28 August 2013

Naib Presdien Umno: 21 Bahagian Umno Menghantar Mesej

MEMANG ramai pemimpin Umno Sabah maklum, bahawa Pengerusi Perhubungan Umno Sabah tidak menaruh minat untuk bertanding bagi merebut salah satu jawatan Naib Presiden Parti sempena pemilihan parti 19 Oktober ini, namun majoriti Bahagian Umno Sabah menghantar mesej, bahawa di Sabah hanya ada seorang pemimpin yang menjadi Ketua parti, iaitu Datuk Musa Aman.

Tujuan mesej yang dijelmakan oleh 21 Bahagian parti, yang menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi, kepada Musa jika beliau bersedia bertanding merebut salah satu jawatan Naib Presiden, menunjukkan, bahawa pada Umno Sabah hanya Musa diiktiraf sebagai ketua.

Adalah tepat bagi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said yang menyuarakan gema dan pendirian sebahagaian besar bahagian Umno Sabah, agar jelas kepada pucuk pimpinan, bahawa di Sabah Musa adalah ketua parti.

Kenyataan kononnya, Ketua Menteri Sabah itu, tidak senang dengan cubaan pihak tertentu yang kononnya berkepentingan dan cuba mengadu-dombakannya dengan bebeberapa pemimpin Umno Sabah, termasuk Datuk Safie Apdal, yang mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno, adalah kenyataan NAKAL, daripada pihak tertentu. 

Walaupun Musa tidak menyatakan kesanggupannya bertanding sesuai dengan gesaan dan gema daripada akar umbi daripada 21 bahagian parti, adalah tidak masuk akal, bahawa beliau mengambil pendirian dengan rasa "tidak senang" dengan pendirian sebahagian besar ahli parti.

Ironinya, walaupun 21 bahagian Umno Sabah tidak pernah menyatakan tidak menyokong Datuk Safie Apdal yang mempertahankan jawatannya, namun beberapa pemimpin yang menyokongnya MELATAH DAN GELABAH, malah Safie sendiri SANGGUP mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya adalah calon lebih AFDAL berbanding calon lain daripada Sabah.

Semangat Pemilihan Parti 19 Oktober ini yang menggunapakai kaedah baru pemilihan adalah untuk menghasilkan barisan pemimpin parti yang benar-benar mewakili ahli akar umbi. Kalaulah sokongan 21 bahagian Umno Sabah itu mencerminkan sokongan akar umbi, maka Musa adalah pilihan rakyat. Ertinya akar umbi parti menerima semangat perubahan perlembagaan parti.

OKB bersetuju dengan kenyataan Salleh sempena Rumah Terbuka wakil-wakil Rakyat BN Kota Belud 24 Ogos lalu, seharusnya tidak timbul kenyataan yang mempersoal pendirian 21 Bahagian Umno Sabah yang mahukan Pengerusi Perhubungannya bertanding jawatan Naib, kerana pemimpin yang diminta itu belum menyuarakan hasrat apatah lagi persetujuan. 21 bahagian Umno Sabah, akar akur apa sahaja keputusan Musa berhubung jawatan yang bakal ditandingi.

Salleh dengan jelas, menyatakan bahawa Musa adalah pemimpin yang komited kepada kepimpinan berpasukan, bukannya berasaskan kepada emosi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels