18 August 2013

Pemilihan Umno: Umno Sabah Desak Musa Tanding Naib

BIASA, setiap adanya pemilihan parti, ahli dan pemimpin di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri mahukan seseorang yang mereka rasa boleh dihandalkan menggalas tugas sebagai pemimpin atasan mereka.

Pada pemilihan 19 Oktober ini, Umno Sabah nampaknya hampir sebulat suara menyuarakan sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri- Datuk Seri Musa Aman bertanding untuk merebut salah satu daripada jawatan Naib Presiden.

Sabah yang mempunyai 25 Bahagian, 21 Bahagian telahpun menyatakan secara terbuka menyokong agar Musa bersedia bertanding bagi jawatan nombor tiga parti.

Pemimpin di peringkat negeri yang menyatakan secara terbuka, sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah itu agar bersedia bertanding, antaranya Timbalan Pengerusi Umno Negeri yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said. 

Pemimpin lain adalah Datuk Yahya Hussin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Setiausaha Umno Sabah.

Kecenderungan para pemimpin Umno Sabah menginginkan agar Musa bertanding jawatan Naib, atas sebab sumbangan beliau terhadap pemantapan parti, sejak mengambil alih sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003.

Musa berjaya membawa kemenangan kepada Bn Sabah dengan jayanya melalui tiga pilihanraya umum. Selain itu, beliau juga berjaya merancakan perekonomian negeri, dengan mempertingkatkan simpanan kewangan negeri daripada RM184 juta semasa mula-mula dilantik sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno kepada lebih RM3 bilion pada tahun 2012.

Bajet kerajaan negeri juga terus meningkat daripada RM 1bilion kepada lebih RM4 bilion, dan diperkirakan bajet tahun 2013 akan mengekal jumlah itu.

Kejayaan Musa menurunkan kadar kemiskinan Sabah daripada 19.7 peratus pada tahun 2009 kepada 8.1 peratus tahun 2012 merupakan kejayaan yang luar biasa, memandangkan sumber kewangan negeri yang sudah sinonim dengan pembalakan, tidak lagi bersandarkan kepada sumber kewangan semulajadi itu.

Kejayaan Musa baik dalam politik dan perekonomian sesuatu pengalaman yang perlu dikongsi bersama dengan parti secara nasional. Kekuatan suara beliau akan lebih afdal, jika beliau berkedudukan sebagai Naib Presiden Parti. Adalah suatu yang merugikan parti, jika pengalaman beliau disia-siakan, terutama keadaan parti yang mengalami sentuhan peremajaan dan perubahan.

Tindakan para pemimpin Umno Sabah mendesak Musa bertanding, adalah satu tindakan yang tepat dan betul, kerana parti memerlukan pemimpin yang dinamik seperti beliau dalam mencorakan parti agar terus relevan atau setidak-tidaknya berdepan dengan PRU-14.

PRU-13 dikatakan adalah Ibu kepada PRU di negara ini, atas sebab itu PRU-14 adalah bapa kepada semua PRU; kerana matalamat pembangkang adalah untuk menggantikan kerajaan BN pada PRU itu, selepas gagal pada PRU yang lepas.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels