12 January 2014

Krisis LDP: Disebalik Keputusan ROS

SUARA RAKYAT mendapat e-mail daripada kumpulan VKliew yang menerangkan kesangsian berkaitan "keputusan ROS" bertarikh 2 Januari 2014 yang mengiktiraf kumpulan Teo Chee Kang sebagai pemimpin parti yang sah.

Setakat ini, menurut e-mail itu, pihak mereka belum menerima apa-apa surat daripada pihak ROS atau salinan berkaitan surat itu, walaupun menurut Pendaftar Pertubuhan itu seperti mana sidang akhbar mereka pada 8 Januari, bahawa sesalinan keputusan itu akan diberikan.

Pada hari (Ahad), Setiausaha Agung kaumpulan Liew JJ Loretto Sapian Padua, menghubungi OKB selepas satu pertemuan dengan ahli akar umbi LDP di sebuah Restoran, di Jalan lintas, Kota Kinabalu, menyatakan sehingga ke hari ini, pihak mereka belum menerima apa-apa surat berkaitan dengan penyelesaian krisis parti.

Lorretto malah menyangsikan terdapatnya surat pengiktrafan itu, kerana menurutnya, kalau surat itu wujud, ianya bercanggah dengan persetujuan antara kedua belah pihak di depan ROS Putrajaya yang diadakan pada 14 Oktober, 2013, dimana dalam perjanjian itu, tiada sebarang mesyuarat Khas yang bakal diadakan, termasuk Mesyuarat pada 19-20 Oktober lalu yang diadakan oleh kumpulan Teo.

Jika benar menurut laporan akhbar bahawa pihak ROS mengiktiraf EGM yang diadakan kumpulan Teo pada 19-20 Oktober 2013, lorretto bertanya, bagaimana ROS boleh mengiktirafnya? atau bagaimana ROS boleh mengkajinya, sedangkan dalam perjanjian awal, EGM seumpama itu telahpun diputuskan tidak boleh diadakan.

Dilain pihak, menurut Setiausaha Agung parti kumpulan Liew itu mendakwa, sebenarnya ROS tiada kuasa menentukan siapa pemimpin dalam parti. Jika pendaftar itu berbuat demikian, maka ianya bercanggah atau melanggar seksyen 16 pertubuhan itu sendiri. Keputusan mengiktiraf mana-mana pemimpin sesebuah parti adalah diluar bidang kuasa ROS sendiri.

Sementara itu, OKB juga menerima e-mail daripada Datuk VKLiew, yang mempersoalkan kenyataan Teo yang disiarkan oleh akhbar, untuk memintanya akur dengan keputusan ROS, Liew bertanya, bagaimana saya boleh akur pada sesuatu yang "hearsay", malah Liew mempersoalkan kenyataan Teo itu, sebagai peguam Teo sudah tentu tahu, bagaimana boleh bersetuju dengan sesuatu yang hanya bersifat khabar angin.

Jika benarlah ada surat pengiktirafan seperti mana yang diuar-uarkan, mengapa tidak menghantar sesalinan berkaitan keputusan itu? Mengapa perlu bersandiwara, dengan menggunakan akhbar? tanya Liew.

"Saya menganggap dengan menggunakan akbar, ianya merupakan satu perang psikologi, bagi memancing pergolakan diperingkat akar umbi", namun syukur, akar umbi parti tidak terpancing dengan perang itu" demikian kata Liew.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels