20 August 2013

VP Umno: Seharusnya Imej Kenegerian Tidak Timbul

MEMANG penubuhan Umno adalah memperjuangkan hak bangsa Melayu khususnya di Semenanjung. Namun, selepas parti itu mengalami transformasi, maka sayapnya dikembangkan merentasi lautan. 

Untuk mengembangkan liputannya, maka Umno bukan sahaja ditubuhkan di manca negara akan tetapi telah berkembang ke Sabah tahun 1990 dan secara rasminya bertapak pada tahun 1991 di negeri di bawah bayu itu.

Hakekat perlu diterima, bahawa melayu semenanjung kini, tidak lagi sepenuh bernaung pada Parti Umno; malah bermula sejak penubuhan PAS (serpihan Umno) dan kemudian penubuhan Parti Keadilan Rakyat (juga serpihan Umno).

Untuk meneruskan legasinya Umno sebagai parti, kepimpinan telah menyedari, bahawa perubahan perlu berlaku; bukan sahaja daripada segi keanggoatan tetapi kepimpinannya.

Kepimpinan Umno kini bukan lagi membawa imej kenegerian, akan tetapi imej melayu itu sendiri. Melayu menurut tafsiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, adalah mereka yang mengamalkan budaya melayu dan beragama islam. 

Umno menerima suku bangsa lain selain daripada melayu, bukan kerana melupakan kepada asas pembentukannya, akan tetapi lebih bersifat kepada wadah politik. Suku bangsa seperti KDM dan Siam menerima perlembangaan parti dan merasa terlindungi melalui penyertaan mereka dalam parti itu.

Hanya mereka yang mempersempit pengertian kepimpinan dan perjuangan parti yang mempersoalkan imej atau asal seseorang pemimpin itu. Sudah tiba masanya, parti terutama ahlinya tidak lagi melihat asal atau imej negeri di mana seseorang itu berasal. Para ahli perlu melihat kemampuan, keupayaan seseorang pemimpin itu merentasi latar belakang kenegerian.

Apabila keutamaan diberikan kepada parti, maka syogianya tidak timbul lagi imej negeri atau kuota sesuatu negeri, melainkan para ahli melihat, seseorang itu adalah pemimpin parti.

Bagi OKB, kepimpinan parti yang ada perlu dilihat secara keseluruhan sebagai pemimpin parti, tanpa mempertikai imej negerinya. 

Kemenangan Datuk Safie Apdal sebagai Naib Presiden parti seharusnya tidak dilihat sebagai kuota Sabah, jika dilihat demikian, maka kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun) suatu ketika yang lalu membawa imej Pulau Pinang, sedangkan kalau di lihat daripada segi jumlah perwakilan, sudah tentunya calon-calon daripada Johor dan Perak akan mempunyai wakil yang ramai di peringkat AMT, kerana negeri-negeri itu mempunyai wakil yang paling ramai.

Disebabkan ahli Umno tidak melihat imej kenegerian, maka telah berlaku pada pemilihan parti bahawa lebih daripada seorang daripada sebuah negeri menang dalam pemilihan di peringkat tertinggi parti. Apa ertinya ini? para ahli memlih berasaskan kewibawaan, kemampuan dan kebolehan pemimpin yang bertanding itu.

Ada segelitir yang beranggapan, bahawa kemenangan Safie Apdal adalah undi simpati dan "kuota?" untuk Sabah, kerana sokongan padu rakyat Sabah, maka Bn terus menerajui Putrajaya pada PRU-2008. Dan kini selepas PRU-13, ada yang beranggapan, bahwa senario sudah berbeza kerana Umno Semenanjung mampu menambah kerusi sehingga mampu menang di Kedah dan Perak; manakala Sabah daripada segi jumlah kerusi yang ditandingi Umno walaupun tetap menang 100 peratus, namun jumlah kerusinya tidak bertambah.

Jika ada ahli Umno yang beranggapan bahawa kemenangan calon-calon daripada Sabah kerana "kuota" walaupun tidak tersirat, maka transformasi parti seperti mana diharapkan tidak berlaku; dan jika sifat itu terus ada, maka sampai bila-bilapun perubahan tidak akan berlaku dalam parti.

Ahli parti perlu melihat kepada kemampuan, keupayaan dan determinasi seseorang pemimpin yang mencalonkan diri untuk bertanding, bukannya melihat "imej" negeri yang melekat pada pemimpin itu.

Adalah merugikan parti, jika ahli atau perwakilan memilih berasaskan "imej" negeri, sehingga pemimpin yang berkebolehan diketepikan. Maksud pemilihan parti adalah untuk memilih pemimpin parti yang mempunyai kebolehan, mempuyai trek rekod yang boleh diadili oleh para pemilih. Trek rekod yang hebat itu, perlu dikongsikan agar parti terus mantap dan parti akan terus relevan sepanjang masa.

Pada pemilihan parti 19 oktober ini, ada dua kategori pemimpin yang bertanding. kategori pertama, bahawa hasrat seseorang itu untuk bertanding di keluarkan daripada mulut pemimpin itu; sementara kategori kedua adalah desakan atau gema daripada akar umbi agar seseorang pemimpin itu perlu bertanding.

Untuk jawatan VP Umno (Naib Presiden) Umno Sabah hampir sebulat suara mahukan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman bertanding bagi merebut salah satu daripada kerusi Naib Presiden Parti. Walaupun desakan dan gesaan daripada berbagai pihak agar beliau turut bertanding, namun hingga setakat ini, Ketua Menteri Sabah itu, belum sepatah katapun mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan gema itu.

Setakat ini, belum ada sesiapapun di kalangan Umno Sabah, yang boleh menyatakan jawatan apa yang akan ditandingi Musa, walaupun beliau adalah seorang AMT yang menang undi kedua tertinggi pada tahun 2009.

Pendaftaran pencaloan bagi seleuruh jawatan parti akan dilaksanakan pada 28 September, selepas dianjak daripada 7 September. Pada masa itu, akan diketahui senerai pemimpin yang akan bertanding. Apa kah Musa, akan menyahut permintaan akar umbi untuk mencalonkan diri bagi jawatan Naib Presdien? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels