1 August 2013

Musa Aman Ketua Menteri Sabah Yang Berjaya

DATUK MUSA AMAN dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 Mac 2003, mengambil alih daripada Tan Sri Chong Kah Kiat dalam sistem penggiliran Jawatan Ketua Menteri Sabah yang diperkenal oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada tahun 1994, sebaik sahaja BN mengambil alih kerajaan Negeri.

Satu data yang perlu diakui bahawa pada Tahun 2003, simpanan kerajaan negeri hanya berjumlah RM184 juta, namun selepas 10 tahun simpanan kerajaan meningkat kepada RM3.2 bilion. Bukan itu sahaja, Bajet Sabah untuk tahun 2012 telah melepasi RM4bilion, julung kali berlaku di negeri di bawah bayu itu.

Selain daripada peningkatan simpanan kewangan dan perolehan negeri, juga di bawah kepimpinan Musa, kadar kemiskinan telah menurun dengan hebatnya daripada 19.7 peratus yang tercatat pada awal tahun 2009, namun pada tahun 2012 menjadi 8.1 peratus.

Bagi Pelaburan asing pula, Sabah menerima RM10.2 bilion pada tahun 2012 merupakan negeri penerima FDI terbesar dalam negara.

Satu perkara yang perlu dihebahkan kepada pembaca, bahawa sebelum Musa menjadi Ketua Menteri, pemberian tanah kepada pemohon secara individu berlaku dengan leluasanya, malahan berlakukan juga penjual asset negeri semata-mata untuk mendapatkan sumber kewangan menampung perbelanjaan kerajaan.

Dalam tempoh 10 tahun menjadi Ketua Menteri, sudah tidak berlaku lagi penjualan asset kerajaan, namun apa yang berlaku ada pembelian semula asset kerajaan yang telah dijual oleh pemimpin terdahulu.

Adalah malang, apabila asset Kerajaan di Darwin Austarlia dijual sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, jika tidak, mungkin sekarang Sabah menikmati bekalan daging yang mencukupi malah boleh menyumbang kepada pengurangan import daging negara.

Pembangunan Sabah begitu pesat, bukan sahaja berlaku di ibu negeri, malah kawasan lain seperti Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan kawasan-kawasan lain. Malah di Dewan Undangan Negeri tahun 2012, telah diluluskan bahawa tiada lagi pembangunan di kawasan pesisir pantai Kota Kinabalu di masa depan, selepas semua pembangunan yang sudah diluluskan sebelum ini siap di bangun.

Daripada segi politik, sejak Musa mengambil alih jawatan Ketua Menteri, beliau berjaya membawa kemenangan kepada Barisan Nasional pada tiga PRU yang lalu, sehingga pemimpin Pusat memberi gelaran kepada BN Sabah sebagai "Simpanan Tetap BN".

Kedudukan dalam Parti pula, Musa bertanding pada Peringkat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada tahun 2009 dan mendapat undi kedua Tertinggi bersama Dato Noh Omar- Pengerusi Perhubungan Umno sekarang ini.

Pada Jumaat lepas, Musa sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Melalui perlantikan ini, menunjukkan bahawa kepimpinan Pusat sangat menaruh kepercayaan kepada beliau. Perdana Menteri selain mengekalkan Musa sebagai Pengerusi, Timbalannya juga Datuk Dr Salleh Tun Said turut dikekalkan.

Melihat kepada prestasi Musa sebagai Ketua Menteri selama 10 tahun, sudah tentu menggamit rasa cemburu kepada musuh-musuh politik Barisan Nasional, atas sebab itu berbagai unsur fitnah cuba dipalitkan kepada beliau. 

Namun, rakyat kini sudah celik mata, dan celik informasi. Unsur fitnah yang tidak berasas tidak akan mempengaruhi kredibilti Musa sebagai Ketua kerajaan Negeri Sabah. Sebagai bukti, pada PRU-13 mei lalu, Musa bukan sahaja berjaya mempertahankan kawasan DUNSibuga, malah majoriti yang beliau peroleh bertambah berbanding majoriti yang beliau perolehi pada PRU-12.

Dapat diketahui bahawa puak-puak yang melimpar fitnah kepada Musa adalah mereka yang iri hati terhadap beliau, kerana beliaulah ketua menteri Sabah yang sangat berjaya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels