa sokongan kaum cina. Sebagai catatan, kerusi kaum cina yang ada dalam BN adalah satu di Sabah, satu di Sarawak, 8 di Semenanjung, iatu berjumlah 10 kerusi, manakala Bumiputera/india mempunyai 123 kerusi Parlimen. Kerajaan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112 kerusi dewan rakyat.

Sebenarnya jika melihat keputusan PRU-13 lalu, kaum bumiputera/melayu mampu menubuhkan kerajaan Pusat dengan majoriti mudah.

Melihat kepada Benchmark ini, mungkin menjadi iktibar kepada kaum cina, bahawa usaha kaum itu menguasai dunia politik di negara ini tidak akan tercapai,jika bumiputera/melayu tidak ikut menyokong.

Mungkin pada PRU-14, kaum cina akan melakukan pendekatan sepertimana pendekatan di Sabah, kiripun Untung Kananpun Untung.

Terserah kepada kaum bumiputera/melayu bagi memberi ruang ini.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels